Wednesday 27 August 2014

Dah Kata Dah, PKR Jadikan TGHH dan PAS Sebagai Pelepas Kecewa

Malu, kecewa dan kehilangan maruah serta air muka menyebabkan PKR terus menjadikan PAS sebagai kambing hitam mereka. Nak jadikan UBN sebagai mangsa, tak boleh sebab krisis di Selangor, dicetuskan sendiri oleh PKR (Anwar Ibrahim). Nak jadikan DAP sebagai tempat kejian, pun tak berani sebab kalau DAP tarik balik sokongan kepada PKR, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali hanya duduk dalam longkang.

Jadi, mangsa paling mudah adalah PAS memandangkan sebahagian daripada PARASIT Anwar berada dalam PAS dan menjadi pemimpin PAS.

Duduk tak duduk, keluar cerita kononnya TGHH dengan bantuan Cikgu Pa telah merancang untuk mengadakan Kerajaan Perpaduan di mana 15 orang ADUN PAS + Khalid Ibrahim + Azmin Ali + 3 orang ADUN PKR dan 12 orang ADUN UBN akan bergabung, sekaligus mengambilalih Kerajaan Negeri Selangor daripada PKR dan DAP.

Dengan cerita lain, Pakatan Rakyat Selangor dibubarkan.

Sebenarnya kalau itulah yang berlaku, ALHAMDULILLAH HI ROBBIL 'ALAMIN...Dan kalaulah itu yang berlaku, akan berlaku jugalah penghijrahan sokongan UBN kepada PAS secara berjemaah. Panas pertembungan politik akan berkurangan sebaliknya Melayu-Islam akan membentuk Selangor yang lebih sopan, lebih mulia dan lebih harmoni.

Bagaimanapun, PAS bukanlah jenis yang tamak haloba dan bernafsu besar serta buas untuk berkuasa seperti PKR. Memang benar, ada kalangan pemimpin PAS yang terlalu bernafsu, terlalu serakah, bahkan syahwat mereka juga tidak terjaga tetapi kesemua mereka adalah golongan yang mengikut Anwar Ibrahim dan menyembah Lim Guan Eng. Mereka hanya berbadan PAS tetapi hati, jiwa, nafas dan roh mereka telah sebati dengan PKR dan DAP.

Azmin Ali telah memberitahu Anwar Ibrahim dan Lim  Guan Eng yang TGHH telah menawarkan jawatan Menteri Besar Selangor kepadanya jikalau Azmin Ali masuk PAS. Kononnya konsensus telah dicapai. Antara 3 bulan sehingga 6 bulan, Azmin Ali hanya perlu bersabar bagi membolehkan peralihan kuasa daripada Khalid Ibrahim kepadanya untuk jawatan tersebut.

Berita tersebut disambut gembira oleh Anwar Ibrahim, juga Tony Pua, Pengerusi DAP Selangor. Maka semalam juga, mereka telah bermesyuarat tanpa PAS, sekalipun konsensi jawatan Menteri Besar Selangor adalah kompromi ketiga-tiga buah parti. PAS disisihkan kali ini, sekaligus merupakan satu hikmah jikalau pucuk pimpinan PAS dapat melihat dengan mata hati, bukan dengan mata duitan.

Siapa sebenarnya yang khianat? PAS jugakah?

Dari awal lagi, PAS telah tidak bersetuju dengan Kajang Move. PAS tidak dibawa berbincang, sebaliknya Anwar Ibrahim memandai-mandai menggunakan nama TGHH dan PAS untuk langkah yang dirasakan dapat menyelamatkannya dari penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya. PAS cuba digunakan untuk mengeluarkan pelbagai fatwa dan pandangan agama, termasuklah ayat-ayat al Quran, hadis, ijma' dan qiyas untuk menghalalkan perbuatan keji Anwar Ibrahim yang telah dibuktikan oleh mahkamah melalui siri perbicaraan yang tidak dapat disanggah atau dipatahkan oleh berbelas-belas orang peguambelanya.

Hanya kerana PAS lebih mementingkan dan berpegang kepada keadilan yang diadili, bukan keadilan yang diretorikkan menerusi ceramah dan kempen retorik subversif seperti yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim, PAS akhirnya dijadikan sebagai mangsa belasahan. Agak mujur kerana pucuk pimpinan PAS, terutama sekali TGHH mahu menyelesaikan masalah ini dengan cara yang tidak mengaibkan Anwar Ibrahim dan seluruh kepimpinan PKR serta DAP.

