Tuesday 12 August 2014

Kini Giliran PARASIT PAS Pula Yang Bekerja Bagi Pihak Anwar Memusnahkan PAS Selangor

Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang yang diberikan kepercayaan mengetuai Lujnah Undang-Undang dalam PAS, kini menggunakan perangai Syiahnya untuk mula memecah belahkan persatuan dalam jemaah Islam PAS dengan menyatakan bahawa ADUN-ADUN PR tidak perlu memberikan undi tidak percaya kepad Khalid, sebaliknya boleh menyeret Khalid ke mahkamah sepertimana yang dilakukan oleh UBN pada tahun 2009 dahulu di Perak. Lidah Syiah dicampur lidah peguam, membuatkan Hanipa Maidin seorang pembohong yang tidak dapat membezakan realiti dan fantasi. Kemelut di Perak dimulakan oleh DAP dan PAS serta Nizar Jamaluddin hanyalah boneka kepada Ngah dan Ngeh bersepupu.

Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam menerusi Twitternya pada lewat tengah malam tadi, memberikan pujian yang amat melambung kepada Wan Azizah Wan Ismail sehinggakan dia terlupa bahawa kepimpinan dan kewalian itu tidak sekadar dari segi simpati, sebaliknya menerusi ciri-ciri yang telah disebut-sebut oleh ulama-ulama muktabar dalam susunan serta disiplin Siyasah Syariiyah

Dr. Dzulkefly Ahmad, masih lagi gila bayang kerana kekalahan di kerusi Parlimen Kuala Selangor di tangan pendatang baru dari UBN, tetap dengan pendiriannya bahawa PAS tidak boleh melawan PKR dan DAP, malahan PAS perlu sentiasa patuh kepada DAP dan PKR memandangkan kedua-dua parti tersebut lebih berpengalaman daripada PAS - sejarah yang sama sekali dipesongkan olehnya.

Nun sayup di pantai timur, Husam Musa yang sudah kehilangan kuasa, mengungkit-ungkit tentang keahliannya dalam PAS dan sepanjang pengalamannya mengecapi kemenangan dalam PAS bersama-sama Pakatan Rakyat. Husam Musa yang gagal dalam cubaan menjadi Ahli Parlimen Putrajaya, pun tidak mahu ketinggalan untuk bercakap bagi pihak PARASIT kerana di Kelantan, dialah kepala PARASIT yang merosakkan dan memburukkan nama TGNA di mata masyarakat hanya kerana kegilaannya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

Kesemua mereka adalah PARASIT. Kesemua mereka telah dikenalpasti sebagai penyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Kesemua mereka bekerja keras untuk menghancurkan PAS dan menukarkan jemaah Islam PAS menjadi jemaah liberal yang menyokong apa-apa sahaja daripada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng walaupun LGBT.

Dari Selangor, mereka-mereka ini sedang dikesan cuba mempengaruhi ADUN-ADUN PAS yang masih bersetia serta bertaat kepada Presiden dan Mursyidul Am. Mereka inilah yang paling banyak bercakap kononnya, PAS menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sekaligus menyanggah keputusan yang telah dibuat oleh TGHH.

Dan semalam, apabila mendapat tahu, Anwar gagal memujuk dan mengugut TGHH, mereka telah memperhebatkan fitnah ke atas TGHH dan sudah mula mengatur langkah untuk bertemu serta mempengaruhi TGNA yang sedang menjalani rawatan.

Hanya kerana Ustaz Nik Abduh menjadi penghalang, membuatkan niat dan perancangan mereka gagal. Dan sudah tentulah Ustaz Nik Abduh digerakkan oleh Allah Taala untuk menghalang kejahatan dan pendurhakaan itu.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau Pas bersama Pakatan merekalah yg beruntung,boleh jadi PM dengan menenggek kapal Pas,sedangkan ketaatan mereka adalah pada Anwar bukan pada TG HHadi.Mereka semua pegangng kerusi MP,ADUN mereka tak mahu,kononnya keran mereka profesional,tapi matlamat sebenarnya utk jadi menteri kalau Pakatan berjaya tawan Putrajaya dan agenda Anwar Liberalisma,Pluralisma dan LGBT akan mereka sokong habis-habisan.Agenda Islam Pas akan terulat-kulat tiada sokongan.

Anonymous said...

puihh,pengkhianat pakatan rakyat.
dulu sebuk merayu dap ngn pkr utk kalahkn umno, skang khianat pakatan rakyat.
lu sembang kuat la pas ni, kita tgk pru nnt, silap2 boleh lenyap dari selangor.