Saturday 23 August 2014

Ulama Dunia Iktiraf TGHH, Jemaah PAS Sendiri Cuba Benamkan TGHH Dalam Kehinaan

Allahu Akbar! Subhanallah!

TGHH telah dilantik sebagai salah seorang Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia. Satu penghormatan besar kepada ulama dari Malaysia.

Sungguh besar penghormatan yang diberikan oleh dunia kepada TGHH, Presiden PAS. Namun, di tanahair sendiri, TGHH bukan sahaja dihina oleh lawan, tetapi juga oleh anggota jemaah sendiri.

17 Ogos lalu, TGHH bukan sahaja ditentang, bahkan dimalukan oleh AJK PAS Pusat yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkan redha Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Dan semalam, ketika TGHH dilantik ke jawatan Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia, Naib Presiden PKR yang baru yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Katil bukan sahaja melemparkan cercaan, tetapi juga mengeji TGHH.

Semuanya kerana TGHH tidak bersetuju dengan perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Semuanya kerana TGHH tidak mahu tunduk kepada kehendak dan hawa nafsu Anwar Ibrahim.

Kalau UBN tidak publisitikan kemuliaan yang dianugerahkan menerusi pengiktirafan dan amanah kepada TGHH, itu bukanlah perkara luar biasa. UBN adalah musuh tradisi PAS. Para pemimpin UBN - kalau pun bukan semua - melihat TGHH sebagai saingan politik mereka. Sudah menjadi adat, apabila TGHH dimusuhi atau dicerca mahupun disumpah seranah oleh pemimpin-pemimpin UBN kerana mereka bermusuh luar dan dalam.

Apatah lagi di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi Machiavelli yang menghalalkan perbuatan demi mengejar matlamat.

Namun apabila golongan yang kononnya sahabat kepada jemaah Islam PAS, mencerca, menyumpah seranah Presiden PAS yang telah diiktiraf sebagai salah seorang ulama dunia, gelagat tersebut bukan sahaja biadap, tetapi amat keterlaluan dan telah memutuskan perjanjian yang dimeterai dan dipersetujui.

Lebih malang lagi ialah, di sebalik kecaman terhadap UBN kerana tidak menghormati ulama dan tokoh seperti TGHH, sebahagian besar jemaah PAS sendiri turut hilang hormat dan mula bersikap sangat biadap terhadap TGHH. Sebaliknya mereka lebih wala' dan menganggap Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng lebih tsiqah. Jemaah PAS pula dianggap akan hilang pengaruh dan kedudukan jikalau tidak meneruskan kerjasama atau lebih tepat lagi tunduk patuh kepada PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Apa gunanya kita berbangga dengan pencapaian serta kemuliaan yang Allah Taala anugerahkan kepada TGHH menerusi pengiktirafan dunia itu jikalau di dalam jemaah sendiri, TGHH hilang kredibiliti dan menjadi sasaran kecaman serta pelbagai tuduhan tidak masuk akal termasuklah KERAJAAN PERPADUAN?

Justeru, sebelum kita memperolok-olokkan UBN kerana tradisi UBN ialah tidak menghormati ulama yang tidak sealiran pemikiran dengan mereka, ada baiknya jikalau kita memperolokkan diri kita sendiri.

Kita mengaku kita menjadikan ulama sebagai contoh teladan dan ikutan tetapi sebenarnya itu semua hanyalah retorik untuk menunjukkan kita lebih Islam dari pihak musuh. Kita menganggap pihak lawan tidak lebih Islam dari kita kerana pemimpin mereka bukanlah ulama yang diiktiraf dunia, tetapi kita sendiri memberikan taat setia tidak berbelah bahagi kepada pemimpin kumpulan yang lain dan meninggalkan jemaah sendiri.

Sebelum kita menuding jari kepada UBN, elok juga kita melihat sendiri berapa sebenarnya jari yang menghala ke tubuh badan kita.

Tiada gunanya kita bercakap tentang pengiktirafan kepada TGHH jikalau kita gagal menterbalikkan tragedi 17 Ogos. Tiada gunanya kita mengata-ngata UBN, jikalau di dalam jemaah kita sendiri yang sepatutnya dipimpin oleh TGHH, dipenuhi PARASIT, munafiq, khawarij, wahabi dan syiah yang bertapak kukuh dan membuat keputusan bagi majoriti ulama sehingga menendang TGHH seperti anjing buruk kepala!

15 comments:

Anonymous said...

Tahniah pd TGHH.

Anonymous said...

bro, baca statement calon adun pkr pengkalan kubor 2013.
dia (pkr) kalah sebab pas curi duit kempen.

hahaha. tipikal pembangkang, kalo kalah, mula2 serang UBN, pastu org len walaupun parti kawan sendiri.

tp aku rasa, macai2 pas nih, kulit tebal. x rasa apa2 pun bila kena hina ngn mnganjing dari pkr dap.

Anonymous said...

