Wednesday 13 August 2014

Allah Taala Akhirnya Menganugerahkan Selangor Kepada Jemaah Islam PAS

Mungkin ramai yang tidak sedar realiti perkara ini sedang berlaku di Selangor.

Tiada lagi kerajaan campuran PKR-DAP-PAS di Selangor, sebaliknya yang ada hanyalah Kerajaan PAS Selangor. PAS berjaya memperolehi peluang untuk mentadbir Selangor sepertimana yang diinginkan selepas kita menang buat kali pertama kerusi Kerian pada tahun 1955 menerusi Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.

Dari roh dan semangat perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh Inggeris pada 1948, PAS yang ditubuhkan pada tahun 24 November 1951 dan didaftarkan secara rasmi pada 31 Mei 1955 terus bergerak seiring dengan perubahan masa. PAS kini bukan lagi parti serban sebakul, kain pelikat atau purdah ala Pashtun. Dan perjuangan PAS juga sudah berubah daripada konvensional kepada gabungan tradisional dan digital.

Segala pancaroba telah PAS lalui. PAS juga telah melakukan pelbagai eksperimen termasuklah menjadi penyelamat UMNO pada tahun 1969 sebelum ditendang dengan penuh tragis pada tahun 1978 apabila UMNO semakin kuat. PAS telah bekerjasama dengan serpihan UMNO iaitu Semangat 46 pada tahun 1990, berada dalam gabungan APU, kemudian secara tidak langsung dalam Gagasan Rakyat, bekerjasama dan merupakan pemain aktif dalam Barisan Alternatif yang menjadikan PAS sangat dominan di kalangan DAP dan PKR pada tahun 1999 dan kemudian dikecilkan dan dihina menerusi Pakatan Rakyat melalui PRU 2008 dan 2013.

Apa lagi yang PAS tidak lakukan demi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa jemaah Islam PAS adalah sebuah organisasi perjuangan yang kalah bukanlah ditakuti, kemenangan disyukuri dan kegemilangan ditunggu dengan penuh tawadduk?

Perancangan Allah Taala itu adalah sebaik-baik perancangan. Maka benarlah seperti yang difirmankan bahawa tiada bergerak barang sezarah pun melainkan atas Kehendak-Nya.

Siapa boleh menjangkakan, PAS akhirnya menjadi sebuah Kerajaan Negeri di Selangor. Percubaan demi percubaan menerusi Pilihanraya telah kita lalui di Selangor, tetapi tidak pernah menjadikan PAS sebagai penguasa unggul jumlah majoriti kerusi-kerusi DUN Selangor.

Namun atas Kehendak dan Perancangan-Nya, Khalid Ibrahim dipecat dari PKR, menjadi ADUN Bebas tetapi masih menguasai jawatan Menteri Besar Selangor dan sekarang ini mempunyai empat orang Exco, jumlah minimum yang diperlukan untuk meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar.

Tanpa perlu memasukkan ADUN-ADUN UBN ke dalam barisan Exco, kalau Khalid Ibrahim mengotakan janjinya untuk masuk PAS, maka baki enam lagi Exco, boleh dilantik terus daripada 11 orang ADUN PAS yang lain, yang tidak kurang kalibernya melainkan beberapa orang PARASIT yang telah dikenalpasti seperti Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang.

Jangan tolak UBN begitu sahaja. Kalau pada tahun 1969, UBN menggunakan kita untuk menegakkan haknya memerintah negara menerusi kewujudan Barisan Nasional di mana PAS adalah perintisnya, maka pada tahun 2014 di Selangor, kita boleh menggunakan UBN hanya untuk menyatakan sokongan kepada Kerajaan PAS Selangor.

Yang perlu sekarang ialah, bertindak bijak dan tidak terpedaya dengan mainan serta hasutan daripada DAP serta PKR selain berwaspada dengan tindak tanduk kaum munafik yang berpakaian PAS tetapi berbadan dan berhati Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng.

Namun yang paling penting ialah, jangan kita leka dan lalai, bahkan sering-seringlah mengingati pesanan Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Baqarah Ayat 195)


20 comments:

Anonymous said...

Tlg jgn perasan PAS mampu bentuk kerajaan negeri selangor tanpa sokongan ADUN UMNO. UBN sokong PAS tanpa prasyarat nk minta jadi exco. So tak yah buruk sangka dgn UBN. Tapi bolehkah PAS tak jadi bapok dlm menghadpi PKR & DAP kali ni? Org dah muak dgn tok2 guru PAS yg slalu wat U turn bila telur dia org kena picit dgn anwar dan kit siang. kita tengok kali ni tok2 guru PAS jantan ka bapok ka?

Anonymous said...

Kalau untuk kepentingan parti, BN lebih suka jijah jadi MB tapi untuk rakyat BN sokong Khalid jadi MB

Anonymous said...

Kalau untuk kepentingan parti, BN lebih suka jijah jadi MB tapi untuk rakyat BN sokong Khalid jadi MB

Anonymous said...

Bagus, persetankan setan DAP dan PKR tu. Jgn u-Turn last minit PAS, buat malu je nanti.

Anonymous said...

Salam tuan penulis,says rasa tajuk yg tuan gunakan tidak menepati dgn keadaan sekarang,says rasa lebih sesuai digunakan kesatuan Islam,jgnlah Kita berlebihan keatas satu puak yg lain walaubagaimanapun dgn terbentukya kerajaan campuran sekarang diharap Kita mengambil ikhtibar Dan jadikan is sebagai testimoni ke arah penyatuan menyeluruh..

