Tuesday 9 September 2014

Import Penyokong PKR Untuk PASMA Dan Perbuatan Bocorkan Rahsia Pertemuan Iskandar Samad Dengan Sultan

Kononnya akar umbi PAS marah kepada TGHH kerana kecenderungan untuk PAS bergabung atau bekerjasama dengan UBN!

Kononnya, Mujahid Yusof mendapat sokongan yang sangat besar, kesan daripada kehebatannya berucap dan meyakinkan akar umbi bahawa TGHH telah menderhakai perjuangan. Paling penting, Mujahid memberitahu, ketaatan kepada manusia selain daripada Rasulullah s.a.w adalah tidak perlu kerana manusia bukannya maksum.

Anehnya, ketaatan Mujahid Yusof kepada Anwar Ibrahim tidak pula mahu diulasnya.

PASMA sekarang ini sedang giat berkempen untuk menambahkan ahli dan mengambilalih PAS daripada golongan ulama dan konservatif agama. PASMA berhasrat membubarkan Dewan Ulama dan Majlis Syura untuk diganti dengan sistem permesyuaratan yang memberi kuasa penuh kepada Anwar Ibrahim untuk menentukan dasar-dasar PAS sekalipun Anwar Ibrahim tidak menyertai PAS.

Gerakan untuk merepublikkan negara ini, bermula dengan PAS. PAS dijadikan sebagai bahan ujikaji menerusi kerjasama dan pengkhianatan yang dilakukan oleh golongan PARASIT yang berselindung di sebalik gelaran Ustaz dan Golongan Profesional.

Langkah Kajang yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim sebenarnya jauh lebih besar daripada apa yang diikrarkan. Penggulingan Khalid Ibrahim sebenarnya hanyalah langkah pertama. Sepertimana yang terdapat dalam ringkasan dokumen LANGKAH KAJANG yang didedahkan oleh macai2 UBN setengah bulan lalu dan masih tidak dijawab oleh Rafizi Ramli, langkah terbesar yang dimulakan oleh LANGKAH KAJANG adalah 'membebaskan Selangor' daripada Sultan, Melayu, Bumiputera dan Islam. Selangor akan diubah menjadi sebuah republik yang agama Islam bukan lagi agama rasmi, Melayu dan Bumiputera tidak lagi mempunyai sebarang kuasa atau hak dan DYMM Sultan Selangor hanyalah seorang penjawat awam biasa yang gajinya dibayar atas budi bicara Menteri Besar merangkap Presiden Republik Autonomi Selangor iaitu Anwar Ibrahim.

Mungkin ramai yang tidak akan percaya dengan teori ini. Tetapi teori inilah yang sedang dikerjakan dan cuba ditukarkan menjadi realiti oleh DAP dan PKR di Selangor. Selangor menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih besar melibatkan Malaysia. DAP sudah pun memulakan di Sabah dan Sarawak.

Bantuan golongan PARASIT PAS seperti yang diperlihatkan oleh Husam Musa, Mujahid Yusuf dan Ahmad Awang hanyalah sebahagian kecil daripada permulaan yang lebih besar.

Mereka berada di mana-mana. Dan mereka juga bersedia untuk memecahkan apa-apa sahaja rahsia demi ketua mereka - Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Dua hari sudah, sepatutnya satu pertemuan berlangsung antara DYMM Sultan Selangor dengan YB Iskandar Samad di salah sebuah istana. Ada yang berpendapat, Istana Mestika dan ada pula yang berpendapat di Istana Kayangan. Berita pertemuan tersebut seharusnya suatu rahsia. Tidak lebih daripada enam orang sahaja yang mengetahui rancangan berkenaan.

Namun belum pun sempat pertemuan itu diadakan, berita tentangnya sudah pun viral di Internet, khususnya di Facebook. Para pemimpin PARASIT sudah mula kecoh-kecoh dan mereka telah mengatur satu mesyuarat di mana Mat Sabu kemudiannya dengan muka tak malu telah mengisytiharkan bahawa sebarang pencalonan Menteri Besar dari Selangor akan ditolak oleh PAS walaupun pada masa yang sama, di sebelahnya, Cikgu Pa mengatakan, PAS menerima pencalonan Menteri Besar dari kalangan ADUN-ADUN PAS.

