Thursday 21 August 2014

Suara Siapa Yang Dibawa Dalam Muktamar Ke-60 Pada 18-20 September Nanti?

Tahun ini, Muktamar Agung PAS Kali Ke-60 akan dibuat di Johor Bahru. Pemilihan Johor Bahru atau lebih tepat lagi di Taman Sutera Utama, Skudai dilihat sebagai usaha merintis kekuatan baru di Johor, negeri yang cukup dikenali sebagai Kubu Kuat UBN.

Dalam keadaan sekarang, bukan UBN yang menjadi perhatian atau sasaran tetapi jemaah PAS lebih kisahkan tentang survival PAS sendiri.

Menggunakan nama UBN tetapi pada masa yang sama, menjadikan PAS sebagai alat dan perkakas kepada PKR dan DAP, bukanlah sesuatu yang bijak bagi sebuah parti yang ditubuhkan pada tahun 1951 hasil kesepaduan alim ulama dan cendekiawan Islam Melayu.

Sudah lama sangat kita menggunakan UBN sebagai kambinghitam untuk menghalalkan kebejatan kita sendiri. Sudah terlalu lama sangat taktik menyalahkan UBN kita amalkan sehingga akhirnya kita terperangkap dalam mimpi yang kita sendiri cipta.

Selepas 17 Ogos, segala-galanya tidak lagi sama. Bukan kerana tohmahan UBN. Bukan kerana fitnah UBN. Jauh sekali kalah dengan taktik UBN. Tetapi kerana PAS sendiri telah menyediakan tapak dan instrumen yang terbaik buat para pengkhianat di dalam parti dan pada masa yang sama mengenepikan golongan yang ikhlas berjuang untuk PAS.

PAS telah dikuasai sepenuhnya oleh golongan yang sangat mencintai dan menyanjungi Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng. PAS kini sudah dipenuhi oleh golongan yang lebih memikirkan nafsu dan materi berbanding mereka yang mencari ketenangan dan kemanisan dalam maslahat agama.

Tidak keterlaluan kalau kita katakan, berdasarkan dari fakta sejarah, keadaan PAS bermula teruk pada 1979, kini menjadi bertambah parah sehinggakan kita tidak dapat membezakan mana satu PAS, mana satu PKR, mana satu DAP dan UBN. Sedikit berbeza ialah, hanya kita yang mempunyai Dewan Ulama dan Dewan Syura, tetapi peanan kedua-duanya telah pun disepak dan diterajang ke dalam longkang.

Jemaah bawahan telah pun bersuara. Semuanya menyatakan tidak puas hati dan marah dengan sikap golongan PARASIT yang telah menghina ulama. Semua nampak bagaimana dan apa kiblat golongan PARASIT.

Tetapi dalam Muktamar di Johor Bahru nanti, suara siapa yang lebih dominan? Adakah suara pengikut Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng akan tetap menjadi suara majoriti, mengajar jemaah Islam PAS agar terus menyembah dan menjilat Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng dengan menyatakan perlunya kita terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Atau kita akan mendengar suara-suara sumbang yang menegur kalau tidak pun menghalau golongan PARASIT dari PAS?

Rasa-rasanya hampir mustahil untuk golongan PARASIT ditegur atau dikritik apatah lagi dikutuk. Sebabnya ialah, mereka terlalu kebal, terlalu mendominasi pucuk pimpinan dan sekarang, mereka yang membawa PAS ke mana-mana destinasi yang mereka sukai.

11 comments:

Anonymous said...

Suara Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng ler...

Anonymous said...

Sudah tentu, no. 2 yang dulu menjadi AYAM SABUNG kini dah jadi AYAM DAGING buat Anwar dan Lim Guan Eng.

Anonymous said...

Ayam daging akan mengetuai jemaah sedikit msa lagi...disaat itu parti akan melalui fasa yg penuh gilang gemilang.

Anonymous said...

Jelas lagi terang bersuluh bahawa PAS sudah menjadi munafik... satu-satu parti harapan umat Islam Malaysia kini menjadi parti ANgguk Saja...Hampeh.

Anonymous said...

14.16 ya masa depan yg penuh gemilang main sabun ,Tolak PAS, Sokong UBN, sampai PAS bertaubat.

Anonymous said...

salam,
saya sarankan kepada ahli dan sesiapan yang berkenaan agar dapat membisikkan kepada sesiapa yang berkenaan agar megambil langkah berikut .
1. bina ekonomi ahli/organisasi
2. lahirkan rami pemimpin muda yg cerdik
3. yakin pada kebolehan sendiri
4. keluar pakatan

21 August 2014 16:49

Anonymous said...

untuk berjaya perlu lihat kekurangan sendiri..kritik diri sendiri..tetapi itu tidak berlaku dalam PAS..barisan pimpinan yang bodoh sombong hanya tahu menyalahkan UBN..itulah hasilnya akibat berkawan dgn syaitan..sedangkan saudara sendiri dibuat musuh...

Anonymous said...

tak payah MIMPI BASAH ler... org2 johor bukan mcm org2 selangor atau kelantan , yang mudah digula2kan. simpan shj cita2 basi itu . datang johor jd pelancong shj . hahaha...

Anonymous said...

Lepas muktamar, bawak keluarga pi jalan-jalan Legoland. Habis bersuka-ria ke Legoland, pi jumpa Lee Kuan Yew kat Singapork tu, tunggu masa nak kojol je tu. Beri penghormatan sikit padanya seperti Nik Aziz beri tanda bagus bile LKY lawat negeri Kelantan.

Anonymous said...

PAS dah jadi macam perempuan sundal PKR dan DAP.

Anonymous said...

PAS tak akan sekali kali mengaku keadaan semasĂ  yang berlaku sekarang adalah atas kelemahan mereka. Mereka tetap salahkan UMMO. Cara mereka seolah mereka akan sĂ nggup masuk neraka dgn memfitnah UMNO asalkan mereka puas dengan sifat ego munafik sombong bangsat