Tuesday 2 September 2014

PAS Bukan Parti Cari dan Buat Duit, Pesan TGHH Kepada Jemaah PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.

Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.

Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.

"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.

Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat.

Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Duat: Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah oleh AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Azhar Yaacob, Duat: Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah oleh Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri dan Duat: Mendepani Cabaran Perang Cyber oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Pidato Am bertajuk Duat: Agen Jamaah akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor dan AJK DUPP merangkap Ketua DUPN Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan merasmikan majlis penutup pada jam 5.00 petang. - HARAKAHDAILY 1/9/2014

2 comments:

Anonymous said...

sudah lah TGHH anda akan di bersarakan tak lama lagi , ente sudah di tolak AJK PAS pusat, ana punya gang ada 27 , dah majoriti 2/3 , ente tak faham2 lagi ka? Baik ente Bersara secara terhormat, sebelum ,di bersarakan dengan cara yg hina.PAS kena berubah mengikut peredaran zaman hatta terpaksa ikut kata dajjal pun, kan Mursyiddul Am PAS dah bagi fatwa utk bersahabat dengan Syaitan utk mengalahkan sesama Islam, kami menerima n buat apa yg Mursyidul Am fatwakan! salahkah.

Anonymous said...

Amat setuju.... kami golongan professional Islam tidak akan mengikuti saranan Ularmak... kami hanya berfikir secara logik, mengikuti peredaran masa dan yang penting PAS akan menang. Walaupun kami bersekongkol dgn syaitan. Sekarang semua ustaz dan ustazah DAP sudah faham apa itu Islam. Malah mereka sudah pandai mentafsir ayat Al-Quran. Itu lah usaha kami golongan professional Islam dalam PAS. Kami tidak perlu tok guru yang ketinggalan zaman. Yang penting matlamat PAS tercapai.