Sunday 21 September 2014

Shaari Sungib Memang 'Hebat'... Darah PARASIT Dalam Tubuhnya Sudah Tercemar Teruk!

Saari Sungib berjaya mendapatkan perhatian daripada kaum PKR dan DAP apabila memilih untuk membelasah pemimpinnya sendiri bagi memastikan taukeh besar yang mendanainya senang hati. Alasan yang diberikan oleh Saari Sungib ialah dia mahu menjaga Pakatan Rakyat Selangor tetapi pada masa yang sama, dia tidak mahu PAS menjadi Ketua di Selangor.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Saari Sungib melihat kepentingan PKR dan DAP jauh lebih penting dari PAS yang mana dia menjadi ahli dan wakil rakyatnya.

Apabila TGHH menyatakan dalam penggulungan hujahnya di Muktamar PAS bahawa dua ADUN PAS Selangor telah dibeli oleh broker dan barua, Saari Sungib segera mencabar TGHH untuk membuktikan yang dia telah dibeli.

Ternyata berada di dalam PAS, tidak membuatkan Saari Sungib lebih faham tentang mantiq bahasa yang digunakan oleh TGHH. Saari Sungib sebaliknya cuba menjadikan maksud 'beli' itu dengan maksud sehala atau maksud lazim, sedangkan bahasa yang dituturkan oleh TGHH itu membawa maksud golongan yang pendirian dan kiblat mereka telah dipalingkan kerana keuntungan material.

Dalam hal ini, keuntungan material telah menyebabkan Saari Sungib memilih untuk berpihak kepada Anwar Ibrahim yang kita tahu akan mengeluarkan dan memberikan pelbagai janji yang menyenangkan termasuklah keuntungan, pangkat, harta benda dan sebagainya.

Sepatutnya sebagai orang yang telah diberikan tanggungjawab menjaga parti, mewakili parti dalam perkongsian kuasa dan suara di dewan himpunan atau dalam fiqh siyasah digelarkan sebagai ahli al-halli wa al-aqd, Saari Sungib sepatutnya mewakili kumpulan atau jemaahnya iaitu PAS. Apatah lagi, Saari Sungib sendiri terlantik atas dasar jemaahnya, bukan kerana Tahaluf Siyasinya. Begitu juga ketika berkempen untuk menang kerusi DUN Hulu Kelang, Saari Sungib menggunakan lambang, quwwah dan amanah PAS, bukannya atas nama Tahaluf Siyasi, malah tidak sama sekali menyatakan kepada para pengundi, dia bertanding untuk membela PKR dan DAP.

Benar, Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik antara PAS dengan PKR dan DAP adalah bertujuan untuk menggulingkan UBN. Tetapi tahaluf siyasi ini adalah tahaluf siyasi yang longgar. Tahaluf Siyasi yang tidak ada matlamat mutlak terutama apabila Pakatan Rakyat itu sendiri tidak berpakat untuk menamakan bakal Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet, mahupun Setiausaha-Setiausaha Parlimen.

Menggulingkan UBN dan menggantikan kedudukan UBN dengan Pakatan Rakyat, tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk meletakkan PAS di bawah telapak kaki PKR dan DAP. PKR tidak mempunyai sebarang kekuatan sebaliknya sekadar meniti di atas PAS, menggunakan segala kelebihan yang ada pada PAS untuk dikenali sebagai PKR.

Tanpa PAS, PKR hanyalah sebuah parti picisan yang tidak ada nilai suatu apa pun. Malah matlamat PKR dalam politik negara juga tidak jelas selain daripada mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia semata-mata.

Justeru apabila TGHH menyatakan bahawa kedua-dua ADUN PAS itu telah 'dibeli' oleh barua dan broker, ia sebenarnya adalah benar. Saari dan Hasnul tidak mempunyai sebarang hak lagi untuk bersuara, menyanggah mahupun menafikan kerana mereka dari awal lagi telah memberikan petunjuk bahawa mereka tidak akan akur kepada parti sendiri kecuali setelah PAS mahu tunduk kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Tak payah lagi untuk Saari meminta bukti daripada TGHH yang dia telah dibeli kerana dia telah pun membuktikan bahawa dia memang barang dagangan.

