Sunday 17 August 2014

Akhirnya Yang Menang Adalah KUMPULAN MUNAFIQ Dan Pejuang Islam Terus Gugur Jadi Bunga Taik

Wabak PARASIT dalam PAS telah melemahkan seluruh jemaah Islam PAS. PARASIT dalam PAS akan menjadikan PAS sebagai sebuah biro menarik Melayu-Islam dalam DAP dan PKR. Manakala pemimpin-pemimpin PAS pula, hanya bersuara dengan suara Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. PARASIT telah menyebabkan PAS tidak lagi mempunyai maruah, harga diri mahupun kemampuan untuk menyuarakan pendirian.

Itu pendirian dan ingatan yang telah dibuat pada tahun 2008 dahulu. Ingatan dan pendirian itulah yang disuarakan kepada pucuk pimpinan.

Bagaimanapun, disebabkan kebanyakan pemimpin PAS sendiri tidak dapat membezakan perkataan TA'ASUB dengan WALA', akhirnya PAS bertukar menjadi sebuah parti selipar jamban untuk DAP dan PKR. Lebih teruk lagi, PAS dijadikan barisan hadapan untuk menggadaikan kepentingan umat Islam semata-mata untuk memenuhi cita-cita jahat Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim.

Hasil daripada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang diumumkan jam 1:00 tengah hari tadi, telah membuktikan teori tentang kejahatan PARASIT itu adalah benar.

Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS dan dikelilingi oleh penjilat-penjilat Anwar Ibrahim serta penyembah-penyembah Lim Guan Eng, dibuat begitu pantas tanpa pembabitan TGHH dan Cikgu Pa yang merupakan Setiausaha Agung PAS.

Mat Sabu cuba membetulkan persepsi, kononnya keputusan tersebut bukanlah U-turn, tetapi MENGHORMATI Tahaluf Siyasi.

Alasan yang begitu dangkal dibuat semata-mata untuk membodoh-bodohkan jemaah PAS yang kian nampak kejahatan kumpulan PARASIT yang menggunakan rasuah wang untuk memenangi dan duduk dalam saf kepimpinan Pusat.

Ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura dan Dewan Ulama sebelum ini, telah dilanggar sekaligus mencabul tradisi PAS yang menjadikan Ulama sebagai ikutan dan contoh. Dan ini bukanlah kali pertama apabila golongan PARASIT yang memperkenalkan diri mereka sebagai golongan Profesional berbuat begitu.

Tidak cukup lagikah bukti bahawa PARASIT sedang menghancurkan PAS dari dalam? Tidak cukup sah lagikah PARASIT telah menjadikan PAS sebagai jamban kencing berak untuk Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng?

Ramai bertanya, mengapa masih ramai ahli-ahli PAS yang tidak isytihar keluar dari parti setelah menyedari yang PAS kini telah menjadi jamban kencing berak PKR dan DAP.

Jawapannya ialah... PAS diwujudkan hasil daripada perjuangan kaum ulama yang amat ditakuti oleh Jepun, PKM dan Inggeris dari zaman Hizbul Muslimin Gunung Semanggol. Dipersatuankan dan ditubuhkan secara rasmi dari rusuk UMNO apabila beberapa pendekatan UMNO yang berketuakan golongan feudal yang tidak faham erti jerih payah rakyat dan mahu menghalalkan sebuah pengharaman mutlak, bersama-sama sekumpulan ulama Tanah Melayu yang membentuk Persatuan Ulama Se-Tanah Melayu yang prihatin dengan nasib bangsa dan umat sekiranya tiada badan yang menjadi pemecah trend sekular yang bermaharajalela pada masa itu selain menjadi penghalang kepada sebarang bentuk kezaliman serta penindasan.

Prinsip-prinsip inilah yang diperjuangkan oleh PAS dan sepatutnya diteruskan perjuangannya. Malangnya, kealpaan dan membiarkan elemen-elemen mazmumah mengotori PAS, menyebabkan PAS tidak lagi bertindak sebagai pengimbang kepada kerajaan yang memerintah. Sebaliknya PAS kini menjadi tempat menternak kaum munafiq, kaum bughah dan golongan caci maki-carut marut yang tidak bersandarkan kepada ilmu dan pengetahuan.

