Thursday 14 August 2014

Bila Kena Tang Depa, PAS Kena Akur Pada Permuafakatan Dan Hormatkan PKR-DAP...

Ini bukan cerita baru, bahkan sudah lama diperkatakan di kalangan akar umbi. Bahkan kalau dikatakan ianya adalah rungutan terbuka, memang tepat betul.

Kontroversi perebutan jawatan Menteri Besar Selangor nampaknya turut mengheret PAS secara langsung menerusi pembabitan orang-orang yang telah dihantar oleh Anwar Ibrahim untuk menyamar sebagai ahli PAS dan apabila tiba masanya, menjadi tukang buka pintu kota PAS kepada Anwar dan konco-konconya.

Lebih menjijikkan ialah apabila mereka menjadi talibarut kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, dua orang musibat yang sangat disanjung tinggi oleh beberapa orang PARASIT PAS sehinggakan persepsi umum ialah, PAS menyanjung tinggi kedua-dua beranak tersebut, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

Dalam hal jawatan Menteri Besar Selangor, meskipun PAS merupakan pemegang konsensi terbesar menerusi peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, tetapi demi konsensus, demi kesepakatan, demi semangat TAHALUF SIYASI, PAS tidak pernah merungut apabila kuota Menteri Besar Selangor diperuntukkan kepada PKR.

Malah, PAS, demi semangat tersebut - atau barangkali kerana sudah keliru dan dangkal ilmu - telah mempertahankan mana-mana pemimpin PKR dan DAP dalam banyak isu termasuklah pembunuhan yang dilakukan oleh Ng Swee Lim, ADUN Sekinchan yang telah melanggar mati seorang pelajar lelaki Melayu dalam keadaan mabuk tidak lama dahulu. Itu belum lagi mempertahankan maruah dan aib Elizabeth Wong, meskipun pada masa yang sama, PAS tidak seharusnya merendahkan martabat sebegitu rupa hanya kerana khilaf fatwa.

DAP dan PKR sebelum ini sentiasa memuji PAS apabila PAS ikut cakap mereka, tetapi apabila PAS mengusulkan cadangan sendiri, tekanan, ugutan, bahkan PAS pula dibahasa-bahasakan oleh PKR dan DAP, terutama sekali dari Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Tony Pua dan Anwar Ibrahim sendiri.

Anehnya, dalam permuafakatan tersebut, hanya PAS yang perlu merendah diri dan mengikut kehendak PKR dan DAP. Tetapi PAS tidak boleh membuka mulut, tidak boleh mempunyai pendirian sendiri, tidak boleh mempunyai maruah sendiri, dan tidak memiliki harga diri.

Tidakkah itu sangat janggal?

Pernahkah PKR dan DAP menghormati kehendak PAS yang mahu memperjuangkan hudud dan Kerajaan Negara Islam? Sehinggakan PAS terpaksa mengatakan hudud hanyalah sebahagian kecil daripada ajaran Islam dan Negara Islam bertukar menjadi Negara Kebajikan?

Mengapa pada waktu itu, PKR dan DAP tidak mempertahankan PAS apabila diserang oleh UBN sepertimana PAS lakukan apabila mereka diserang UBN?

Masa sudah sampai untuk PAS bergerak sendirian. PAS perlu lebih bijak bertindak dan berfikir. PAS tidak boleh terlalu bergantung kepada pihak lain. Kita sudah biasa kalah dan kalah bukanlah sesuatu yang kita cuba elakkan. Takkan kerana hanya menang beberapa kerusi DUN dan Parlimen, kita telah mengorbankan segala-galanya termasuklah maruah dan harga diri Islam kita kepada puak yang sememangnya semulajadi membenci Islam?

Sudah dua orang munafiq yang memunculkan diri apabila mereka berasakan kumpulan mereka akan menang. Dan kalaulah ditakdirkan Allah Taala, mereka benar-benar akan menang, yang menjadi belasahan dan tempat mereka berkahak, dikencing, diberak adalah PAS!

6 comments:

Anonymous said...

Saya merasa sungguh hampa hari ni.
org melayu sudah hampir boleh menguasai selangor. syiar Islam boleh ditegakkan. tapi mcm biasa, org kita jugalah yg belot.



Anonymous said...

mamat dua ekor tu nanti dapat le exco.itu yg di idamkan mereka.tapi yg baju putih tu muka macam serba salah je.korang ambik le kerusi mb tu.tapi pilihan raya 14 esok tingggal bn, pas, dap je kt selangor ni.pkr bye bye.

Anonymous said...

Demi kuasa,wang dan kedudukan PAS sanggup diperbodohkan DAP dan PKR. Padahal kalau soal nak lawan UMNO, sampai terbukak sarban PAS melompat.

Anonymous said...

alah gaduh adik beradik….tapi kalau dgn PKR N DAP biar berkerat rotan…Spoil punyer nuar…lupe diri...

Anonymous said...

Dua Adun tu tersilap langkah. Sekiranya TSKI memohon perkenan DYMM Sultan untuk membubarkan DUN, masih ada peluangkah untuk mereka bertanding sekali lagi atas tiket PAS?

Anonymous said...

PAS kalau bergerak sendirian pun matlamatnya tetap sama, berperang dengan UMNO, sesama islam