Tuesday, 12 August 2014

Ibarat Yang Diberikan Ketua Pemuda PAS Bahawa Anwar Ibrahim Adalah Anjing SEMEMANGNYA TEPAT!

Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu menyatakan perkara yang haq, perkara yang benar dan perkara yang nyata jelas pada penglihatan mahupun pendengaran.

Anwar Ibrahim bolehlah diibaratkan sebagai ANJING.

“Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa ‘Bagai melepaskan anjing tersepit“, demikian luahan kemarahan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas di dalam satu kenyataan di media sosial mengulas tentang tindakan Anwar yang dilihat membelakangkan ulamak-ulamak PAS.

Faizul melahirkan rasa kesalnya kerana beliau berpendapat PAS amat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan di antara kedua-dua parti tersebut.

Beliau mendakwa, sebaliknya yang berlaku adalah PAS sering menjadi mangsa di kalangan rakan pakatan rakyat yang menyerang dan menyalahkan PAS apabila timbulnya sesuatu isu.

Di dalam salah satu komentarnya, beliau juga menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak mengenang budi.

“Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujjah dengan al Quran dan hadis. Tuan Guru Haji Hadi karang buku Qazaf…tup-tup dia suruh budak-budaknya ‘telanjangkan’ Tok Guru kita… memang ANJING!” TTIMES memetik komen tersebut.

7 comments:

Pen Kendi said...

Tunggu apa lagi keluar terus dari PR, daripada ditendang oleh PKR dan diludah DAP...

Orang PAS ada maruah...ini PARTI ISLAM.

Otak geliga said...

“Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujjah dengan al Quran dan hadis....."

buat2 lupa pulak pak lebai ni. ORG PERTAMA yg BOGELkan AI semasa di dlm UMNO adalah Mat Sabu dan Karpal Singh.

Siapa yg MUNAFIK??? meletakkan kesalahan di bahu UMNO semata2. Lebai lidah bercabang dan berbelit mmg ramai dlm PAS. Pemikiran ala Syiah menguasai PAS dulu, kini dan selamanya

Anonymous said...

Pembetulan ye..Si ketum tu bukan ditelanjangkan pemerintah ketika itu, tapi memang perangai jahat dia dah tak boleh disorok lagi, dah terbongkang.

Pemerintah ketika itu berani ambil tindakan pecat si ketum tu..sbb kerajaan pimpinan UMNO tak main la assobiyah macam PAS,dah tau ada salah laku pun nak simpan lagi.

Mc Naif Butatulee said...

Budak muda ni ada ambik iktibar jugak dlm politik, bukan sekadar kulum dan telang gook apa yang diumpankan oleh Anuwar...kira ok la tu jugok.

Tapi dia belajor tak berapa habis, macam terencat sikit tu ada gangguang saraf gitu. Kegagalan Anuwar disebabkan oleh:

1. Tidak ada sifat sabar. Dia memang tak sabar dlm segala hal. Tak sabar mau jadi PM, taksabar dengan kesabaran TGHH dan TGNA, Tak sabar mau jadi MB malah tak sabar dlm perlakuan seksual.

2. Tiada sifat kesyukuran : Tak bersyukur dengan rezeki dan anugerah Allah, walaupun dengan kelayakan yg minima dan kepintaran tulus yg terhad. Dia mendaki kuasa dengan cara auta dan propa deceit. Dia meninggalkan keikhlasan dan harapan kaum marhaen yg dicipta olehnya pd peringkat awal.

3. Riak dan Angkuh: Dia menganggap dirinya nemuro uno, semua komrades dlm pakatan adalah berminda kelas 3, dan dirinya adalah "The Chosen One"(memetik gelaran Anugerah Tuhan" dari Wan Azizah} bertepatan dengan segala tindakan nya yang bersifat othokratik.

Orang putih selalu kata, u live by the sword, u die by the sword. Orang Melayu umpamakan..Taik demo berak apa demo makang!!!.

Anonymous said...

Apa salahnya PAS menerajui, Mentadbir Negeri Selangor, Negeri Terkaya di Malaysia? PKR sudah memegang sekian Lamanya, PAS tak bising pon?

PAS selama ini ikut ajer, tapi kali ini PAS adalah PAS, PAS jugak perlu memikirkan kewajaran dan keperihatinan pengundi yang mengundi dlm pru-13.

Khalid memohon masok jadi ahli PAS setelah di pecat oleh PKR. Nasib Khalid tak pohon masok UMNO atau mana2 kesatuan BN.

Sudah sekian lamanya PAS Memerintah di negeri2 yang Miskin, Kelantan Miskin, Kedah Miskin, Terengganu Miskin (Krjaan Persekutuan Tak beri royalti)

Inilah ANUGERAH Allah di atas Doa Para Ulamak supaya di anugerahkan negeri yg Kaya untuk di perintah oleh PAS.

Kekayaan Negeri akan di agihkan kepada Rakyat Selangor, secubit untuk Rakyat Kelantan di bawah PAs dan sedikit untuk PAS Negeri2.

Pimpinan Ulama Pimpinan Islam mampu Memajukan Negeri Selangor.

Anonymous said...

Pas patut bersyukor dgn keadaan ini...
pas adalah adun islam terbanyak dipilih rakyat selangor...
tunaikan tanggongjawab anda pada rakyat selangor yg memilih anda...
Allah telah beri peluang..
Rakyat telah beri peluang..
jangan asyik nak jadi alas kaki je...

Anonymous said...


PAS MEMPUNYAI TANGGUNG JAWAB KE ATAS UMAT ISLAM DI NEGARA INI. TUHAN AZZAWAJALLA TELAH PUN MEMBUKA JALANNYA. BERANI KAH PAS MENOLAK AMANAHNYA INI ?