Sunday 10 August 2014

Wahai Anwar Ibrahim As-Sayyad Laknatullahhi Alaih... Dengarkanlah!!!

Anwar Ibrahim sekarang ini sedang cuba memaksa para pemimpin PAS agar ikut apa-apa sahaja kehendak dan perancangannya. Kalau PAS menuruti kehendaknya dan patuh kepada segala titah perintahnya, para pemimpin PAS itu akan dapat habuan yang sangat bersifat syurgawi di dunia ini.

Sudah ada pemimpin PAS yang terpesona dengan janji-janji Anwar Ibrahim As-Sayyad sepertimana terpesonanya orang Islam melihat syurga di tangan kanan dan neraka di tangan kiri Dajjal Al-Masih.

Anwar Ibrahim juga berkata, dia boleh mematikan PAS jikalau PAS enggan mengikut kehendaknya dan akan membebaskan PAS untuk terus hidup dengan penuh kegembiraan, melakukan apa-apa sahaja kegiatan tanpa sebarang halangan, malah akan mendapat habuan besar sepertinya jikalau PAS mengikut semua perancangannya.

Sudah ada pemimpin PAS yang takut dengan ancaman Anwar Ibrahim As-Sayyad sepertimana takutnya orang ramai apabila melihat 'kekuasaan' Dajal menghidupkan dan mematikan manusia sedangkan semua itu adalah kehendak Allah Taala, bukan kuasa si Dajjal Al-Masih.

Anwar Ibrahim sedang melakukan pelbagai perkara dusta untuk memenuhi keperluannya termasuklah mengadakan siri-siri ceramah untuk menfitnah sesiapa sahaja yang enggan tunduk kepadanya. PAS juga tidak terkecuali terkenal ulah fitnah apabila TGHH dan TGNA menzahirkan sokongan mereka kepada Khalid Ibrahim.

Sudah ada pemimpin PAS yang sangat bimbang sekiranya mereka difitnah oleh Anwar Ibrahim, menjadikan mereka terpaksa menurut dan tunduk kepada Anwar Ibrahim asalkan segala rahsia mereka tidak dibuka oleh Anwar As-Sayyad, sekaligus aib dan harga diri mereka berada dalam genggaman peribadi Anwar Ibrahim As-Sayyad Laknatullahhi Alaih.

Dari awal lagi telah ditekankan bahawa PAS menyokong Anwar Ibrahim ketika dia dalam kesusahan keran PAS berpendapat membela orang yang dizalimi, ditindas dan dianiayai adalah satu kewajipan, malah merupakan fardhu kifayah. Malangnya Anwar terus perasan kononnya, kerana aura, kerana integriti, kerana kehebatan dan kerana pengaruhnya, maka PAS terpaksa tunduk kepadanya.

Kali ini, Anwar Ibrahim telah melakukan kesilapan yang besar. Walaupun ada pemimpin PAS seperti golongan yang akhirnya menyembah Dajjal Al-Masih dan meninggalkan Allah Taala, tetapi sebahagian besar akar umbi masih boleh berfikir secara waras.

Kalau tahun 1998 dahulu, PAS menyokong Anwar atas dasar pembelaan terhadap golongan tertindas dan dizalimi, mengapa pula pada tahun 2014, PAS tidak boleh menyokong golongan yang ditindas dan dizalimi serta didustai dan difitnah oleh Anwar Ibrahim As-Sayyad Laknatullahhi Alaih?

Apa perlu lagi PAS ikut sahaja segala kata-kata Anwar Ibrahim padahal dia bukanlah pemimpin PAS, malah dia telah mengarahkan orang-orangnya untuk menfitnah pemimpin agung PAS melibatkan tiga orang Tok Guru yang amat dihormati.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim As-Sayyad Laknatullahhi Alaih dalam hal menghina TGNA, TGHH dan TGHD, sesungguhnya alasan-alasan tersebut sudah cukup menjadi petunjuk kepada PAS bahawa kita selama ini telah bekerjasama dengan Dajjal Al-Masih dalam bentuk tubuh badan Anwar Ibrahim As-Sayyad.

