Wednesday 30 April 2014

Kekecewaan Bagi Seorang Pejuang Agama Kerana Demonstrasi Lebih Diminati Berbanding Beramal



Semoga Allah Taala bersama-sama kita... jangan jadikan kekecewaan ini memperlahankan dan mematikan semangat kita untuk memperjuangkan kesucian Islam menerusi siyasah. Jangan kerana jemaah lebih berminat dengan lagho dan maksiat yang cuba dihiasi dengan pelbagai kebaikan, kita akan patah semangat. 

Sesungguhnya jihad terbesar dan paling akbar sesudah Perang Badar adalah MELAWAN HAWA NAFSU SERTA TARIKAN DUNIAWI.

TUAN GURU PRESIDEN PAS Menentang Demonstrasi 1 Mei Jilat Anwar Ibrahim dan DAP!

Dalam politik sekular demokrasi, ada sepak terajang yang perlu diperhatikan. Dalam politik Islam pula, pelbagai tindakan secara halus boleh diambil untuk menyatakan persetujuan atau pun tidak bersetuju dengan suatu tindakan, terutama sekali yang melibatkan rakan-rakan sekongkol seperti tahaluf siyasi yang melibatkan PAS.

Sudah tidak dapat dibendung lagi aliran penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan DAP dalam PAS yang tidak sabar-sabar untuk menunjuk perasaan dan berdemonstrasi walaupun pada asasnya mereka membawa nama PAS. Perjuangan murni telah dicampak ke tepi sebaliknya golongan ini yang sedang bersedap-sedapan dengan ulitan mimpi Anwar Ibrahim dan DAP, jauh lebih sudu dari mangkuk bagi membela kedua-dua makhluk Allah Taala itu.

Bagi seorang pemimpin yang hebat seperti Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, untuk menyatakan tidak bersetuju dengan demonstrasi tersebut secara terang-terangan akan menyebabkan PAS berpecah belah sekaligus merealisasikan impian Anwar Ibrahim dan DAP semenjak dari dahulu lagi.

Justeru, permainan politik yang ditunjukkan oleh TGHH sepatutnya menjadi teladan kepada jemaah Islam PAS.

TGHH bersama-sama YB Dr. Syed Azman, ADUN Batu Buruk dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat telah berlepas ke Maghribi atau Morocco pada 28 April 2014 menerusi KLIA bagi menghadiri Seminar Islam Antarabangsa dan hanya dijangka pulang ke Malaysia pada 3 Mei 2014. Sekaligus memberitahu kita semua bahawa kedua-dua pemimpin PAS itu tidak akan menghadiri perhimpunan atau Demonstrasi 501 Kuala Lumpur.

HUBAYA! HUBAYA! Ini Panduan Untuk Golongan Yang Gemar Menjilat Anwar dan Lim Guan Eng

Dari awal lagi telah aku katakan, aku tidak menyokong langsung sebarang demonstrasi pada 1 Mei nanti atas apa pun nama dan alasannya. Apatah lagi demonstrasi tersebut langsung tidak mempunyai sebarang maslahat sebaliknya keburukan kepada PAS.

Bagaimanapun, atas arahan pucuk pimpinan, aku terpaksa akur untuk menyebarkan maklumat berikut. Aku masih waras untuk memberikan taat setia dan mempercayai pemimpin-pemimpin aku. Lagipun dengan sembang besar Mahfuz Omar yang merupakan antara yang paling kuat menjilat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam hierarki kepimpinan PAS yang telah berjanji 60 buah bas dari Kedah membawa ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi di tengah-tengah Kuala Lumpur esok, aku tidak mahu parti terus dilabelkan sebagai pemusnah harapan Pakatan Rakyat.

Baiklah, kepada Unit Amal yang akan menjalankan tugas esok, ini adalah pesanan untuk anta semua.

Anggapkan demonstrasi pada 1 Mei nanti sebagai sesi latihan untuk bertembung dengan polis serta pasukan keselamatan Malaysia yang lain dalam usaha kita menegakkan Daulah Islamiyah. 

Tugas ini digalas sepenuhnya oleh Amal Wilayah Persekutuan dan Amal Selangor. Amal WP dan Selangor akan mengetuai demo. 

6 lokasi berkumpul telah ditetapkan iaitu: 

1. Masjid negara (KP DPPM) - Pengarah JANS dan Mazali2. Sogo (KETUA AMK) - Pengarah Amal WP
3. Brickfield (KETUA DAPSY) - Roni Faizal Amal WP
4. Dataran Maybank (TIMBALAN 3 parti) - Yuswan, Ahmad dan Shafarin JANS
5. KLCC (NGO) - Ahmad Ghazali Amal WP
6. Unit ronda - Omar Amal WP

Pergerakan akan bermula selepas solat zohor. Kecuali dari KLCC, semua lokasi akan mula bergerak awal dan menuju ke Dataran Merdeka. Demonstrasi akan berlangsung bermula dari jam 2:00 petang sehingga 5:00 petang. 

Selepas itu, satu pertemuan dengan OCPD Dang Wangi telah diatur. Tepat jam 5:00 petang, semua kena bersurai. Kalau ada lagi yang masih berhimpun, Amal tidak akan memberi jaminan bagi sebarang masalah yang timbul. 

Jumlah keseluruhan anggota Unit Amal yang akan bertugas adalah 1000 orang dengan kawasan tumpuan adalah di Dataran Maybank dan Masjid Negara.

Berikut pula adalah lokasi-lokasi yang dibantu oleh negeri: 

Masjid Negara - Selangor, Kedah, Perlis, Penang
SOGO - WP, Perak, Terengganu

Brickfield - WP, Melaka, Negeri Sembilan
Dataran Maybank - Selangor, Johor, Kelantan, Pahang
KLCC - WP


Pakaian:
Leader pakaian no. 3
Yg lain pkai no. 4



Tuesday 29 April 2014

Dia Masih Ahli UMNO Aktif, Dia Juga Masih Ahli PAS Aktif, Tapi Dia Menang Ketua Cabang PKR Batu Pahat


Dalam jemaah Islam PAS, terdapat ramai syaitan-syaitan berwajah lapan. Mereka ini dalam bahasa modennya digelarkan sebagai oportunis. Di jiwa mereka tidak ada istilah perjuangan, sebaliknya perjuangan yang menjadi mainan lidah dan bibir mereka, hanyalah keinginan untuk merebut dan mendapatkan jawatan-jawatan dalam parti mahupun dalam GLC.

Ini adalah contoh terbaik.

Individu ini bernama Malikfaisal bin Ahmad, pembantu peribadi kepada Dato Mohd Idris bin Jusi, Ahli Parlimen Batu Pahat. Bapanya merupakan bekas ADUN Rengit, Batu Pahat mewakili UBN. Berdasarkan rekod, Malikfaisal bin Ahmad berdasarkan nombor kad pengenalannya, 700706015499 dan A1639115 (lama) merupakan ahli PAS Batu Pahat dengan Cawangannya adalah Al-Amin, Parit Botak. No. Keahliannya pula adalah 0943635 dan tarikh mula menjadi ahli adalah pada 13 Mei 2012.

Bagaimanapun, dia masih tidak menggugurkan keahliannya dalam UBN. No. Keahlian UMNOnya adalah 00303778 dan merupakan ahli Cawangan Perpat Laut, Bahagian Batu Pahat.


Setelah mencalonkan diri, Malikfaisal bin Ahmad telah diisytiharkan sebagai pemenang jawatan Ketua Cabang Batu Pahat pada 27 April 2014.

Pada tahun 2013, selepas kemenangan Mohd Idris bin Jusi selaku Ahli Parlimen Batu Pahat, dia telah dilantik sebagai PA bidan terjun walaupun masih bergelar ahli PAS Kawasan Batu Pahat. Ini telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin dan ahli PAS Batu Pahat.

Ahli-ahli dan pemimpin PKR Batu Pahat juga tidak senang dan berpuas hati dengan perlantikan tersebut kerana Idris telah meminggirkan orang-orang PKR Batu Pahat.



Kemenangannya sebagai Ketua Cabang PKR Batu Pahat telah menyebabkan ramai kalangan pemimpin dan ahli PAS Batu Pahat memandangkan Malikfaisal tidak pernah menjadi ahli PKR, malahan berjaya pula menang dalam pertandingan sebagai Ketua Cabang PKR Batu Pahat.

Tindakan Malikfaisal melompat-lompat dan memegang keahlian UMNO, PAS dan besar kemungkinan sudah pun menjadi ahli PKR, dilihat sebagai pemangkin dalam usahanya untuk merebut kerusi DUN Rengit pada PRU akan datang. Ini adalah kerana, kerusi tersebut secara tradisinya ditandingi oleh PAS. Malikfaisal akan menggunakan alasan keanggotaannya dalam ketiga-tiga parti untuk merealisasikan hasratnya itu.

Perkara itu telah diluahkan kepada orang-orang tertentu semasa dia baru sahaja menyandang jawatan PA Ahli Parlimen Batu Pahat.

Timbul pertanyaan, berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sebenarnya seperti Malikfaisal ini dan bercita-cita mahu menjadi wakil rakyat berbanding berjuang untuk Islam seperti yang dipegang oleh ahli-ahli tulen PAS? Berapa ramaikah musang berbulu ayam dari UBN dan PKR yang sedang berselindung di dalam PAS dan cuba menghapuskan PAS dari dalam seperti yang dilakukan oleh Malikfaisal?

Majlis Syura perlu membuat keputusan tegas dalam hal ini dan tidak boleh membiarkan PAS terus dipermain-mainkan oleh golongan penyembah taghut bernama Anwar Ibrahim ini berada di kalangan jemaah. Musuh kita UBN tidaklah semerbahaya golongan munafiq ini kerana UBN menentang secara terang-terangan, sedangkan golongan munafiq ini pula menyerang seperti racun yang menyerap ke akar umbi kita.

Monday 28 April 2014

Pesuruhjaya PAS Johor Jadi Berhala Bisu Yang Tuli dan Kaku!!!


Ada ikhwan yang bertanya aku, mengapa tiba-tiba hari ini aku menulis tentang Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda bin Hassan. Ada juga yang bertanya sama ada Aminolhuda berhutang wang ringgit dengan aku dan liat membayarnya sehingga aku melepaskan kemarahan di dalam blog dan cuba mengaibkannya.

