Saturday 16 August 2014

Pertempuran Antara Golongan Munafiq dan Pembela Kebenaran Dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat Bermula Malam Ini

AJK PAS Pusat berjumlah 39 orang akan bermesyuarat malam ini sebagai pre-council meeting sebelum mesyuarat sebenar malam esok untuk ketetapan dan keputusan PAS dalam isu Menteri Besar Selangor. Beberapa nama yang sememangnya cukup kuat menyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, juga berada dalam senarai AJK PAS Pusat.

Ketiadaan Almarhum Tuan Guru Harun Taib dan Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik dalam mesyuarat malam ini dan esok pasti akan amat dirasai khususnya oleh golongan pembela kebenaran. Ini adalah kerana AJK PAS Pusat Sesi 2013-2015 dikuasai oleh golongan Anwarinas atau lebih tepat lagi PARASIT dengan Khalid Samad, Husam Musa, Hanipa Maidin, Dr. Dzul, Syed Azman, Hatta Ramli dan Mahfuz Omar merupakan antara teras utama kumpulan berkenaan.

Kumpulan inilah yang telah mengancam untuk menubuhkan parti baru dan bermufarakah dari PAS sekiranya PAS terus berdegil enggan mengakui ketuanan PKR dan DAP. Bagaimanapun, apabila dicabar untuk mereka keluar dari PAS, tiada seorang pun yang berani, bahkan mereka memberi pelbagai alasan untuk terus mewajarkan mereka berada dalam saf kepimpinan utama PAS.

Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, para pemimpin PARASIT seperti Hanipa Maidin, Husam Musa dan Dr. Dzul giat mempromosikan keperluan PAS terus berada di bawah jajahan Anwar Ibrahim dan DAP.

TGHH menjadi sasaran golongan ini dan para pecacai mereka untuk ditembak serta diserang dengan pelbagai tohmahan yang langsung tidak masuk akal. Semuanya hanya kerana TGHH tidak bersetuju dengan kehendak Anwar Ibrahim dan lebih mementingkan kemaslahatan ummat.

Walaupun bukan dari mulut TGHH sendiri, tetapi akhirnya terbukti TGHH tidak seperti yang ditohmahkan oleh tentera-tentera munafikun. TGHH mematuhi titah DYMM Sultan Selangor yang enggan menerima Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Anehnya, walaupun tiada keputusan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat, tetapi tentera-tentera munafikun ini telah membuat teori mereka yang tersendiri dan melakukan serangan seolah-olah PAS sudah mahu keluar dari Pakatan Rakyat dan berhasrat menghancurkan Pakatan Rakyat. Mereka terlupa bahawa semua masalah ini berpunca daripada nafsu syahwat dan serakah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang mahu membolot kekayaan Selangor untuk kepentingan peribadinya. Anwar Ibrahim yang memulakan langkah untuk memecat Khalid Ibrahim, dan menggantikan dengan isterinya sendiri. Anwar Ibrahim jugalah yang banyak menentang PAS sebelum dan selepas tetapi yang dipersalahkan adalah TGHH dan PAS.

Apa jenis manusia mereka ini yang langsung tiada perasaan malu dan harga diri? Mereka melakukan penipuan secara terang-terangan sepertimana yang cuba mereka lakukan dalam SKANDAL SPLASH dan Skandal Tanah Tropicana-Eco World. Mereka melakukan kesalahan dan kemudian meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Malam ini, mesyuarat akan diadakan. Mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut itu, pasti panas apabila kumpulan PARASIT yang bersifat munafik itu akan teguh mempertahankan kepentingan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam PAS.

Semoga LAKNAT ALLAH TAALA diturunkan kepada golongan munafik yang memilih kebendaan dan kemewahan berbanding kepentingan umat dan agama Islam di negara ini.


6 comments:

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
ia juga antara pertempuran antara golongan Ulama dengan penjilat peliwat dan kafir.

Sama2 kita doakan untuk kemenangan Ulama dan ketegasan pas melawan peliwat dan kafir.

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Sebagai orang Islam, doakanlah yang baik-baik kepada sesama Islam. Doakanlah parasit dalam PAS bertambah ketaqwaan mereka kepada Allah swt dan jauh darui tunduk kepada BABI. Perlukah kita meminta Allah melaknat mereka itu? Hati orang yang meminta orang lain dilaknat Allah sama busuknya dengan hati parasit-parasit tu.

Mungkin disebabkan hati busuk inilah Allah swt tak maqbulkan doa ahli-ahli PAS supaya diberi peluang menguasai kerajaan persekutuan.

Wallahuaalam.

Anonymous said...

Rasanya harapan sangat tipis utk pandangan gulungan ulamak di terima pakai dalam membuat keputusan,kerana bilangan geng Liberal mejoriti.Geng ulamak akan terpinggir dan ada yg akan mula meyepi diri selepas ini,kerana mereka tidak mahu lagi bersingkongkol dgn kemungkaran dan individu yg seperti pesanan TG Nik Aziz pada TS Khalid'bersabar dgn orang munafik ,jangan malukan mereka'.

Penyokong Pas sendiri mungkin tak tahu apa sebenarnya terpendam dalam hati 2 tokoh ulamak utama mereka HH dan HD.Kedua mereka memang sudah berkerat raotan dan berpatah arang dgn 'orang munafik seperti pesan TG Nik Aziz pada TS Khalid' tersebut.Apa tidaknya orang jahil macam saya pun dah lama tolak individu tersebut,bila mengetahui perkara sebenar.

Anonymous said...

Biar la apa nak jadi dgn pas, pkr dan dap sebab mereka semua adalah ahzab, kita sentiasa berdoa, wafariq jamahum wasallait alaihim min kilabika ya qahhar, ya jabbar ya muntaqim ya Allah

Anonymous said...

Terbukti PAS hanya sekadar parti yg hina!! Ulamaknya tak mampu pertahankan islam, walau telah disekeh2, ditunjal2, diludah n dimaki, akhirnya PAS tetap jd penjilat si peliwat..

Anonymous said...

Pas sbg parti kera sumbang perlu membuka keahlian kpd beruk2,monyet ,org utan ,gorila , mawas2 dan babi hutan..jika tidak pas pasti terkubur tanpa nisan.