Tuesday 2 December 2014

Pembohongan Besar PENULIS UPAHAN PASMA Tentang Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah

Analisa Awal Terhadap Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah: Kecelaruan Paling Besar Pada Fakta Pembentukan Kerajaan - (Mukasurat 19)

Kelahiran kembar tidak seiras - sebuah buku dan sebuah NGO.


MSO memulakan penjelajahan ke Kedah, menemubual sumber ceritanya bagi menulis buku ini pada Febuari 2014, selari ketika dan waktunya dengan pendaftaran sebuah NGO bernama PasMa. NGO berteraskan kebajikan beralamat di tingkat atas sebuah kedai barangan elektrik di Jitra itu , belum berketuakan Dato' Phahrolrazi, tetapi memakai nama anak kepada Taib Ahmad, Setiausaha NGO itu sekarang ini. Kepimpinan NGO itu berubah juga selari waktunya dengan terbitnya buku yang sarat dengan penceritaan bias, penipuan fakta, putar belit dan penjulingan sejarah bertajuk "Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah -The Inside Story. Bolehkah kebetulan-kebetulan ini diterjemahkan kepada kenyataan bahawa PasMa dan Buku MSO ini lahir dari perut yang sama, atas tujuan dan matlamat yang serupa?

Sejarah adalah tentang orang, tarikh dan peristiwa -kesilapan serius!

MSO memulakan tulisannya mengenai pembentukan Kerajaan Negeri Kedah oleh PAS dipimpin oleh Ustaz Azizan, dengan kecelaruan dan kesalahan fakta yang serius. S Manikumar dan Abd Ghani Ahmad dinamakan sebagai Exco daripada PKR sedangkan S. Manikumar belum menjadi Adun pun waktu itu, manakala Abdul Ghani belum menjadi Exco, dilantik sebagai Timbalan Speaker daripada PAS. Dia adalah YDP PAS Kawasan Jerlun.

S. Manikumar bertanding dan menang dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau setelah DSAI mengarahkan V Arumugam meletakkan jawatan sebagai Exco dan Adun Bukit Selambau. Selepas itu barulah dia dilantik sebagai Exco. Ini fakta penting politik Negeri Kedah dan Negara Malaysia, mana boleh dia sambil lewa menulisnya.

Seorang lagi Adun PAS yang menjadi Exco ialah YB Abdullah Jusoh, Adun Pantai Merdeka, YDP PAS Kawasan Sungai Petani. (Dia digantikan oleh Abdul Ghani Ahmad selepas dua tahun). Lim Soo Nee dan Tan Chau Kang @Tan Joo Long belum menjadi Exco, mereka dilantik kemudian menggantikan Muhammad Radzi Salleh (Lunas) yang melompat menjadi bebas dan Tan Wei Shu (Bakar Arang)- melompat menjadi bebas setelah kerusi Exco diberikan kepada Tan Chau Kang yang keras kesetiaannya. Benar! Adun Bakar Arang itu kemudian membuktikan kerapuhan politiknya dengan melompat meninggalkan PKR kerana hilang jawatan Exco.

Membalas Dendam Pada Yang Belum Wujud: Kurang Siuman!

MSO cuba menyerlahkan niat jahatnya bila menulis bahawa PAS Kedah dibawah pimpinan Ustaz Azizan MEMBALAS DENDAM kepada DAP, apabila Adun tunggal DAP, Lee Guan Aik tidak dilantik sebagai Exco. Dendam PAS Kedah ini kerana DAP di Pulau Pinang tidak melantik Adun tunggal PAS di sana sebagai Exco.

Adakah MSO tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu, Kerajaan Negeri Kedah dibentuk lebih awal daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. MB Kedah mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mac 2008 (MSO tulis 9 Mac), dan Exco Kerajaan Negeri Kedah mengangkat sumpah membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah pada 12 Mac. Kerajaan Negeri Kedah adalah yang pertama dibentuk selepas PRU12.

Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 11 Mac dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang pada 13 Mac. Mana mungkin yang selesai dahulu (Kedah) dituduh membalas dendam kepada yang terkemudian (Pulau Pinang)?

"Lembu Punya Taik, Sapi Dapat Nama..."

MSO memang tidak tahu atau sumber ceritanya sengaja memutarbelit sejarah, apabila menuduh Pakatan Rakyat Kedah tiada kesatuan, dan kerajaan negeri dilihat cacat, tidak diuruskan dengan adil dan gagal menyerlahkan kesyumulan PR, tidak meyakinkan rakyat apabila tidak melantik Exco daripada DAP.

