Monday 11 August 2014

PAS Hanya Ada Maruah Kalau Patuh Kepada Titah Perintah Anwar Ibrahim dan Guan Eng!

Lim Kit Siang mula bersuara. Mula meroyan dan mula bimbang sekiranya PAS benar-benar mengambil tindakan drastik, meninggalkan kebebalan bekerjasama dengan DAP dan menonjolkan diri sebagai pemimpin sebenar dalam Pakatan Rakyat.

Masa zaman Allahyarham Datuk Asri jadi Yang Dipertua PAS dahulu, kita pernah mengadakan kerjasama sulit dengan DAP sekitar pertengahan 1960-an tetapi menyedari bahawa Lim Kit Siang, Chen Man Hin dan beberapa orang pemimpin DAP yang lain mempunyai matlamat mengkuda-kudakan PAS, kerjasama tersebut hanyalah cubaan Lim Kit Siang dan konco-konconya untuk memperemehkan Islam dan Melayu, akhirnya keputusan dibuat, tiada lagi kerjasama dengan DAP.

Terbukti benar, pada tahun 1969, Lim Kit Siang menjadi antara dalang utama mencetuskan Tragedi 13 Mei 1969 menerusi kerjasama dengan PKM dan Parti Buruh yang berkiblatkan sosialis walaupun sehingga kini dia puas bertaichi mengatakan dia tidak terlibat dalam tragedi tersebut.

Sudah berkali-kali kita 'bekerjasama' dengan DAP sama ada secara langsung atau tidak. Hanya pada 2008, selepas Anwar Ibrahim memberikan pelbagai janji yang manis-manis dan muluk termasuklah ikrarnya untuk mempertahankan Islam dan umat Melayu, akhirnya PAS bersetuju untuk bertahaluf siyasi dengan DAP.

Apabila beberapa perkara berbangkit melibatkan dominasi DAP dan gelagat para pemimpin DAP seolah-olah mereka adalah tuan besar, sekali lagi Anwar Ibrahim menjanjikan bahawa perubahan akan berlaku dan selepas Pakatan berjaya mengambilalih Putrajaya, dia sendiri akan mengajar DAP agar lebih beradab dan tahu menghormati kedudukan PAS dalam Pakatan.

 Walaupun ada di kalangan pemimpin kita yang terpengaruh sepenuhnya dengan janji Anwar Ibrahim dan DAP sehingga menjadikan Pakatan Rakyat sebagai satu akidah yang tidak boleh dibuang-buang sepertimana yang diucapkan oleh Husam Musa, namun majoriti akar umbi PAS masih menaruh keyakinan kepada kebijaksanaan berpolitik para pemimpin sendiri.

Perkembangan terbaru menyaksikan Lim Kit Siang menyertai anaknya, Lim Guan Eng untuk menyerang PAS. PAS dikatakan tidak bermaruah kerana menawarkan tempat kepada Khalid Ibrahim. Kenyataan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob bahawa PAS sedia membuka pintu kepada Khalid Ibrahim yang kini merupakan ADUN Bebas di Selangor, ditanggapi oleh Lim anak beranak itu sebagai tawaran keahlian.

Sama ada mereka memang buta Bahasa Kebangsaan atau hati mereka sememangnya busuk, kenyataan Ahmad Yaakob itu telah diputarbelitkan mengikut lidah pelat mereka. Ketidakfahaman dan ketidakfasihan Bahasa Kebangsaan menyebabkan Lim Kit Siang tidak dapat membezakan antara 'MENAWARKAN' dan 'SEDIA MEMBUKA PINTU'.

PAS tidak bermaruah kata Lim Kit Siang apabila membuat tawaran menganggotai parti kepada Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim sebelum dipecat adalah ahli PKR. Proses masuk parti sama sahaja apabila Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sedang giat menawarkan tempat kepada anak-anak muda dari kalangan UBN untuk menganggotai parti sosialis itu dan kemudian menganggapnya sebagai satu kejayaan.

Butakah Lim Kit Siang apabila tidak melihat bagaimana PKR sibuk menarik ahli-ahli PAS menyertai parti mereka? Mengapa tiada ulasan 'TIADA MARUAH' daripada orang yang pernah mencetuskan tragedi berdarah di negara ini, sebaliknya 'TIADA MARUAH' hanya dilabelkan kepada PAS kerana bersedia membuka pintu kepada Khalid Ibrahim yang telah dipecat dari parti yang dianggotainya?

Jadi, betullah selama ini DAP memang bermaksud hendak memusnahkan PAS dan menjadikan PAS hanyalah sebagai biro dalam DAP bertujuan untuk mendapatkan sokongan Melayu-Islam kepada parti yang dipimpin oleh Lim Kit Siang semenjak berdekad-dekad lalu walaupun ahli-ahli politik sezamannya semuanya sudah bersara?


1 comment:

Anonymous said...

Jangan derhaka dengan Anwar, nanti masuk neraka
- Zuraidah Lampir