Sunday 28 September 2014

KEJI ATAU TERPUJI: Pengkhianat dan Baruah Dalam PAS Tetapi Wira Kepada DAP

Dalam satu majlis, Lim Kit Siang yang merupakan pemimpin teragung DAP, malah sudah menghampiri status Mao Tze Tung, pemimpin komunis terulung yang merampas pemerintahan China daripada Kuomintang setelah Kuomintang terlebih berjaya menghapuskan sistem diraja China, membuat pengisytiharan yang sememangnya tidak mengejutkan langsung.

Dua ADUN 'munafik' PAS, Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin telah diangkat sebagai Wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Saari Sungip atau Abu Urwahh yang merupakan penjilat tegar Anwar Ibrahim semenjak dari zaman dia belajar di luar negara lagi dan Hasnul Baharuddin, seorang kaki betina dan terpaksa berkahwin awal ketika masih belajar di UM kerana kegagalan mengawal nafsunya, akan terus diingati kerana merekalah telah menzahirkan kewujudan golongan munafik dan pengkhianat di dalam PAS.

Sekaligus memberi tamparan keras kepada pucuk pimpinan yang kuat mengamalkan 'anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan'. Keistimewaan yang keterlaluan diberikan kepada golongan yang mendakwa mereka adalah golongan profesional, akhirnya telah memamah dan menghancurkan PAS sendiri.

Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin bukanlah satu-satunya kes terpinggir. Ada ramai di dalam PAS termasuklah Timbalan Presiden PAS sendiri, Mat Sabu yang suatu ketika dahulu, ketika miskin, ketika tiada harta, ketika gajinya tidak sampai RM3 ribu sebulan, ketika hidupnya melarat dan terpaksa menagih pinjaman daripada kawan-kawan, istiqomah dan tawakkalnya kepada PAS seperti sudah sampai ke tahap syirik. Sangat taksub. Sangat tegar. Jangankan darah berwarna hijau, tarik nafas hembus nafas pun berwarna hijau. Kalau suara tu pun boleh diwarnakan, kita akan nampak suara Mat Sabu berwarna hijau.

Tetapi selepas dibela dan dikandang oleh Lim Guan Eng dengan pendapatan melebihi RM50,000 sebulan, Mat Sabu jadi pengkhianat terbesar. Mat Sabu jadi anjing dan baruah DAP yang sanggup menghancurleburkan parti yang telah menjadi rumah utamanya. Parti yang telah banyak membantunya daripada hidup melarat setelah dibuang dari UiTM kerana kegagalan menduduki peperiksaan kerana otaknya tidak begitu cemerlang dalam bidang akademik. Parti yang banyak memberikan publisiti kepadanya menyuarakan apa yang disalurkan oleh Dr. Mahathir untuk menghentam dan mendedahkan penyelewengan para pemimpin UBN bila ramai pemimpin UBN cuba main kongkalikong dengan bekas Mamak Bendahara itu termasuklah membabitkan Anwar Ibrahim.

Apa keperwiraan Saari dan Hasnul yang dipandang oleh DAP/Lim Kit Siang?

Samalah seperti Amerika Syarikat dan Zionis mahupun Anwar Ibrahim membela Salman Rushdie, si laknatullah yang menulis novel kejinya atas alasan, si laknatullah itu telah menulis berdasarkan kepada kebebasan bersuara dan kreativiti.

Tanpa tahaluf siyasi PAS dengan PKR dan DAP, tidak mungkin ada Pakatan Rakyat. Tidak ada Pulau Pinang diperintah Lim Guan Eng. Tidak ada Selangor diperintah Khalid-PKR-DAP. Kedah dan Kelantan solid sepenuhnya kepada PAS tetapi akhirnya kerana Tahaluf Siyasi dan pengkhianatan baruah-baruah DAP seperti Phahrolrazi Zawawi, akhirnya Kedah dirampas semula oleh UBN pada PRU-13 lalu.

Barangkali DAP/Lim Kit Siang terlupa bahawa yang menaikkan Azmin Ali adalah PAS, bukannya Saari Sungib mahupun Hasnul Baharuddin. Pada ketika kedua-dua pengkhianat dan munafik tersebut memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Wan Azizah demi mengambil hati dan redha Anwar Ibrahim, PAS Selangor kekal menyokong dan menyorong nama Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.


Tetapi sekarang, yang diwirakan adalah Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin. Yang mendabik dada kerana Azmin Ali berjaya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dan terkinja-kinja keseronokan adalah Anwar Ibrahim dan Wan Azizah walaupun merekalah yang tegas menyatakan, tidak ada nama lain selain nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Yang bodoh, yang asyik terkena, yang asyik tak melawan dan yang asyik tak boleh berfikir adalah PAS sendiri.

Ternyata, tahaluf siyasi tidak menjadikan kita lebih baik atau lebih cerdik, sebaliknya kekal menjadikan kita sebagai tisu pengesat najis buat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng/Kit Siang!

14 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya tuan santau...dap dan pkr nk menyakiti hati ulamak2 pas...mcm2 depa dok tgh hamburkan...semata2 utk menjerat ulamak2...klu tghh dan msu termkn jerat jahat mereka...then ajk pusat@lajnah pkr plak akan ambik alih peranan...ahli2 lajnah pkr akan menuduh msu dan tghh nk keluar dr pr utk nk tubuhkan ug. Maka bolehla mereka buat kangaroo court dan hukum ulamak2. Maka dptlah mereka menguasai pas walaupun sarong tanpa isi. Mereka bkn nk pas keluar tp ulamak2 keluar dr pas. Selagi x muktamar 2015...selagi tu depa serang hina dan fitnah ulamak2...depa tau tghh dan msu x blh nk amik tindakan terhadap mereka dgn masalah dalaman yg kritikal dlm pas.

