Thursday 28 August 2014

Bila Hidup Sudah Terlalu Kerap Berdamping Dan Dikelilingi Syaitan, Kita Pun Jadi 'Syaitan Goyang' Juga

Sukar untuk menerima hakikat tetapi kebenaran walaupun pahit, perlu juga ditelan, perlu juga dikhabarkan dan perlu juga didedahkan, biarpun akhirnya ibarat pepatah orang Melayu, tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Siapa yang tidak kasih kepada parti yang banyak berjasa kepada kita. Walaupun mungkin sebahagian daripada 'jasa' tersebut membuatkan kita terpaksa membuka lebih banyak kitab, terpaksa menghadap lebih ramai guru dan terpaksa berdebat, bermuzakarah dan berbahas semata-mata untuk memurnikan ilmu yang kita pelajari namun, dilihat 'ke belakang cermin', hikmahnya membolehkan kita mengetahui dan mempelajari lebih banyak disiplin ilmu.

Tidak dapat dinafikan, sebilangan besar tenaga pengajar di dalam PAS, walaupun ijazah dan kelulusan mereka bergulung-gulung, apabila mereka berada dalam lingkungan POLITIK ISLAM, mereka lebih cenderung untuk mengajar kebatilan, fitnah, mengumpat, ujub, takabbur dan berbohong. Semuanya dibuat atas nama PERJUANGAN ISLAM. Apabila diberitahu bahawa mereka telah melakukan kemungkaran mahupun kebatilan, mereka melenting dan cepat-cepat melabelkan kita sebagai ANJING UMNO.

Walhal UMNO, PAS tidak ada kaitan langsung dengan ISLAM walaupun ada yang mengajarkan bahawa antara kedua-duanya, salah satu daripadanya adalah Islam Tulen.

Baik UBN mahupun PAS, kedua-duanya lahir daripada fikrah keperluan duniawi yang mempunyai tunjang mahupun hala tuju perjuangan yang berbeza walaupun akhirnya matlamatnya tetap sama. Perbezaan ideologi politik sebenarnya tidak mengganggu akidah selagimana akidah itu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allah Taala dan kepada Rasul-Rasul-Nya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi iktiqad yang yakin, kepercayaan yang putus sekira-kira menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut sebagaimana kepercayaan itu.

Itu sedang berlaku di dalam PAS.

Kalau ditanya, mengapa pilih PAS... yang jahil tetapi mahu cari jalan pintas untuk masuk syurga mahupun yang mahu dikatakan lebih Islam dari orang lain, akan kata PAS adalah jalan hidupnya. Yang waras dan tahu membezakan antara batil dan haq akan mengatakan, PAS disokong dan didukung kerana prinsip perjuangannya. Manakala yang terlebih muntahi pula akan berkata, PAS ada masa hadapan untuk berkuasa di Malaysia kerana keperluan spiritual, akhirnya mengalahkan material.

Golongan pertama dan golongan terlebih muntahi inilah yang paling ramai dalam PAS dan kedua-dua golongan inilah yang paling banyak mendatangkan kerosakan kepada PAS dengan pengeluaran hukum yang mereka fikirkan logik dan waras, tetapi sebenarnya sesat dan serba menyesatkan terutama sekali yang membabitkan pentakfiran dan melabelkan BODOH kepada orang Islam bukan PAS.

Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor semakin mendekatkan kita ke jurang kehancuran jemaah. Segala ilmu yang diajar selama ini, ternyata menjadi sia-sia apabila kita sendiri terperangkap dalam mainan yang sepatutnya kita lebih mahir dan lebih berpengalaman bersandarkan kepada hukum aqli - baik aqli dharuri mahupun aqli nazhari - serta naqli.

Barangkali kerana terlalu banyak membiarkan syaitan bermaharajalela, akhirnya yang tersembam adalah kita sendiri.

Dan berita terbaru, PAS Selangor yang diketuai oleh Iskandar Samad terpaksa tunduk kepada gerombolan Khalid Samad apabila bersetuju untuk menamakan tiga orang calon Menteri Besar DARIPADA PKR, bukannya dari PAS hanya kerana Anwar Ibrahim semalam membidas TGHH dengan menyatakan KERUSI MENTERI BESAR SELANGOR ADALAH HAK PKR.

Keputusan PAS Selangor itu, kemudiannya menjadi senjata kepada Khalid Samad yang telah diludah, disimbah air dan dimaki carut ketika keluar dari mahkamah untuk memberitahu jemaah PAS agar keluar dari PAS sekiranya enggan menyembah dan tunduk patuh kepada Anwar Ibrahim pada tubuh badan Wan Azizah.

