Friday 5 September 2014

Struktur Organisasi PASMA Terdedah... PARASIT Tetap Tak Berani Keluar PAS

Akhirnya terdedah jugalah siapa sebenarnya yang menjadi PARASIT atau lebih tepat lagi LAJNAH PKR dalam PAS. Inilah golongan munafiq yang sepanjang masa menghasut jemaah-jemaah PAS agar menginfaqkan wala' dan mengadakan perjanjian dengan Anwar Ibrahim untuk memastikan PAS terus dijajah dan perlahan-lahan dihapuskan menerusi pelbagai kaedah penghinaan.

Tidak mengejutkan langsung apabila nama AHMAD AWANG, bekas pengarah latihan dakwah Pusat Islam ada dalam senarai ini. Ahmad Awang yang juga merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Perak merupakan orang yang paling penting dalam 'Perang 2008' di Perak dan Selangor bagi memastikan PAS tidak mempunyai kekuatan mendirikan kerajaan negeri di kedua-dua negeri tersebut menerusi Kerajaan Perpaduan yang diusulkan oleh Tuan Guru Presiden.

Ahmad Awang yang diketahui pada masa itu mempunyai masalah kewangan yang kronik, telah dihampiri oleh Ngeh Kor Ham dan perbincangan demi perbincangan telah dibuat sepanjang tempoh 2 minggu Ngeh Kor Ham memperjuangkan haknya untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak dari kalangan Cina yang pertama di negeri itu. Perbincangan yang banyak dibuat di sebuah restoran Cina, akhirnya sampai ke puncak apabila Ahmad Awang segera bertemu dengan TGNA di Kota Bharu apabila mendapat tahu, Tajul Rosli, bekas Menteri Besar Perak sedang berkira-kira untuk berunding dengan TGNA bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan PAS dan lima Exco kanan Perak serta jawatan Menteri Besar diserahkan kepada PAS, sekaligus menjadikan kesemua ADUN PAS di Perak pada tahun 2008 memegang jawatan penting dalam Kerajaan Negeri Perak.

Di Selangor, Khir Toyo juga merancang untuk melakukan perkara yang sama. Namun segala-galanya terhenti apabila di Selangor, manusia-manusia keparat seperti Khalid Samad yang pada mulanya ada dalam senarai perunding Kerajaan Perpaduan, bersama-sama Dr. Dzulkefly menyertai Ahmad Awang untuk menghasut TGNA untuk menghentikan kerjasama tersebut.

Hasutan telah dibuat ke atas TGNA dan sebagai manusia biasa yang tidak lepas daripada membuat kesilapan dan kesalahan, ditambah pula dengan nasihat para penasihat yang diketuai oleh Husam Musa, TGNA akhirnya mengeluarkan kenyataan keras menolak Kerajaan Perpaduan. Natijah daripada penolakan yang dibuat oleh TGNA ialah, PAS dijajah dan dikuasai sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Sedar dengan kelemahan ayahandanya selagi Husam Musa dan para penasihat terus berkeliaran di sekeliling TGNA, Ustaz Nik Abduh mula memainkan peranan. 2013, TGNA letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, sekaligus menamatkan penguasaan Husam Musa di Kelantan apabila Husam Musa kehilangan semua jawatannya.

Ada perubahan yang berlaku dalam PAS selepas itu. Kaum PARASIT tidak senang duduk. Kemelut yang berlaku di Selangor membabitkan nafsu serakah Anwar Ibrahim menjelmakan golongan PARASIT yang hati dan jiwa mereka sebenarnya adalah Anwar Ibrahim walaupun mereka adalah ahli dan pemimpin PAS.

Projek 'api dalam sekam' kini sudah terdedah. Yang mendedahkan adalah nafsu mereka sendiri. Projek Husam Musa untuk menggulingkan Tuan Guru Presiden dengan bantuan Ahmad Awang yang tidak pernah berhenti daripada bercita-cita untuk menjadi Mursyidul Am, terserlah menerusi pelbagai kontroversi dan kekhilafan yang disengajakan, bermotifkan keuntungan kepada Anwar Ibrahim dan anak beranaknya serta Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng.

Penubuhan PASMA atau Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu, Kelantan dengan kehadiran 100 orang yang dikatakan ahli PAS. Matlamat utama penubuhan PASMA adalah untuk menaikkan Husam Musa sebagai Presiden PAS, memperkukuhkan kedudukan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng serta menghalang PAS daripada menjadi kuasa utama biarpun alasan utama yang diberikan oleh kaum PARASIT tersebut adalah, memastikan PAS terus berada dalam Pakatan Rakyat dan menolak UBN.

