Sunday 31 August 2014

Hanipa Maidin Patut Sertai Peguam DAP Bebaskan dan Bela Anggota PPS Yang Ditahan Polis

Menepati apa yang diikrarkan, hari ini PDRM mula bertindak menahan anggota-anggota PPS milik Lim Guan Eng. Ada laporan menyatakan 154 orang anggota yang ditahan. Ada pula yang mengatakan lebih 250 orang ditahan dan dibawa ke IPD Lebuh Pantai.

Namun yang pastinya, Lim Guan Eng telah mengerahkan semua pemimpin-pemimpin DAP yang berstatus peguam untuk bersiap sedia membela anggota-anggota PPS tersebut. Segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

PPS diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mewujudkan sebuah pasukan keselamatan atau back up polis sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Lim Guan Eng. Pulau Pinang tidak seperti Johor yang memiliki Askar Timbalan Setia kerana perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah memaktubkan kuasa Sultan Johor untuk memiliki Askar Timbalan Setia.

Undang-undang tetap undang-undang. Kemerdekaan tidak bererti kita bebas daripada segala-galanya dan tidak terikat lagi dengan suatu apa pun kerana sebagai manusia, kemerdekaan mutlak tidak wujud sebenarnya.

Dalam Islam, kita walaupun dikatakan merdeka, terikat dengan perjanjian 'ALASTU BI ROBBIKUM... QO LU BALA SYAHIDNA'. Pusinglah kut mana pun, kita tetap tidak merdeka kerana kita perlu 'kenal diri, kenal Tuhan, kenal hamba, kenal Khaliq'.

Begitu jugalah dengan kemerdekaan sesebuah negara. Walaupun bebas daripada penjajahan fizikal, namun penjajahan dalam bentuk lain, terutama sekali Perlembagaan, terutama sekali amalan, terutama sekali ikutan dan tasyabbuh tetap berlangsung. Malah bukti paling jelas ialah, betapa kita sangat terjajah dengan sistem demokrasi sehinggakan kita mendahulukan demokrasi berbanding Islam. Sehinggakan kita mendahulukan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding TGHH dan TGNA.

Dan kalau kita perhatikan apa yang berlaku di Pulau Pinang, pastinya mengingatkan kita kepada kaedah Chin Peng dan Partai Komunis Malaya yang menghalalkan kewujudan mereka, kononnya untuk memerdekakan negara ini daripada belenggu Jepun dan Inggeris tetapi sebenarnya untuk mengikat PTM kepada rangkaian Empayar Komunis Timur Jauh.

PKM bermula sebagai sebuah militan kecil seperti PPS. Kemudian bertukar menjadi angkatan perang apabila Inggeris memberikan senjata kepada mereka untuk menentang Jepun. Kemudian apabila Inggeris memungkiri janji untuk menyerahkan Tanah Melayu kepada PKM, mereka melakukan gerakan perang dan memusnahkan harta benda, selain bekerjasama dengan para peniaga Cina untuk melakukan hartal atau mogok besar-besaran termasuklah enggan menjual barangan keperluan harian di seluruh Tanah Melayu pada tahun 1947 dalam usaha menekan Inggeris agar menyerahkan Tanah Melayu kepada PKM dan Chin Peng.

Namun Inggeris yang mendapat bantuan daripada askar-askar Melayu, berjaya menggagalkan rancangan PKM, Cina dan Chin Peng. Justeru, tidak menghairankan apabila dendam mereka kepada askar-askar Melayu begitu membara dan lebih memuncak pada 13 Mei 1969 apabila sekali lagi Askar-Askar Melayu Diraja (RAMD) memainkan peranan penting menamatkan pertumpahan darah yang dimulakan menerusi perarakan mayat seorang lelaki tua Cina selepas kemenangan parti-parti Cina kiasu pada 10 Mei 1969.

DAP telah menggunakan peguam dan penulis serta ahli akademik untuk memutarbelitkan sejarah. Selagi boleh DAP cuba memalsukan fakta 13 Mei 1969 dan kewujudan PKM di Tanah Melayu.

Agak aneh ialah apabila ada orang PAS yang turut menyokong fakta-fakta pembohong DAP, termasuklah kisah Mat Indera. API, AWAS mahupun KMM, MATA dan BATAS tidak boleh disekutukan dengan PKM mahupun AMCJA kerana PKM tidak pernah mempunyai niat untuk memerdekakan negara ini sebaliknya mereka hanyalah satu lagi entiti yang merancang untuk menakluk dan menjajah.

