Wednesday 9 April 2014

Kenapa Ramai Cerdik Pandai PAS Yang Dicantas, Golongan Jahil Pula Dibenarkan Bersuara?

Kita cukup seronok apabila bekas Perdana Menteri dan Presiden UBN, Dr. Mahathir kata UMNO sekarang busuk sebusuk-busuknya sampai ke usus. Kita juga seronok bila Dr. Mahathir kata lagi, kepimpinan UBN terdiri daripada golongan yang tak cerdik kerana kebanyakan yang cerdik-cerdik sudah berpindah masuk ke PAS. Dan kita pun bangga sebab parti kita disertai ramai orang cerdik.

Tapi bangga kita setakat itu sajalah. Hakikatnya, kalau UBN busuk sampai ke usus, kita pula busuk otak sampai ke tulang tungking. Segala cerdik pandai yang masuk ke dalam PAS, hilang begitu sahaja bagaikan bintang dan segala planet disedut oleh lubang hitam di angkasa lepas. Sebaliknya yang muncul, bersuara, membuat komen mahupun mengetuai program terdiri daripada kalangan yang sudah dikenalpasti sebagai penyembah berhala bernama Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Berkata Imam Al-Ghazali, kerosakan umat bermula dengan kerosakan pemimpinnya. Kita sering tujukan kata-kata ini kepada UBN tetapi pernahkah kita menggunakan kata-kata ini untuk diri kita sendiri? Pernahkah kita bermuhasabah dan mencari hikmah mengapa PAS tidak pernah menjadi satu kuasa yang benar-benar mengancam?

Rasa-rasanya tidak kerana kita terlalu kuat mencari salah orang lain untuk menutup kesalahan kita. Kita seronok menyerang UBN dan menuduh UBN tidak menyokong undang-undang hudud tetapi kita yang bercakap tentang undang-undang Islam, tidak pernah berani bercakap atau berkempen tentang qisas dan takzir padahal qisas, takzir juga datang sekali dengan hudud. Hudud, Qisas dan Takzir tidak boleh dipisahkan sama sekali kerana di situlah keadilan yang Allah Taala maksudkan.

Sekarang, kita terperangkap lagi dengan permainan politik kita sendiri. UBN telah menyatakan persetujuan untuk memberikan sokongan kepada PAS bagi membentangkan usul undang-undang hudud. Sepatutnya kita sudah boleh melakukannya tanpa banyak songeh atau memberikan pelbagai alasan semata-mata untuk mendapatkan redha DAP dan PKR.

Malangnya, pemimpin yang dilantik sebagai jurucakap parti pula, cuba bermain politik selamat. Perasaan takut terhadap DAP dan PKR begitu ketara sehinggakan akhirnya, pemimpin kita itu memulangkan usul kepada UBN pula untuk dibentangkan di Parlimen. Sedangkan dari tahun 1951 sehingga sekarang, kita tidak pernah memberikan kredit kepada pihak lain terutama sekali UBN untuk memperjuangkan hudud dan syariah Islam.

Apa sebenarnya yang kita takutkan sangat?

Tuan Guru Presiden parti sendiri pernah menyatakan, kita tidak takut kalah kerana sudah biasa kalah dalam pilihanraya. Yang kita takut adalah Allah Taala tarik balik rahmat. Jadi, kita berjuang untuk mendapatkan rahmat Allah Taala dan hudud seperti yang termaktub dalam al Quran adalah perintah Allah Taala.

Allahyarham Tuan Guru Datuk Fadhil Nor juga pernah berkata, dalam PAS tidak ada tempat untuk golongan yang mencari redha manusia berbanding redha Allah. Dalam PAS, tidak ada tempat untuk mereka yang mencari kekayaan, menyebarkan kejahilan dan berdiri membelakangkan umat Islam semata-mata untuk berkuasa.

Malangnya apa yang berlaku di dalam PAS hari ini adalah sebaliknya. Yang berada ke hadapan, menjadi jurucakap parti, bahkan bertindak melebihi kuasa Presiden dan Mursyidul Am adalah terdiri daripada golongan yang telah dikenalpasti sokongan mereka terhadap pihak lain berbanding wala' kepada pucuk pimpinan sendiri.

Di mana cerdik pandai yang didakwa telah masuk ke dalam PAS? Takkan mereka tidak nampak kepincangan dan keburukan yang sedang berlaku di dalam PAS sehingga menyebabkan mereka membutakan mata, menulikan telinga dan membisukan lisan?

7 comments:

Anonymous said...

PAS perlukan sokongan daripada Anwar dan Kit Siang.

Kalau tak ada otai-otai ini sampai bila pun PAs dok tergaru-garu kerana gatai.

Anonymous said...

Terlalu berpolitik sampai lupa akhlak.Itu yang ketara nampak.Background Islam foreground confuse dan di tarik hidung. Tak nampak pun apa Islamnya PAS sama je macam parti lain malah lagi teruk kerana tak ada prinsip!!!

Anonymous said...

Lebih teruk lagi, suruh orang muhasabah diri, sendiri tidak pernah mahu muhasabah diri. Kalau begitu keadaannya, bila la nak berubah. Orang lain yang muhasabah diri akan menjadi lebih baik. diri sendiri akan manjadi lebih teruk. Sebenarnya PAS telah kehilangan segala-galanya terutama maruah dan harga diri.

Anonymous said...

Pimpinannya ego perasan alim, tak boleh ditegur, rasa diri betul semua, tak pernah buat silap, pengikutnya pulak taksub, jahil tp, pun perasan alim.
Gitu le jadiknye !

Anonymous said...

"Malangnya apa yang berlaku di dalam PAS hari ini adalah sebaliknya. Yang berada ke hadapan, menjadi jurucakap parti, bahkan bertindak melebihi kuasa Presiden dan Mursyidul Am adalah terdiri daripada golongan yang telah dikenalpasti sokongan mereka terhadap pihak lain berbanding wala' kepada pucuk pimpinan sendiri."

Sapa yang tolak puak2 tu jadi jurucakap parti? Tentulah Presiden jugak. Sape yang cakap negara Islam tidak di sebut dalam Al Quran , kalau bukan Presiden PAS?

Kenapa dia cakap lagu tu? Sebab dia takut kat LKS dan Karpal .

Tak payah nak sembang banyak2. Hukum hudud tu hanya digunakan sebagai modal politik supaya sokongan orang Melayu/Islam kepada PAS tidak berkubur.

anti-syiahGaban said...

Sebab Pok Nik 'U-Turn' Ajis dulu gila kuasa. Bila dah kena soung dek Baginda Sultan baru lah sedaq diri tu dah tua....kuboq cakap mari, rumah halau pergi....

anti-syiahGaban said...

Sebab Pok Nik 'U-Turn' Ajis dulu gila kuasa. Bila dah kena soung dek Baginda Sultan baru lah sedaq diri tu dah tua....kuboq cakap mari, rumah halau pergi....