PASMA mula disebut-sebut apabila terdapat ura-ura TGHH mencadangkan PAS, UBN dan TSKI bekerjasama dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Inilah struktur organisasi PASMA (Parti Ummah Sejahtera Malaysia) sessi 2014/16.

Mursyidul Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)

Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)

Presiden Pasma :  Dato' Husam Musa (Kel)

Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png)

Naib Presiden Pasma : Khalid Samad (Sel)

Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)

Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)

Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :
Nordin Majid (PGS - Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maiden (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png)
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Harun (Kel)

AJK Tambahan :
Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali

Diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Pasma. Pustaka Az Zahra' Kota Bharu Kelantan.

18 comments:

Anonymous said...

ore dah lama tau..PASMA (Penyokong parti pAS Macai Anwar)
Macai : Mempercayai Apaje Cakap Anwar Ibrahim...

Anonymous said...

baik keluar aje buat parti baru..

Anonymous said...

Kafirun telah berjaya pecah belahkan Pas...
syabas kafirun..org islam teruskan kebodohan kamu asalkan dpt sekelumit habuan dunia..

Da best said...

Bila dah tubuh nanti, nak lawan PAS ke nak lawan UMNO? Aku tak tanya nak lawan DAP ke tidak. Dah tentu jadi selipar DAP punye.

Anonymous said...

Sayuti Omar @ MSO - Tua Kerepot Tak Sedar Diri.. Artikel asyik menghentam PAS ajer...

Masok PKR laah lagi baik berjuang untuk Anwar Al Jubori

Anonymous said...

Mat sabu dari Timb Presiden PAS, hanya layak jadi AJK bawah Husam Musang. Ayam tambatan dah nak jadi ayam pencen.... kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Maka terserlah PASrasit-PASrasit yang selama ini adalah penyokong tegar Anwar dalam PAS. Tahniah kerana PAS makin berpuak-puak lagi..

Anonymous said...

Husam Patalon naik pangkat... Mat Sabun turun pangkat jadi soldier biasa je

ex SMRP said...

Senarai nama yang ada dalam PASMA ..
SEGALA GERAK KERJA NANTI .. ISYALLAH .. TIDAK DI BERKATI..
HANYA BERPAKSI KAN KEPADA ACUAN .. ANWAR IBRAHIM n DI RESTUI .. DAP..
MSO ( MOHD . SAYUTI OMAR ) SEJAK DARI BANGKU SEKOLAH DARAH YANG MENGALIR DALAM TUBUH DIA .. ADA LAH PAS ..
TAPI AKBIR AKHIR INI .. DIA ...SALAH SEORANG PEMUJA A WAR IBRAHIM ...

Unknown said...

Hancurx...

Unknown said...

Hancurx...

Anonymous said...

jawatankuasa palsu di atas teruskan bersabar....jadikan fitnah ini sebagai aset di akhirat kelak...tuailah pahala dari mereka yang kurang kerja ini dan tukarkan dengan dosa antum untuk mereka tanggung....teruskan berjuang dengan ikhlas....antum dikelilingi oleh ribuan yang menyayangi

Anonymous said...

kita serah pada Allah yang menguasai hari pembalasan je org yg mengada2kan list palsu (sampai ada 3 list)dan yang menyebarkan fitnah ini.... mereka yang difitnah teruskan bersyukur dan bersabar atas mehnah ini

Anonymous said...

islam datang dengan akhlak kalau ye pun nak komen jangan mudah menggunakan istilah-istilah dan panggilan2 yang kurang sopan walaupun pada musuh kita...malulah pada Allah dan rasul

Anonymous said...

akhlak dan sikap org yang mengkritik juga dapat dikesan dengan bahasa serta tindakan kurang menyelidiknya mereka

Anonymous said...

Pada jadi Musang berbulu Ayam dalam PAS elok lah keluar dan kenalkan diri.
Buat semak saja dalam PAS.

Anonymous said...

Pemilihan jawatankuasa pas lepas dah ada banyak cap jari anwar. Betulkah Husam, Mat Sabu dan Khalid Gereja menang?

Sama seperti dalam PKR, betulkah Azmin menang dan Khalid Ibrahim kalah?

Mengapa Khalid di pecat secara tergesa-gesa sebelum pengumuman keputusan?

Tanda cap jari anwar ada merata-rata!

Anonymous said...

Parasit parasit PAS telah menunjukkan belangnya...tunggulah...azab menimpa bagi orang yang tidak wala' kpd pmimpinnya...