Friday 5 September 2014

Memang Mat Sabu Tak Tahu Menahu Sebab Dia Hanya Tahu Dari Sumber PASMA

Cukong-cukong Anwar Ibrahim sedang giat menggunakan nama Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk menjustifikasikan cacian dan maki hamun mereka ke atas PAS kerana keengganan PAS menamakan Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Dan seperti juga ahli-ahli Lajnah PKR dalam PAS yang lain, jawapan-jawapan Mat Sabu juga cenderung untuk membunuh kredibiliti PAS, sesuatu yang sememangnya boleh dijangkakan apabila seseorang itu menjadi penjilat dan pencacai tegar Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Seperti yang diketahui, Mat Sabu hidup dengan duit pemberian Lim Guan Eng menerusi jawatannya dalam Perbadanan Air Pulau Pinang. Jadi, tahu sajalah bagaimana seorang pekerja akan membela tuan dan majikannya.

Mat Sabu memberitahu, dia tidak tahu menahu langsung tentang ketiadaan nama Wan Azizah dan Azmin Ali. Sekaligus cuba menafikan yang ianya adalah kerja PAS Pusat kerana dia berada dalam kepimpinan PAS Pusat.

Yang Mat Sabu tidak cakap ialah, dia cuba menyalahkan TGHH dan Cikgu Pa sebagaimana yang dilakukan oleh cukong-cukong Anwar ibrahim yang lain.

Sudah seeloknya Mat Sabu mahupun mana-mana pemimpin PAS yang nama mereka tersenarai dalam struktur organisasi PASMA Sesi 2014/2016 berhenti daripada bercakap atas nama PAS kalaupun mereka masih enggan melepaskan jawatan dan keluar dari PAS.

Tidakkah berasa jijik kerana masih lagi mahu menggunakan nama PAS walaupun mereka sebenarnya adalah pengkhianat paling wahid kepada perjuangan PAS. Selama mereka berada dalam kepimpinan PAS, PAS telah rosak teruk. Ahli-ahli dan jemaah-jemaah juga menjadi corrupted dengan pelbagai isme yang dibawa termasuklah pluralisme dan memperjuangkan kebebasan seks luar biasa menerusi sokongan kepada Anwar Ibrahim yang membela amalan homoseksualnya.

Dalam sejarah Islam sendiri, walaupun ada kaum kafir yang berada dalam kepimpinan, tetapi banyak rahsia dan perancangan yang tidak didedahkan kepada mereka kerana mereka dibimbangi akan memecahkan rahsia. Perkara yang sama juga berlaku di dalam PAS. Walaupun ada sesetengah pemimpin PAS kelihatan seperti orang Islam, tetapi tindak-tanduk mereka terutama sekali yang diketahui menyokong kuat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, mengatasi perangai kafirun.

15 comments:

Anonymous said...

Rupanya memang macam orang bodoh tapi memang terbukti kebodohannya.

Anonymous said...

Ayam tambatan dah jadi ayam daging buat Anwarinas..

GABAI said...

MAT SABU MEMANG LA BODO TAPI AHLI PAS LAGI BODO SB PILIH DIA JADI TIM PRESIDEN

Anonymous said...

Nak buat macam mana, dalam PAS lebih ramai foolaramak dari ulama...

Anonymous said...

Tindakan Hj Hadi adalah betul demi membersihkan Pas dari unsur-unsur pemikiran yg tidak Islamik.

Anonymous said...

ANWAR TANYA MAT SABU, KAU GORENG TAHU KE KAU MAKAN TAHU. KAU TAK TAHU KE ATAU KAU PURA2 TAK TAHU

Anonymous said...

Bersemayamnya Mat Sabu di takhta Tim Presiden Pas menggambarkan betapa teruknya krisis intelektualiti yg melanda Pas. Seakan tiada lagi org yg lebih cerdik yg boleh diangkat utk mengemudi bahtera parti, lalu terangkatlah org2 spt Mat Sabu, Mahfuz dan Nizar. Org2 yg setiap kali membuka mulut, tersemburlah air liur kebodohan mereka.
Alhamdulillah, kemelut pertukaran MB Selangor ini juga menyedarkan kita tentang satu perkara. Bertahun2, lebai dan tuan guru dlm Pas mendoakan supaya Umno hancur, Umno KO, Umno berpecah dan pemimpin Umno pecah perut. Hari ini, Allah balikkan doa pimpinan Pas itu kpd jemaah mereka sendiri. Pas yg di ambang perpecahan, Pas yg di ambang kehancuran. Semoga takdir Tuhan ini mengajar kita supaya jgn keterlaluan apabila bersengketa dlm politik. Ikhtilaf di dlm siyasah tidaklah sepatutnya menjadi sbb kpd kafir mengkafir dan pulau memulau.

Anonymous said...

Ramai yg tidak ikhlas memgang prinsip perjuangan Pas,tapi dah dapat faedah besar dari perjuangan Pas,salah seorang di antaranya ialah Mat Sabu,yg lain-lain tu faham sendiri lah.Di sebaliknya para Ulamak yg committed penyokong tuli mereka ,akhir nya tersepak keluar.Antara mangsanya ialah Ust.Nasa dan Dr.hassan Ali.Kalau Dr.Hassan Ali masih bersama Pas,rasanya Khalid samad dan Mat Sabu tak berani sangat nak angkat muka,Anar pun Dr.hassan Ali tibai,kepetahan Dr.hassan Ali sukar utk mereka atasi.

Anonymous said...

Kekadang tu org yg pendiam tu disangka bijak..tapi bila dia mula bukak mulut baru la terserlah kebangangannya..

Anonymous said...

Sedihnya TGHH yg beberapa kali cuba membetulkan keadaan supaya Pas kembali kelandasan dituduh dan dihina oleh puak2 ini dan pengikut2 mereka.Hingga kehari ini pengikut2 mereka masih kedengaran mendesak agar TGHH dipecat atau mengundurkan diri.

anti MUNAFIKUN said...

Minta nama nama yang TERSENARAI DALAM PASMA ..
KENA BUAT WARTA DALAM MEDIA MALAYSIA ..
UMUM KAN KELUAR PARTI PAS ..
KALAU BETUL2 ANAK JANTAN ..
TOLONG ISTIHARKAN KELUAR PARTI..

Anonymous said...

Nak buat apa keluar dalam media Malaysia. Keluar dalam Harakah cukuplah.

Harakahkan akhbar PASMA.

Anonymous said...

Parti PAS juga kena ubah sistem pemilihan. Jumlah perwakilan tak bolek setakat 2000 sahaja. Kuncu Anwar dengan bekalan daripada DSAI boleh beli undi. Kalau 10'000 seorang pun baru keluar
2 Juta dah boleh menguasai parti.
Tapi saya pasti ahli PAS di akar umbi masih tegoh dibelakang TGNA dan TGHA dan Majlis Shura.

Anonymous said...

SETUJU TERAMAT SANGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Harap hidayah yang didapati dan taubat Hj Hadi tak terlambat.