Wednesday 30 July 2014

PARASIT Sedang Berkempen Pula Agar Zuhdi Dipecat Dari PAS

Golongan PARASIT memang seeloknya kalau dilabelkan sebagai munafik. Perjuangan mereka bukanlah untuk memartabatkan Islam, mendaulahkan Baldatun Thoiyibbatun wa Robbun Ghafur, tetapi kerana habuan daripada jawatan-jawatan yang diberikan oleh sekutu-sekutu mereka.

Dr. Zuhdi Marzuki sekarang ini tidak ubah seperti berada di atas panggang api. Desakan demi desakan telah dibuat oleh golongan PARASIT agar Zuhdi dipecat dari PAS kerana tidak menganggap Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sebagai TUHAN yang perlu disembah. Bagi mereka, Zuhdi memecah belahkan jemaah PAS walaupun hakikatnya, akar umbi PAS bersependapat dengan Zuhdi yang PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kepada DAP dan PKR bahawa tanpa PAS, Pakatan Rakyat hanyalah sebuah gabungan longgar yang mudah relai.

Sebenarnya, bukan Zuhdi yang perlu dipecat, tetapi golongan PARASIT yang banyak merosakkan PAS dan perjuangan jemaah ini. Golongan itulah yang telah membawa PAS kepada perjuangan yang salah. Daripada perjuangan memartabatkan Islam, akhirnya bertukar menjadi memartabatkan kuasa dan nafsu.

Sebelum kewujudan golongan PARASIT, para pendakwah PAS bekerja keras, hidup dalam kezuhudan dan memandang segala-galanya hanyalah Allah Taala dan Rasul-Nya. Tetapi selepas golongan yang amat kuat menyokong  Anwar Ibrahim mula mendapat tempat, diberikan kuasa dan kepercayaan dalam kepimpinan parti, segala dakwah telah bertukar menjadi dakyah.

Mereka telah memecah belahkan PAS. Kepercayaan besar yang diterima daripada golongan muda kepada PAS sekarang, telah disalahgunakan, malah golongan berkenaan mulai dididik untuk menyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dengan segala macam pendoktrinan. Fungsi utama Dewan Syura, Dewan Ulama, telah dikesampingkan dan tidak lagi dianggap penting. Malah lebih daripada itu, Presiden dan Mursyidul Am pula hanya dianggap sebagai jawatan simbolik dengan segala keputusan parti dibuat oleh golongan yang telah dikenalpasti sebagai penjilat tegar Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Menariknya, mereka ini mengaku amat membenci UBN tetapi hakikatnya, mereka melakukan segala-galanya agar UBN terus diberikan kuasa. Tindak tanduk mereka terlalu menyerupai kaum penfitnah terbesar pada zaman Nabi s.a.w di mana mereka menyamar sebagai orang Islam, tetapi mereka menghasut orang Islam yang lain agar keluar dari Islam dan menentang Rasulullah s.a.w dengan pelbagai alasan dan hujah. Tidak itu sahaja, mereka ini sanggup membina sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari masjid pertama yang dibina oleh Nabi s.a.w semata-mata untuk menyaingi kemasyhuran.

Itu yang sedang berlaku dalam PAS sekarang. Konsep wala' dan tsiqah yang menjadi kebanggaan dan identiti kepada PAS sekarang ini sudah terhapus dan wala' serta tsiqah hanya diberikan kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang mampu memberikan kemewahan kepada mereka.

Jemaah PAS perlu kembali bersatu dan menghapuskan golongan PARASIT ini. Mereka tidak boleh dibenarkan berada di dalam saf kepimpinan PAS sampai bila-bila. Bahkan mereka tidak harus diberikan amanah dan tanggungjawab. Sebaik-baiknya mereka perlu dipecat dan dihalang sama sekali menghasut jemaah PAS agar perpecahan tidak berlaku.

Malah yang lebih penting lagi ialah, agar jemaah PAS, khususnya yang masih baru dan hijau dalam perjuangan ini, tidak menyembah selain daripada Allah Taala dan patuh selain daripada Rasulullah s.a.w!