Semua sangkaan itu tidak betul. Tidak juga kerana dia tidak memakai kopiah putih, maka aku menjadi marah. Lantak dialah nak pakai kopiah putih ke, serban sebakul gaya Taliban ke atau nak bersongkok kecil macam kaum Yahudi sekalipun. Itu hak dia dan siapa aku yang nak menentukan pakaian seseorang.

Yang aku kisahkan sebenarnya ialah apabila Pesuruhjaya PAS Johor merangkap ADUN Parit Yaani itu menjadi berhala yang bukan sahaja bisu, bahkan pekak dan kaku. Walaupun dia merupakan orang penting perjuangan Islam di Johor, tetapi nampaknya dari segi helah dan strategi politik, Aminolhuda ini bolehlah diibaratkan sebagai patung cendana.

Apakan tidak, selepas menghadiri majlis memperingati Karpal Singh, dalam satu acara lain, juga di Kulai yang diberi nama 'LAWAN TETAP LAWAN', Aminolhuda turut serta sebagai salah seorang yang hadir. Majlis tersebut dibuat di Restoran Tropika Garden, Kulai yang bukan sahaja melibatkan makan malam, tetapi juga ceramah dan kempen anjuran DAP Kulai yang dipengerusikan oleh Wong Shu Qi, ADUN Senai.

Antara yang turut hadir adalah Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong), Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR), Wilson Tin (pelakon), Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Kluang), Teo Ni Ching (Ahli Parlimen Kulai), Dr. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai), Chew Piak Choo (ADUN Yong Peng), Chen Jia En (ADUN Stulang), Tan Hong Pin (ADUN Mengkibor), Jimmy Puah (ADUN Bukit Batu), Liow Chai Tong (ADUN Johor Jaya), Dr. Ramakrishnan (Timbalan Pengerusi DAP Negeri Johor) dan Aminolhuda Hasan (ADUN Parit Yaani).


Bermula dengan ucapan Wong Shu Qi yang menuduh hudud adalah undang-undang ciptaan dan taktik UBN bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap perlaksanaan GST dan taktik menghalang kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang, Aminolhuda kelihatan cukup selesa di atas kerusinya. Dalam ucapannya juga Wong Shu Qi berkata, undang-undang hudud dipopularkan oleh UBN untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan katanya lagi, DAP akan MENENTANG SEKERAS-KERASNYA perlaksanaan hukum hudud di negara kita.

Begitu juga dengan ucapan Teo Nie Ching yang kita pernah doakan dia agar diberikan hidayah apabila UBN menghentam kita kerana membela keberadaannya di saf paling hadapan untuk berucap dan bertazkirah kepada jemaah di Kajang. Teo Nie Ching dalam ucapannya berkata, DAP akan menentang sebarang perlaksanaan atau usaha mewujudkan undang-undang hudud di Malaysia. Malah ketika Teo Nie Ching berkata, DAP akan cuba melakukan perbincangan dengan PAS tentang perlaksanaan hukuman hudud agar mendapat satu keputusan yang memberikan kebaikan kepada semua kaum di Malaysia, Aminolhuda sekadar tersenyum dan mengangguk-angguk.

Aminolhuda dalam ucapannya sekadar bercakap tentang kemenangan 'lagi beberapa kerusi' dan harapannya agar Johor tumbang ke tangan Pakatan Rakyat. Aminolhuda juga sekadar menyentuh tentang usaha UBN untuk memecahbelahkan PAS dan DAP kerana takut dengan kekalahan pada PRU akan datang.

Namun yang paling tidak dapat dibayangkan ialah apabila Aminolhuda bercakap tentang perbezaan nilai matawang antara Malaysia dan Singapura yang menurutnya, nilai Ringgit kecil kerana berlaku penyelewengan dan rasuah oleh kerajaan UBN.

Untuk menunjukkan dia lebih pandai, Aminolhuda pula berkata, Malaysia tidak menggunakan kapal selam yang dibeli dengan harga berbilion-bilion Ringgit itu kerana kapal selam tersebut tidak boleh menyelam lama di dasar laut.

Lebih malang lagi ialah apabila cuba menyamakan Pakatan Rakyat dengan Islam menerusi kata-katanya, "Seorang Islam tidak boleh menipu dan ini samalah dengan prinsip yang diterapkan oleh Pakatan Rakyat!"

Astaghfirullah hal'azim... jenis apakah pemimpin yang PAS lantik untuk mengetuai jemaah di Johor? Sungguh memalukan!


Mengapa tak lawan cakap Teo Nie Ching? Mengapa tak sanggah cakap Wong Shu Qi? Adakah sebab dapat makan percuma dalam majlis makan malam itu, Aminolhuda tidak berani langsung membuka mulut tentang hudud?

Dalam ceramah-ceramahnya bukan main lagi kuat menghentam dan mendabik dada kononnya, PAS Johor di bawah pimpinannya akan menyekolahkan PKR dan DAP tentang hudud. Bila dah ada peluang begitu, mengapa tidak diberitahu kepada para pemimpin PKR dan DAP itu bahawa hudud bukan hak milik UBN atau PAS. Hudud bukannya barang politik seperti rasuah kereta Mercedez yang Lim Guan Eng amalkan di Pulau Pinang.

Patutnya inilah masanya untuk ditazkirahkan kaum-kaum kafir yang mengaku berkawan dengan PAS. Apa perlu ditakuti kepada mereka kerana PAS merupakan tonggak utama dalam Pakatan Rakyat. Tanpa PAS, DAP tidak akan menang besar. PKR tidak akan dapat undi dan 56% yang dibangga-banggakan itu sekadar peratusan yang tidak memberikan sebarang makna kerana negara ini mengamalkan majoriti Kerusi DUN dan Parlimen, bukannya jumlah undi popular.

Disebabkan itulah, tiada perasaan hormat buat pemimpin-pemimpin PAS yang kecut mereka lebih teruk dari telur yang direndam dalam cuka. Boleh pula tersengih-sengih dan mengangguk-angguk bila UBN kena hentam dan hudud dikatakan pemecahbelah Pakatan Rakyat...

Astaghfirullah hal'azim... selamatkanlah Umat Islam di negara wahai Tuhanku!


Kemaruk Kasih Sayang dan Redha Kafir, Akhirnya Allah Taala Tinggalkan PAS

Masalah yang paling teruk melanda PAS adalah sikap para pemimpinnya yang membuta tuli dan sentiasa mengikut hukum logik. Lebih malang lagi, para pemimpin ini pula, disebabkan mereka adalah pemimpin, sentiasa berasa betul dan sentiasa berasa, orang awam perlu mengikut segala perilaku dan contoh teladan mereka.

Akhirnya, bukan ke jalan kebaikan yang dibondong para pengikut, sebaliknya jalan kesesatan dan kejahilan murakab.

Itulah yang berlaku apabila kasih sayang dan hormat keterlaluan kepada kafir, akhirnya bukan kemenangan yang Allah Taala berikan kepada umat Islam, sebaliknya bala bencana dalam bentuk kekalahan dan kesesatan yang lebih jauh, tanpa disedari tetapi amat dibangga-banggakan.

Kita menyatakan yang kononnya kita mengikut dan mahu memartabatkan Islam, tetapi kita sentiasa meninggalkan perintah dan larangan serta ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Dan lebih teruk lagi ialah apabila sudah tersepit, maka dikatakan, antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Allah Taala, sepatutnya Allah Taala dilebihkan.

Sungguh memalukan tahap ilmu yang sebegitu jahil, singkat bahkan zindiq!

Ini adalah laporan yang aku terima membabitkan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Aminolhuda bin Hasan. Dalam gambar di atas, Aminolhuda adalah individu yang berbaju kotak-kotak dan 'TERLUPA' pakai kopiah putih yang seringkali menjadi trademarknya setiap kali menghadiri majlis orang Islam.

Pada 27 April lalu antara jam 2 petang sehingga 6 petang, bertempat di Bangunan Bangunan PKK, Jln Pesisiran Sutera Danga 1, Tmn Sutera Utama, Skudai telah berlangsung majlis memperingati Karpal Singh.

Majlis telah dipengerusikan oleh Liew Chin Tong - Pengerusi DAP Neg.Johor/AP Kluang. Seramai lebih kurang 1000 org yg terdiri daripada ahli serta penyokong DAP dan PR Negeri Johor telah hadir.

Antara yg dikenali hadir ialah:-



Lim Kit Siang - AP Gelang Patah.
Aminolhuda bin Hassan - Pesuruhjaya PAS Neg.Johor.
Gobind Singh Deo - AP Puchong.
P.Kulasegaran - AP Ipoh Barat.
A.Samad Said - Aktivis Bersih/Sasterawan.
Dr.Boo Cheng Hau - Pengerusi DAP Parlimen Gelang Patah / ADUN Skudai.

Majlis tersebut  bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli/penyokong DAP dan PR Negeri Johor untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh memandangkan tidak berkesempatan utk menghadiri upacara pengebumian beliau.

Turut diadakan pameran berkaitan riwayat hidup mendiang telah diadakan sebelum majlis bermula. Intipati ucapan yg disampaikan lebih menjurus kepada mengimbau kembali riwayat hidup dan prinsip yg didukung mendiang seperti anti hudud, anti rasuah, penyelewengan kuasa dan juga perjuangan menentang kerajaan BN yg korup serta seruan untuk meneruskan perjuangan mendiang dgn menumbangkan kerajaan BN pada PRU akan datang.

2 buah risalah berukuran A4 bertajuk "Tahukah Anda? BN boleh memenangi majoriti mudah untuk terus berkuasa dengan sokongan serendah 43 % undi popular" dan " We Vote We Determine Our Boundaries" sebanyak 1000 keping setiap satu telah diedarkan kepada hadirin semasa majlis berlangsung.

Sebuah kaunter merayu tandatangan bagi mengisi petisyen untuk mendesak kajian semula terhadap persempadanan baru turut didirikan di pintu masuk utama.

Majlis diakhiri dgn persembahan bunga ros pada potret mendiang oleh hadirin sebelum bersurai.

Nampak kesalahannya?