Orang sepertinya, jangankan parti, agama pun sanggup dijual demi kemewahan dan jawatan.

Mungkin para penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng seronok mendengar alasan yang diberikan oleh Saari, apatah lagi Saari menyerang TGHH tanpa rasa ragu-ragu dan malu, tetapi hakikatnya tindakannya itu sudah melayakkannya untuk digelarkan sebagai PARASIT TULEN!

24 comments:

Anonymous said...

Setuju dgn pendapat tuan. ..

Anonymous said...

Saari ni memang asalnya ahli PKR malah memegang jawatan tinggi dalam PKR,beliau bersama Saifuddin melompat ke dalam Pas demi kepentingan pribadi, pada ketika itu PKR hidup segan mati tak mahu.Kami yg tetap bersama PKR walau pun PKR dalam keadaan nazak rasa terkilan pada mereka berdua.Bila al Jubori bebas,Safuddin balik menyertai PKR,walau pun telah di beri jawatan oleh Pas dlm Yayasan Tok Kenali.Saari terus bersama Pas dan di beri tempat utk menjadi calun piliharaya.Ini semua silap Pas juga yg terlalu mudah memberi tempat istimewa pada tokoh dari luar.

Anonymous said...

PAS silap perhitungan Kerana terlalu fokus ke arah merebut kuasa sanggup mepertahankan Anwar Ibrahim. Sebaliknya Anwar mempunyai perhitungan lain iaitu menguasai PAS. Kerana PAS terlalu gelojoh membuatnya buta dan tidak dapat bertindak secara berhati2.

Dah tau penyokong kuat Anwar ada dalam PAS tetapi terus memberi ruang kepada mereka menyertai PAS. Gelojoh punca PAS dalam keadaannya kini.

Saifuddin, Saari, Kamaruddin Jaafar, Kalid Samad, Dr Zulkifli dan lain2 yang terang2 orang Anwar diberi kebebasan menerajui organ2 penting parti PAS.

Sekarang, apa dah jadi kepada Haji Hadi? Apa kedudukan Nik Aziz di mata Anwar Ibrahim dan penyokong2nya? Haron Din?.

Kini baru nak melopong.

Anonymous said...

Dia minta bukti ke apabila menyokong Anwar yang menuduh Khalid seorang MB yg korup dan langsung dihukum buang parti tanpa peluang bicara?

Munafik sungguh musang berbulu ayam ini.

anak kelate said...

Bila TUN MAHADHIR .. MEMECAT ANWAR IBRAHIM .. SEMUA PENYOKONG PR .. MAHAZALIM..
SEBENARNYA .. ANWAR IBRAHIM .. TIDAK BOLIH DI BUAT BAKA ..
BAGAI MELEPAS ANJING TERSEPIT ..
JIKA TIDAK KERANA PARTI PAS .. TIDAK ADA ANWAR IBRAHIM ..INGAT 1998..
KETURUNAN INI TIDAK BOLIH DIBUAT KETURUNAN .. NAUZUBILLAH..HIL ZALIK

Anonymous said...

Apa lah nak diharapkan dari virus PKR. Sudah sengaja diletakkan dalam Pas. Pas pulok macam mana boleh pilih virus ini untuk jadi dun....ada yang letak lah tu kalau bukan mat syiah dan k-gereja. Kalau ada Hassan ali tak jadi virus penyanggak nie jadi dun. Tengok macam mana parasite telah cantas hasan ali, nasaruddin dan pariot pas yang lain.

Anonymous said...

Apabila solat hajat dah di makbul Allah terpaparlah kebenaran walau pahit nak. Ditelan

Grand Marquis said...

Apabila ada adun PKR melompat ke BN, berjela-jela puak-puak PR menuduh kata mereka telah dibeli. Siap macam-macam figure lagi diberikan yang entah dipetik dari mana.

Tapi bila ada pula adun PAS terang-terang membelakangkan parti dan tikam PAS secara terbuka, boleh pulak dia kata dia tak kena beli.

Itulah dunia politik. Kalau kena kat lawan, halal. Kalau kena kat puak sendiri, ada aje alasan.

Anonymous said...

Smua orang tau pas ni mmang bodoh dari dulu lagi... Bodoh tak boleh di tegur...pandai tak boleh di ikut... Memang layak la jadi barua pkr dengan dap..