Tuesday 29 July 2014

PEMIMPIN PAS PUSAT Sudah Mula Bincangkan PAS Keluar Dari Pakatan Dan Bekerjasama Dengan UMNO Untuk Bentuk Kerajaan Negeri di Selangor

Semakin ramai yang sudah berani menentang Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam PAS kebelakangan ini. Barangkali inilah hikmah di sebalik kejahatan mulut, keceluparan dan tidak hormatkan kepimpinan sendiri yang ditunjukkan oleh Mat Sabu, Mahfuz Omar, dan beberapa orang pemimpin PAS lain yang cukup kuat sokongan serta jilatan mereka terhadap Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Terbaru, satu pendedahan menerusi screenshot perbualan menggunakan perisian WhatsApp membabitkan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS yang sedang membincangkan secara aktif tentang kemungkinan senario sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, telah dibuat. 

Yang buat pendedahan itu adalah MALAYSIAKINI, media yang paling disukai dan dipercayai oleh sebahagian besar jemaah PAS sendiri.

Dalam apa yang dikatakan, petunjuk terbesar bahawa Pakatan Rakyat yang ditubuhkan semata-mata untuk memberi kuasa kepada Lim Guan  Eng dan Anwar Ibrahim secara total sedang berpecah, screenshot tersebut yang sedang berkitar dalam Facebook menunjukkan Ahli AJK PAS Pusat itu sedang membincangkan kerjasama dengan UBN.


Zuhdi yang merupakan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah menggariskan senario bagaimana PAS boleh membelakangi Pakatan dan kemudian membentuk kerajaan bermajoriti mudah di DUN Selangor dengan bantuan UBN, selain mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Zuhdi bagaimanapun tidak menafikan perkara tersebut setelah perbualan itu diedahkan, tetapi dia menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan yang mencetuskan idea untuk mengeluarkan PAS dari Pakatan.

Tentu sekali DAP dan kaum Parasit dalam PAS yang sangat kuat menyokong Lim Guan Eng tidak akan senang dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Zuhdi yang juga merupakan pensyarah Sains Politik di Universiti Malaya itu membabitkan pendominasian orang Melayu dan pengecilan kuasa orang DAP dan bukan Islam selain kalimah ALLAH dan Bible berbahasa Melayu.

Berikut pula adalah penjelasan panjang lebar oleh Zuhdi. 



PENJELASAN ISU WHATSAPP AJK PAS PUSAT BOCOR

Kesyahduan hari terakhir Ramadan semalam telah dicemarkan oleh tindakan segelintir pihak dalam PAS, membocorkan maklumat perbincangan yang sangat sulit dan rahsia dalam kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat. Tindakan tersebut telah membangkitkan 'fitnah yang sedang tidur' pada hari yang sepatutnya ditumpukan kepada ibadah sebagaimana nasihat al-Mursyid al-Am PAS.

Tindakan membocorkan maklumat perbincangan itu dipercayai dilakukan oleh salah seorang ahli yang ada dalam kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat, sekaligus menunjukkan sikap yang sangat buruk pada individu tersebut. Ia dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan untuk membawa PAS keluar dari PR, setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu MB Selangor.

Sebenarnya maklumat perbincangan yang dibocorkan itu adalah respon saya kepada permintaan ahli-ahli perbincangan supaya mengemukakan analisis senario (scenario analysis) tentang cadangan seorang pimpinan kanan PAS yang mengusulkan PAS keluar dari PR. Usul PAS keluar dari PR itu telah disokong kuat oleh tidak kurang 10 orang anggota dalam kumpulan whatsapp itu, yang sebahagian besar mereka amat rapat dengan Anwar Ibrahim.

Mereka menyambut usul keluar PR yang dicadangkan itu, dengan ada yang menambah, mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang hendaklah mendahulukan perbincangan usul ini daripada membincangkan kemelut isu MB Selangor. Terdapat juga yang menyarankan, PAS lebih baik bersendirian supaya ahli-ahli PAS lebih bebas mengkritik dan mencegah kemungkaran sebagaimana ketegasan PAS yang dikenali sebelum ini.

Berikutan dengan perbincangan itu, saya mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika PAS keluar PR dari segi kerajaan negeri yang PAS bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain. Cadangan itu dialu-alukan dan mereka meminta saya mengemukakannya.

Disebabkan permintaan tersebut sayapun mula melakukan analisis ringkas tersebut dengan mengimaginasi senario yang akan berlaku jika PAS keluar PR. Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira.