Begitu jugalah dengan surat rahsia TGHH kepada Istana Selangor, turut dibocorkan oleh kalangan PARASIT yang bermuka-muka dan menyamar sebagai ahli PAS yang setia dan penyokong TGHH yang kuat, walaupun sebenarnya mereka mencari-cari rahsia untuk dibocorkan dan kemudian mendapat pujian daripada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Sejarah telah berulang. Permainan kuasa biasanya akan menelan golongan yang alpa dan lalai serta mudah dilalaikan.

PAS sedang berhadapan dengan pengajaran yang cukup pahit. Istiqomah kepada perjuangan sebenar sahaja yang boleh terus menyelamatkan PAS daripada dimusnahkan oleh golongan pengejar dan budak kuasa seperti golongan PASMA.

Kita perlu bertindak segera untuk menyelamatkan ummah ini daripada tangan-tangan liberal yang sanggup menghalalkan apa-apa sahaja, hatta darah dan daging babi demi kuasa!

22 comments:

Anonymous said...

Aaah, if only the totok members of PAS can see....
Umno is not your enemy.

Anonymous said...

Tapi mereka masih buta....
percaya lah....
Allah telah nembutakan hati dan mata mereka sehingga ke liang lahad...
jangan lah menaruh harapan...

Anonymous said...

Nak jadi ahli pas kena bodo sampai kemampus. Tapi pas selesa jadi barua anwar yahudi.

Anonymous said...

PAS PIS PUS ler ngn dap & pkr alamat rosak la generasi depan

Anonymous said...

Stupid idiot, this kind of politics won't take your country anywhere. Its all the power they talk about. Everybody want to be ministers. They forgot the progress of the country, social economy and so on. Go to hell with this people...

Anonymous said...

Bagi ambo ore tak sekolah tinggi .. hanya 2 PARTI SAHAJA UNTUK ORANG MELAYU ...
SAMADA .. PAS @ UMNO ..
PARTI LAIN .. BELAWOK BELAKA ..
KE GUANO GU..

Anonymous said...

PKR CHICKEN!!!
pkr beri laluan pd pas bertanding di pengkalan kubor.
Bukan apa, dia takut. Sure kalah. Kempunan lah aku nak tengok pkr hilang deposit. Pkr ni bising je, parti kecil je, jeneral banyak tapi takde foot soldiers.
PKR CHICKEN!! kurr kuurr, kurr

Anonymous said...

Ini balasan untuk PAS, Hadi Awang dan Nik Ajis. Ingat apa kata-kata yang dihamburkan dahulu? Ingat apa perbuatan mereka dahulu? ingat kes solat ada dua imam, dua jemaah di bawah satu bumbung. kecik ke dosa tu?
PAS perlu cuci kembali kepala hotak ahli-ahlinya supaya kembali waras dan berakal. ingat kes bab masuk syurga?Buang sifat riak, sombong dan bodoh.
Komuniti PAS kene terima semua ini dan mengaku kesalahan ini.
Hati siapa yang di gelapkan, mata siapa yg di butakan dan telinga siapa yang di pekakkan oleh Allah Taala?
PAS perlukan kawan. Musuh yang di benci itulah kawan sekarang tapi PAS terperangkap dengan sentimen yang di mainkan dahulu.

Anonymous said...

Sedikit kemenangan PAS disebalik kerjasama Pakatan akan jadikan sebahagian pemimpin PAS teruja dan menggila.

Era Anwar akan berakhir tidak lama lagi. DAP akan mengganas selepas itu, akhirnya PAS akan menangis.

Anonymous said...

Biar la...PAS pun terpedaya sama seperti ramai melayu lain terpedaya sebelum ini. Kita melayu islam, jgn lah bermusuhan lagi. Berpegang lah dengan tali Allah, sesungguhnya kita ini bersaudara. Siapa yg tak buat kesilapan tetapi bila kita dah tahu, kita berbaik2 semula. Mohon semua berlapang dada dan bersatu semula. Amiin...InsyaAllah...

Anonymous said...

Ada ular2 yg dah menyusup masuk kedalam PAS sehingga memegang jawatan tertinggi dalam parti. Ini lah hikmah Allah membuka peluang PAS untuk keluarkan pengkhianat. Moga pimpinan PAS terus sabar dan ahli2 tidak terpedaya.....