PAS perlu dikembalikan ke fungsi asal. Ahli-ahli yang komited dan taat kepada perintah agama, perlu terus berada di dalam PAS.

Dari awal lagi PAS ditubuhkan, fungsinya ialah memenuhi keperluan UMARA-ULAMA di mana PAS merupakan bahagian ulama. Cuma apabila kemasukan elemen munafiq di dalam tubuh badan PAS, menjadikan PAS dilihat sebagai sebuah parti munafik yang tidak ada pendirian kerana terlalu takut kepada DAP dan PKR sambil berselindung kononnya, perjuangan PAS adalah untuk menjatuhkan UBN.

Sedangkan bukan itu maksud sebenar penubuhan PAS....

32 comments:

Anonymous said...

Anwar telah berjaya mengyahudikan pas dengan wujudnya pendokong tegar beliau dalam pas, kini pas berjalan mengundur kebelakang dan akan masuk kelubang najis bersama anwar.

Anonymous said...

Hasan ali dah bagi tau lama dah berhati hati dgn parasit ni..tapi Nik Aziz Hj Hadi bongkak taknak dengar....sekarang dah hancor baru puas hati korang...

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
hari ini adalah hari yang paling menyedihkan untuk parti pas.
segala caci maki, hinaan, tohmahan yang pas terima dari peliwat dan kafir macam tiada apa bagi ahli pas.

Doa dan harapan saya, semoga Allah tunjukkan kepada golongan yang menghancurkan parti ini.

kini, walaupun perit untuk saya katakan, PAS ADALAH PARTI YANG MELACURKAN AGAMA ISLAM, PELACUR YANG MERPERMAINKAN ISLAM UNTUK MEMPERTABATKAN PELIWAT DAN KAFIR DI MALAYSIA.

semoga AZAB lah dari Allah untuk parti pas ini.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Akibat mempersenda Islam dan menidakkan silaturahim sesama Islam.. akhirnya Allah tunjukkan jalan kehancuran kepada PAS .. kesian Ulamak Ulamak dalam PAS ...

aku said...

berharap DUN selangor bubar..aku nak tengok PAS dan PKR berebut tempat dengan DAP utk lawan di kawasan cina sebab kat kawasan melayu mereka tak kan menang...terbaik..biar rakyat yg tentukan...dah penat dgn begeri selangor punya bahana politik....

Anonymous said...

DOG EAT DOG......PAS,DAP,PKR parti PENGKIANAT ORANG2 MELAYU

Anonymous said...

dari dulu lg dah ckp PAS ialah Parti Ajaran Sesat. haluannya semakin menyesatkan atas nama islam. jika majlis syura tiada fungsi lg bubar kan aje org bkn nak pakai pun keputusan majlis syura or majlis ulama..
ulama dlm pas telah jd pecacai kpd Aljuburi n family dan lim n famili dan karpal n famili.. lepas ini elok pecat aje jubah n serban tu pakai seluar pendek pegi main bola kat padang..
itulah akibatnya bila gila nak berkuasa maka matlamat menghalalkan cara.. berkwn dgn penjahat lama2 jd penyamun. bila si kafir harbi d jadikan kwn org islam d buat musuh inilah akibatnya.
PAS tdk blh di baiki lg ia telah d makan ulat n anai2.. tdk ada lg suara ulama tiada bezanya dgn umno.. lebih bahaya ia bertopengkan islam.. presiden ibarat hidup segan mati tak mau..
inilah peninggalan n.ajis kpd parti pas sblm dia menghembuskan nafas terakhirnya yg akan d kenang sbg bapa penghapusan kuasa ulama..

azlanaini said...

Golongan Kamu yang mendabik dada menggelarkan parti kamu sbgai kepimpinan ulamak.. Kononnya saf hadapan adalah ulama yang perlu ditaati kerana pewaris nabi.
Itu bermaksud ulamak yang buat keputusan untuk dipatuhi.
Kamu memusuhi Umno dengan seribu alasan yang salah satunya Kerana dikatakan Menghina ulamak.
Tatapi kini kami orang orang yang mahu berfikir dengan mata hati dan sedikit ilmu pengetahuan sudah dapat memahami siapa sebenarnya yang dikatakan menghina ulamak.