Dalam maklumat perbincangan yang dibocorkan itu, saya memaparkan senario yang akan berlaku sekiranya PAS keluar PR, dari segi kedudukan kerajaan negeri Selangor, dan kebebasan PAS untuk berhadapan dengan DAP dan lain-lain pihak seumpamanya yang boleh dikecapi semula selepas keluar PR. Saya menggunakan bahasa imaginasi untuk menggambarkan senario tersebut.

Berikutan dengan penjelasan ini, saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu. Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur.

Sekian, salam Eidul Mubarak dan maaf zahir batin

Yang benar,

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi PPP

Behrang Stesen, Perak
11.15 pagi
1 Syawak 1435 / 28 Julai 2014

Monday 28 July 2014

Lebih Teruk Dari UMNO, Hati Perut Penjilat Anwar Ibrahim-Lim Guan Eng Sudah Jadi MUGHALLAZAH!

Sudah lama diperkatakan tentang golongan Anwarinas atau dalam bahasa yang lebih mudah, PARASIT dalam PAS. Dari zaman PAS memerintah Kedah lagi, telah diperkatakan tentang golongan tersebut.

Kalau dalam sejarah Islam dan pada zaman Nabi s.a.w, mereka inilah golongan yang dikenali sebagai Pengikut Ibn Ubay. Dan sekalipun mereka berada di saf di belakang Rasulullah s.a.w ketika bersolat berjamaah, masjid mereka perlu diruntuhkan dan mereka perlu diperangi kerana bahayanya kewujudan mereka.

Kerana PARASIT inilah, Kedah dirampas balik oleh UBN. PARASIT ini bukan sahaja telah merosakkan PAS Kedah dengan kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, tetapi mereka ini telah berusaha bermati-matian untuk menjahanamkan Allahyarham Tuan Guru Ustaz Azizan.

Hati perut mereka sangat busuk. Jauh lebih busuk dari bangkai. Hajat mereka besar dan iman mereka hanyalah bergantung kepada wang ringgit serta harta benda.

Ingatkan setelah berakhirnya penguasaan PAS di Kedah, golongan tersebut akan mendiamkan diri. Namun nampaknya selagi Anwar Ibrahim tidak dimasukkan ke dalam penjara dan mulutnya disenyapkan, selain Lim Guan Eng terus disepikan daripada promosi serta publisiti berlebihan di Harakah serta pentas-pentas ceramah PAS, selagi itulah golongan PARASIT berkenaan akan terus bermaharajalela.


Golongan ini akan terus bekerja untuk menjilat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dengan sebarang cara. Mereka cuba menimbulkan kebencian dengan hasutan kononnya akan ada KERAJAAN PERPADUAN dengan UBN. Sedangkan hakikatnya, mereka sebenarnya sangat takut sekiranya mereka terpinggir dalam perancangan besar Anwar Ibrahim di Selangor dan Khalid Ibrahim pula tidak digulingkan.

Rata-rata yang kuat sangat memaki hamun Tuan Guru Presiden adalah golongan yang gagal mendapat sebarang infaq daripada Khalid Ibrahim sepanjang Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Salah seorang daripada mereka yang giat membusukkan Tuan Guru Presiden di Tweeter dan Facebook, suatu ketika dahulu turut berkempen menentang Hasan Ali setelah dia gagal mendapat tempat dalam sebarang GLC Selangor.

Tidak keterlaluan kalau kita simpulkan, golongan ini juga sangat kuat membenci UBN kerana mereka melihat segala hasil mahsul negeri Selangor hanya berlegar-legar di kalangan kroni UBN dan hanya melimpah sedikit sahaja kepada mereka. Disebabkan ketamakan itulah, mereka menentang UBN dan kemudian menghasut orang ramai agar turut membenci UBN.

Hakikatnya golongan yang sangat kuat bencinya kepada Tuan Guru Presiden itu sebenarnya hanya berbaju PAS, sedangkan hati, jiwa, iman dan akidah mereka semuanya adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Golongan ini kalau terus dibiarkan akan boleh menghancurkan PAS, malahan akan menjadikan PAS hanyalah sayap atau biro untuk DAP dan PKR mendapat undi daripada orang Melayu-Islam semata-mata tanpa sebarang kepentingan lain.