Kalau tak nampak sebarang kesalahan padanya, mohonlah beristighfar, mintalah petunjuk, hidayah dan inayah dari Allah Taala. Dan berdoalah agar kita tidak dihijabkan daripada melihat kebenaran. Perbanyakkanlah bacaan doa berikut:

Friday 25 April 2014

DAP Tak Surut Menentang PAS Tapi PAS Terhegeh-Hegeh Mengampu DAP


Ketika berusrah dengan sebilangan ikhwan, persoalan tentang perilaku serta tindak-tanduk pemimpin-pemimpin atasan PAS yang dipilih oleh jemaah Islam PAS semakin diperkatakan. Walaupun ghibah itu merupakan sesuatu yang diharamkan dari hukum Islam, tetapi mutlaknya keharaman tersebut bergantung pula kepada beberapa faktor syarak seperti yang dinyatakan oleh Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya yang terkenal, Al-Ihya Ulumuddin.

Enam tempat yang dibenarkan Ghibah adalah:

Pertama: Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung & sebagainyanya kerana teraniaya. Ketika mengadu tidak boleh tidak kita terpaksa membuka kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.

Kedua: Mahu mencegah kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti kita melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan kita membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat).Kita hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Kita dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.

Ketiga: Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulamak/mufti meminta fatwa. “Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?”

Keempat: Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukannya. Contoh, apabila seseorang datang kepada kita meminta nasihat tentang perkahwinan anak perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan kita tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan lemah agamanya. Jika memadai dengan kata ‘JANGAN’, hendaklah kita mengatakan begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah kita membuka aibnya.

Kelima: Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikan, bid’ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.

Keenam: Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh saudara menyebutkan jolokkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan menyebut julukkan itu, elakkan..

Dalil:
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, kecuali dari orang-orang yang teraniaya…” (al-Nisaa’, ayat 148)

Maksud Hadis:
“Aisyah r.a. berkata: Seseorang datang minta izin kepada nabi s.a.w. (masuk ke rumah). Lalu Nabi s.a.w. bersabda: Izinkanlah. Dia adalah sejahat-jahat orang di kalangan kaumnya.” (riwayat Bukhari & Muslim)

Maksud Hadis:
“Aisyah r.a. berkata: Hindun binti Uthbah (isteri Abu Sufian) berkata kepada Nabi s.a.w.: Sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut dan tidak memberi cukup belanja kepada ku dan anak-anakku, kecuali kalau saya ambil di luar pengetahuannya. Nabi s.a.w. menjawab: Ambillah secukupmu dan anak-anakmu dengan sederhana.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Maksud Hadis:
“Fatimah binti Qais berkata: Saya datang kepada Nabi s.a.w. bertanya tentang dua orang yang meminang saya, iaitu Abu Jahm dan Muawiyah. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Adapun Muawiyah, dia adalah seorang yang miskin, manakala Abu Jahm, dia adalah seorang yang suka memukul isteri.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Maksud-maksud Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. ada menceritakan keburukan orang lain untuk mencapai maksud yang dibenarkan oleh syarak. Dan tiada pilihan lain melainkan memberitahu aib orang berkenaan.

Justeru, berdasarkan kepada ijtihad tersebut, kami berbicara panjang tentang perangai sebilangan pemimpin atasan PAS yang tidak sepatutnya wujud dalam ikhwanul ini.

PAS menentang UBN dengan sepenuh daya, tenaga dan kewangan bagi memastikan syariah diwujudkan di negara ini. Walaupun UBN dilihat menyuburkan syiar Islamiah di negara ini, tetapi usaha-usaha UBN terlalu banyak syubhah yang memungkinkan usaha-usaha berkenaan hanya bersifat maksiat, ujub dan riak semata-mata. PAS pula mahu memurnikan syiar Islam di negara ini dan menyingkirkan elemen-elemen syubhah yang menjadi teras kepada pentadbiran UBN. 

Mungkin bagi sesetengah ahli PAS, keseronokan menyerang UBN dan menelanjangkan UBN dengan pelbagai gelaran termasuklah kafir, munafiq dan sebagainya, menjadi kebanggaan peribadi. Namun dalam hal yang sama, kita juga terlupa bahawa sekarang ini PAS berada di bawah taklukan DAP dan PKR. Kita telah dijajah dari segenap segi, termasuklah minda dan tingkah laku kita sendiri.

Pada ketika kita tercari-cari lubang kelemahan UBN untuk kita londehkan terutama sekali yang membabitkan hudud, kita sengaja buat-buat pejam mata tentang KATA DUA Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim terhadap usaha kita memartabatkan undang-undang hudud di negara ini. Kita seronok menghentam Najib Abdul Razak, mencungkil keluar khilaf-khilafnya yang tidak memudaratkan umat, tetapi kita buat-buat buta tentang usaha bersungguh-sungguh DAP dan PKR untuk menghapuskan penguasaan umat Islam di negara ini.

Jangan sampai apa yang dikendong berciciran kerana kita mengejar benda yang tidak mungkin akan dapat. Adalah lebih baik sekiranya kita kemaskan kelekan kita dan tidak terburu-buru mengikut telunjuk orang lain yang sentiasa mencari peluang untuk menghapuskan kita walaupun mereka menawarkan persahabatan.

Nabi s.a.w pun menghapuskan perjanjian damai dengan kaum Yahudi di Madinah apabila Yahudi Madinah akhirnya berkhianat terhadap perjuangan baginda. Mengapa pula kita tidak boleh berbuat begitu? Takkan taraf keilmuwan kita lebih tinggi berbanding Nabi s.a.w?

Thursday 24 April 2014

PAS KEDAH Tak Setuju Demonstrasi 1 Mei?


Golongan yang cukup mencintai Anwar Ibrahim dan berselindung atas nama keadilan, tentu sekali tidak berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh sebilangan ahli-ahli PAS Kedah ini. Pada ketika Anwar dan PKR amat mahukan sokongan serta kehadiran ahli-ahli PAS dalam demonstrasi 1 Mei nanti, tak kiralah atas nama apa sekalipun, baik BANTAH, ANTI-GST, REFORMASI 2.0 mahupun SOKONG HUDUD.

Jumlah yang ramai amat diperlukan oleh Anwar Ibrahim yang mahu menunjukkan dia mempunyai pengikut yang ramai. Kalau hendak diikut-ikutkan jumlah yang menyokong PKR dan Anwar Ibrahim, sebenarnya tidaklah berapa kerat pun. Kalau PAS tidak masuk campur dan terpedaya dengan pembohongan Anwar Ibrahim, sudah tentu PKR dan Anwar Ibrahim sudah hilang dalam lipatan sejarah politik negara ini.

Kita sebenarnya yang mengangkat dan mempopularkan Anwar Ibrahim. Kita jugalah yang menjayakan semua demonstrasi yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR. Kitalah yang meramaikan hadirin atau pendemonstrasi dalam semua demonstrasi yang diadakan bermula dari tahun 1998 lagi.

Tetapi apa balasan yang kita dapat?

Pada setiap masa, kita bukan sahaja dihina dan dikhianati bahkan kepimpinan kita pun turut mendapat keji sehinggakan Tuan Guru Presiden pun disaman dan disokong pula oleh seorang suspek yang terlibat dengan pil kuda. Saman RM2 juta itu pula sengaja dibuat bagi memalukan Tuan Guru Presiden dan untuk cuba melindungi perbuatan sebenarnya.

Itulah sebabnya AMK dan PKR beria-ia menyatakan tindakan Ketua AMK Dungun itu adalah tindakan peribadi bukannya membabitkan parti. Malangnya, apabila membabitkan Anwar Ibrahim dan nafsunya, tidak pula dikatakan peribadi, sebaliknya dicanangkan sebagai KEZALIMAN.

Barangkali kerana faktor itulah, ahli-ahli PAS Kedah terutama yang terlibat dalam DARUL HADIS dan PAKSI.

Bagi yang tidak tahu, Darul Hadis dan PAKSI merupakan pusat pengajian Tahfiz Al Quran. Maahad ini telah diasaskan oleh Syeikh Zainal Asri yang juga merupakan mudir Mahabah Maahad. Beliau merupakan lulusan Al-Azhar, Mesir.

Guru-guru maahad ini terdiri daripada ustaz atu tenaga pengajar dari KUIN dan ustaz-ustaz Maahad sendiri. Syeikh Zainal Asri merupakan seorang yang pro-PAS tetapi amat membenci ekstremisme malah pernah tidak sehaluan dengan Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu KUIN dan beberapa isu yang lain.

Pusat Pengajian Darul Hadis terletak di No.100, Taman Purnama, Pesiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.

Program LANTUNAN MAHABAH RASULULLAH S.A.W ini sebenarnya jauh lebih baik dan bermanfaat kepada kita selaku umat Islam, berbanding berpusu-pusu ke Kuala Lumpur untuk berkumpul, terjerit-jerit dan kemudian berseronok dengan mandi air yang dipancutkan oleh FRU.

Aku benar-benar mengharapkan program yang jauh lebih bermanfaat berbanding program yang hanya untuk membela dan memenuhi nafsu haloba Anwar Ibrahim itu, mendapat sambutan.

Cuma satu perkara yang aku berasal musykil, mengapa agaknya tiada seorang pun ahli PAS yang mahu meuar-uarkan program sebaik ini walaupun yang menganjurkannya adalah orang PAS sendiri?

Kerana Anwar Ibrahim, Tiga Ahli PAS Berhadapan Tindakan Undang-Undang

Tiga orang Ahli PAS Tampin kini berhadapan dengan hukuman HANYA semata-mata kerana cinta yang amat keterlaluan terhadap Anwar Ibrahim.

Zanil bin Subuh - Ketua Penerangan PAS Tampin; Mohammad bin Yusuf - AJK PAS Tampin; Musa bin Ali - AJK PAS Cawangan Felda Bukit Rokan telah dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut, mereka telah mengupah peguam dan membuat rayuan. Hari ini, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM5000 atau 8 bulan penjara.

Bukan makin kurang, malah bertambah tinggi dan berat pula hukuman yang dijatuhkan.

Semuanya gara-gara keterlaluan menyayangi Anwar Ibrahim. Kejadian berlaku pada 10 Januari 2012apabila ketiga-tiganya telah memukul anggota-anggota penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas menurunkan poster-poster Anwar Ibrahim yang dipasang secara haram di persimpangan lampu isyarat pekan Tampin, Negeri Sembilan.

Poster-poster tersebut telah dipasang sempena lawatan Anwar Ibrahim ke Gemas.