Anonymous said...

Bersungguh benar PAS tidak mahu bekerjasama dgn UMNO kerana kononnya kerjasama itu akan menyebabkan PAS dipermain dan ditipu oleh UMNO. PAS katanya sudah serik menjadi bahan penghinaan UMNO maka tidaklah mungkin utk tidur sekelambu lagi. Hari ini, satu dunia melihat PAS kehilangan kemuliaannya tanpa perlu pun dihina dan dipermainkan oleh UMNO. PAD hina hari ini kerana keputusan yang dibuat 6 tahun yg lalu utk berkasih mesra dgn DAP dan PKR. PAS hina hari ini kerana telah dipenuhi oleh golongan pentaksub Anwar yg sememangnya tidak peduli adab berjemaah. Rasakanlah.

Anonymous said...

Semua maknusia melakukan kesilapan,ulamak Pas juga begitu,kerana mereka bukan maksum.Tapi apa yg berlaku pada hari ini,janganlah menjadikan para ulamak tersebut sebagai tempat meluahkan kemarahan.Sebenarnya mereka sudah menetapkan pendirian mereka di tempat yg betul,malangnya Pas sudah terlalu tenat ditulari oleh virus al Jubori dan tok kong LGE.

Kesilapan para ulamak hanya satu iaitu mereka terlalu lambat bertindak dan terlalu panjang bersangka baik pada Anwar,akhirnya Anwar memperbudakan mereka.Berbagai kesalahan ,kesilapan kemungkaran yg Anwar telah lakukan,tapi ianya di pandang sepi oleh mereka,kecuali beberapa orang seperti Dr.hassan Ali, Ust.Nasharuddin dan Ust. Hassan Basri.Sekarang adalah masa utk memberi penghormatan kepada mereka bertiga serta penyokong mereka,kerana terbukti mereka lebih arif dan bijak memahami keadaan.

Anonymous said...

Pas dh lama jadi bangkai

azlanaini said...

Kesilapan Pas yang sebenarnya adalah kerana terlampau memusuhi Umno yang kononnya menghina para ulamak sehingga sanggup mengkafirkannya.
Golongan mereka sendiri yang tidak mematuhi pendapat dan saranan ulamak yang mereka lantik sendiri apa pula labelnya?

Anonymous said...

Tk perlu disesali dn ditangisi kerana sebelum ini org2 seperti penulislah yg telah menanam harapan.palsu kepada ahlil pas sehingga telah membentuk jurang yg Salam.

Anonymous said...

APA LAGI YANG ADA PADA PAS

DULU KITA KATA UMNO JAHAT, HARI INI KITA KENA KENCING DI ATAS KEPALA OLEH NUAR N THR GANG

LEBIH HINA DARIPADA BERKAWAN DGN UMNO....ULAMA KITA KENA HINA KENA HINA....MEREKA TENDANG SUARA ULAMA

TGNA, INILAH BAHANANYA BERKAWAN DGN NUAR, TERLALU MENGHINA UMNO

tobeng said...

Inilah balanya menyokong peliwat dan penzina diangkat jadi ketua.Tak percaya atau tak mahu percaya?Semua bukti tak mahu terima.Sumpah laknat tak berani pun korang terima buta2.Golongan yang dikatakan ulama tapi sangat2 percaya dan menyokong peliwat.Mahu dijadikan perdana menteri konon.

Sekarang terima sajalah balasan tuhan.Mesti korang tak mahu percaya juga kan pas sudah dikuasai peliwat yg korang bela sangat tu.Ini hukum karma...kuasa tuhan belaka.

Anonymous said...



DEMI ALLAH. . .SAYA ADALAH ORANG MELAYU.
SAYA BUKAN AHLI PAS. SAYA BUKAN AHLI UMNO.
SAYA BEKERJA DI SELANGOR DAN PENCEN DI SINI.
SUDAH LAMA SAYA TIDAK MENANGIS.
MLM INI SAYA TIDAK DAPAT MENAHAN AIR MATA SAYA. . .
YA ALLAH TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YG ENGKAU REDHOI !