Plan B plak money politik. Johor, melaka, ns, perak n perlis dah dlm gengagaman. Tinggal trg, kln, phg, selangor, wp, some kedah and penang jer lg tinggal. Berapa juta nilai perwakilan2 ni?

Anonymous said...

So sama2lah berdoa..agar ulamak2 diberi kesabaran hingga ke muktamar 2015...agar perwakilan2 yg beriman dan sabar diberi kejayaan dlm perjuangan...mudah2an lepas muktamar 2015...pas kembali segar dan bugar dlm memertabatkan Islam di bumi Msia.

Aamiin....

Anonymous said...

masaalahnya sekarang bila ulamak juga turut laluk,u turn sesuka hati pengikutnya jangan ceritalah tergaru-garu terpinga-pinga nak ikut jalan yg mana satu.penghabisnya pemimpin serta pengikutnya jadi khadam tua pencacai angkat najis.

Anonymous said...

Setuju pandangan tuan, moga melayu lslam pas tudak dipandang hina, bersatulah melayu lslam pas, fikirkan selama ini diperguna. ..utk dpt kuasa bila dah dpt kamu akan ditikam dari belakang. .puak ini .lebih dajal dari umno. ..

Anonymous said...

PAS nie Parti Islam... Ulamak Pemimpin..

Tapi Ulamak tak nampak memimpin..

Golongan Liberal pulak yang nampak berkuasa dalam PAS...

Ahli PAS Wala pada DUIT jugak

Senang dibeli dan dibaruakan..

Sumpah pon dah tak der makna dlm Islam dah..

abdullah UBAI said...

Spesis ABU JAHAL n ABU LAHAB .... TERBIT DARI JAMAAH PAS ..
ABU URWAH n HASNULL JADI WIRA .. PARTI DAP.. KAUM ISLAM MUNGKIN BUAT BUAT LUPA.. . APA YANG TERJADI DI SINGAPORE OLEH PAP..
BRAVO ...
ABU URWAH n HASNULL
WIRA PADA DAP

Anonymous said...

Nak sangat berhalalol sialsi dgn kapir... Hambekk ko pas...

Kan dah mendapat...
Aku org umno... senang2 jer presiden baruah ko tu kafirkn...
Kelurga aku di pulaukn org2 kg yg fanatik pas butuh.. Btahun2 di pulaukn krana kelurga aku sokong BN...
Sekarang... Padan la dgn muka korg...
Allah balas dgn pghinaan yg paling hina... Jd la korg hamba kafir... Jadi tukang basuh berak cina...

Bangga ke...?

Anonymous said...

Yg pemimpin2 dan penyokong2 Pas lupa dan selalu lupa, agama Islam itu agama Allah, bukan agama ciptaan manusia.
Tanpa adanya Pas sekali pun Islam tetap akan terpelihara sampai kiamat.
Hanya penganut Islam saja berbeza-beza, ada yg menzahirkan keislaman mereka secara luaran saja tapi tidak mengamalkan apa yg dituntut oleh agama; ada yg tidak menzahirkan keislaman mereka tetapi sentiasa berusaha berpegang kpd tuntutan agama; dan bermacam-macam lagi.
Kpd anon 29 September 2014 01:26 :
(Imam Jafar As Shadiq RA ada berkata : Jika ingin tau kedalaman agama seseorang, jangan lihat berapa banyak ia sholat & berpuasa, lihatlah bagaimana ia perlakukan org lain disekelilingnya ...)

Anonymous said...

satu kupasan yg sgt menarik, tepat n direct tanpa selindung.. hahaha tergelak membacanya.. hasnul kaki betina hehe betul ke.. tp kalau tgk pd patern anwar mmg betul lah..

Anonymous said...

Lagi lama PAS berada dlm PR lagi ramai yg diDAPkan dan diPKRkan. Akhirnya PAS hanyalah tinggal nama sedangkan pengikut, ahli dan pemimpin PAS disekularkan serta diliberalkan. Hanya 'sibuta' yg masih berani mengaku parti PAS bernafas islam realitinya sebahagian ahli dan pemimpinnya sudah pun bernafas sekular dan liberal. Malah timbalan presiden sendiri mengakui menyertai PAS bukan kerana islam. Beliau juga menyarankan agar ulama dalam PAS mencontohi cara DAP berpolitik. Banyak lagi contoh-contoh lain jika mahu dibicarakan.

Anonymous said...

Sikap sesetengah ulamak terlalu teruja sehingga menerima hasutan sebagai nasihat juga telah menyebab apa yg berlaku pd hari ini. Pandangan dan nasihat rakan ulamak yg lain diketepikan kerana keangkuhan serta menganggap diri lebih bijak dari org lain. Bagaimana seorang ulamak begitu mudah mempercayai sesorang yg telah dipertikaikan akhlaknya melebihi ulamak rakannya sendiri. Ternyata beliau seorang ulamak yg amat mudah dipengaruhi oleh mereka yg baru dikenali. Ulamak bukan hanya sekadar beilmu tinggi tetapi juga semestinya memiliki sifat bijak, cerdik dan tidak angkuh supaya jemaah yg dipimpinnya terselamat dari bencana hasutan.

Anonymous said...

PAS has been compromised.

Anonymous said...

Cara komentar tuan santau ni cara lama lah.. cara reverse psikology macam ni org senang nak detect dah.. dah dalam poket kita org pas.. org pas tak terpengaruh.. tapi macai umnu yg tak sekolah.mudah seronok dgn reverse psikology tuan santau.. lain kali guca cara yg lagi canggih.. okay

Anonymous said...

No more uturn please, save our maruah. Pas is not a u-turn parti. U-turn is not a Pas.