Aku tidak faham, mengapa ahli-ahli PAS yang sepatutnya lebih faham ajaran Islam berbanding orang UBN boleh terjebak dengan perkara dan masalah sebegini. Kalau hendak dikatakan ahli-ahli jemaah PAS jahil-jahil belaka, antara aktiviti utama parti ialah mewujudkan kelas-kelas tamrin, kuliyyah, tazkirah, bahkan qiyamullail bagi memantapkan kefahaman serta pegangan kita kepada agama.

Islam mengajar kita menjadi kelompok yang patuh kepada undang-undang, walaupun kita merupakan rakyat di negara kafir. Kita tidak dibolehkan menentang pemerintah atau melanggar undang-undang kecuali apabila kita dihalang daripada melakukan ibadah kepada Allah Taala. Bahkan teladan daripada ulama-ulama muktabar seperti Imam Empat sepatutnya menjadi jelas kepada kita bahawa tindakan seperti yang dibuat oleh ketiga-tiga orang ahli PAS tersebut, bahkan kebanyakan ahli-ahli PAS lain yang telah terpedaya dengan tipu muslihat serta hasutan Anwar Ibrahim serta konco-konconya, merupakan perbuatan yang amat buruk kepada imej umat Islam secara keseluruhannya.

Kita boleh bertentang pandangan dengan kerajaan tetapi apabila kita dengan sengaja melanggar undang-undang yang sebenarnya menurut sangkaan nafsu kita bahawa ia adalah undang-undang yang zalim, kita sebenarnya menzalimi diri sendiri. Konsep LAWAN TETAP LAWAN yang dipopularkan oleh Anwar Ibrahim, bukannya untuk kita kerana dakwah Islam tidak menyuruh kita berlawan sepanjang masa, bahkan dakwah dianjurkan agar dilaksana menerusi kaedah-kaedah yang lebih berhikmah.

Nabi s.a.w tidak pernah memekik LAWAN TETAP LAWAN apabila penduduk Taif membaling batu ke arah baginda sehingga kaki baginda s.a.w berdarah. Bahkan ketika para malaikat menawarkan untuk menghempap seluruh Taif dengan gunung-ganang, Nabi s.a.w menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dakwah baginda dilakukan secara berhikmah sehingga akhirnya seluruh penduduk Taif menjadi pengikut baginda yang setia.

Apa perlunya kita mencampakkan diri kita untuk menjadi sebahagian daripada golongan seperti Anwar Ibrahim? Ikatan dalam Pakatan Rakyat, bukanlah satu ikatan yang menjamin kita masuk ke syurga, bahkan kita mendekatkan diri dengan lubang neraka yang sangat dalam dan zulmat.

Sebagai ahli PAS, sepatutnya kita menggunakan akal, tidak dipergunakan oleh orang seperti Anwar Ibrahim yang hanya mahu menunggang kita kerana sikap setia atau wala' kita dan tidak bertindak sembrono yang akhirnya akan menyusahkan diri. Lebih malang lagi apabila kesan daripada perbuatan kita mendatangkan kekotoran kepada perjuangan kita yang suci.

Wednesday 23 April 2014

SAMAN FELDA: Kenapa Susah Nak Mengaku Yang Kita Dah Diperbodohkan Oleh PKR?

Setiap kali tenaga dan bantuan PAS ditagih, setiap kali itulah juga PKR dan DAP akan bercakap tentang Pakatan Rakyat, roh Pakatan Rakyat, semangat Pakatan Rakyat dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya. Namun setiap kali PAS cuba membangkitkan persoalan Pakatan Rakyat yang hanya berpihak kepada PKR dan DAP, PAS bukan sahaja akan dicela, bahkan Presidennya pun akan disaman oleh ahli biasa.

Akar umbi PAS yang baru keluar dari kepompong kelompok sendiri, masih tidak dapat mengesan penghinaan tersebut. Mereka masih melihat ianya sebagai satu salah faham dan titik bengit dalam satu persatuan. Walhal ianya perkara besar membabitkan maruah PAS dan halatuju PAS sebagai sebuah parti siasah yang memperjuangkan Islam secara ad-deen.

Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit PAS dihancurkan, manakala perjuangan PAS yang teguh terhadap Islam telah ditukarkan menjadi cukup liberal dan boleh berbuat apa-apa sahaja atas nama maslahat politik yang seringkali dikaitkan dengan TAHALUF SIYASI.

Golongan yang menentang TAHALUF SIYASI buta tuli dengan PKR dan DAP semakin mengecil. Jumlah mereka tidak bertambah, dan mereka yang masih ada, dipaksa untuk diam dengan kaki serta tangan mereka dirantai. Paling ketara ialah apabila mereka dilucutkan jawatan atau jawatan masih disandang tetapi sekadar jawatan tanpa fungsi.

Namun kewaspadaan golongan ini terhadap PKR dan DAP, Allah Taala perkenankan sedikit demi sedikit dan satu persatu. Kita jadikan UBN sebagai musuh utama kita sedangkan mudarat mereka kepada perjuangan kita terlalu kecil berbanding PKR dan DAP yang kita jalinkan kasih sayang dan ukhwah tetapi membunuh asas serta teras perjuangan parti yang kita cintai dan harapkan keredhaan dari Allah Taala secara perlahan-lahan dan menyeluruh.

Mengapa tidak ada langsung suara dari kepimpinan kita yang berani mengulas tentang azam Lim Guan Eng dan DAP untuk menentang perlaksanaan hukuman hudud? Mengapa tiada sebarang kata-kata yang mampu diluahkan kepada Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang dengan jelas menolak hukum hudud dengan alasan-alasan logik akal mereka? Mengapa kita hanya mengarah kepada UBN sedangkan UBN telah pun menyatakan persetujuan mereka untuk membantu kita mewujudkan perlaksanaan hudud di Kelantan sebagai permulaan dan menjadikannya sebagai contoh untuk diimplementasikan di negeri-negeri lain?


Terbaru, kita dihidangkan dengan kaedah tikam belakang yang cukup mudah. Tindakan Saifuddin Nasution memohon maaf dan mengaku salah menfitnah FELDA dalam isu jualan minyak sawit mentah kepada Israel, memberi kesan besar kepada kepimpinan dan suara rasmi PAS, Harakah serta pencetak utama kita, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. Ada beberapa nama dari kalangan PAS di dalam kes tersebut termasuklah Datuk Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung PAS.

Dari awal lagi telah dikatakan, kita tidak boleh teruja dengan sebarang isu yang dibawa oleh PKR kerana kebanyakan daripada isu tersebut terutama sekali yang membabitkan nama seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Zuraidah Kamaruddin dan Saifuddin Nasution, tidak lebih daripada sekadar satu isu fitnah yang dikaburi dengan fakta-fakta palsu.

Namun nasihat-nasihat dan teguran-teguran itu langsung tidak dihiraukan. HARAKAH yang merupakan suara rasmi kita, terlalu banyak memberikan ruang kepada para pemimpin PKR dan DAP sehingga akhirnya, HARAKAH menjadi suara penfitnah terulung di negara ini.

Agak bernasib baik kerana UBN dan agensi-agensinya yang lain kurang mengambil tindakan saman sepertimana yang dilakukan oleh PKR dan DAP terhadap UBN dan agensi-agensinya. Kalau tidak, sudah pasti PAS sekarang menjadi sebuah parti pengemis yang terpaksa menjual keseluruhan asetnya semata-mata untuk membayar hutang saman fitnah.

Kita tak pernah belajar daripada apa yang telah menimpa kita sebelum ini. Tahaluf Siyasi yang kita bangga-banggakan sebenarnya tidak lebih daripada suatu kaedah paling berkesan untuk menghapuskan kita sendiri.

Yang buat fitnah adalah Saifuddin Nasution tetapi yang akhirnya direkodkan sebagai penjenayah fitnah adalah kita sendiri!

Sungguh memalukan...

Tuesday 22 April 2014

UBN Kedah Takut Sungguh Dengan Kepala-Kepala Judi! Bersepah Pusat Judi di Kedah La Ni!


Sebelum ini, seorang pegawai daerah merangkap pegawai lesen di Majlis Daerah Kulim, membuat laporan polis terhadap laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai polis kerana pemberian lesen pusat-pusat judi. (BACA DI SINI)

Banyak pihak yang menyalahkan PDRM kerana tidak bertindak tegas membanteras dan menghapuskan kewujudan pusat-pusat judi yang berselindung di sebalik jenama PUSAT HIBURAN KELUARGA. Namun ramai yang terlepas pandang bahawa kewujudan pusat-pusat hiburan tersebut, terutama sekali yang berlesen, sebenarnya adalah membabitkan pejabat daerah, bukannya PDRM.

Bagaimanapun, ada juga operasi haram tersebut mendapat 'kerjasama' daripada anggota penguatkuasa undang-undang itu!

Kita masih berada di sekitar Kedah, meninjau permasalahan judi yang semakin berleluasa. Walaupun pada zaman pentadbiran PAS, lesen-lesen untuk judi telah dibekukan, masalah judi haram tidak selesai, bahkan bertambah-tambah. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh Mukhriz Mahathir sangat penakut untuk menyatakan, Kerajaan UMNO tidak benarkan aktiviti judi di Kedah.

Di Alor Setar sahaja, sekurang-kurangnya terdapat LIMA PUSAT JUDI AKTIF.

1. Kedai Mesin Judi (rumah banglo) yang beralamat di No.273, Jalan Saga 6, Taman Saga, Alor Star.

2. Judi ekor haram yang beroperasi secara terbuka di kaki lima kedai AS Jaya Motor, No. 1007, Lot Kedai Taman Saga Fasa Empat, berhadapan dengan Pasaran Mydin Alor Mengkudu Alor Setar. Berdasarkan siasatan, aktiviti perjudian tersebut dijalankan secara terbuka, manakala anggota penguatkuasa undang-undang pula dikatakan telah 'dibayar'. Maklumat berhubung pusat judi ini telah dihantar pada 14 Januari lalu, tetapi aktiviti tetap berjalan seperti biasa.

3. Kedai mesin judi, kontena biru berhadapan dengan Caltex/House Bar, Jalan Alor Mengkudu, bersebelahan dengan kedai kopi Melayu. Beberapa orang anggota polis dari D7 IPK turut dikesan melepak di kedai berkenaan.

