Tuesday 2 September 2014

HAIRAN BIN AJAIB, Najis Tepi Mulut, Kata Orang Lain Yang Berak!

Bila selalu sangat kita salahkan orang lain, padahal sebenarnya kita tahu semua masalah berpunca dari diri kita sendiri, akhirnya Allah Taala buka aib kita dan tunjukkan yang kita adalah penipu.

Barangkali itulah yang berlaku kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS Johor, Tuan Haji Aminulhuda Hassan.

Kelemahan sendiri sepatutnya diakui. Kegagalan menjelaskan bayaran sepenuhnya kepada pemilik tanah SUTERA MALL sepatutnya tidak perlu dipersalahkan UBN. Mengapa pula perlu digunakan alasan yang begitu lemah semata-mata untuk menutup cerita kelemahan kita yang sebenarnya?

Muktamar Agung Ke-60 PAS sepatutnya diadakan di Johor. Ini bukan perancangan dua tiga hari. Ini perancangan yang dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan. Sudah tentulah segala persediaan telah dibuat, termasuklah bayaran sewa kepada pemilik tanah.

Jangan bodohkan ahli-ahli PAS dengan kenyataan retorik sebegitu rupa. Surat daripada Sutera Mall sudah cukup untuk menjelaskan siapa sebenarnya yang bersalah.

Dah memang patutlah Menteri Besar Johor tidak peduli dan tidak melayan utusan dari PAS kerana yang hendak bermuktamar adalah PAS, bukannya UBN. Yang hendak menyewa tanah tersebut adalah PAS, bukannya UBN. Kalau kita sendiri pun, kita akan berpegang teguh kepada perjanjian yang dibuat. Takkanlah selepas kita berjanji dan bersetuju, tiba-tiba kita nak salahkan pihak lain yang tidak ada kena-mengena dengan perjanjian itu semata-mata kerana kita gagal melunaskan hutang RM50,000 yang peringatannya telah diberikan sebanyak tiga kali?

Daripada kita asyik menyalahkan UBN semata-mata untuk berlepas diri daripada ketidakmampuan dan ketidakcekapan kita, lebih baik kita bermuhasabah dan mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Dah terlalu kerap sangat dah perangai Anwar Ibrahim ini kita asyik ulang-ulang.

Jemaah PAS bukannya bodoh kesemua. Yang bodoh tu cumalah golongan penjilat dan penyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sahaja.

KENYATAAN RASMI DARI PESURUHJAYA PAS JOHOR MENGENAI MUKTAMAR KE 60 DI NEGERI JOHOR PADA 17 September-20 September 2014

Muktamar adalah istilah Mesyuarat Agung Tahunan PAS Malaysia (AGM) yang wajib dilaksanakan oleh sesebuah orgnisasi bagi memenuhi perlembagaan Malaysia dan kehendak ROS. Sebagai contoh kooperasi sebuah sekolah pun mesti mengadakan AGM maka sudah semestinya sebuah parti politik seperti PAS wajib menjalankan proses tersebut. Namun ada pihak-pihak tertentu yang tidak senang jika AGM atau Muktamar PAS diadakan di negeri Johor. Pelbagai halangan dan sekatan dilakukan walaupun PAS cuba menyewa tempat-tempat tertentu bukan secara percuma.

Maka setelah Badan Perhubungan PAS Johor bincangkan dengan panjang lebar dan mendalam pada malam "KEMERDEKAAN" 30 Ogos 2014 dengan disertai oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj. Salahuddin Ayub maka kami terpaksa membuat keputusan segera mengenai Muktamar PAS Ke-60 yang akan diadakan di Johor disebabkan tidak demokratiknya PIHAK TERTENTU yang memaksa "TANAH SUTERA MALL" pemilik tanah yang PAS sewa untuk mendirikan khemah supaya membatalkan perjanjian sewa tersebut. 

Pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75K pada 27 Ogos 2014 walaupun usaha rayuan diplomasi telah dibuat oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj Salahuddin Ayub terus kepada MB Johor namun TIADA JAWAPAN. Maka BPPNJ telah membuat ketetapan dengan berpandukan persetujuan Dato Mustafa Ali SUA serta Tn. Asmuni Awi Bendahari Agung dalam mesyuarat Muktamar Induk pada 28 ogos 2014 lepas.

1. Muktamar PAS ke 60 akan dipindahkan ke lokasi Pt. Salleh Ros, Pt. Raja, Batu Pahat. Tanah milik ahli PAS. BERHAMPIRAN UTHM di tepi jalan utama.

2. Tarikh yang sama iaitu dari 18 September-20 September 2014 kerana semua persiapan telah siap sedia.

3. Mohon maaf kepada semua yang telah menempah Penginapan di Johor Bahru agar dapat dibatalkan. Penginapan baru untuk di booking di Batu Pahat senarai hotel atau home stay akan dikeluarkan hari ini juga.

PAS Johor memohon maaf di atas kesukaran serta sedikit kerugian kerana perpindahan ini.

