Monday 11 August 2014

Akhirnya Anwar Ibrahim Terpaksa Merayu Kepada TGHH... Mana Pergi Kesemua PARASIT?

Tiga hari lepas, Anwar Ibrahim dengan megah dan bongkak menyerang TGHH dan TGNA apabila kedua-dua tok guru itu menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Para penjilatnya termasuklah dari dalam PAS, mengecam TGHH dan TGNA sehinggakan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR dengan sombong berkata, PAS (baca: TGHH dan TGNA serta TGHD) akan diberi surat tunjuk sebab mengapa melawan Anwar Ibrahim.

Hari ini Sultan Selangor memperkenankan Khalid Ibrahim meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor dengan dokongan empat orang Exco PAS berdasarkan peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Tiga hari lepas, Anwar Ibrahim selepas mengumumkan pemecatan Khalid Ibrahim, menyambut harijadinya dengan penuh gembira bersama-sama para pemimpin DAP yang cuba menyelamatkan keuntungan ratusan juta ringgit menerusi transaksi tanah melibatkan dua buah syarikat yang merupakan antara penyumbang dana utama kepada parti tersebut.

Pemecatan Khalid Ibrahim dijangka akan lebih memudahkan Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar atas kepercayaan bahawa Menteri Besar Selangor perlu dari kalangan wakil rakyat dari parti yang mempunyai majoriti di Selangor.

Malangnya, kedudukan dan jawatan Menteri Besar bukannya ditentukan oleh parti politik, sebaliknya ditentukan oleh Sultan.

Sebaik-baik sahaja mendapat tahu perkenan sultan kepada Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim tidak tunggu lama untuk terbang ke Kuala Terengganu.

Dia tiba di LTSM Kuala Terengganu jam 4:40 petang tadi dan ketibaannya ditunggu oleh YB Azan Ismail, ADUN Bandar bersama-sama ahli dan kepipinan PKR Negeri Terengganu berjumlah lebih kurang 15 orang.

Pukul 4:45 petang Anwar Ibrahim dengan menaiki Proton Preve berwarna putih metalik dengan nombor pendaftaran WYK 319 telah meninggalkan LTSM menuju ke rumah TGHH di Rusila, Marang.

Setelah puas mencerca dan memaki hamun TGHH, Anwar menebalkan muka dan berlagak selamba untuk bertemu dengan TGHH di rumah tok guru sendiri. Demi mencapai matlamat dan kehendaknya, Anwar Ibrahim merendahkan diri dan maruah dirinya menuju ke Rusila, sedangkan baru beberapa hari lepas dia menyatakan bahawa TGHH tidak akan memberikan sebarang nilai tambah kepadanya. Bahkan kalau keseluruhan PAS sekalipun tidak menyokongnya, cukup dengan PKR dan DAP, Wan Azizah sudah boleh naik jadi Menteri Besar Selangor.

Sampai ke Rusila pun, Anwar sanggup pergi. Dan kalaulah TGHH berada di laut melayan batang pancing kegemarannya, tidak mustahil sekiranya Anwar Ibrahim akan berenang ke tengah laut semata-mata untuk memujuk TGHH untuk bersama-samanya, sekaligus menafikan segala kata-kata cercaannya terhadap TGHH sebelum ini.

11 comments:

Anonymous said...

Sekiranya TGHA melayan kehendak Anwar Ibrahim nie, maka nanti akan lebih banyak tohmahan buruk menimpa TGHA..

Kita tunggu lah apa cerita berikutnya..

Anonymous said...

Taktik peliwat tu, dapat tangkap gambar dengan Hadi Awang pun cukup la. Esok boleh keluar artikel kat malaysiakini, malaysiainsider kononnya dia dah ber'bincang' dengan Hadi dan tuan guru pun setuju dengan tindakannya untuk memecat Khalid.

