Tuesday 5 August 2014

Mereka Main Sihir Pulak Dah Untuk Takut-Takutkan Pesuruhjaya PAS Selangor

Boleh jadi betullah macam yang selalu UBN cakap dan tuduh yang Anwar Ibrahim dan konco-konconya suka main sihir dan tidak lekang daripada perbuatan khurafat dan syirik iaitu mempercayai bomoh.

Boleh jadi betullah macam yang selalu UBN cuba buktikan bahawa Anwar Ibrahim dan konco-konconya amat percaya dengan kekuasaan bomoh serta sihir mengatasi kuasa Allah SWT.

Sebelum ini, dah ramai yang kata Anwar memang terlibat dalam amalan khurafat dan syirik itu tetapi dia bijak berlindung di sebalik janggut nipis, cakap ala-ala nahu Arab walaupun bacaan ayat-ayat al Quran berterabur tajwid atau berlakon membaca khutbah dan memberi tazkirah. UBN dah beratus-ratus kali keluarkan bukti bergambar tentang bomoh yang sering mengikut Anwar Ibrahim setiap kali dia dibicarakan di mahkamah, bermula dari tahun 1998 sehingga ke tahun 2012.

Namun semalam, ia seperti membuktikan kebenaran tersebut. Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap ADUN Cempaka cuba dijadikan sasaran. Bukan sahaja rumahnya, bahkan pusat khidmat masyarakatnya di Kampung Pandan, menjadi sasaran.

Semuanya bermula apabila Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR tidak dapat menjawab atau memalukan Iskandar Samad yang mempunyai latar belakang akademik dan kerjaya lebih baik berbanding Saifuddin Nasution yang cuma menjadi penyamun suruhan Anwar Ibrahim sewaktu di dalam UBN dahulu.

Dari awal lagi, Saifuddin cuba menyerang Iskandar dan cuba memaksa Iskandar mengikut telunjuknya. Namun Iskandar yang lebih memahami kehendak ahli-ahli PAS, mempertahankan pendirian TGHH yang mahukan Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Dendam si Batak bernama Saifuddin Nasution bagaikan tidak berpunca.

Mungkin ada yang cuba menafikan perbuatan meletakkan tempurung bertuliskan nama Iskandar Samad itu sebagai perbuatan Saifuddin mahupun para penyokongnya, tetapi berdasarkan rekod dan sejarah silam, sememangnya Saifuddin yang turut menjadi penghubung utama bomoh-bomoh kebatinan di Indonesia dengan Anwar Ibrahim, mempunyai saham terbesar di dalamnya!

3 comments:

Anonymous said...

Kebodohan Pemimpin dan penyokong pas tak perlu disihir pun oleh anwar cukup setakat anwar berdehem je...

Anonymous said...

Nampaknya ketaksupan pas terhadap Anuar dah mula makan diri, tak sampai ke mana pun kepandaian pasngok.

Anonymous said...

Tu le ...dulu bomoh klia tu buat demo di klia...
sepantas kilat korang tudoh itu keja ubn..
sudah2 le nak tudoh orang lain...
sekali sekala cuba selak kain sendiri tengok kurap yg dah semakin hapak tu...