Saturday 9 August 2014

Isu Chegu Bard Saman TGHH, Perkara Lama Yang Diberitahu Bahawa Ular Itu Membelit Serta Mematuk

Apabila almarhum Ustaz Fadhil menyatakan pendiriannya bahawa sokongannya kepada Anwar Ibrahim adalah bersifat peribadi memandangkan Anwar Ibrahim pernah bersama-sama beliau dalam ABIM, akhirnya Majlis Syura membuat keputusan untuk membawa keseluruhan PAS menyokong Anwar Ibrahim. Walaupun hati masih berdarah kesan daripada tohmahan, hasutan, fitnah dan caci keji Anwar Ibrahim sewaktu dia masih berkuasa dan belum ditendang oleh UBN, demi wala' kepada ketsiqahan kepimpinan, terpaksa dipujuk hati sendiri untuk menyokong Anwar.

Hasilnya, Anwar Ibrahim sangat berbangga kononnya, dia telah berjaya menarik sokongan ratusan ribu orang untuk berkumpul, berdemonstrasi dan menyatakan tentangan kepada kerajaan UBN. Tak disebut langsung oleh Anwar Ibrahim mahupun Wan Azizah yang kuat berlakon bersama anak-anaknya, yang ramai-ramai keluar keluar 'dari lubang' itu adalah para penyokong PAS, bukan Anwar Ibrahim.

ADIL diwujudkan dengan bantuan Almarhum Ustaz Fadhil. Kemudian dari ADIL, muncul pula KeADILan, juga dokongan PAS. PAS jugalah yang membantu mencarikan sokongan untuk Wan Azizah. Malah sanggup pula secara gelap-gelap membenarkan orang PAS mempunyai dua keahlian iaitu PAS dan KeADILan. Kemudian tertubuh pula Parti Keadilan Nasional, juga dengan sokongan PAS. Akhirnya sekali, PKN bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia yang merupakan parti yang menyokong fahaman Sosialis menjadi Parti Keadilan Rakyat, juga restu dan kebenaran diminta daripada PAS.

Masa DAP masih di luar, PAS adalah sahabat karib PKR. Kalau ada ceramah-ceramah PAS, PKR pasti menyelit dan mempromosikan diri. Pelbagai janji ditaburkan kepada PAS kalau PAS terus menyokong aspirasi Anwar Ibrahim untuk memperjuangkan kebenaran, kononnya.

Namun tembelang kepura-puraan Anwar Ibrahim tidak bertahan lama. Apabila PKR berjaya menarik DAP untuk membentuk satu pakatan longgar bersama-sama PAS, PKR mula menjadikan PAS sebagai selipar mereka. Akar umbi PAS mengeluh dan mula tidak senang hati. Tetapi demi wala' kepada pucuk pimpinan, perkara itu hanya bersifat api dalam sekam, tidak diluahkan dan tidak juga dizahirkan. Lebih-lebih lagi apabila Anwar Ibrahim berjaya mengatur orang-orangnya yang berbaju PAS tetapi berhati munafik dalam saf kepimpinan.

Ingatan demi ingatan dibuat agar berhati-hati dengan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah ular yang sangat merbahaya. Dia bukan sahaja mencerut tetapi dia juga boleh mematuk. Kalau Dr. Mahathir yang pernah mengajar, mendidik dan memberikan ruang sebesar-besarnya kepada Anwar pun, dipatuk, dibelit dan difitnah hanya semata-mata Dr. Mahathir lebih percayakan bukti berbanding retorik, ini kan pula PAS yang sememangnya telah menjadi musuh tradisi Anwar Ibrahim semenjak dia dari dalam ABIM lagi.

Malangnya, pucuk pimpinan terlalu terpesona dengan 'kehebatan' putar belit Anwar Ibrahim. Mereka yang berpengalaman berurusan dengan Anwar Ibrahim menjangkakan, Anwar tidak akan mengambil masa yang panjang untuk membelit dan mematuk.

Kini, telah terbukti segala telahan tersebut adalah benar. Pendirian TGHH untuk mempertahankan orang yang dizalimi, dijadikan musuh oleh Anwar Ibrahim. Serangan dan perlecehan dilakukan menerusi konco-konconya kepada TGHH. Cerita tentang UG muncul semula demi mendapatkan simpati dan sokongan, sekaligus menimbulkan kebencian kepada TGHH.

Dan yang paling menariknya ialah, saman kedua ke atas TGHH selepas saman pertama dimenangi kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh Hanipa Maidin, turut dibuat. Kali ini daripada Badrul Hisham Shaharin, atau Chegu Bard yang merupakan anak saudara ipar serta macai paling setia tetapi bongok Anwar.

Ia langsung tidak menghairankan kerana golongan 'Elders' telah lama menjangkakannya!

4 comments:

Anonymous said...

"Chegu Bard yang merupakan anak saudara ipar serta macai paling setia tetapi bongok Anwar."

Setuju 10000x... apa yang berlaku ke atas bardigol dalam pkr (insiden mengutuk anwar, digantung keahlian dsb.) hanya taktik untuk mengabui mata penyokong PR. Sebenarnya dialah penjilat Anwar yang sejati. Memang tak syak lagi..

Anonymous said...

Semoga segala yg berlaku akan mjadi panduan utk kita semua.... bila Tuhan kata "KUN" maka tjadilh.... ikhtiarlh semoga Islam tidak terus terhina sebegini rupa.... jgnlh dlm hati terus mhina sesiapa jua hatta DS Najib, TGHA, DSAI, atau sesiapa pun.... ajarilh agama dgn penuh bhikmah... Mmg politik tidak dpt dipisahkn dari agama ttpi kalau cara penyampaian itu keterlaluan mendahulukn politik lebih dari adab " hubungan sesama manusia" dan " hubungan dgn Allah" maka inilh petunjuk yg Allah tunjuk yg manusia akn dihina dan akn dimuliakn oleh Allah... marilh muhasabah....

Anonymous said...

Kalau ada ramai pemimpin PAS yang macam Dato Ustaz Haron Din, Iskandar Samad, Hasan Ali, Nasharuddin Mat Isa, gua masuk PAS bro.

Tapi sekarang ni ahli2 PAS pun masih menyokong Liberals Anwaris, gua tunggu la dulu. Sokong UMNO la.

PKR ...tak payah.

Anonymous said...

Tuan,
Nasihat lah pada saudara-saudara tuan dalam PAS. Dah tiba masanya PAS berdikari, bebaskan dari cengkaman Anuwar Ibrahim dan LGE. Masyarakat bukan islam melihat kejijikan islam melalui PAS. Mereka lihat PAS lemah dan mereka berani mencabar islam.
Lihatlah apa yang berlaku pada PAS sekarang...
Walaupun sya pro pemerintah, tapi hati sya rasa terguris apabila melihat pemimpin2 PAS yg sya hormati dimain-mainkan oleh mereka yang tidak ikhlas mirip pada bersifat munafik.
Dilihat oleh masyarakat umum, sekarang,UMNO sedang membela islam. Tapi UMNO akan gagal. Begitu juga PAS jika masih bersahabat dengan si munafik. Biri-biri yang sendirian mudah untuk dimakan serigala. PAS dan UMNO, sendirian.
Dah terang-terang golongan kuffar menentang islam, jadi berdakwahlah pada saudara sendiri.
Maafkan sya...sya lihat PAS sudah tidak mempunyai harga diri. Dunia sudah diatas kepala, agama nya di kendong. Dunia di kepala bergoyang , agama yang di kendong di lepaskan.... Inilah yang sya lihat.