Friday 18 July 2014

BALA Telah Tiba Di Malaysia... Namun Masih Ramai Yang Alpa

Selalu sangat kita didendangkan kononnya Malaysia bumi rahmat, bumi yang dijauhkan daripada malapetaka dan bumi yang disirami pelbagai nikmat. Kononnya Malaysia sangat berbeza berbanding negara-negara lain. Kononnya, kerana pemerintahan yang baiklah, Malaysia bebas daripada kecelakaan dan malapetaka.

Sebenarnya Malaysia sudah lama dilanda bala bencana. Mungkin disebabkan bala bencana itu tidak nampak pada mata kasar, maka ramailah yang lalai, yang leka dan masih bercakap angkuh.

Bala terbesar yang Allah Taala berikan kepada negara ini ialah keruntuhan akhlak dan kesibukan rakyat Malaysia mengejar material dengan meninggalkan segala keperluan hidup yang sebenar-benar hidup. Kejayaan diukur menerusi banyaknya wang ringgit, menimbunnya harta dan tingginya menara-menara yang dipacak atas nama pembangunan.

Yang miskin semakin miskin. Yang kaya menekan si miskin. Para penguasa pula lebih berpihak kepada kaum kapitalis untuk menekan rakyat jelata. Pelbagai skim dicipta untuk memaksa rakyat bawahan menaja kehidupan golongan kaya. Manakala wang-wang zakat pula telah diperniagakan dan dijadikan sebagai keuntungan.

Budaya hiburan merata-rata bahkan menjadi utama. Artis disanjung, ulama dikeji. Para penguasa pula leka mengumpul harta dan tamak haloba. Ibu bapa sudah kurang dihormati. Orang tua tidak lagi dipedulikan.

Segala-galanya mengundang bala kepada Malaysia tetapi ramai yang tidak sedar.

Dewasa in, kita melihat dan mengalami pelbagai masalah. Dari masalah kaum dan agama, sehinggalah masalah kesihatan. Berselang beberapa bulan sahaja, dua buah pesawat syarikat penerbangan negara, telah mengalami tragedi. Satu hilang sampai ke hari ini tanpa sebarang petunjuk manakala sebuah lagi telah ditembak jatuh di Ukraine dengan peluru berpandu yang membunuh semua anak kapal dan penumpang berjumlah 295 orang.

Walaupun setiap orang perlu berubah ke arah yang lebih baik bagi mendapatkan sebuah negara yang diberkahi Allah Taala, tetapi rakyat juga perlu mematuhi para pemimpin. Justeru, yang lebih utama berubah adalah para pemimpin. Ini adalah kerana rakyat lebih mudah berubah apabila para pemimpin dan penguasa sendiri yang berubah.

Dalam budaya dan adat Melayu dahulu pun, apabila raja-raja memeluk agama Islam, rakyat akan memeluk agama Islam beramai-ramai tanpa banyak soal jawab. Apabila raja-raja melakukan kebaikan, rakyat juga melakuan kebaikan tetapi apabila negeri diperintah oleh raja jahat, maka seluruh negeri kemudian bertukar menjadi sarang perompak dan lanun sehingga akhirnya negeri tersebut kalah dan pemerintahan bertukar tangan.

Malaysia sedang ditimpa bala. Sepatutnya kita semua sudah mulai berubah. Dan sepatutnya juga, kita membantu mengubah Kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan cuba mengelak negara ini daripada ditimpa bala bencana.

Wednesday 16 July 2014

Penjual Karpet, Menteri dan Anak Menteri Dalam Skandal Bank Rakyat Dan Penjualan Semula Diesel Seludup

Hasan Malek nampak kelam-kabut nak menjawab isu membabitkan pembayaran mudah oleh Deepak kepada Bank Rakyat. Suratnya telah pun teredar di dalam media sosial dan Hasan Malek tidak nampak sebarang cara untuk bersembunyi, melainkan terpaksa juga menjawab.

Dari satu segi, memang ianya merupakan satu cara atau kaedah yang diamalkan oleh bank untuk mendapatkan semula baki bayaran daripada peminjam-peminjam mereka yang bermasalah. Berbanding membangkrapkan atau mengambil tindakan undang-undang ke atas peminjam bermasalah membayar balik hutang, bank-bank kebiasaannya lebih bertolak ansur apatah lagi jumlah pinjaman tersebut agak besar nilai dan angkanya.