Berguna lagikah semua ilmu yang dipelajari menerusi usrah, tamrin, kuliyyah dan sebagainya sebagaimana yang dianjurkan oleh PAS?

Atau ia sekadar satu topengan untuk melindungi kemunafikan golongan yang mahu menggunakan kesucian agama Allah Taala untuk kepuasan nafsu mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sebilangan PARASIT di dalam PAS?

Sungguh mengecewakan kerana pucuk pimpinan akhirnya akur dengan kehendak orang luar parti tanpa mengambil kira perasaan serta sokongan jemaah yang begitu setia menjunjung setiap prinsip mulia parti.

18 comments:

din sg golok said...

TERBAIK .. SATU ULASAN YANG MENYENTUH HATI .. BERKATA BENAR LAH WALAU PUN PAHIT MENERIMANYA ..ALHAMDULILLAH

Anonymous said...

Tahniah Dik!

Bentuk penulisan beginilah yg kita mahu baca. Menegur bila melihat kesilapan kerana tiada sesiapapun maksum di dunia yg fana ini.

Tahniah kerana berani Dik!
Alhamdulillah.

Anonymous said...

Rakyat Malaysia perlu jelas & memahami beza antara parti dan ad din. Silap faham @ keengganan utk memahami perbezaan atas faktor nafsu & kehendak menyebabkan taksub dan menghilangkan kewarasan aqal serta tidak menerima dalil baik aqli mahupun naqli. Moga Allah tunjukkan kebenaran itu sebagai benar (haq) dan Allah tunjukkan kebatilan itu sebagai yang batil. Ameeen.

Anonymous said...

PAS ialah satu jemaah yang ditubuhkan oleh para ahli politik yang bercita-2 politik dan hidup atas dasar politik semata-mata sedangkan elemen islam yang dikaitkan dengan pas hanyalah semata-mata pemanis yang sangat ampuh. Sampai bilakah pemanis tersebut akan bertahan sekiranya gerak kerja parti, perangai pemimpin serta perangai ahli tidak pun mencerminkan keislaman tulen? perjuangan ala2 islam yang berpaksikan politik banyak terdapat pada gerakan syiah.
Asal politik bertunjang demokrasi adalah daripada puak2 kafir, cuba dimurnikan oleh gerakan islam dan dipakaikan pakaian islam melalui hudud. apakah benar atau sahih sesuatu perjuangan idea kafir, tapi nak diislamkan, guna untuk memertabatkan hudud?? umpama membina bangunan diatas sebuah perahu... kukuh kah?
Perjuangan Rasullullah dan para sahabat tiada kena mengena dengan pas atau mana-2 parti politik didunia. Bukan sahaja tertib tidak betul, malah manhaj lagilah jauh menyimpang... bagaimanakah nak mendapat nusrah Allah? sedangkan sahabat yang tertinggal dua sunnah telah gagal menamatkan perang, inikan pas yang tak mengamalkan satu pun sunnah (sekadar nakkan sunnah sahaja)... tentunya akan gagal secara total. Itu belum cerita bab pengkhianatan dalam jemaah, kekhilafan mengangkat ketua, kesilapan mencari regu atau rakan parti seperjuangan.
Kalau kalah mendatangkan fitnah, kalau menang pun tetap mendatangkan fitnah.... apa sebabnya? sebabnya ialah kerana pas bukan berada dijalan yang betul (barangkali)...

Anonymous said...

HANYA KITA YG TAHU , TAPI DIANTARA MEREKA JUGA TAHU
TAPI
SYAITON KATA LEBIH BERUNTUNG JIKA KAMU BUAT2 TAK TAHU
KERANA INI DUNIA UNTUK AKU,DAN KAMU

Anonymous said...

Dalam hadis ada menyebut baahwa Rasullulah s.a.w melihat BABI naik kemimbar di akhir zaman nanti...dan kita lihat hari ini diMalaysia orang yang tak tahu kawal kemaluannya dengan berzina dan mengadakan seks sama jenis yang DILAKNAT oleh ALLAH masih diterima oleh masyarakat Islam hingga berani naik kemimbar. Jemaah yang JAHIL seperti kaum jahilliyah sebelum datangnya ISlam pun tidak sedar yang mereka ini mungkin meng IMAM kan BABI yang disebut oleh Rasullulah. sa.w.

Anonymous said...