4. Kedai Mesin Judi TS Motel, No.13, Bangunan Rumah Kedai Taman Saga, Alor Star.


5. Lokasi yang lebih menarik... betul-betul di belakang IPK Kedah. Pusat judi tersebut beroperasi di bangunan kedai berhampiran dengan kawasan Market Cowboy dan mempunyai papan tanda MOTEL berwarna biru. Tulisan MOTEL pula berwarna kuning.

Sunday 20 April 2014

Perlukah Kita Katakan, KETUA PEMUDA PAS Muka Tak Tahu Malu?


Martabat Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat jauh lebih tinggi berbanding Chegu Bard yang terkontang-kanting tanpa sebarang jawatan dan tanpa sebarang tujuan melainkan cuba menjadi pemangkin kepada cetusan revolusi yang menyokong dan memartabatkan Anwar Ibrahim di puncak kuasa. Chegu Bard yang pada PRU13 tidak berpuas hati dengan Pemuda PAS kerana pencalonannya di Sungai Acheh, turut disaingi oleh seorang Pemuda PAS, pernah mengeluarkan cakap-cakap yang amat keji terhadap Pemuda PAS.

Namun keadaan bertukar sebaliknya apabila Suhaizan Kaiat mengeluarkan surat arahan kepada para ikhwan Pemuda PAS agar turut beramai-ramai membantu mewujudkan revolusi di Kuala Lumpur dan mencetuskan gelombang besar reformasi yang diharapkan akan menumbangkan kerajaan sedia ada pada 1 Mei nanti.

Bukan main lagi, Chegu Bard memuji Suhaizan Kaiat apabila surat arahan Ketua Pemuda PAS tersebar dengan arahan berbaju merah dikeluarkan.

Sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh PKR biasanya tidak lebih seperti perhimpunan budak-budak sekolah dengan disertai oleh golongan yang tidak percaya agama yang menggelarkan diri mereka sebagai kelompok pemercaya Sosialis dan Komunis. Golongan tersebut diketuai oleh Hishamuddin Rais, bekas pelajar tercicir yang lari dari undang-undang negara dan masuk balik secara pengecut sambil berlagak seolah-olah dia tahu segala-galanya.

Kita dapat perhatikan bagaimana golongan PKR terutama sekali Chegu Brad, NGOnya, SAMM dan AMK sedang berbaik-baik serta memuji-muja Pemuda PAS kerana mereka sangat sedar, Pemuda PAS pantang dipuji, pasti akan meluru ke jalanraya dan kita akan berlagak dengan Unit Amal yang berlagak seolah-olah kita telah memerintah negara ini dan membubarkan PDRM.

Perlukah kalau kita katakan bahawa Pemuda PAS semenjak kebelakangan ini sebenarnya TIDAK BERMARUAH langsung malahan lebih tepat lagi MENJADI HAMBA SURUHAN kepada AMK dan PKR?

Pada ketika kita bukan main bersolat hajat dan bermunajat perdana selepas Ketua AMK Dungun tetap dengan keputusannya untuk menyaman Tuan Guru Presiden kita kerana kejahilan dan kebodohannya memahami maksud ucapan Tuan Guru Presiden, kita pula terhegeh-hegeh menyuakan tengkuk dan mahu mengambil hati mereka sebagai membuktikan betapa baiknya kita.

Walhal kebaikan yang kita tunjukkan tidak pernah dihargai. Bahkan kita pula dicop sebagai si bebal yang boleh dipermain-mainkan dan disuruh-suruh sesuka hati.

Kita percaya, dalam demonstrasi tersebut, kita seperti sebelum-sebelumnya, akan berada di bawah arahan Chegu Bard dan kita akan dipersalahkan jikalau hadirin yang berdemonstrasi tidak ramai. Sebaliknya kalau ramai, Chegu Bard akan mendabik dada dan menyatakan bahawa PAS tidak diperlukan sebaliknya sekadar simbol Pakatan Rakyat sahaja.

Tengok sahajalah pada demonstrasi Reformasi 2.0 di Stadium Kajang tempoh hari. Disebabkan yang datang tidak ramai, Chegu Bard telah menfitnah Pemuda PAS Kajang kononnya sengaja mensabotaj calon PKR, Kak Wan dalam PRK itu. Anehnya, tiada sebarang tindakan diambil terhadap Chegu Bard dan penganjur Reformasi 2.0 yang gagal itu walaupun secara jelas, Chegu Bard dan Rafizi Ramli menyalahkan PAS kerana tidak berkempen agar ramai orang datang ke Stadium Kajang.

Nampaknya, kita lebih teruk dari si bebal yang terperosok dalam lubang yang sama dan berkali-kali!!!


Saturday 19 April 2014

KU NAN GEMBIRA, NAZRI AZIZ GIRANG Bila Ada Pertunjukan Separuh Bogel Secara Terbuka Di MidValley


Kemarau panjang, hujan tapi air di empangan tidak ada dan catuan air berpanjangan, pendapatan negara semakin merosot, kadar sara hidup yang semakin meninggi, nampaknya sedikit pun tidak mencemaskan pemimpin-pemimpin kerajaan. Mereka masih tetap leka dan masih juga beranggapan, segala-galanya akan mendatangkan kebaikan kepada negara, walaupun sebenarnya menggamit-gamit bala bencana dari Allah Taala.

Anehnya, setiap kali negara dapat masalah, laju sahaja muncung mulut para pemimpin UBN dan macai-macai mereka menyalahkan Pakatan Rakyat. Setiap kali dilanda musibah, cepat benar mennuding jari kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS untuk dipersalahkan. Perbuatan mereka sendiri, tidak pula mereka jadikan sebagai kayu ukuran.

Menteri Wilayah, Ku Nan, sebelum ini gah apabila dengan tegasnya mengarahkan satu majlis separuh bogel dihalang daripada diadakan di Jalan Ampang. Manakala Menteri Pelancongan, Nazri Aziz pernah berhujah kononnya parti-parti hiburan separuh atau telanjang terus seperti yang berlaku di Bukit Jalil sehingga membunuh beberapa orang pengunjungnya, sebagai sesuatu yang perlu untuk prospek pelancongan negara.

Tidaklah dapat dipastikan, sama ada Nazri Aziz yang menjadi Ahli Parlimen Padang Rengas, kawasan yang suatu ketika dahulu amat masyhur dengan sekolah-sekolah pondoknya, mempunyai pendidikan atau pegangan agama atau sebaliknya sehingga boleh menghalalkan perbuatan sebegitu semata-mata atas nama PELANCONGAN.




Semalam, berlangsung satu lagi program yang benar-benar memalukan kita sebagai rakyat sebuah NEGARA ISLAM. Program peragaan seluar dalam dan baju dalam telah diadakan di Midvalley Mega Mall anjuran sebuah syarikat pengeluar dan penjual pakaian dalam wanita telah mendapat sambutan yang sangat hebat.

Tentu sekali pertunjukan terbuka seperti itu memerlukan permit, sekalipun sebenarnya ia dibuat dalam kawasan tertutup. Ini adalah kerana pertunjukan tersebut boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja yang datang ke Midvalley Megamall, Seputeh.

Siapa sebenarnya pemilik premis dan pusat membeli belah itu? Siapakah pengurusannya? Adakah segala arahan dan peraturan yang konon-kononnya mempertahankan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam sudah terkubur?

Ku Nan kena jawab. Nazri Aziz juga kita tagih jawapannya walaupun kita sudah tahu apa bentuk jawapannya atau dia akan berkata apabila tidak boleh menjawab, 'SAYA MENTERI KE AWAK MENTERI?'

Friday 18 April 2014

Pegawai Daerah Kulim Rasuah Duit Judi, Buat Laporan Polis Cover Diri Sendiri

GODFATHER JUDI DI KULIM yang merupakan 
PEGAWAI DAERAH KULIM, DZOHIR MD. ZAIN

LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH DZOHIR.
 
Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pegawai polis pada 11 Mac 2014 lalu berkaitan pemeriksaan di premis Hiburan Keluarga SS yang beralamat di No.3701, Jalan Selasih C/1, Taman Selasih Kulim. Ketika pemeriksaan dilakukan oleh pasukan polis, pemilik kedai tersebut mendakwa, dia telah mendapat kebenaran daripada Pegawai Kerajaan Negeri Kedah di mana Pegawai Daerah mengatakan lesen simulator yang dikeluarkan oleh Dzohir bin Md. Zain adalah sah.

Kes ini tidak akan kecoh dan pegawai kerajaan negeri Kedah terbabit tentu sekali tidak akan memberi tindak balas sekiranya gelagat dan penyelewengannya tidak dihebahkan. Apabila berita berkenaan disiarkan oleh blog, dia mula resah gelisah walaupun sebelum itu, dia dilaporkan telah mencabar pihak polis agar mengambil tindakan terhadapnya kerana cukup yakin dapat berselindung di sebalik Kedah Civil Servant yang berada langsung di bawah DYMM Sultan Kedah.

Hangat dengan laporan polis dan pendedahan sikap menyelewengnya, pada 16 April lalu, Dzohir bin Md Zain telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulim pada pukul 11:47 pagi.

Dzohir bin Md. Zain adalah Pegawai Daerah Kulim merangkap Pegawai Lesen Daerah Kulim. Laporan polis yang dibuatnya mempunyai kaitan dengan arahannya untuk membuka kertas siasatan sulit berkaitan laporan yang dibuat oleh pegawai polis pada 11 Mac.

Dzohir cuba berselindung dan memberitahu bahawa lesen perjudian keluarga yang dikeluarkannya adalah sah memandangkan dia adalah Pegawai Lesen dan kelulusan tersebut dipersetujui oleh Pegawai Daerah yang mana dia juga adalah Pegawai Daerah Kulim.

Senang cerita, sendiri usul, sendiri lulus dan sendiri bagi pengesahan.

Di Kulim, kalau sebut sahaja nama Pegawai Daerah, penduduk akan segera mengaitkan dengan kewujudan pusat-pusat judi bermesin di daerah tersebut. Malah kakitangan di Pejabat Daerah Kulim juga, ramai yang tidak berpuas hati dengan perangainya yang bukan sahaja kuat makan rasuah daripada taukeh-taukeh judi, sebaliknya menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepadanya.

Ternyata sekali lagi Pegawai Daerah yang korup itu sedang berusaha untuk membersihkan namanya dengan membuat laporan polis dan meminta agar kertas siasatan sulit berkaitan laporan pegawai polis sebelum itu dibuka agar dia tahu, ceruk-ceruk mana yang boleh digunakan untuk membelit dan menipu demi menyelamatkan diri dan taukeh-taukeh judi yang berada di bawah perlindungannya. 

