Wednesday 16 April 2014

SESAT Bila Kata HUDUD HANYA UNTUK ORANG ISLAM!


Islam meliputi segala-galanya. Kerana itulah Islam itu adalah Ad-Deen. Undang-undang Islam meliputi hudud, qisas dan takzir tidak membeza-bezakan status individu yang tinggal, bermastautin dan menjadi rakyat sesebuah wilayah bermajoritikan umat Islam dan berpemerintahkan orang Islam. Baik KAFIR, MUSYRIK apatah lagi ORANG ISLAM sendiri, semuanya tertakluk di bawah peruntukan hudud, qisas dan takzir.

PAS telah melakukan kesilapan besar ketika berkempen agar hudud dijadikan undang-undang negara. Dek kerana kita terlalu teruja untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat bukan Islam, kita telah berkata, undang-undang hudud yang kita hendak laksanakan hanya meliputi orang Islam sahaja, manakala bukan Islam tidak akan dikenakan hudud.

Sekarang ini, kefahaman kononnya hudud hanya untuk orang Islam sudah menular, sehinggakan sebahagian besar daripada orang Islam sendiri pun berfahaman begitu. Sedangkan hudud diperintahkan kepada kita agar berlaku keadilan.

Adil apa namanya jikalau orang bukan Islam bebas daripada hukuman hudud sedangkan jenayah yang dilakukannya adalah sama dengan orang Islam? Di mana kita hendak letakkan keadilan pada hudud sedangkan Allah Taala sendiri telah memberikan janji bahawa hukuman-Nya adalah adil dan sebagai ubat pencegahan paling mujarab untuk masalah sosial atau masalah hati di kalangan manusia.

Nabi s.a.w sendiri pun menjatuhkan hukuman hudud kepada dua orang Yahudi kerana kesalahan zina. Begitu juga dengan menjalankan qisas, seorang lelaki Yahudi dihimpit dengan batu sehingga menyerupai kecederaan yang dilakukan terhadap seorang gadis Muslim.

Kalau Nabi s.a.w pun menjatuhkan hukuman hudud kepada Yahudi, mengapa pula bukan Islam di Malaysia boleh terpisah daripada hudud dan qisas? Adakah kita terlebih pandai daripada Nabi s.a.w? Mengapa kita memandai-mandai dalam bab ini sehinggakan kita yang menentang SEKULAR, kita pula yang mensekularkan hukum hudud?

Kita kini sudah memasuki fasa kedua dalam perjuangan mewujudkan hukum hudud di Malaysia. Kesilapan awal sepatutnya sudah ditebus dan kita mula mempergiatkan usaha untuk mendidik masyarakat Malaysia agar memahami konsep hudud dan qisas serta takzir dengan memulakannya di kalangan umat Islam penyokong kita dan kaum bukan Islam yang bersama-sama kita dalam perjuangan Pakatan Rakyat.


Kalau kita boleh bersama-sama dengan PKR untuk terlibat dalam demonstrasi BANTAH GST yang bakal berlangsung pada 1 Mei nanti walaupun sudah ada ura-ura bahawa demonstrasi tersebut akan dirampas oleh Anwar Ibrahim untuk mempromosikan dirinya menerusi demonstrasi REFORMASI 2.0, takkanlah kita tak boleh langsung untuk memulakan kempen dan dakwah agar kefahaman tentang hudud diperdalamkan dan diperluaskan.

Kalau kita tidak takut dengan halangan UMNO dan Barisan Nasional, apa perlu kita takut dengan kemarahan PKR dan DAP untuk kita mula melaksanakannya di Kelantan dan kemudian dijadikan contoh untuk negeri-negeri lain di seluruh Malaysia?

Kita harus berlaku adil. Jangan kerana musuh kita UBN, maka kita menghalalkan kemarahan kita kepada mereka tetapi atas nama Pakatan Rakyat, kita menghalalkan pula kemarahan DAP dan PKR kepada kita!

5 comments:

Anonymous said...

Kalau bab kalimah Allah, org non muslim boleh pulak guna, dlm bible pun boleh, dlm gereja pun boleh, itu kata khalid samad, tak ada pulak ulamak bantah. tapi bila tiba bab hudud, hanya utk org Islam sahaja, org bukan Islam terkecuali, kena qisas sahaja. pelik jugak aku.

Cahaya Al Majid said...

Salam. Hudud tu bukannya berpilih-pilih. Siapa yang salah tetap 'terhijab' dengan hudud waima yang bukan Islam jua. Kalau nak mengurangkan jenayah ke, dadah ke atau salah guna kuasa ke...'tegakkan hudud'..mesti selamat..itu janji Allah . Yang tak pegang janji 'hanya manusia' je...

Anonymous said...

Brunei selambe je buat.

Anonymous said...

Em.... ini hanyalah polimik pas sahaja. Sekiranya terlaksana jugak sudah semestinya pemimpin dia org yg banyak kena hukum dulu sebab ada banyak kaki sebarang kaki. Macam macam kaki ada. Belum lagi rakyat2 Pas kelantan yg sememangnya banyak alim-alim kucing. Saya sebenarnya amat menyokong hukuman hudud ditegakkan di negeri kelantan. Mudah mudahan org org kelantan di beri rahmat dan semoga tercapai dng panggilan serambi Mekah.

Anonymous said...

Brunei dgr citer tangguh..
selamber derk...