Tu taktik lama, bagi kat pencacai taik Nuar boleh la. Mana yang dah masak perangai dengan dajjal laknatullah ni takkan tertipu untuk kali kedua..

Anonymous said...

Ini lah contoh manusia anjing tersepit...
umno yg membebaskan nya telah digigit...
tunggu lah pas pula akan digigit nya selepas segala bala ini selesai...
pas berhati hati lah...jgn gopoh dgn tindakan anda...

Anonymous said...

Ni dia la, peguam syiah lebih dari syiah apabila berbicara

KUALA LUMPUR: Undi tidak percaya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Hanipa Maidin.

Katanya, kaedah yang diguna pakai ketika krisis politik di Perak pada 2009 boleh digunakan untuk
membuktikan Abdul Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan ADUN Pakatan Rakyat.

"Mahkamah telah membenarkan kaedah yang digunakan ketika krisis politik di Perak jadi tidak perlu panggil sidang DUN untuk membuat undi tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid

"Apa yang perlu dibuat ialah, pimpinan Pakatan Rakyat boleh memohon untuk menghadap Sultan Selangor dan membawa senarai ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang tidak lagi menyokong Tan Sri Khalid.

"Mereka juga perlu kemukakan nama calon Menteri Besar yang baharu untuk diperkenankan oleh Sultan," katanya kepada Astro AWANI.
Sementara itu, PKR dan DAP dalam satu kenyataan bersama hari ini mendesak Abdul Khalid membuktikan kepada rakyat bahawa beliau mendapat sokongan seperti yang nyatakan kepada pihak istana adalah benar dengan memanggil sidang DUN.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua itu mendesak supaya satu sidang DUN dipanggil untuk dibuat undi tidak percaya.

"YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperolehi oleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa.

"Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari Adun PAS dan UMNO," kata kenyataan tersebut.

Abdul Khalid dalam sidang medianya hari ini menjelaskan beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk kekal sebagai menteri besar.

Beliau juga menjelaskan akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan.

"Untuk berlaku adil saya akan berjumpa dengan semua exco. Kalau dia (exco) rasa bukan lagi 'team' menteri besar jadi saya rasa adalah lebih baik mereka tidak meneruskan khidmat mereka," katanya.

Abdul Khalid yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa dan mendakwa mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.

Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri.

"‎Bagaimanapun saya akan mengambil peluang bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," katanya lagi.

Anonymous said...

Dah jadi kenyataan...

Anwar berkata KONONNYA pertemuan dia dengan TGHA amat bagus...

berhati-hati wahai umat manusia apabila dajal ni berkata-kata

Anonymous said...

Wa caya sama lu Khalid!

Anonymous said...

Ramai orang yg sudah menjadi mangsa si keji ini.Yang bertindak betul di putarnya menjadi mahzalim,yg ingin membela kebenaran di pusingnya menjadi pemfitnah,yg di pihak benar di katakan menyokong kerana telah di bayar.

Kepada yg boleh berfikir,halusilah kata-kata,janji dan perbuatan si keji ini bagi menilai siapakah dia.Bagi yg sudah membuat kesimpulan alhamudullilah kerana telah terhindar dari bersubahat dgn si durjana,bagi yg masih mempercayainya,terserahlah dab tunggulah musibahnya.

Anonymous said...

HANYA DR M DAN KHALID SAJA YANG BERANI CANTAS NUAR

TAHNIAH

ras abu said...

PAS akan bekerjasama dengan peliwat?

jangan cari bala TGHH

Anonymous said...

Pas belum cukup tanggong bala lagi ke?
Haru biru dibuatnya Pas dari akar umbi sampai ke presiden pun kena saman...
cukup2 la cari bala takut2 nanti tak tertanggong...
Pas bukan pandai melepaskan diri dari bala mcm tok syekh nuar tu...

Anonymous said...

pkr= parti koyak rabak ...dah bro..xguna Pas tolong lg anjing yg tersepit...cukuplah dgn kelentong anwar aljub ni.