Thursday 17 April 2014

Barangkali Sudah Sampai Masanya, Kita Cuma Berani Membuli Tetapi Tak Berani Berjuang

Kematian Karpal Singh merupakan satu kerugian besar kepada DAP dan Anwar Ibrahim. Selama ini, Karpal Singhlah yang menjadi baju besi dan perisai utama DAP dan Anwar Ibrahim. Walaupun terdapat ramai peguam lain dalam DAP mahupun PKR, namun karisma mereka tidak menyerupai Karpal Singh.

Dari awal pembabitannya dalam politik negara lagi pada tahun 1970, Karpal Singh sudah dikenali kerana penentangannya yang sangat keras terhadap perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Artikel 152 dan Artikel 153 yang menetapkan peruntukan untuk Melayu dan Bumiputera, Islam, raja-raja dan adat istiadat Melayu selain Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Sekalipun terdapat cerita kononnya, Karpal Singh merupakan penegak Perlembagaan Persekutuan, hakikatnya yang disokong hanyalah Artikel-Artikel yang boleh dimanipulasi dan memberi kelebihan kepada DAP yang tegar memperjuangkan Malaysian Malaysia mereka.

Tuan Guru Presiden pernah melabelkan Karpal Singh dan Lim Kit Siang sebagai UBAT LUPUT TARIKH. Karpal Singh pernah mengeluarkan pelbagai kenyataan karut tentang PAS dan kepimpinan PAS. Malah berbanding UBN, permusuhan Karpal Singh terhadap PAS jauh lebih besar kerana Karpal Singh menyerang dasar dan Perlembagaan PAS, manakala UBN pula sekadar menyerang furu' dan khilafiyah yang disebabkan oleh kejahilan mereka sendiri.

Agak keterlaluan apabila ada sebilangan daripada kita memberikan reaksi yang langsung tidak mencerminkan sebagai seorang Islam apabila kita melebih-lebihkan dan mendewa-dewakan Karpal Singh sehingga ada yang sanggup menangis di tepi kerandanya selain mendakwa Karpal Singh lebih baik berbanding orang UBN kepada kita.

Pakatan Rakyat mungkin satu talian hayat kepada kita dan jemaah parti ini tetapi Pakatan Rakyat bukanlah tali yang mengikat kita. Kita kata kita mahu mengikut al Quran dan hadis, ijma' dan qiyas, tetapi akhirnya kita memilih untuk mengikut hawa nafsu.

Dalam agama Allah Taala, sebaik mana pun si kafir, mereka tetap tidak lebih baik daripada orang Islam yang paling jahat sekalipun. Bahkan perkara ini amat jelas menerusi peristiwa Nabi s.a.w dengan bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Mutalib yang sehingga ke akhir hayat, menjaga dan melindungi Nabi s.a.w tetapi tetap enggan beriman kepada agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Begitulah juga dengan ikrar kita. Pada ketika Mahfuz Omar menjadi Ketua Pemuda PAS, bukan main lantang lagi kita bercakap tentang tentangan Negara Islam oleh DAP. Kita membuat pelbagai ikrar dan iltizam. Tetapi kemudian, apabila kita berada dalam satu kelompok bersama-sama dengan DAP dan Karpal Singh, kita pula yang lebih tersengih dan mengangguk-angguk dalam usaha kita untuk mendapatkan redha Karpal Singh dan DAP.

Sekarang, DAP sudah kehilangan Harimau Jelutung mereka. Pemuda PAS yang dikepalai oleh Suhaizan Kaiat begitu takut dengan gemuruh apabila ada SMS yang menyatakan kita akan melangkah mayat Karpal Singh setelah berita kematiannya tersebar. Punyalah takutnya kita kepada DAP, respons yang diberikan amat pantas tetapi dalam banyak berita yang membabitkan umat Islam, Pemuda PAS pula tidak lebih daripada kura-kura yang dijentik kepalanya. Terkesot sehingga kelihatan seperti si kulup sedang kesejukan.

Itulah kita sekarang... kita cuma berani apabila berhadapan dengan UBN kerana kita tahu, UBN tidak akan sampai hati untuk membalun kita sebagaimana Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang bahkan Karpal Singh membalun kita. Kita cuma berani membuli dan bercakap besar tentang perjuangan kita, tetapi apabila Allah Taala membentangkan laluan untuk kita membuktikan segala yang kita laung-laungkan, kita terus jadi kecut dan penakut, tak ubah seperti kaum Yahudi yang diceritakan oleh Nabi s.a.w pada penghujung zaman nanti.

KARPAL SINGH TERBUNUH! PENENTANG HUDUD PALING TEGAR SUDAH TERIMA HUKUMANNYA!


Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Walau sebaik mana pun perancangan, walau sehebat mana pun hujah di mahkamah, tiada sesiapa pun yang dapat berhujah, menipu dan membelit malaikat maut yang patuh menjalankan tanggungjawabnya.

Itulah yang berlaku kepada Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh apabila dia maut dalam satu kemalangan ngeri apabila kenderaan SUV yang dinaikinya  bersama-sama pembantu peribadi, pembantu rumah dan anak lelakinya, melanggar bucu kiri sebuah lori yang bergerak perlahan di lorong sebelah kiri lebuhraya PLUS di KM 301.6 menghala ke utara pada dinihari tadi.

Karpal Singh pernah menyatakan, langkah mayatnya terlebih dahulu sebelum undang-undang hudud dilaksanakan di negara ini. Bagaikan petunjuk dari Allah Taala, Karpal Singh sudah terbunuh dan mayatnya terkedang tanpa boleh berbuat apa-apa. Hanya tinggal langkah sahaja mayatnya itu dan undang-undang hudud sudah boleh dilaksanakan di negara ini memandangkan penentang paling tegar, sudah mati.

Kalau dahulu kita sering menuduh UBN yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan hukuman hudud, namun dengan perkembangan terkini apabila UBN menerusi kenyataan Presidennya, Najib Abdul Razak yang akan menyokong usul yang bakal dibentangkan oleh PAS membabitkan perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan, penentang utama hanyalah DAP dan Karpal Singh.

Kini Allah Taala telah mematikan Karpal Singh. Sekaligus membuka ruang yang sangat besar kepada umat Islam dan kepimpinan umat Islam di negara ini untuk mencapai kata sepakat dalam perlaksanaan hukuman Allah Taala itu.

Mungkin ada di kalangan jemaah PAS yang bersedih dengan kematian Karpal Singh ini kerana kejahilan dan tebalnya mazmumah di hati mereka, namun pengajaran yang boleh diperolehi daripada tragedi yang menimpa DAP dan Anwar Ibrahim ini ialah, ruang untuk umat Islam bersatu, sedang terbentang luas.


Wednesday 16 April 2014

Siapa Antara Kita Yang Berani Kata, ANWAR KAFIR Sebab Terang-Terang Tolak Hudud?


Anwar Ibrahim sekali lagi cuba membuktikan bahawa PAS dan para pemimpin tertingginya adalah kumpulan orang bodoh yang tidak faham agama, jahil murakkab dan masih hidup pada zaman unta dan kuda padang pasir. Anwar Ibrahim sebaliknya memprojekkan dirinya sebagai seorang pemimpin beragama Islam yang progresif, pragmatik, matang dan berpandangan jauh.

Petang tadi, berlangsung satu sidang media yang melibatkan Anwar Ibrahim di Dewan Media, Ibu Pejabat PKR di Tropicana. Tidak ramai yang hadir melainkan 30 orang sahaja termasuklah Johari Abdul, pengampunya yang paling wahid dalam PKR selepas Johari Abdul membenarkan lelaki di dalam video Chinadoll yang terkenal itu sebagai Anwar Ibrahim dalam satu rakaman rahsia.

Dalam sidang media tersebut, Anwar Ibrahim cuba membela dirinya dengan berputar belit sama seperti dalam kes JAM TANGAN OMEGAnya. Cuma kali ini dia berputar belit tentang cakap besarnya, 1 MINIT SAHAJA SAYA SELESAIKAN MASALAH MH370.

Menurutnya, bukan dia yang bercakap begitu, sebaliknya katanya, yang dia maksudkan adalah MEMBUAT KEPUTUSAN. Seterusnya Anwar Ibrahim menyalahkan Tentera Malaysia, keputusan Najib yang terlalu berhati-hati dan tidak sembrono bercakap, kargo muatan pesawat tersebut, pasport curi, kotak hitam yang akan disahkan oleh Peguam Negara walaupun kotak hitam tersebut belum lagi ditemui dan beberapa perkara yang berkaitan pesawat MAS MH370.

Kesemua hujahnya hanyalah hujah konspirasi, terma yang paling disukainya walaupun dia tidak pernah dapat membuktikan kata-katanya sendiri sepertimana dia menyatakan ada bukti pembabitan Najib Abdul Razak dalam pembunuhan Altantuya Shiiribu sehinggakan sampai ke hari ini, jangankan bukti, fakta sebenar pun belum keluar dari mulut Anwar Ibrahim lagi meskipun dia sudah dijatuhi hukuman 5 tahun penjara kerana terbukti meliwat bekas pembantu peribadinya.

Paling menarik ialah apabila Anwar Ibrahim secara berselindung menyatakan, dia TIDAK BERSETUJU SAMA SEKALI dengan perlaksanaan undang-undang hudud yang menurutnya tidak akan mendatangkan keadilan kepada masyarakat. Menurut Anwar, perkara terpenting yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat adalah ekonomi, pendidikan, ketidakadilan, penyelewengan dan bebanan rakyat yang mana kesemuanya itu adalah intipati atau teras kepada kelangsungan hayat politik Anwar Ibrahim sendiri.

Semasa Anwar Ibrahim berkuasa dahulu, perkara-perkara berkenaan dikesampingkan, bahkan dibakulsampahkan. PAS disumpah seranah sebagai parti kampungan, bodoh dan kolot apabila memperkatakan kesemua perkara berkenaan. Tidak itu sahaja, Anwar Ibrahim sendiri telah menzalimi rakyat Kelantan yang sudah satu dekad kekal setia bersama-sama PAS. Anwar menafikan bantuan Kerajaan Pusat untuk menaiktarafkan bekalan air bersih.

