Tuesday 16 September 2014

(PRK Pengkalan Kubor) RM80 Ribu, Yang Berjanji PKR, Yang Tanggung Tahi Adalah PAS

Kempen yang berlangsung sepanjang malam tadi, walaupun tidaklah semeriah mana tetapi menyerlahkan sifat munafiq PKR yang mengambil kesempatan daripada kebaikan yang ditunjukkan oleh PAS kepada mereka.

Pada PRU-13 lalu, PKR telah menjanjikan RM80 ribu untuk para pengundi luar yang telah dikenalpasti sebagai penyokong Pakatan Rakyat. Manakala PAS pula menguruskan pengundi-pengundi dua kad pengenalan yang boleh dikenali menerusi si lelakinya berbaju dua lapis dan wanitanya bertutup litup serta berniqab.

Bagaimanapun, PKR tidak menunaikan janji mereka. RM80 ribu yang dijanjikan, langsung tidak nampak rupa. Sepanjang kempen di Pengkalan Kubor ini, PAS terpaksa menjawab soalan-soalan yang berkaitan dan PAS dengan penuh tanggungjawab mengambilalih tugas tersebut untuk menjelaskan hutang PKR kepada para pengundi luar yang pulang untuk mengundi.

23hb September nanti, Anwar Ibrahim akan turun ke Pengkalan Kubor untuk berceramah bersama-sama TGHH. Anwar Ibrahim pasti akan membelit, berputar menipu dan memberikan janji bulan dan bintang. Dia juga akan mengorek dan menceritakan pelbagai keburukan Barisan Nasional dan akhir sekali, dia akan berkempen kononnya kalau dia jadi Perdana Menteri, langit pun boleh jatuh ke bumi.

Di PRK Pengkalan Kubor, PKR sekadar hadir untuk memerhati dan mengejek PAS. Saifuddin Nasution pula telah dikesan berkempen untuk calon BEBAS yang merupakan ahli PKR. Saifuddin mahu 'mengajar' TGHH kerana tidak menghormati Presiden PKR, Wan Azizah setelah TGHH menyatakan Wan Azizah tidak berkeupayaan menjadi Menteri Besar Selangor. Saifuddin Nasution yang pernah diberikan dulang emas oleh PAS apabila dia menjadi Ahli Parlimen Machang, tetapi tidak pernah sekali turun kawasan sepanjang tempoh dia menjadi Ahli Parlimen, mahu membalas dendam kepada PAS secara keseluruhannya kerana telah menghalau dia keluar dari Kelantan dan dia pula kalah di Kulim-Bandar Baru pada PRU13 lalu kerana pemboikotan PAS yang diketuai oleh Ustaz Hasan Razak.

PAS tidak sahaja berhadapan dengan pengkhianatan PKR di Pengkalan Kubor, tetapi juga kegiatan aktif PASMA yang melibatkan Husam Musa dan Hatta Ramli. PASMA sekalipun berpakaian seperti orang PAS, tetapi objektif mereka sangat jahat. Mereka sekarang ini dalam usaha untuk menggulingkan TGHH sekalipun jauh di Utara Semenanjung, Phahrolrazi Zawawi yang pernah tergelak besar apabila mendapat tahu Almarhum Ustaz Azizan meninggal dunia, menyatakan kononnya PASMA tidak bertujuan keluar dari PAS atau menggulingkan TGHH. Sebaliknya PASMA hanyalah NGO di dalam PAS.

Mungkin ahli-ahli PAS di Pengkalan Kubor sedang seronok digoreng hidup-hidup oleh golongan berkenaan dengan pelbagai isu yang sebenarnya sekadar memperlihatkan kebodohan kita sendiri selaku jemaah Islam, tetapi itu tidak bermakna kita boleh terus diperbodohkan dengan kelibat Anwar Ibrahim dan orang-orangnya, termasuklah mereka yang selama ini dikenali sebagai pemimpin PAS.

3 comments:

Anonymous said...

1. Pas parti berpaksikan Allah, nabi dan para sahabat...maka jika betullah ulamak tu sejahat yg dituduh, maka ahli sepatutnya menasihat ulamak supaya kembali kpd Islam yg syumul...bkn membuang Islam dgn menjadi liberal atau sosislis. Jgn hanya menuduh ulamak saja yg suk tp kita sendiri nk jauh dr Islam. Dan dunia ulamak Islam telah mengikrtiraf ulamak kita. Jadi suk kot mana?

2. Kalau kita tgk komposisi ajk pusat pas kita akan dapati kepelbagaian ilmu yg ada didalam ajk pusat itu krn ulamak memahami bahwa ulamak bknnya tahu semua bidang. Ttapi matlamat ajk adalah membantu ulamak bkn menjadi ular dalam semak.

3.Ulamak ada pandangan mereka dan ajk pusat ada pandangan mereka tp jgn lah apabila pandangan kita tdk diterima maka media2 utusan pukiar menjadi medan kita utk menimbilkan persepsi negatif kpd parti. Treachery and treason tidak dpt diterima oleh mana2 undang2 samada samawi atau dunia.

3. So kembalilah pd jln yg telah ditunjukkan oleh Allah, nabi dan para sahabat melalui ulamak2. Nak jadi liberal atau sosialis atau nk jadi anuwaris...keluarlah. jgn buat kacau bilau kt dlm senyap2. Tukar jersi..tukar baju, tukar kulit, tukar topeng. Senang ahli2 lain yg dh loya dn sifat anda nk bersilat.

Anonymous said...

Ahli PAS ni kalau tak buat fitnah memang tak sah...

http://www.amenoworld.net/2014/09/page-rasmi-pas-kantoi-fitnah-aktivis-r.html

Anonymous said...

Kah Kah Kah...

Itu biasa, hantam bini orang pon.. itu biasa.. Mat Sabu al Khalwatiii nie Haramjadah memalukan PAS..

"Saya berucap tadi dah...dah...MASOK WAKTU ASAR...mereka yang belom sembahyang mereka pergi sembahyang...????????????

Jadi solat berjemaah TAK DER LAAAH dalam Muktamar PAS...

Sibok benor Muktamar Pemuda sampai solat pon asing2, ikut puak2.. bukannya solat berjemaah?

Menipu itu biasalah bagi Mat Sabu..

Suhaizam nampok benor menipu.. MATA LIAR macam pencuri????

Nie Ketua Pemuda PAs aper pakai songkok????