Tidakkan MSO sedar bahawa Pakatan Rakyat belum wujud sewaktu PRU12, PAS hanya ada hubungan persefahaman dengan PKR dan PKR ada hubungan dengan DAP. PAS hanya berunding kerusi dan perkongsian kuasa dengan PKR, yang kemudiannya berunding kerusi dengan DAP. Di Kedah, PAS bertanding 24 kerusi, 12 kerusi diserah kepada PKR. PKR berunding dengan DAP untuk pembahagian 12 kerusi itu. Mereka bertembung 3 penjuru di kerusi DUN Derga, bila Chong Kai Yan, bekas Exco BN Kedah menyertai PKR dan ingin bertanding di kerusi itu. Rundingan mereka gagal, menyebabkan kerusi tradisi DAP itu terlepas kepada Gerakan. DAP hanya diberi bertanding di Kota Darul Aman, dan menang.

Begitu juga kuota kerusi Exco, PAS berunding dengan PKR dan menyerahkan 3 kerusi kepada mereka berdasarkan nisbah kerusi yang ditandingi. Merekalah mengambil semuanya, tidak menyerahkan satu kepada DAP. Satu sejarah juga ialah semua Adun PKR Kedah pernah menjadi Exco. Bagaimana mungkin MSO membangkitkan isu dendam PAS kepada DAP dan nipisnya kesatuan dalam PR di Kedah pada waktu itu, sedangkan PR belumpun wujud dan PAS belum ada hubungan rasmi dengan DAP?

Mengapa fakta sepenting ini gagal diketahui oleh MSO sebagai seorang penulis politik? Mengapa kegagalan PKR merunding kerusi DUN dan Exco dengan DAP diletakkan bebannya ke atas PAS pimpinan Ustaz Azizan? Bukankah ini adalah bayangan niat serong yang tersembunyi dalam tulisannya? Mana boleh diceritakan bahawa 'uri telah ditanam sedangkan bayi belum lahir'?

Rumusan...

Penulis cuba memutar belit fakta dan urutan sejarah, berusaha menggambarkan PAS Kedah yang membentuk Kerajaan Negeri Kedah, di pimpin oleh Almarhum Ustaz Azizan bersikap tidak menghormati pihak lain dan berdendam. Kelemahan yang direka dan diserlahkan seawal bab pertama ini bertujuan menimbulkan susuk Ustaz Azizan sebagai punca masalah yang berlaku dan melonggokkan beban kepadanya. MSO dan sumbernya cuba melentur dan menambat persepsi pembaca supaya senget dan condong, membina pandangan negatif dan prasangka kepada beberapa orang tokoh dalam bab-bab berikutnya.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Monday 1 December 2014

PUAKA PASMA Yang Sanggup Keluarkan Berita Palsu Untuk Cari Nama


Orang yang terawal mengeluarkan transkrip palsu pertemuan Pasma-Pas ialah Fadli Ghani, Exco Pemuda Pas Pusat. Tiadalah di ketahui kenapa harus ada penipuan sebegini dari Fadli Ghani sehingga dengan sengaja mengeluarkan transkrip palsu dialog Pas-Pasma.

Beliau yang juga Naib Presiden NGO 'Geng Ustaz' telah menggunakan 'title' Dr (Phd) semasa pemilihan pemuda Pas Pusat 2013, walaupun sebenarnya belum lagi berkelayakan, hanya baru mendaftarkan diri sebagai pelajar Phd.

Beliau dahulu memegang jawatan di Arkib Pas Pejabat Agung sepenuh masa. Sepatutnya bertugas pejabat sepenuh masa tetapi hanya bertugas seminggu dua dalam sebulan. Sekarang beliau sudah pun meletakkan jawatan disitu kerana bulan Januari ini, akan dilantik sebagai Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan.

PERSOALANNYA:

1. Kenapa beliau begitu tegar sanggup mengeluarkan berita palsu untuk tatapan orang ramai.?

2. Layakkah pemalsu/penipu cerita yang sering ponteng pejabat menjawat jawatan Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan.?

3. Tentunya beliau selaku EXCO DPPP perlu bersikap telus tetapi malangnya mempunyai niat/agenda jahat untuk memecah belahkan Pertemuan yang di jalankan secara muhibah oleh Pas-Pasma.?

4. Inikah kualiti EXCO DPPP.?

Jika beginilah sikap seorang Anak Muda yang berjawatan di dalam Pas, maka tunggulah saat kehancuran parti.