PAS bukan tidak boleh menerangkan secara berterus-terang bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat dan ianya terbukti apabila dari perbicaraan pertama pada tahun 1998, kemudian keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2005, kemudian keputusan Mahkamah Tinggi 2012 dan akhir sekali pada Mahkamah Rayuan pada Mac 2014, fakta yang dibentangkan ialah, Anwar Ibrahim terbukti melakukan perbuatan liwat.

Walaupun pada tahun 2005, Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar Ibrahim tetapi ketiga-tiga hakim bersependapat bahawa liwat memang berlaku tetapi Anwar dibebaskan hanya kerana percanggahan fakta nombor unit kediaman tempat berlakunya liwat. Begitu juga dalam keputusan Mahkamah Tinggi pada 2012, dia dibebaskan kerana hakim berpendapat DNA yang dijadikan bukti, tidak cukup lengkap kerana ia diambil tanpa pengetahuan Anwar Ibrahim, bukan kerana Anwar Ibrahim tidak melakukan perbuatan tersebut.

Semua itu boleh diterangkan dan diceramahkan kepada rakyat Malaysia secara bebas kalau PAS mahu atau seperti pada tahun 1997 tetapi PAS memilih untuk menyimpan aib Anwar Ibrahim. Kesalahannya itu biarlah Allah Taala sahaja yang membalasnya sama ada di dunia atau di akhirat. Cukuplah keputusan mahkamah sebagai bukti dan penjelasan kepada rakyat Malaysia yang masih percaya bahawa Anwar Ibrahim adalah mangsa kezaliman Kerajaan UBN.

Kenapa PAS memilih untuk berbuat begitu, padahal PAS boleh sahaja menghancurkan Anwar Ibrahim dan PKR dalam sekelip mata sahaja?

Jangan kata PAS bodoh kerana terpedaya, tetapi kerana PAS mahu membuktikan bahawa Anwar Ibrahim dan PKR sebenarnya tidak boleh dipercayai dan mereka akan sanggup mengada-adakan segala cerita semata-mata untuk menutup kemaksiatan dan kemungkaran pemimpin utama mereka itu.

Namun sekian lama PAS menyembunyikan aib Anwar Ibrahim, mahupun Azmin Ali dan sebahagian besar pemimpin PKR, nampaknya bangsa ini jenis yang tidak sedar diri, tidak kenang diuntung dan terlalu angkuh. Mereka bukan sahaja khianat tetapi juga mengada-adakan cerita yang tidak sepatutnya.

Secara logik, daripada melantik Azmin Ali yang diketahui mempunyai terlalu banyak masalah peribadi, termasuklah dalam isu Detum Jelatek yang penuh korupsi, PKNS yang menjual segala aset angkara Azmin Ali selain penjualan tanah Kerajaan Negeri kepada Tropicana dan Eco World di mana Azmin ada kepentingan di dalamnya dan skandal SPLASH yang turut mempunyai penglibatan Azmin Ali, jauh lebih baik PAS mengusulkan ADUN PAS untuk jawatan tersebut.

Apa faedah mahu menarik Azmin Ali ke dalam PAS sedangkan akhirnya PAS yang terpaksa menanggung kejahatan dan kemungkarannya? Siapa Azmin Ali selain daripada soldadu Anwar Ibrahim yang zikir tasbihnya adalah Anwar Ibrahim sepanjang masa!

Tidakkah hodoh sangat cerita Azmin Ali kononnya dia dipujuk bersetuju untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor oleh TGHH?

5 comments:

Anonymous said...

Azmin ditawarkan masuk pas?? kenapa tak cakap, Tony pua jugak ditawarkan masuk pas? kan sama perangai tu?
Kalau nak buat cerita pun bagilah logik sikit...
PKR sememangnya parti yang dipenuhi manusia durjana ... yang hanya memburukkan nama pas sejak dahulu. Didalamnya dipenuhi dengan parasit, pengkhianat, kaki maksiat, pemfitnah, penentang islam, munafik dan sebagainya...

Anonymous said...

Ini semua kerja unit propaganda pkr..
unit khas yg diujudkan utk mencipta fitnah.. tak sedar lagi ke...

Anonymous said...


SESAT DI HUJUNG JALAN BALIK LAH KE PANGKAL JALAN.

Anonymous said...

MMG pas SELAMA INI PARTI PALING BANGANG.

ORG ISLAM NAKKAN ISLAM TAPI PAS LARI DARI PERJUANGAN ISLAM

Anonymous said...

Baru sedar ke PAS....tak apa guling lah lagi tengah jalan.