Anonymous said...

Tggu ape lg..? Pecat je la... Dh terang2 jd pengkhianat.. Lagi mau simpan ka.. Bangang.... Ape yg tkut Sgt nk pecat..? Bleh masuk neraka ke pecat muka2 sial tu..? Ke..korg yg pnakut xde telur... 2x bangang la korg ni...

Anonymous said...

HARI INI PAS MENERIMA KESAN DRP PERBUATAN MEREKA SENDIRI. AKAN BERAKHIRKAH PAS DRP BUMI MALAYSIA NI, HARAP2 TIDAK.

Anonymous said...

Nik Ajis dan Hj. Hadi mana ada telor untuk pecat pengkhianat2 PAS.

Anonymous said...

Untuk mengekalkan kedaulatan raja Melayu ,bangsa melayu dan ugama orang Melayu,Melayu kena bersatu.Tapi malang sekali kerana penyokong Pas dan penyokong Umno sehingga ke hari ini,saat ini masih lagi membeci antara satu sama lain dgn hamburan sumpah seranah sesama mereka.Jangan salahkan Anwar,jangan salahkan PKR atau DAP jika kedaulatan raja,bangsa dan ugama orang Melayu hancur,salahkan lah orang Melayu sendiri,yg tidak pandai bertolak ansur dan bermaafan sesama mereka.Tingkatkan persaan benci dan iri hati sesama sendiri,supaya kehancuran lebih segera datangnya ,habis cerita.

Anonymous said...

Kpd tghh n tgna.politik anda adalah politik org veteran.kedua2nya dah berumur.poltik zaman milinium ni politik org muda.lain pembawakannya.lebih ganas dan brutal.unsur politik conventional org lama dah berakhir.tghh n tgna kena terima hakikat.kalau umno pun ikut style pun mmg blh bungkus.politik org mmg ganas.tapi asas politik melayu islam tak blh lari dari alif ba ta..agama bangsa dan tanahair.biar advance mcm manapun 3 unsur ni dilupa jgn.pas terlalu memusuhi umno sedara seagama.tuduh bermacam2.kembali la bersaudara.lupakan sejarah lama.realistik nya bukan saja pas,umno pun perlukan pas.keduanya saling memerlukan dlm masa2 sukar ni.

Anonymous said...

Kenapa TGNA terlampau berlembut dengan DAP dan PKR, saya tidak faham la. Padahal kedua2 parti ini sudah byk memusuhi PAS dari dalam (ini sudah terang nyata dengan penubuhan PASma) dan sudah memasukkan golongan tertentu dalam PAS agar PAS hanya menjadi hos kepada parasit.

Dendam kesumat yang melampau terhadap UMNO atas kesalahan (sy tidak pasti benar2 salah atau tidak) berpuluh tahun dulu sudah menjadi seperti satu prejudis.

Sudah2 la dengan dendam lama..

Anonymous said...

Wahai kawan2 dlm pr tolong lah hentikan sengketa ini matlamat kita yg lebih besar utk merampas harta n kekayaan negeri selangor supaya kita dapat balun utk anak cucu kita smpi 7 keturunan nanti semua melepas..

Anonymous said...

Sayangi la sedara seagama sebangsa kita.kalau bersalah pun jgn la terusan bermusuhan.ketika sembahyang jumaat dan ketika penuh umat bersembahyang di masjid,adakah kita pempertikaikan jemaah disebelah kita samada org tu dari umno ke pas ke.samada org melayu ke,bangla ke,indon ke..sudah tentu tidak kan.sebab kita semua bersaudara kan.kenapa ketika beribadah je kita bersatu menyembah allah yg satu.atau kita sedang menunggu bala bencana atau pertembungan agama di negara ini baru kita semua sebangsa seagama nak barsatu demi allah yg satu

Anonymous said...

Walaupun aku umno aku tetap sayangkan pas. Kerana aku menganggap pas adalah sebagai satu lagi parti yg boleh memperjuangkan nasib org melayu/islam dimalaysia. Pkr bukanlah wadah yg sesuai utk melayu/islam.

Anonymous said...

Setuju pkr bukanlah wadah yg sesuai utk melayu/islam

Anonymous said...

Tak kiralah PAS atau PASMA. Dua2 musibat. Satu kandang dgn PKR dan DAP.