Sebab .. JANJI SYURGA .. OLEH NIK AZIZ n HJ HADI
KEPADA PENGANUT PAS..

Anonymous said...

santau berapi jangan perasan. hadi awang tu dipanggil ulama pun tak layak. ilmu outdated. syiah pun dia kata islam. ini sebab jahil atau munafiq. kau orng beri maklumat salah pada majlis ulama sedunia. tu pasal dia dilantik naib ketua...podaah.

Anonymous said...

Tahniah TGHH kerana dilantik menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia...

Namun, takziah diucapkan juga kerana keputusan Haji Hadi dalam mesyuarat PAS Pusat hanya 10 dari 37 orang yang sokong.

Hahahahha... cukup berbangga sebab Haji Hadi ditolak ahli parti sendiri.

Anonymous said...

kalau ulama, dia takkan fitnah orang lain tanpa bukti. Ni tak pasal2 kene saman RM 2 juta, sapenak bayar?? Orang yang dengar ceramah maki hamun, orang yang dengar ceramah hentam menghentam saudara seagama, orang yang dengar ceramah fitnah juga kena hulur duit bagi kat pemfitnah.

Anonymous said...

Tahniah TGHH..kalau kata ubn mencerca,menghina dan memusuhi ulama adalah keterlaluan..walaupun berlainan ideologi tapi pemimpin ubn tak la sampai menghina ulama..tahu batasannya..tetapi penyokong bawahan baik ubn dan juga pas kebiasaannya mereka yg keterlaluan..tapi perkembangan muktahir ni pemimpin pkr yg menghina dan mencerca pas dan juga ubn..sekadar utk berlaku adil

Anonymous said...

Sekarang ini, orang PKR sedang bercakap besar. Kata mereka, kalau bukan kerana bantuan, pengaruh dan usaha bersungguh-sungguh Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Hadi Awang tidak akan dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

Kata mereka lagi, Hadi Awang bukannya kenal baik dengan Yusof Qaradawi. Yang kenal baik dan akrab dengan Qardawi adalah Anwar Ibrahim. Malah Qardawi sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi isu liwat.

Jadi, orang PAS tidak seharusnya berasa bangga dengan perlantikan Hadi Awang itu kerana tanpa jasa baik Anwar Ibrahim, maka Hadi Awang tidak akan diangkat ke jawatan tersebut.

Anonymous said...

Baru aku tahu nak jadi ulamak dunia ni ada unsur lobi melobi atau rekomen mcm mintak kerja..kena kabel kuat..anwar yg cakap ya walaupun apa yg dia ni cakap byk yg org dah tak percaya..mana la tak rosak agama allah ni..ulamak pun ada persatuan2..mcm badan politik gak ya..menuntut la dari guru mursyid yg tidak dibayar upah..bukan ustaz2 alphard...

Anonymous said...

kiranya perlantikan tersebut atas ihsan ANUAR LE YAA...amat memalukan!!

Anonymous said...

Walaupun kata2 anwar ni boleh dipertikai tapi kalau betul la mmg rosak agama kita.aku cenderung utk tidak percaya tetapi TGHH dilantik atas merit dia..tapi kalau benar maknanya nak jadi ulama dunia ni kena ada usaha lobi melobi dan rekomen dan kabel kuat la..mcm nak mintak kerja plak.dah mcm persatuan dan badan politik plak.dan kalau benar kata anwar ni bermakna dia ni mmg pakar lobi melobi dan kaki atur mengatur apa2 agenda samada dlm negara dan luar negara.sekadar peringatan..tuntut la ilmu dari guru yg tidak dibayar upah..bukannya dari ustaz2 alphard dll.kalau begini la jawatan ulamak ni boleh diatur2,rosak la agama allah..maaf kalau terkasar bahasa

Anonymous said...

banyak macai2 pkr dalam ni sejak akhir2 nie.
caci maki je yg depa tau taip.
tp tue la standard pkr dap, x berani depan2, pi bayar macai2 utk kacau sapa yg x ikut telunjuk dorg.
sampah punya parti.

Anonymous said...

macai2 pkr kata, anwar yg tolong dapatkan jawatan nie sbb anwar baik ngn qardawi..
hhahaha...

Anonymous said...

dengar kata Anuar yang bg ucaptama dalam majlis tu. Betul ker? Kalau betul Aku x pasti boleh ker iktiraf persatuan ni Sbb takan lah pulak Anuar boleh bagi ucaptama...persatuan guru pondok Malaysia pun x pernah bg Anuar masuk majlis me reka Kerana tau sapa Anuar....

Anonymous said...

rasuah anwar kepada TGHH bagi melembutkan hatinya diatas tindakan AJK pusat...

Pitih ko ..orang tino.ko ..ambo tak emboh...

tapi...mimpi nak jadi PM Malaysia tak akan kesampaian...dapat jadi Timbalan Ulamak Dunia pun jadilah....glamour...sama taraf jugak dengan Presiden, PM !!!!!