4. Jawatan kuasa negeri telah bersiap sedia untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan lebih semangat kerana nampak kejayaan yang cuba dihalang oleh PIHAK TERTENTU akan membawa kemusnahan kepada mereka sendiri.

5. Dewan Muslimat PAS PUSAT diharap dapat segera membuat keputusan final lokasi Mesyuarat Agung Muslimat

Pengumuman RASMI perpindahan akan dimaklumkan oleh SUA selepas mesyuarat PAS PUSAT pada 7 September.

22 comments:

Anonymous said...

Melihat kepada jawapan yang diberikan oleh Salahuddin Ayub itu, jelas jahat sangatlah UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan PAS nak buat muktamar pun, dizalimi, disekat dan dianiayai. Jawapan yang diberikan juga menyalahkan UMNO-BN kerana telah memujuk dan memaksa pemilik tanah SUTERA MALL untuk membatalkan perjanjian sewa tanah tersebut untuk kegunaan muktamar.

Maka berkokoklah sekalian Pakatan Rakyat kononnya, UMNO-BN jahat!

Salahuddin Ayub barangkali langsung tidak terfikir bahawa surat pemberitahuan oleh pemilik tanah tersebut akan terbocor ke tangan awam. Dan kenyataan di dalam surat tersebut, sangat jelas bahawa ada penyelewengan yang telah dilakukan sehinggakan RM50,000 lagi wang sewaan tidak dijelaskan walaupun selepas TIGA KALI PERINGATAN diberikan!

Bayaran tersebut yang sepatutnya dilunaskan selewat-lewatnya 15 Ogos, masih tidak diterima oleh Sutera Mall. Sekaligus membuatkan perjanjian untuk sewa tapak tersebut dibatalkan setelah peringatan demi peringatan diberikan.

Ke mana duit tersebut telah 'menghilang'?

Amat mustahil PAS Pusat sengaja memarhaeinkan diri dan menganiayai ahli-ahli PAS sendiri dengan tidak memberikan wang yang cukup untuk sewaan. Mustahil juga PAS Pusat langsung tidak tahu apa-apa tentang terms & conditions dalam perjanjian sewa.

Mengapa pula Salahuddin Ayub cuba menyalahkan UMNO-BN dalam hal ini, walhal sangat jelas menunjukkan kesilapan tersebut adalah berpunca daripada dirinya. Kalaupun dia tidak menggelapkan wang tersebut, tentu ada 'tercicir' di mana-mana.

Menariknya, ada satu kesimpulan yang boleh dibuat...

ORANG PAS MEMANG BODOH EK? ASALKAN BOLEH SALAHKAN UMNO-BN, MAKA SEMUANYA DIKIRA HALAL?

Sepatutnya inilah masanya untuk kumpulkan pelbagai persoalan untuk ditanyakan kepada Salahuddin Ayub semasa Muktamar nanti, kenapa dan ke mana duit sewa itu boleh hilang?

psstttt.... dengar-dengar Salahuddin Ayub buat upfront bayar shoplot... betul ke

Anonymous said...

ORANG PAS MEMANG BODOH EK? ASALKAN BOLEH SALAHKAN UMNO-BN, MAKA SEMUANYA DIKIRA HALAL?


Memang betul kebanyakan org pas bodo2 belaka,... dan snang d lembu kan oleh pemimpin2 yg btopengkn agama...

Yang korang sembah dajal tu sape sruh..? Bodoooo....!!

Anonymous said...

Inikah ciri-ciri pemimpin Islam yang dilaung-laungkan???

Berjanji tetapi dengan mudah di MUNGKIRI.

Kemudian letak kesalahan dan tunding jari kepada orang lain, bukankah itu bermakna melakukan FITNAH!!!

Apakah pemimpin-pemimpin PAS ni maksum dari dosa??

Lu pikir la sendiri...

Anonymous said...

NAK KATA BODO.....CERDIK. TAPI CERDIK BUAT FITNAH BUAT PE....
WEI BODO....ORANG DAH DAH BAGI AMARAN SAMPAI TIGA KALI....YANG KO BUAT BODO APASAL....KO NAK LEPAS TENGKOK SENDIRI....KO FITNAH UMNO BUAT PE....NAMPAK BAHLOL LA KO NI.
MACAM MANALAH MACAI BOLIH PILIH MANGKOK NI JADI PEMIMPIN DIA ORANG.
BUAT FITNAH TAK TAKUT DOSA KE. ATAU SUDAH GERENTI MASUK SYURGA.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Syabas di atas penulisan sdra yg ojektive ini.
Saya ni org melayu yg dah letih melihat kita sama kita tak habis2 berkelahi.
Qiblat sama tapi Ummah nya berpecah2. Bila lah agak nya Wira Melayu akan tampil menyatukan bangsa nya?

Anonymous said...

Sudah2 la.letih la aku tengok pas ni flip flop.dulu paklah flip flop.bila najib ubn nak ok sikit.tapi flip flop dah jangkit kat kita plak.tak faham la.

GABAI said...

