Thursday 7 August 2014

Demi MARUAH PARTI dan MARUAH DIRINYA, Nasruddin Tantawi TIDAK BOLEH MINTA MAAF Kepada Guan Eng!


Nasrudin Hassan Tantawi jangan menjatuhkan imej parti dan islam dengan membuat permohonan maaf kepada Lim Guan Eng. Biarkan perkara berkenaan dibawa ke mahkamah. Setidak-tidaknya soal ketulusan terhadap tuduhan ke atas projek "tunnel" berkenaan dapat dihuraikan melalui dokumentasi kepada mahkamah sama ada benar-benar tiada berlaku pelaksanaan secara urusan rundingan terus atau "direct nego" seperti mana disahkan oleh Lim Guan Eng.

Kita yakin Nasrudin tidak akan gentar dan membuat u-turn bila digertak oleh LGE. Beliau tentu berkeyakinan tinggi dan bersedia sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pada pandangan aku, isu berkenaan adalah lebih kepada pertempuran sesama sendiri iaitu antara pemimpin PAS dan DAP di bawah satu bumbung yang semakin tenat dan rapuh dan diistilahkan seperti retak menanti belah.

Justeru itu kita mengingatkan LGE agar jangan cepat melatah dengan menuding jari kepada pihak lain terutamanya UBN dan ejen-ejennya dalam isu berkenaan. Apa yang dibangkitkan oleh Nasrudin adalah di dalam kerangka dan lingkungan Pakatan Rakyat.

Ini adalah masaalah keluarga Pakatan Rakyat dan tidak seharusnya orang seperti UBN dibabitkan sekali.

Secara sinis dikatakan mungkin juga ada kebenarannya bahawa selama ini apa yg diperkatakan serta dikritik oleh UBN dan ajen-ejennya terhadap kerajaan LGE itu tepat dan betul sehinggakan pemimpin Pakatan Rakyat turut mengulangi benda yang sama.

Walau bagaimanapun harus ditekankan bahawa projek tunnel tersebut bukanlah kehendak majoriti penduduk Pulau Pinang.Sudah memadai dengan prasarana dua jambatan dan jalan bertingkat atas darat yg sedia.

Apa yg lebih penting adalah kerajaan negeri harus memperbanyak pembinaan rumah mampu milik dan kos rendah dan jangan lupa bahawa golongan rakyat yg berpendapatan RM3000 ke bawah yang merupakan golongan majoriti di negeri ini. Bukan projek terowong sebagai keutamaan.

11 comments:

Anonymous said...

Kalau mintak maaf jugak mmg sah PAS:

i. parti tok alim kampungan
ii. penyembah tokong Guan Eng, Kit Siang dan Anwar
iii. bila sesama Islam berani bukan main, tapi dengan kafurin wal munafikun terus jadi pondan

Takyah nak kata pembela Islam la PAS, buat malu je. Sama la korang dengan UMNO tu.

Anonymous said...

tokong guan eng gertak dengan saman je terus tertunduk minta maaf.

berani la sikit. tokong tu guna undang2 pas sepatutnya guna undang2. lawan tetap lawan.

kalau minta maaf juga maknanya memang pas sokong tokong.

Anonymous said...

Apa saja kenyataan rasuah terhadap DAP akan berdepan saman. Banyak kenyataan rasuah,penyelewangan terhadap UMNO dam PM,tapi tiada satu saman pun. Morale of the story-takut kerana salah,berani kerana benar.

Anonymous said...

Siapa kata tak de saman dari UMNO? Adalah. Saman kerana kes pemecatan MB Trengganu aje.Kes yang paling remeh dan tak masuk akal. Inilah standard dan mentaliti UMNO.

Anonymous said...

apahal plak pas nk masuk campur kes khalid ni? dulu pas pecat hasan ali dgn alasan hasan x selari dgn pasti, tp apsal plak pkr x boleh buat macam tu?
pas jaga parti sndr la weh..jgn sndr boleh buat org len x ble plak..
bila sndr sumer halal..bila org len sumer haram...
puihhh..

Pak Kadiaq said...

eleh, lepas kena gertak ni esok tantawi akan mintak ampun kpd guangeng le.. drama politik murahan.. kah kah kah kiok

Anonymous said...

Bila Pas nak u turn ni... dah bid banyak ni...
pokcik kayo lopaih ni hahaha..

Anonymous said...

Jangn hina pas , tak baik.
Sekurang kurang nya pas boleh baca doa untuk kenduri arwah

Anonymous said...

Dalam dunia ni hanya pas saje yang pandai baca doa. Tolong jangan hina tau

Anonymous said...

Berani kerana benar, tapi suruh ketum bersumpah muhabalah pun kecut. Dalam mahkamah pun tak berani hadapi pendakwaraya untuk bertanya soalan balas.

Cakap puak PAS ni buat lap mangkuk jamban pemimpin DAP boleh la..

Anonymous said...


Dlm statemen ustaz nasrudin dia membandingka 2 isu yg sama dan bertanya. Tidak salah bertanya. Jadi atas dasar apa ustaz nasrudin hendak disaman. Tidak ada merit langsung dan menyalah guna proses mahkamah.
Tindakan saman itu cuma dilihat sebagai usha untuk menutup mulut ustaz nasrudin dan bertujuan merendahkan kredibility ustaz nasrudin.