Sehinggalah Anwar Ibrahim dihukum penjara dan jawatan Menteri Kewangan dipegang oleh Dr. Mahathir, pinjaman RM600 juta untuk pembekalan air bersih diluluskan serta-merta dalam satu pertemuan antara Dr. Mahathir dengan Tuan Guru Mursyidul Am yang pada waktu itu merupakan Menteri Besar Kelantan di Pejabat Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim cuba menyembunyikan penentangannya dengan mengaitkan UBN dengan para pemimpinnya yang tidak bermoral. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim mungkin terlupa bahawa UBN telah menyatakan persetujuan untuk menyokong pembentangan usul Hukuman Hudud di Kelantan sekiranya dibuat oleh para wakil rakyat PAS.

Apabila Anwar menyatakan kononnya para pemimpin UBN tidak layak membicarakan tentang hudud kerana tidak bermoral, satu perkara yang sangat jelas, di kalangan pemimpin UBN hari ini, tidak pula terpalit, dan dibuktikan bersalah kerana meliwat. Mereka hanya dituduh tanpa dibawa bukti... sesuatu yang jelas tidak dibenarkan oleh Islam. Sedangkan Anwar Ibrahim, dia dituduh dan pihak yang menuduh membawa bukti, manakala dia sendiri tidak mempunyai sebarang bukti untuk menunjukkan dia adalah benar. Sebaliknya sepanjang proses mahkamah, Anwar Ibrahim sekadar bercakap tentang teknikal, menunda-nunda proses perbicaraan, cuba menolak hakim, bahkan cuba pula menyingkirkan pendakwaraya tanpa sebarang alasan konkrit.

Siapakah antara kita yang menjunjung Islam sebagai ad-deen dan berusaha mencapai status BALDATUN THOYYIBATUN WA RABBUN GHOFUR yang berani bertentang mata dengan Anwar Ibrahim dan menyatakan perkara sebenar selain menyatakan bahawa keseluruhan perkataan yang keluar dari mulutnya ADALAH KESESATAN SEMATA-MATA?

Ada atau tidak di kalangan kita yang cukup berani untuk berbuat begitu?

Atau kita sekadar memilih untuk tunduk dan mengiyakan apa-apa sahaja kenyataan daripada bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang sangat kemaruk dengan jawatan Perdana Menteri selepas jawatan tersebut berada di atas tangan, tetapi kuasa Allah Taala menyebabkan dia kehilangan jawatan yang sangat diidam-idamkannya?

HAIRAN! Kenapa PAS Melaka Tentang Hasrat Kerajaan Melaka Pindahkan Pusat Penyembelihan Babi di Ayer Keroh

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, PAS turut memperjuangkan semua pihak termasuklah yang bukan beragama Islam. Ini adalah teras agama Islam iaitu memberikan keadilan kepada semua. Namun apabila PAS lebih berpihak kepada bukan Islam berbanding umat Islam, ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dengan parti ini dan jemaahnya.

Sepatutnya kita mendahulukan umat Islam dan agama Islam berbanding umat dan agama lain. Itu yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w mempersaudarakan umat Islam dari kalangan Muhajirin dan Ansar, bukannya menyengutukan umat Islam dari Makkah dengan Yahudi dan Nasrani Madinah.


Dengan kata lain, dalam amalan baginda Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a serta Solafus Soleh, yang diutamakan adalah umat Islam dan selepas itu barulah maslahat membabitkan bukan Islam yang menjadi dzimmi di jazirah umat Islam. Manakala golongan harbi langsung tidak diberi muka, bahkan mereka dihalau keluar dari jazirah Islam sebagaimana Rasulullah s.a.w mengharamkan kaum Yahudi dan Nasrani daripada tinggal di Madinah dan Makkah.

DAP Melaka dan akhbar Sin Chew Jit Poh hari ini dengan bangganya memberitahu masyarakat Cina bahawa PAS bersama-sama mereka menentang hasrat Kerajaan Negeri Melaka menutup dan memindahkan pusat penyembelihan babi di Ayer Keroh ke sebuah tempat lain.

Turut serta dalam perbincangan dengan wakil-wakil penternak babi yang kesemua mereka adalah penyokong DAP, adalah Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Bukit Katil dari PKR. Manakala Julassapiah Kassim mewakili PAS Melaka.

Sebulat suara, tentangan dibuat terhadap Kerajaan Negeri Melaka kerana penutupan pusat penyembelihan berkenaan.

Mengapa pusat penyembelihan babi mendapat sokongan daripada PAS Melaka? Apakah sudah tidak ada isu lain yang boleh digunakan untuk kita memperjuangkan Islam di negara ini dan Melaka, khususnya? Bukankah pemakanan daging babi hanya melibatkan segelintir masyarakat sedangkan pada masa yang sama, golongan pemakan babi seperti di Pulau Pinang, menyokong pengharaman pusat-pusat penyembelihan di pulau berkenaan sebaliknya dipindahkan ke kawasan-kawasan yang ada penduduk Melayu-Islam.

Melaka sudah pasti sedang berusaha mengawal pencemaran yang dilakukan oleh pusat-pusat penyembelihan berkenaan. Ditambah pula dengan sumber air yang terhad, negeri sekecil Melaka tidak memerlukan pusat-pusat penyembelihan seperti di Ayer Keroh.

Sudah sampai masanya untuk PAS memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada masyarakat Islam dengan mengusulkan agar pusat penyembelihan babi dijadikan berpusat dan tidak bertebaran seperti sekarang. Kita mungkin akan kerugian dari segi sokongan undi masyarakat berkenaan tetapi sudah pasti kita akan mendapat lebih banyak undi daripada masyarakat Islam.

Dan yang lebih penting, kita akan DIPANDANG Allah Taala kerana mengutamakan maslahat umat Islam dan agamanya berbanding berusaha mendapatkan undi sebanyak-banyaknya daripada golongan yang menentang Islam dan umatnya dengan sebarang cara termasuklah menuntut agar mereka dibenarkan membuka ladang babi dan pusat penyembelihan babi secara berselerak terutama sekali di kawasan-kawasan bermajoritikan umat Islam.

Jangan sampai anak cucu kita melaknat kita nanti dengan mengaitkan kopiah putih yang bertenggek di atas kepala kita sepanjang masa sebagai PUNGGUNG BABI yang kita puja-puja!

SESAT Bila Kata HUDUD HANYA UNTUK ORANG ISLAM!


Islam meliputi segala-galanya. Kerana itulah Islam itu adalah Ad-Deen. Undang-undang Islam meliputi hudud, qisas dan takzir tidak membeza-bezakan status individu yang tinggal, bermastautin dan menjadi rakyat sesebuah wilayah bermajoritikan umat Islam dan berpemerintahkan orang Islam. Baik KAFIR, MUSYRIK apatah lagi ORANG ISLAM sendiri, semuanya tertakluk di bawah peruntukan hudud, qisas dan takzir.

PAS telah melakukan kesilapan besar ketika berkempen agar hudud dijadikan undang-undang negara. Dek kerana kita terlalu teruja untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat bukan Islam, kita telah berkata, undang-undang hudud yang kita hendak laksanakan hanya meliputi orang Islam sahaja, manakala bukan Islam tidak akan dikenakan hudud.

Sekarang ini, kefahaman kononnya hudud hanya untuk orang Islam sudah menular, sehinggakan sebahagian besar daripada orang Islam sendiri pun berfahaman begitu. Sedangkan hudud diperintahkan kepada kita agar berlaku keadilan.

Adil apa namanya jikalau orang bukan Islam bebas daripada hukuman hudud sedangkan jenayah yang dilakukannya adalah sama dengan orang Islam? Di mana kita hendak letakkan keadilan pada hudud sedangkan Allah Taala sendiri telah memberikan janji bahawa hukuman-Nya adalah adil dan sebagai ubat pencegahan paling mujarab untuk masalah sosial atau masalah hati di kalangan manusia.

Nabi s.a.w sendiri pun menjatuhkan hukuman hudud kepada dua orang Yahudi kerana kesalahan zina. Begitu juga dengan menjalankan qisas, seorang lelaki Yahudi dihimpit dengan batu sehingga menyerupai kecederaan yang dilakukan terhadap seorang gadis Muslim.

Kalau Nabi s.a.w pun menjatuhkan hukuman hudud kepada Yahudi, mengapa pula bukan Islam di Malaysia boleh terpisah daripada hudud dan qisas? Adakah kita terlebih pandai daripada Nabi s.a.w? Mengapa kita memandai-mandai dalam bab ini sehinggakan kita yang menentang SEKULAR, kita pula yang mensekularkan hukum hudud?

Kita kini sudah memasuki fasa kedua dalam perjuangan mewujudkan hukum hudud di Malaysia. Kesilapan awal sepatutnya sudah ditebus dan kita mula mempergiatkan usaha untuk mendidik masyarakat Malaysia agar memahami konsep hudud dan qisas serta takzir dengan memulakannya di kalangan umat Islam penyokong kita dan kaum bukan Islam yang bersama-sama kita dalam perjuangan Pakatan Rakyat.


Kalau kita boleh bersama-sama dengan PKR untuk terlibat dalam demonstrasi BANTAH GST yang bakal berlangsung pada 1 Mei nanti walaupun sudah ada ura-ura bahawa demonstrasi tersebut akan dirampas oleh Anwar Ibrahim untuk mempromosikan dirinya menerusi demonstrasi REFORMASI 2.0, takkanlah kita tak boleh langsung untuk memulakan kempen dan dakwah agar kefahaman tentang hudud diperdalamkan dan diperluaskan.

Kalau kita tidak takut dengan halangan UMNO dan Barisan Nasional, apa perlu kita takut dengan kemarahan PKR dan DAP untuk kita mula melaksanakannya di Kelantan dan kemudian dijadikan contoh untuk negeri-negeri lain di seluruh Malaysia?

Kita harus berlaku adil. Jangan kerana musuh kita UBN, maka kita menghalalkan kemarahan kita kepada mereka tetapi atas nama Pakatan Rakyat, kita menghalalkan pula kemarahan DAP dan PKR kepada kita!

Wednesday 9 April 2014

Kenapa Ramai Cerdik Pandai PAS Yang Dicantas, Golongan Jahil Pula Dibenarkan Bersuara?