WALAUPUN AKU ORANG UMNO TEGAR TAPI AKU SALUTE SANTAU BERAPI

KO BERANI DEDAHKAN KEMUNGKARAN WALAUPUN PAHIT UNTUK DITELAN..TERUSKAN KEJUJURANMU SEMOGA KITASESAMA ISLAM TIDAK BERCAKARAN

Anonymous said...


orang pas jadi bodoh dan selalu dikencing dap dan pkr sebab suka mentekedarah duit haram juga, itu balasan tunai didunia.

jgn haraplah cuma berjubah labuh dan berserbann besar bolih dapat pahala percuma jika perut nkotor serupa yahudi, wei hampas

Anonymous said...

Cari tok guru belajarlah lagi....

tobeng said...

Pas memang selalu buat peel gini,baru perasan ke?kalau aljubs tu memang dah jadi makanan harian,termasuklah komunis2 dap memang itulah modus operandi diorang i.e mengelirukan rakyat dengan fitnah2 yang bertali arus sampai ramai rakyat biasa2 yang tak bijak berfikir mudah sangat termakan hasutan dan fitnah.

Memang ada sebahagiannya yg betul tapi selalunya bercampur aduk diantara yg benar dengan yg fitnah.Contohnya fitnah nurul izzah terhadap raja nong chik sehingga nong chik yg bersih dan baik ditolak oleh pengundi yg tak pandai memilih.

Begitulah permainan ahli2 politik rakus terutamanya pembangkang yang cuma bermodalkan air liur dan tak perlu membuktikan dakwaan mereka.Permainan mindcontrol pembangkang sangat licik sehingga ramai yang otaknya sudah diprogramkan yg UBN sentiasa salah dan akan dipersalahkan dalam semua perkara.UBN dibenci sedemikian rupa bukanlah sebab kesalahan mereka sangat sebenarnya tapi semata2 kerana rakyat yg telah dibrainwash oleh ahli2 politik yg lebih bijak daripada rakyat yg biasa2 ini.

Tapi tahniah jugalah kepada sdr santau berapi kerana pandangan yg semakin kritis dan tidak terlalu bias.Tahniah sekali lagi kerana berjaya keluar daripada golongan tipikal pembangkang yg biasa2 saja akalnya.

Anonymous said...

Ko ni nak sokong siapa SB?... tak ada sifat wala' langsung terhadap pemimpin... rosak jemaah kalau macam ni!!!

Anonymous said...

Din ni kene faham...dia tu lajnah pkr..suka lwn ketua...akhirnya....

zakzak said...

Anon 8:08 3 Sept.

Err....bukan dah memang rosak ke? SB ni nak membaiki PAS la dia buat gini.

Anonymous said...

Inilah puak-puak yang bertopengkan Islam. Hina betul puak ni. Secara tak langsung sebabkan mereka mengelar diri mereka sebagai Parti Islam, tindak-tanduk mereka memperlihatkan apa yang mereka lakukan adalah cara islam. Terang-terangan mereka memfitnah dan berbohong. Bagaimana duit sumbangan pun digunakan untuk kepentingan sendiri. Tapi biasa, puak ini amat terkenal dengan riak mereka. Mereka juga akan cuba menghalalkan apa saja yang mereka lakukan.

Anonymous said...

Kadang kadang TERFIKIR JUGA .. ALLAH DAH BAGI BEBERAPA PANCAINDERA .. CONTOHNYA .. MATA , MULUT , TELINGA n AKAL ..
GUNAKAN LAH SEBAIK MUNGKIN..
JANGAN DOK DENGAR SAHAJA .. TERUS MAKAN ..
HALAL n HARAM .. ENTAH KEMANA ..
TERBAIK .. SANTAU BERAPI ..
BETUL ..BETUL .. BERAPI ..
SIAPA YANG KENA .. AKAN TERASA..!!

Anonymous said...

Ada to guru sesat 2 ekor TGNA n TGHA.

Unknown said...

Wow!!!!! Salah satu cntoh ahli parti isle kahak hijau yg tegar ni,syabas betey kahkahkah......

Anonymous said...

Jadi la org berilmu..berguru dgn guru yg tidak dibayar upah sesungguhnya mereka org yg diberi petunjuk (dlm surah yassin).kita mengaji,kita mengkaji dan kita menyaksikan.sekarang waktunya allah mempertunjukkan kpd kita dan kita akan menyaksikan hal2 muktahir ini.benar la sudah akhir zaman.

Anonymous said...

Tak menipu bukan ci....
Tak pandai memfitnah dan putar belit bukanlah pa....
Tak pandai menipu dan menghasut bukanlah an.....

Anonymous said...

Ramai juga org Melayu yg mengemari dan memuja ketiga-tiga watak diatas.Ada yg memuja kerana mendapat sedikit habuan.Ada yg memuja sampai begolek-golek atas jalanraya,Ada yg teruja sampai ikut menyambung fitah siap dgn tokok tambah lagi.

Anonymous said...

Tindakkan yg memalukan parti.

Anonymous said...

Banyak sangat dah pemimpin yg hanya pandai bab mcm ni.Hanya pemimpin berkualiti layak digelar pemimipin. Jgn sampai pemimipin diketawakan oleh bukan hanya pihak lawan malah pihak yg dipimpin.