Anonymous said...

Mula-mula tu percaya juga blog ni macam berapi santaunya. Rupanya blog santau bangang. Tulis nak bagi sedapkan hati sendiri dan PAS. Kalau PAS boleh membentuk kerajaan sendiri atas kekuatan kerusi DUN sendiri tak apa lah juga. Boleh gak respek. Santau tahap bangang blog ni.

Anonymous said...

salah tajuk blog ni. Allah anugerahkan kepada melayu islam selangor bukan pas. sebab tanpa umno pas takkan dapat apa2 pun selain jadi kuda tunggangan dap n pkr. begitu juga khalid ibrahim. jangan pernah lupa ranpa umno dia bukan sesiapa. saya gembira dgn perkembangan di selangor tapi saya sedih dengan adun pas yang menunjukkan keangkuhannya. tak pa lah. serah saja pada Allah. semoga yang baik2 saja berlaku seterusnya

Anonymous said...

Di persilakan PAS memerintah! UMNO dah janji akan sokong tanpa SYARAT!

lagi sekali;

Di persilakan PAS memerintah!

Demi perpaduan UMMAH!

Anonymous said...

Udah memerintah, laksanakan Islam sepenuhnya. Rumah urut, kilang Carlbergs, premis judi, mesin kuda, premis arak tolong di buang dari negeri Selangor tu. Dapat jawatan maksudnya ada tanggungjawab yang perlu dipenuhi. BUkan dapat jawatan untuk tunjuk lagak siapa lagi bagus..!!!!!

Anonymous said...

Musykil, boleh ke PAS jadi penegak agama Islam?? Bab jaga persaudaraan sesama Islam pun fail. Sesama Islam bermusuh, dgn kafir lahanat boleh berpelok. Allah redho ke ??

Anonymous said...

Klw sebelum ni pas dihina bagai melukut di tepi gantang oleh pkr dan dap...
lepas ni nak tengok pulak tok2 lebai pas hina adun2 umno macam mana...
adakah mereka2 ini akan lupa daratan setelah diberi peluang berada di awangan...
tungguuuuu....

Anonymous said...

Rakyat selangor bukan mcm rakyat kelantan totok membuta tuli...
bagos dikata bagos...
tak bagos sila berambos...

Anonymous said...

Macai PR tak usah bimbang la. Krisis ni bley settle punya. Cayalah PAS akan buat U turn punya bila DAP picit telur telur dlm jubah tu. Sesuailah dgn PAS = PARTI ANJING SURUHAN. Disuruh DAP demo, demo. disuruh guling, guling. disuruh menyalak, menyalak. Jadi barua DAP dulu kini dan selamanya.

Anonymous said...

Aku jakin akan u turn...
selama ini pernah ke pas tetap pendirian...
bikin tak pernah serupa cakap...
negara islam dah jadi negara kebajikan...porah cit...

Anonymous said...

Hudud hanya separti dendangan lagu raya bila musim raya...
mana pendirian..podah cit..

Anonymous said...

Allah maha mengetahui...Mana boleh penulis sesuka hati Negeri Selangor dianugerah Allah pada PAS..
Kalau ye pun penyokong PAS tegar,tapi bila menulis tu jangan terlalu takbur.....Islamik lah sikit.

Anonymous said...

Biasa la pas...nah ler sombong angkuh...bodo pulak... sesuai la dgn slogan dorg...

Pas bodo for all...
Sombong total....

yarmouk636 said...

Sedih aku tengok korang dok bercakar sama sendiri. Kata kata korang tidak lain hanya nak melukakan hati sesama sendiri. Bukankah nabi muhammad s.a.w pesan orang islam itu sesama sendiri kasih akan ia seperti saudara dan dengan orang kafir ia tegas. Sebenarnya kalau kita berpegang pada islam yang sebenar tidak perlu kita berbalah ttg hal ini kerana pas dan umno mgkin hanya warna pakaian kita, perlukah kita mgkeji pakaian org lain krna brgkali itu yg termampu atau yg terbaik utknya. Sedangkan hati kita mengharap kasih dan rahmat dariNya. Tak takutkah kita nanti disoal disana. Mati itu pasti, semasa merasai hidup, hiduplah dalam rahmat Allah, syukur dan takwa. Berbaik sangka lah, bermaaf-maaf lah sesama kita, buang segala dendam kesumat dan kebencian, berlapang dada. Inn sha Allah.

Anonymous said...

jgn berfantasi.. kenyataannya tanpa sokongan umno pas tak akn jd apa2 di selangor.. cukup ka kerusi utk memerintah.. tanpa kerusi umno, tanpa kerusi pkr dan dap. pas sudah tersilap catur langkahnya kali ini.. benci umno sebenci2nya, suka pkr dan dap sesuka2nya.. jika pas u turn.. imej dan moral pas pada pkr dan dap akn ranap seranap2ya.. krn tiada kepintaran utk tangani situasi yg sebegini.. exconya hadir mesyuarat dan tidak di pecat.. buktikan pas mula khianat kpd pkr dan dap.. enggan terima umno jd exco , tunjjukan angkuh dan bongkak yg tak kena tempat.. sudahnya pas tak akn kemana2...

PakKaduk said...

Selagi PAS menggunakan agama Islam untuk mencapai cita2 politiknya maka selagi itulah tak akan jadi apa2 buat PAS.

PAS perlu hulurkan salam dengan UMNO kerana PAS tak mampu untuk menangani isu politik semacam ini.

Jadi, jalan terbaik ialah berbaik2 sesama bangsa dan agama.