Kita cukup seronok apabila bekas Perdana Menteri dan Presiden UBN, Dr. Mahathir kata UMNO sekarang busuk sebusuk-busuknya sampai ke usus. Kita juga seronok bila Dr. Mahathir kata lagi, kepimpinan UBN terdiri daripada golongan yang tak cerdik kerana kebanyakan yang cerdik-cerdik sudah berpindah masuk ke PAS. Dan kita pun bangga sebab parti kita disertai ramai orang cerdik.

Tapi bangga kita setakat itu sajalah. Hakikatnya, kalau UBN busuk sampai ke usus, kita pula busuk otak sampai ke tulang tungking. Segala cerdik pandai yang masuk ke dalam PAS, hilang begitu sahaja bagaikan bintang dan segala planet disedut oleh lubang hitam di angkasa lepas. Sebaliknya yang muncul, bersuara, membuat komen mahupun mengetuai program terdiri daripada kalangan yang sudah dikenalpasti sebagai penyembah berhala bernama Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Berkata Imam Al-Ghazali, kerosakan umat bermula dengan kerosakan pemimpinnya. Kita sering tujukan kata-kata ini kepada UBN tetapi pernahkah kita menggunakan kata-kata ini untuk diri kita sendiri? Pernahkah kita bermuhasabah dan mencari hikmah mengapa PAS tidak pernah menjadi satu kuasa yang benar-benar mengancam?

Rasa-rasanya tidak kerana kita terlalu kuat mencari salah orang lain untuk menutup kesalahan kita. Kita seronok menyerang UBN dan menuduh UBN tidak menyokong undang-undang hudud tetapi kita yang bercakap tentang undang-undang Islam, tidak pernah berani bercakap atau berkempen tentang qisas dan takzir padahal qisas, takzir juga datang sekali dengan hudud. Hudud, Qisas dan Takzir tidak boleh dipisahkan sama sekali kerana di situlah keadilan yang Allah Taala maksudkan.

Sekarang, kita terperangkap lagi dengan permainan politik kita sendiri. UBN telah menyatakan persetujuan untuk memberikan sokongan kepada PAS bagi membentangkan usul undang-undang hudud. Sepatutnya kita sudah boleh melakukannya tanpa banyak songeh atau memberikan pelbagai alasan semata-mata untuk mendapatkan redha DAP dan PKR.

Malangnya, pemimpin yang dilantik sebagai jurucakap parti pula, cuba bermain politik selamat. Perasaan takut terhadap DAP dan PKR begitu ketara sehinggakan akhirnya, pemimpin kita itu memulangkan usul kepada UBN pula untuk dibentangkan di Parlimen. Sedangkan dari tahun 1951 sehingga sekarang, kita tidak pernah memberikan kredit kepada pihak lain terutama sekali UBN untuk memperjuangkan hudud dan syariah Islam.

Apa sebenarnya yang kita takutkan sangat?

Tuan Guru Presiden parti sendiri pernah menyatakan, kita tidak takut kalah kerana sudah biasa kalah dalam pilihanraya. Yang kita takut adalah Allah Taala tarik balik rahmat. Jadi, kita berjuang untuk mendapatkan rahmat Allah Taala dan hudud seperti yang termaktub dalam al Quran adalah perintah Allah Taala.

Allahyarham Tuan Guru Datuk Fadhil Nor juga pernah berkata, dalam PAS tidak ada tempat untuk golongan yang mencari redha manusia berbanding redha Allah. Dalam PAS, tidak ada tempat untuk mereka yang mencari kekayaan, menyebarkan kejahilan dan berdiri membelakangkan umat Islam semata-mata untuk berkuasa.

Malangnya apa yang berlaku di dalam PAS hari ini adalah sebaliknya. Yang berada ke hadapan, menjadi jurucakap parti, bahkan bertindak melebihi kuasa Presiden dan Mursyidul Am adalah terdiri daripada golongan yang telah dikenalpasti sokongan mereka terhadap pihak lain berbanding wala' kepada pucuk pimpinan sendiri.

Di mana cerdik pandai yang didakwa telah masuk ke dalam PAS? Takkan mereka tidak nampak kepincangan dan keburukan yang sedang berlaku di dalam PAS sehingga menyebabkan mereka membutakan mata, menulikan telinga dan membisukan lisan?

Thursday 3 April 2014

Malam Cinta Rasul VS REFORMASI 2.0 Untuk Bela Anwar Ibrahim Di Baling... Mana Satu Pilihan Kita?


Esok dari jam 8.00 pagi sampai ke tengah malam, UBN Baling akan mengadakan Malam Cinta Rasul dan Karnival Rakyat di Padang Majlis Daerah Baling yang terletak bersebelahan dengan Restoran KFC. Hari yang sama, dan tempoh yang sama, PKR mengharapkan orang-orang PAS menyertai mereka dalam REFORMASI 2.0 untuk membela Anwar Ibrahim dan meneruskan hayat PKR menerusi usaha penggulingan kerajaan menggunakan kaedah demonstrasi dan huru-hara.

PAS sudah beberapa kali menyatakan bahawa keputusan PRU13 telah diterima dan hati terbuka. Namun PKR yang gagal menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selain mereka kehilangan banyak kerusi Parlimen dan DUN, tidak dapat menerima kenyataan tersebut sehingga terpaksa mengada-adakan cerita bohong dan fitnah dengan bantuan DAP semata-mata untuk tujuan berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful Bukhari Azlan. Bukan lagi fitnah seperti yang cuba ditekankan oleh PKR dan sebahagian daripada pemimpin kita yang berkiblatkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Keputusan tersebut adalah bersandarkan kepada bukti-bukti atau qarinah dari pelbagai segi termasuklah klinikal dan forensik, pengakuan dan maklumat hakim.

Oleh kerana itu, sepatutnya isu berkenaan sudah selesai dan keputusan mahkamah diterima sebagaimana PKR dan Pakatan Rakyat menerima keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2012 untuk kes yang sama.

PAS dalam isu ini tidak berpihak kepada sentimen semata-mata. Kalau ada pun yang berpihak kepada Anwar Ibrahim, mereka telah dikenalpasti sebagai pemimpin-pemimpin PAS yang hati serta jiwa mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, walaupun bertubuh dan berpakaian PAS.

Selepas gagal mengelak dari hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan, Anwar Ibrahim segera melancarkan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang. Bagaimanapun, jumlah kehadiran tanpa orang PAS amat menyedihkan. Pada malam 9 Mac, jumlah yang hadir di Stadium Kajang, tidak lebih dari 4500 orang, jauh dari anggaran awal PKR iaitu 100,000 orang.

Gagal di Kajang, Anwar Ibrahim dan konco-konconya lari pula ke Batu Pahat. Jumlah kehadiran 2500 orang diuar-uarkan walaupun kebanyakan yang hadir hanyalah orang PAS yang kurang mendapat maklumat berhubung kes melibatkan Anwar Ibrahim melainkan maklumat-maklumat yang disalurkan oleh para pemimpin PAS yang kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim bukannya perjuangan Islam. Begitu juga di Kelantan dan Kedah.

Isyarat yang diberikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, langsung tidak terpakai oleh Anwar Ibrahim dan gagal dimanfaat oleh orang PAS di Kelantan. TGNA meminta maaf kepada segenap lapisan masyarakat di Kelantan kerana kegagalan dan kekhilafan Tuan Guru sepanjang menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan. Walaupun tidak dinyatakan secara khusus tetapi antara kesilapan yang dimaksudkan adalah melakukan pembelaan terhadap Anwar Ibrahim dan membiarkan Anwar Ibrahim menyesatkan jemaah Islam PAS setelah mendapat salah maklumat dari orang keliling.

REFORMASI 2.0 tidak seharusnya disertai oleh orang PAS. Tidak seharusnya dipublisitikan dan dipromosikan oleh PAS walau secara langsung atau tidak langsung. REFORMASI 2.0 adalah beragendakan Anwar Ibrahim, bukannya agenda Pakatan Rakyat, jauh sekali agenda perjuangan murni PAS untuk memartabatkan Islam dan mentotalkan Islam sebagai ad-deen rakyat negara ini dalam usaha kita memburu BALDATUN THOIYYABATUN WA ROBBUN GHAFFUR.

Yang pastinya, membela Anwar Ibrahim bukanlah salah satu daripada empat tiang yang ada dalam konsep BALDATUN THOIYBBATUN WA ROBBUN GHAFFUR. Alasan kononnya, dia telah tersalah hukum oleh mahkamah kerana konspirasi UBN, hanyalah satu persepsi semata-mata memandangkan ketika di dalam mahkamah pun, Anwar dan kumpulan pembelanya, langsung tidak menghadirkan fakta-fakta serta bukti-bukti membela diri sebaliknya hanya terus mewujudkan persepsi dan sanggahan gaya filem Hindustan yang penuh emosi dan putar belit.

Justeru, bagi orang yang baru hendak berjinak-jinak dengan agama dan kemudian mempopularkan keahliannya dalam PAS seperti Leman Raja Lawak yang ternyata tidak mampu membezakan antara politik Islam dan politik Anwar Ibrahim, lebih baik menutup mulut dan tidak perlu tergopoh-gapah bercakap bagi pihak PAS. Lebih baik mereka ini meninggalkan PAS dan menyertai PKR.

PAS tidak akan rugi jikalau orang-orang seperti Leman Raja Lawak tidak ada dalam parti, sebaliknya PAS bertambah-tambah rugi sekiranya membenarkan anasir-anasir yang sangat taksub dan mencintai Anwar Ibrahim melebihi ulama-ulama dalam PAS terus menerus bergiat atas nama PAS.

Malam Cinta Rasul yang dianjurkan oleh Aziz Rahim, jauh lebih baik dan bermanfaat daripada sekadar mendengar ceramah berapi-api dari Anwar Ibrahim dan konco-konconya yang jelas telah membawa PAS sendiri ke arah penghinaan dan pemencilan sehinggakan apa-apa sahaja perkara benar yang kita katakan pun, dianggap sebagai satu fitnah terhadap Islam.

Walaupun Aziz Rahim mungkin berjenama UMNO, tetapi kalau program yang dianjurkannya jauh lebih bermanfaat mengapa pula kita harus hindarkan diri dan memulaukannya? Lebih baik kita menyertai program ini kerana sekurang-kurangnya orang UBN akan dapat lihat betapa murninya Islam, betapa halusnya dan berhikmahnya ajaran agama ini dan kita sebagai pejuangnya menjalankan tugas sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.