Yang arif dalam sistem perbankan, tidak akan mempertikai masalah tersebut. Yang dipertikaikan sekarang ialah, mengapa Deepak mendapat layanan yang begitu istimewa daripada Bank Rakyat. Berapakah nilai jualan karpetnya sehinggakan pinjamannya berpuluh juta ringgit? Apakah Deepak mempunyai kilang pengeluaran dan produksi melibatkan tenaga kerja dan modal yang besar?

Difahamkan sebelum ini, Deepak hanyalah seorang pengimport dan pengedar. Mustahil Deepak membeli karpet-karpet untuk disimpan di dalam stoknya secara tunai, sebaliknya dalam urusan perniagaan apa pun, kecuali dadah dan pemerdagangan manusia, kaedah perniagaan biasanya, bayar atas jualan. Bukan bayar sebelum jualan. Lagipun karpet bukanlah satu keperluan yang mendapat permintaan luar biasa atau terlibat dalam penjualan dan pembelian panik.

Walau apa pun jawapan dan pematuhan prosedur yang telah dibuat oleh Hasan Malek, yang dipertikaikan sekarang adalah campurtangan dan arahannya selaku Menteri KPDNKK yang turut berkuasa atas Bank Rakyat. Wajar atau tidak, seorang Menteri sepertinya mengeluarkan arahan sebegitu rupa tanpa sebarang perundingan dengan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan pemegang-pemegang saham Bank Rakyat untuk memaksa pengurusan dan pentadbiran Bank Rakyat menyelesaikan masalah Deepak dengan kuasanya?

Dan sebenarnya, masalah lebih besar melibatkan Hasan Malek selain Bank Rakyat dan Deepak ialah ugutan kepada ROS membabitkan salah seorang anaknya yang mempunyai pelbagai nama syarikat di Sabah, selain membabitkan rampasan minyak diesel seludup yang kemudian ditender oleh syarikat-syarikat 'ghaib', dimenangi dan kemudian dijual semula kepada taukeh-taukeh penyeludup dengan harga lebih murah.

Itu isu yang sedang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR yang terpaksa mencari isu untuk menonjolkan semula kepopularitian serta integritinya selaku pemimpin penting dan wajib dalam PKR, Rafizi Ramli.

Isu Bank Rakyat dilihat hanyalah camouflage kepada isu yang lebih besar membabitkan skandal di Sabah. Jadi, mampukah Hasan Malek dan konco-konconya menjawab persoalan tersebut, menafikannya dan menceritakan perkara sebenar seperti yang dibuatnya menerusi surat arahan agar 'kelulusan' diberikan kepada Deepak?

Betullah Kata Dr. Mahathir, UMNO Memang Bodoh Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki... Sampai Ke Usus-Usus Sekali

Peguam UBN, Hafarizam Harun sekarang ini nampaknya sudah mula berminat dengan permainan politik. Sudah mula memberikan ulasan berhubung politik dan sudah mula menunjukkan serta membuktikan bahawa UBN memang busuk sampai ke usus-ususnya seperti kata mantan Perdana Menteri merangkap mantan Presiden UBN, Mahathir Mohamad.

Agak lama juga aku cuba menahan diri daripada mengata, tetapi hari ini aku dah tak tertahan hati apabila melihat kebebalan keterlaluan peguam UBN itu.

Lahir pada tahun 1952 dan sekarang adalah tahun 2014, usia Wan Azizah Wan Ismail sekarang 62 tahun.

Wanita berusia 62 tahun, ada uzur syari'e ke? Ada haid, ada nifas lagi ke umur wanita sebegitu?

Adakah Peguam UBN itu cuba nak bagitahu Wan Azizah pemakan kolagen, atau cucuk hormon atau apa-apa sahaja yang membolehkan dia mengandung dan beranak lagi?

Atau peguam UBN itu cuba untuk memberitahu Anwar Ibrahim bahawa 'si sepat kering' - gelaran yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada isterinya yang taat dan banyak berjasa kepadanya - itu sebenarnya masih relevan dan Anwar tidak sepatutnya mencari betina lain?

Maka dengan ulasan yang diberikan oleh peguam UBN itu, memang sahlah kata-kata bekas Presiden mereka sendiri bahawa yang cerdik pandai, semuanya tak teringin kat UBN tetapi masuk PAS. Jadi yang tinggal, termasuklah peguam UBN itu, hanyalah golongan bebal dan berotak kosong.

Hafarizam Harun telah pun membuktikan betapa kosong dan benaknya kepala otak dia!