Justeru tidak hairanlah Allah Taala tunjukkan kepada kita tentang mata satu (lebam), temberang dan fitnahnya (16 September), dusta dan tipu perdaya (liwat) serta nafsu serakah (chinadoll dan kegilaan untuk merompak kekayaan Selangor menerusi perlantikan isterinya sebagai Menteri Besar)


16 comments:

azman66 said...

Baru sedar ke? selama ni dok pakat tadah jubo bagi nuar tibai n makan babi dengan GUan Eng Khalifah Penang, dah terlewat bro hassan ali warning tak nak dengar gang dajjal dah jadi majoriti dlm PAS, korang semua tunggu jer giliran kena sembelih.Tu la disebabkan dengki/angkuh konon lebih mulia dari saudara islam(UMNO)kita kawan dgn dajjal kita dah tiru iblis dlm kes Nabi Adam. Tunggu lah neraka dunia , baik lah bertobat cepat2.

Anonymous said...

Malas nak kutuk sesiapa,kerana saya faham benar bagaimana dajjal boleh memperdaya,bukan mudah utk mengelaknya,tapi kalau dah betul faham mengenai perangai Anwar ,baguslah patut bersyukur kerana Allah memberi petunjuk.Saya pun pernah terpedaya dengan Dajjal ini,12 tahun jadi peyokong tegarnya,Alhamdulliah akhirnya Allah memberi petunjuk,sekarang saya rasa keadaan saya banyak berbeda dari semasa saya menjadi pengikut Dajjal dulu terutama liberlisma sudah tidak adaa dalam kepala saya aptah lagi pluralisma ugam.

Anonymous said...

Alhamdullilah, Allah membuka pintu hati ini untuk tidak mengikut telunjuk Dajjal ini sejak dari tahun 1998 lagi walaupun adik beradik, saudara mara dan rakan-rakan ramai yang terpesongkan dengan bisikan dan pujuk rayu Dajjal Laknatullah ni...

Anonymous said...

Aku tak pernah mempercayai dajjal ini dulu
Kini dan selamanya.. Alhamdulillah..

Unknown said...

pas ni semua tuan guru hebat, tuam guru lim guam eng. tuam guru lim kit siang, tuan guru karpal singh, tuan guru gobind singh dio,

Unknown said...

pas ni semua tuan guru hebat, tuam guru lim guam eng. tuam guru lim kit siang, tuan guru karpal singh, tuan guru gobind singh dio,

Unknown said...

pas ni semua tuan guru hebat, tuam guru lim guam eng. tuam guru lim kit siang, tuan guru karpal singh, tuan guru gobind singh dio,

Anonymous said...

Bersatulah Melayu atas nama ISLAM.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Anonymous said...

mod nie sesuka ati jer boh nama dajjal,
abes yg ko tue sesuka ati jer bleh decide syurga neraka, ko x kecoh, yg dia sesuka ati je buat statement ngn hukum2, bleh plak.
kecoh la org2 pas nih, bukan hal parti sendiri pun nk sebuk.
yg ko pecat hassan ali, pkr xder plak nk kecoh.
kalo kt pas sumer halal, bila org len sumer haram.
puiihhhh.

Anonymous said...

Tahniah dan Alhamdulillah buat Blogger Santau Berapi berikan Kami penyokong PAS sedikit pencerahan..

Tiada apa lagi kena mengena kami dgn Anwar Ibrahim Munafik itu..

Ahli PKR yang tetap menyokong Anwar dan Sekutunya di dalam menghina TGHA, TGNA, TGHD, maka KAMU adalah Musuh Kami No 1

Anonymous said...

Porahhhh anon 10/8 23.32. Padan muka. Alhamdulillah masa tun pecat dia Koa guna lutut utk Pk ?????? Hamlau Tu d pecat 😁😁😁

Anonymous said...

Patutlah Madey pecat dia dulu.

Anonymous said...

Patutlah Madey pecat dia dulu.

Anonymous said...

Patutlah juga dia ditumbuk sampai lebam bijik mata.

Anonymous said...

Habis berpecah belah kita dibuatnya sekarang.Sebahagian adun kita juga nampaknya telah berkilatkan dia dan mula menunjukkan belang mereka.

Anonymous said...

Anjing tersepit yg dilepaskan menggigit kembali org yg melepaskannya tanpa belas kasihan.