Wednesday 3 September 2014

Husam Musa Patut Sedar, Dia Semakin Terpinggir Selepas Ditipu Anwar Ibrahim

Sebelum PRU-13, Husam Musa sangat gah kerana kononnya, kalau nak jumpa atau berurusan dengan TGNA, kena tempuh dia dulu. Kena berselawat ke atasnya terlebih dahulu. Sebabnya, dialah yang bakal menggantikan TGNA sebagai Menteri Besar Kelantan. Sebab dialah yang paling bijak dan paling pandai ekonomi Kelantan. Sebab dialah yang mencetuskan idea dinar dan dirham Kelantan yang akhirnya terbukti merupakan satu skandal yang sepatutnya disiasat oleh SPRM kerana dalang utamanya, Omar Vanello adalah seorang penipu besar.

Mujurlah UBN tak secerdik mana. Atau barangkali juga kerana terlalu kagum dan menghormati TGNA. Lagipun Husam selalu memberitahu orang, dia adalah orang kesayangan TGNA. Malah, Ustaz Nik Abduh, anakanda TGNA pun dikatakan tak berani melanggar dia.

Tapi selepas PRU-13, terutama selepas dia terpedaya dengan Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Putrajaya, Husam Musa mula kehilangan segala-galanya. Dia tidak dilantik ke jawatan Exco. Tidak mempunyai jawatan dalam PAS Kelantan dan tidak mempunyai apa-apa lagi projek besar termasuklah depu, kambing, emas, perak dan sebagainya. Semuanya hilang sekelip mata.

Baginda Tuanku Sultan Kelantan sendiri yang mencantas nama Husam Musa daripada senarai Exco Kelantan walaupun Husam cuba memberitahu orang yang dia sebenarnya tak boleh bekerja di bawah Ustaz Mat Yaakob mahupun Ustaz Nik Amar.

Sekarang, isu Menteri Besar Selangor, Husam yang tidak ketahuan punca, cuba bersuara dari hujung langit. Dia cuba menunjukkan kepandaian dan kepintaran. Pada masa yang sama, dia mengesahkan cakap-cakap sebelum ini bahawa dia adalah salah seorang yang terlibat dalam gerakan untuk melanggar TGHH dan TGNA. Ada juga yang mendakwa, Husam sebenarnya yang menjadi tulang belakang gerakan tersebut.

Husam dilihat cuba mewujudkan sentimen kebencian jemaah PAS kepada kepimpinan TGHH dengan teori KERAJAAN BEBAS PERPADUAN antara PAS-UMNO-Khalid Ibrahim-Azmin Ali di Selangor. Dia memulakan rekaan cerita demi menyelamatkan Wan Azizah setelah diarahkan oleh Anwar Ibrahim yang jelas merupakan paksinya dalam politik.

Sebagai sebahagian daripada kuasa utama dalam Lajnah PKR dalam PAS, Husam Musa cuba memainkan sentimen serampang dua mata. Serampang pertama, menggulingkan TGHH dan TGNA dan serampang kedua, mengagungkan Anwar Ibrahim dan keluarganya dalam amalan nepotisme dan kronisme tegar.

PARASIT dalam PAS sedang keluar sekarang ini menunjukkan diri. Satu demi satu begitu lantang bersuara, tetapi mereka tidak pula berani keluar dari PAS. Walaupun mereka secara halus menghasut agar jemaah-jemaah PAS menggulingkan golongan ulama, tetapi pada masa yang mereka masih bertaqiyyah kononnya mereka adalah penyokong ulama, walaupun sebenarnya mereka adalah penganut agama liberal yang sangat tegar.

9 comments:

Anonymous said...

UBN tak cerodik mana pun dah perintah Malaysia selama 57 tahun. Pakatan Rakyat yang terlalu cerodik pulak, baru 6 tahun perintah Selangor berantakan tak tentu hala..

Anonymous said...

Cuba fikir dan renung .. APA YANG TELAH HUSAM LAKUKAN DI KELANTAN ..
JAWAPAN NYA .. GAGAL ..
HIDUP PENOH DENGAN IMPIAN .. AKIBAT TERLALU TAKSUB PADA MANUSIA YANG BERNAMA .. ANWAR IBRAHIM ..
kepada makhluk yang bernama .. HUSAM ..
TERIMALAH QADA n QADAR DARI ALLAH SWT..

Anonymous said...

Pas perlu membuat pilihan sama ada mahu terus bersama Pakatan atau keluar berdikari.Ianya adalah satu pilihan yg sukar.Paling sukar dalam proses ini ialah gulungan ulamak dan para penyokong mereka,melainkan kalau mereka benar-benar membulatkan tekad mereka utk Islam,bukan kemenangan politik atau duniawi.

Sebenarnya pada pandangan saya bagi gulungan ulamak,mereka kena mengambil langkah keluar dari Pakatan,kerana kalau mereka berada dalam Pakatan pun,mereka akan kalah dalam menghadapi pilihanraya.Pengundi Cina akan di atur oleh LGE dan LKS supaya tidak mengudi calun Pas dari kalangan ulamak.Mereka lebih rela Umno menang berbanding dgn gulungan ulamak Pas.Tindak tanduk gulungan ulamak Pas dalam isu MB Selangor sekarang di jadikan panduan oleh LGE&LKS dalam mencaturkan undi org Cina.

aku said...

aku pernah utarakan persoalan sama ada PAS ada/pernah/masih dapat peruntukan kewangan dari DAP atau PKR yg menyebabkan PAS susah untuk keluar dari Pakatan..umum tahu yg PAS tidak ada sumber kewangan tetap untuk membiayai parti...maaf, sekadar ingin tahu...wallahualam..

GABAI said...

BUAT APA DOK BERDEBAT

MAT SABU PERNAH KATA LEBIH BAIK MAKAN BABI DENGAN GUAN ENG DARIPADA MAKAN NASI DENGAN NAJIB

PAS TERLALU TAKUT UNTUK KELUAR PAKATAN SEDANGKAN DAH TERANG2 JADI PENCACAI DIHINA DIKEJI - MENGAKU PARTI ISLAM TAPI DAP KAFIR DOK HENTAM TAPI MASIH TAK TAU MALU

Anonymous said...

Muahahahaha,...aku suka dgn komen ni.... tbukti sape bodo sbnarnye...

Anonymous said...

Mana buleh keluar.Mana buleh tak angguk.Mana buuullleh.Dah makan budi terpaksalah gadai bodi.Nak wat cam na.

cucu tok said...

YE KE? PATUT LE.

Anonymous said...

Tak baik tuduh anugerah tuhan tu macam2. Nanti bapa angkat dia mengamuk mampus semua orang kena pecat. Bapa angkat dia adalah orang yang paling berkuasa, paling angkuh dan paling digeruni dalam pas. Bapa angkat yang gemar dibodek sudah pun sampai ketahap terangkat akibat dibodek oleh anak angkat dan tali barutnya sehingga terlupa diri. Akibat hasutan sibapak angkat bertindak memerangi sesiapa sahaja yang dilihat tidak sebulu dengan anak angkatnya. Anak angkat dan tali barutnya terbahak-bahak melihat gelagat bapak angkat yang telah berjaya dipengaruhi dan dibodohkan. Sehingga kehari ini sibapak angkat tidak berani mamarahi dan mengecam sianak angkat, paling lebih pun sekadar menganggap sianak angkat sebagai 'budak manja'. Sikap sibapak angkat ini telah menyebabkan rakan-rakannya makan hati dan kecewa yang amat sangat.