Anonymous said...

just nak ulas isu 2 yb pas yang menyokong dswa..mereka pas selalu guna perumpamaan bahtera dalam isu organisasi..saya pun nak guna perumpamaan bahtera juga..ada satu bahtera ini di dalmnya ad 3 bilik iaitu bilik PKR di depan, bilik PAS di tengah dan bilik DAP di belakang..sewaktu ahli di dalam bilik PKR hendak membaiki dinding bahtera, tetiba berlaku kesilapan sehingga mengakibatkan dinding bahtera bocor.. ahli pkr di dalam bilik itu kesemuanya tidak cukup untuk memperbaiki kebocoran itu..ahli dalam bilik PKR meminta bantuan ahli dalam bilik DAP dan bilik PAS.. jd ahli DAP kesemuanya tolong walaubagaimana pun masih tidak mencukupi tenaga untuk menutup kebocoran tersebut..ketua bilik PAS melarang ahlinya bilik nya untuk tolong..jd 2 orang dari ahli pas mengingkari arahan ketua itu dengan memikirkan jikalau mereka tidak tolong, kesemua dalam bahtera itu akan tenggelam disebabkan tidak dapat menampung kebocoran itu.jd kedua yb ini pergi menolong untuk menutup kebocoran itu..maka buat seketika bahtera itu selamat sementara menanti kebocoran ditutup secara kekal..adakah logik kedua yb itu digelar pengkhianat..jika mereka tidak mengambil ijtihat untuk menolong maka kesemua mereka di dalam bahtera akan tenggelam.

Anonymous said...

Anon .. 8.36
sebab tu la .. kita kena tengok .. BAHTERA YANG KITA NAIKI NAK BELAYAR .. SIAPA NAKHODA DAN PENUMPANGNYA ..
JIKA NAKHODA NYA YANG MENPUNYAI IMPIAN ( NAFSU ) SEMUA NYA HALAL PADA HUKUM LOGIK ..
MAKA .. KITA CARI PELAMPONG YANG BOLIH MENYELAMATKAN KITA DARI KARAM HINGGA MATI LEMAS ..
BEGITU JUGA PARTI PAS .. BARU MENYEDARI SUDAH SEKIAN LAMA JADI PAK TURUT ( BALACI ) PADA PKR & DAP ..
BERKATA BENAR LAH KAMU WALAU PAHIT UNTUK DITERIMA ..
KEPADA PARTI PAS .. BERJUANGLAH MENGIKUT OBJEKTIF ASAL PENUBUHANNYA .. JANGAN LAH BERJUANG MENGIKUT KEADAAN MASA DAN KETIKA ..
RUJUK LAH .. AL QURAN & SUNNAH .. YANG DIWARISI 1400 TAHUN LEBIH .. JANGAN DOK PINDA PINDA ..

Anonymous said...

pas takkan tak kenal siapa abu urwah ni,
bukan calang2 pemimpin, semua anak buahnya ada dlm parti melayu, pkr, pas dan umno, ingat saya kata anak2 buahnya!

bukan kecik anak orgnya, sbg pengasas pertubuhan pelajar luar negeri era revolusi iran, semua profesional (budak2 melayu cerdik yg dihantar keluar negeri oleh kjaan) skrg majoriti sudah establish hidup mereka dimsia ramai yg jutawan ttpi agak islamik pegangan mereka tapi didikan sekular, dlm politik dn pertubuhan spt abim,ikram, jim malah isma sekalipun pernah atau masih berketuakan abu urwah ni.

Kalu dlm pertubuhan underground kira tahap abu spt supergodfather. Ini bermakna dia adalah sebaris dgn pemimpin spt anwar dan haji hadi, kira2 dia ni menjadi rujukan spt saudara siddiq fadhil kpd ahli@bekas abim.

Ini bukan sebarang org la, bukan chap ayam punya manusia ini la.

Anonymous said...

Jual Beli Pantun pun guna duit juga kah??? Berapa hinggit satu rangkap pantun???? Susah mau kira kalau macam ni.

Anonymous said...

Jual Beli Pantun pun guna duit juga kah??? Berapa hinggit satu rangkap pantun???? Susah mau kira kalau macam ni.

Anonymous said...