MUngkin pun diMalaysia hari ini ada lebih dari satu babi yang naik kemimbar dan mereka pun tahu mereka juga babi yang disebut oleh Rasullulah tapi disebabkan habuan dunia dan 'syurga' yang dijanjikan oleh Dajjal maka mereka pun akan terus memBAbi didunia dan juga diakhirat nanti.

aku said...

salam tuan/pembaca, adakah parti PAS banyak menerima imbuhan sebagai sumber kewangan parti dari DAP/PKR? Firasat saya PAS memang tiada sumber hasil pendapatan (walau kenampakkan) pemimpin-pemimpinnya hebat bergaya) Atas faktor ini,mereka wajib terhutang budi dengan DAP/PKR sehingga ingin menyuarakan yg benar teramatlah susah. Dalam apa jua keadaan terpaksa tunduk dengan rakan PR yang lain. Adakah tanggapan saya benar.? Wallahualam..

Anonymous said...

Nasihat saya pada kerajaan Malaysia dan pemimpin2 dalam kerajaan agar jalankan amanah yang diberi oleh ALLAH sebaik mungkin dan buatlah yang terbaik untuk rakyat terutama golongan yang memerlukan dan berserahlah pada ALLAH. ALLAH ada bersama orang yang jujur dan sabar. Tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa kita melainkan semuanya telah ditentukan oleh ALLAH s.w.t.

Anonymous said...

Itu gamabar bapak syaitan dan anak syaitan.

Anonymous said...

Memang itulah kenyataannya bagi kita yang waras. Tapi Ulama dalam PAS sendiri mencipta hukum islam karangan sendiri.. maka datanglah berduyum-duyun penyokong diantara mereka. ada yng sememangnya jahil maka bertambah-tambahlah kejahilannya dan sebahagiannya mengetahui kebenaran tetapi mengabaikannya akibat hasad dengki dan cemburu kerana tamakan harta dan kuasa sedangkan mereka tidak layak disisi allah

Anonymous said...

Sangat tepat sekali apa yang dicoretkan oleh SB. Sepatutnya Pemimpin atasan pas patut mengambil perhatian pandangan saperti blogger SB yang bernas demi kelansunggan pejuangan pas. Bukannya pada Pemimpin atasan asyik perasan bijak dan meletakkan kesalahan pihak Lain macam yahudi.

Anonymous said...

Korang bebudak UMNO dan PAS memang haprak bangang. PKR tu dah ternagla munafik celaka bangsatnya, korang lak apehal ? nak mampos ?

Anonymous said...

Kenapakah 2 Adun kita tu terlalu gopoh. Kepimpinan mungkin ada perancangan dikala sokongan PAS ditagih oleh PR.
Mungkin boleh digunakan sebagai alat utk mrk menyokong isu perlaksanaan hudud. Sedih ada Adun yg berfikiran singkat.

Grand Marquis said...

Satu tulisan yang cukup baik yang jarang kita dapat baca dari penyokong PAS tulen. Yang selalu kita baca dari mereka ini ialah caci makian pada orang yang tidak sehaluan dengan mereka.

Saya harap lebih ramai orang Pas bersikap sedemikian.

Dalam bab calon 3 nama, saya rasa tindakan pas adalah bijak. Ia bagi mengelakkan pas dilihat sebagai tamak kuasa. Kalau pas calonkan wakil dari pas, nescaya si gila kuasa tu akan tuduh pas menolak bini dia sebab pas nak wakilnya jadi MB. Tetapi tindakan pas ini akan mematikan langkahnya supaya beliau tidak boleh salahkan pas. Lepas ni, kalau beliau tolak 3 orang dari parti beliau sendiri, nescaya terbukti kepentingan diri sendiri melebih kepentingan parti.

Wallahualam

Anonymous said...

ULASAN KO MEMENAG KELAS GITU, TAHNIAH

TAPI KITA HARUS SEDAR, KESILAPAN INI BERMULA BILA PAS INGIN JOIN DGN PAKATAN

KESILAPAN BERIKUTNYA BILA PAS TIDAK BERANI MENYANGGAH APABILA DITEKAN OLEH DAP & PKR

BILA DAH NAK HANCUR, BARU SEMUA NAK HANTAM DAP & PKR....SALAH SIAP A????????

Anonymous said...

Ni semua salah UMNO..

(jawapan paling mudah untuk penganut PAS)

Anonymous said...

Sebab penganut pas kbanyaknnye bodoh tahap mlampau..dh bodoh sombong pulak tu... konon lbih islam dr orang lain...puuuiii..!! Bodooo..!!