Bodoh sangatlah orang PAS kalau ada yang menyokong pembohongan tersebut termasuklah menyalahkan Melayu Teluk Intan/Sungai Manik dan Melayu Batu Pahat yang terlibat dalam perang menentang komunis hanya menggunakan doa dan parang panjang pada zaman darurat.

Atau barangkali Hanipa Maidin mahu membantu rakan-rakan sekutunya?

Sewajarnya PDRM mengambil tindakan keras ke atas PPS walaupun pada masa ini, kaum DAP sedang bertungkus lumus mengeluarkan pelbagai kenyataan termasuklah alasan kononnya PDRM tidak mempunyai alasan dan sebab untuk menahan golongan yang cuba membantu mententeramkan serta mewujudkan keamanan di Pulau Pinang.

Alasan yang sama jugalah diberikan oleh PKM yang beribu pejabat di Jalan Batu dahulu apabila kerajaan British pada waktu itu mengharamkan pertubuhan serta aktiviti mereka.

Dalam fiqh Syariyah, diajarkan bahawa salah satu metodenya adalah:

"Apabila dihadapkan kepada dua kemafsadatan yang saling bertentangan, maka yang perlu diperhatikan adalah menolak salah satu kemafsadatan yang kadar mudaratnya lebih besar dan pada saat yang sama menerima salah satu kemafsadatan yang kadar kemudaratannya lebih kecil."

Dalam kes ini, kemafsadatan lebih besar adalah DAP-PKM berbanding UBN-Inggeris.

Fullstop!

9 comments:

melayu jati said...

Terbaik .. FAKTA TETAP FAKTA ..

Anonymous said...

Alhamdulilah ada juga org PAS yg waras mcm sdr..marilah melayu islam pas dan umno kita lupakan sengketa lama demi agama bangsa dan tanahair..kita tinggalkan barua2 melayu pkr dan bangsat rasis dap

Anonymous said...

DURI BESAR DALAM PAS IALAH MAT SABU

SEMUA PEMBOHONGAN DAP DISOKONG OLEH MAT SABU KHUSUSNYA KES BUKIT KEPONG
MAKA AHLI PAS TERUS PERCAYA MEMBABI BUTA

BERSIHKAN DULU PARASIT SEKOR TU

Anonymous said...

PARASIT dalam PAS ada berpuluh-puluh dan mungkin beratus-ratus, malah tak hairan kalau menjangkau kepada ribuan. Kepala-kepala PARASIT ni banyak di highlight dalam artikel Santau Berapi. Bukan Mat Sabu sekor je...

Anonymous said...

Kalau Nak tubug Agensi keselamatan perlu ada lesen KDN dibawah akta egensi persendirian 1971 Orng yg menubuh Agensi Keselamatan Haram hendaklah dipenjarakan manakala anggotanya diberi amaran keras.

Anonymous said...

Salam SB,
Terima kasih diatas info yang sangat berguna bagi saya, kini Saya benar sedar yang kata menyokong pas selama ini penuh dengan pendustaan belaka. Rupanya Pemimpin pas sanggup menipu demi keuntungan politik Kotor yang yang dihidangkan oleh DAP dan pkr. Jutaan Terima kasih terhadap SB yang berani bercakap benar, Saya doakan Semuga Allah mempermudahkan urusan dunia Anda, dan dipanjangkan usia dimurahkan rezeki, Amin.

PENYOKONG INSAF.

GABAI said...

PERJUANGAN UNTUK AGAMA DAH TAK ADA DALAM PAS SEKARANG, YANG ADA IALAH TERINGIN MEMERINTAH

MAKA, SERIBU JALAN DIREDAH WALAUPUN TERSADUNG KIRI KANAN, DAN TAK MUSTAHIL AKAN TERSEMBAB MENCIUM TANAH

Anonymous said...

Yang syoknya, Hanipa maidin ni cucu kepada Rashid maidin...

Anonymous said...

Di Pulau Pinang, DAP berusaha mencabar kuasa KPN, KDN, PDRM dan kedaulatan DYMM YDPA.
Di Selangor, PKR berusaha gigih mencabar kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Tak ada beza antara kedua-duanya. Dua-dua adalah barua Kominis/Yahudi.
Sedar-sedar dan berjaga-jagalah wahai orang-orang Melayu baik dari PAS atau pun UMNO, sebelum 'nasi menjadi bubur'.
Janganlah hanya kerana hendak berebut sekelumit kuasa dan habuan didunia, kepentingan diri dan parti yang diburu didunia berciciran, habuan yang diharap diakhirat tak mendapat.