Sbb tu ambo kata .. belajar AGAMA ISLAM DENGAN LOGIK AKAL .. JIKA NAK BANDINGKAN DENGAN PRODUK .. PONDOK ..
.. UK @ US VS PONDOK ..

Anonymous said...

Satu 'ibrah yang boleh kita ambil dari konflik MB Selangor ini ialah betapa perlunya PAS meneliti semula matlamat perjuangan parti. Walaupun di dalam perlembagaan PAS dinyatakan secara jelas bahawa tujuan PAS ditubuhkan ialah untuk memartabatkan AlQuran dan Sunnah di dalam segenap aspek kehidupan, perjalanan parti untuk dasawarsa terakhir ini dilihat sedikit tersasar dari matlamat sedemikian. Seolah matlamat PAS sekarang ialah "Asal Bukan Umno"(ABU). Prinsip ABU ini sedikit sebanyak disuntik oleh Anwar Ibrahim, yang dendam kesumatnya kpd Umno dapat difahami lantaran beliau ditendang keluar dari parti itu setelah kebuasan nafsunya terbongkar. Namun agak menghairankan, di kala Anwar sendiri masih mengintai2 ruang kerjasama dgn Umno sebagaimana yg terbukti melalui beberapa siri pertemuan rahsia dgn pimpinan Umno, PAS mengambil sikap yg sedikit terlebih sudu dari kuah apabila secara mutlaknya menolak sama sekali sebarang usaha ke arah penyatuan dua parti ummat Islam di Malaysia ini.
ABU juga mendorong PAS untuk bekerjasama dengan PKR dan lebih radikal lagi, dengan DAP. Siapa yg dapat menafikan bahawa semenjak tidur sebantal dgn dua parti sekular ini, keghairahan PAS di dalam memperjuangkan isu-isu yg melibatkan kehormatan Islam mula mengendur. PAS tiba-tiba menjadi malu-malu untuk menjuarai isu murtad, menyorok kepala dalam isu kalimah Allah dan apabila Hassan Ali memimpin pasukan JAIS merampas arak yg dijual di 7 Eleven, beliau dihentam oleh DAP dan akhirnya PAS akur utk menyingkirkan beliau dari jemaah.
Demikianlah berubahnya PAS. Kebencian mutlak dipusatkan pada UMNO sehinggakan ada pimpinan yg berdoa dgn seburuk-buruk bala kpd UMNO. Manakala DAP dimesrai. Apabila DAP menurunkan calon wanita bertelanjang rambut pd pilihanraya Teluk Intan, ada pemimpin PAS yg tidak melihat kesalahan mendedahkan aurat itu sebagai dosa yg sama besarnya dgn dosa Rosmah. Begitu sekali apologetiknya PAS terhadap DAP.
Pemimpin PAS juga beralasan tidak mahu dipatuk oleh ular dari lubang yg sama menyebabkan mereka menolak tahaluf dgn UMNO. Kini, PAS telah dipatuk oleh ular yg datang dari lubang Pakatan Rakyat. Maka tegakah PAS untuk keluar dari tahaluf PR, supaya tidak dipatuk lagi?
Akhirnya, adalah lebih afdhal untuk PAS kembali kpd matlamat asal penubuhannya iaitu memartabatkan AlQuran dan Sunnah. Sekiranya jalinan kerjasama dgn Umno dilihat lebih mencerahkan peluang untuk mencapai matlamat berkenaan, maka apa salahnya.

Anonymous said...

Sangat setuju..

Anonymous said...

Krisis Selangor menzahirkan munafik-munafik.

Anonymous said...

Muka pun memang dah macam broker barua...kahkahkah...

Anonymous said...

Bodoh punya statement la ko ni... Ko ni kompom baruah al juburit...

Kalau ko ni ahli pas baik ko berambus... Baruah pnya org..

Anonymous said...

Mmang baruah pun... Bkn macam lagi dah... Kompom baruah

Anonymous said...


Di pengkalan kubur ABU , Allah Berkati Umno. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Kesilapan seterusnya...
Pas sila beri jawatan istimewa pada mat Taib....

Anonymous said...

Nasib manusia bebal mcm ni la...
bodoh tak boleh di tegur...
cuba tanya ada tak dlm pas tu buleh ditegur...
tegur sikit melenting...