PakKaduk said...

Macam saya komen hari tu mengenai isu ini. PAS tak mampu nak menangani isu sebegini. Sepatutnya dihulurkan salam dengan UMNO. Biar UMNO tunjukkan jalan penyelesaian untuk PAS dalam menghadapi kemelut ini.

Tapi PAS lebih suka bekerjasama dengan peliwat, golongan penyokong LGBT dan pembenci Islam.

Sayang seribu kali sayang.

Anonymous said...

Tumpang lalu,

PAS wajar jadi PUS - Parti U turn Semalaysia

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Logo U Turn tu tak betul. Kalau ikut sistem jalan raya kita, mata panah patut di sebelah kanan.

Ini tanda U Turn di Amerika Syarikat.

Anonymous said...

BOLIHKAH LAGI NAK PERCAYA PADA PAS ?????

MUNAFIQ LA SELAMANYA.

BILA KATA2 ULAMA DIBAKUL SAMPAHKAN. APAKAH MAKNANYA ???

ADAKAH MASIH LAGI BOLIH DIHARAP MEMPERJUANGKAN ISLAM ITU SENDIRI???

TIADA BEZA DENGAN PARTI2 LAIN. SEKULAR JUGA SUDAHNYA.

TUHAN DAH TUNJUK JALAN. AKU DAN KELUARGA KELUAR DARI JEMAAH INI.

HARAP MAAF.

Anonymous said...

Jemaah sesat pas..
jauhi sebelum lebih banyak kesesatan..

Anonymous said...

Allah swt dah tunjukkan wajah sebenar PAS.Topeng2 ini dah tonjolkan diri siapa sebenar mereka dalam PAS.Ibarat jatuh tangga ditimpa tangga,ulama PAS seolah olah terkedu dan tak berkata kata apa2.Tiada apa lagi yang harus diperkatakan.terimalah seadanya.

Anonymous said...

Ada pulak jata bukti video tu besi...
punya la jilat.....sekarang dah letih jilat ke?

Anonymous said...

Ulamak2 dlm Pas bukan lawan Anwar....
mereka tidak mampu menahan pukulan gelumbang Pkr...mereka telah tewas..

Anonymous said...

Tewas dengan penoh perasaan syugul dan sesal...

Anonymous said...

Sesal dahulu pandapatan..
sesal kemudian tiada guna nya..

Unknown said...

Saya org johor berkerja di johor tapi semalam adalah hari yang mendebarkan dan menyedihkan saya. Dah lama saya tak rasa seperti semalam SEDIH DAN SEDIH kerana saya berdoa PAS tetap pendirian tapi. . . .

Anonymous said...

Assalamualaikum. Kita tengok episod seterusnya...

jawatankuasa hudud..
usul hudud di sidang parlimen september ini..

semoga MB kelantan tetap istiqamah...
semoga MB kelantan ikut majlis syura
semoga MB kelantan lawan JKP..

atau.. hanya wayang lagi kah???

Melayu Sepakat Islam Berdaulat.. Insyallah

Wassalam

zoy..

Anonymous said...

Aku tak yakin dgn pas lagi...
tiada harapan utk pas lagi...
pas pasti u turn...

Anonymous said...

Kesian golongan ulamak dlm pas...
aku percaya mereka amat sedih...
bangunlah...
bangunlah khalifah ku..
pimpinlah ke arah kebenaran...
hapuskan kebatilan...
kita hanya takut dgn Allah...
kita tidak takutkan manusia durjana...
bangun lah dari kesedihan ini...
luka pastinya akan sembuh jua..
bangunlah khalifah ku...
kita tentang kebatilan ini...
takbir...
Allahuakbar

Anonymous said...

Terbukti PAS hanya sekadar parti yg hina!! Ulamaknya tak mampu pertahankan islam, walau telah disekeh2, ditunjal2, diludah n dimaki, akhirnya PAS tetap mahu jd penjilat si peliwat.. Aku terkedu, apa lg yg boleh dharapkn pd PAS utk tegakkn islam!!

Anonymous said...

diharap pas menjadi parti saitan buat selamanya