Wednesday 10 September 2014

PASMA Tidak Berani Keluar Dari PAS dan Gerakkan PASMA Bersendirian

Seperti tumbuhan parasit, mereka menumpang di dahan bermula sebagai mata tunas. Tetapi jikalau dibiarkan dan tidak diambil sebarang tindakan untuk memangkas, akhirnya mereka menguasai pokok berkenaan, menghisap semua kebaikan dan kemudian mematikan dan mereputkannya.

Begitulah juga di dalam PAS.

Sudah terlalu lama PAS membiarkan PARASIT berada dalam kepimpinan. Alangkan menjadi ahli sahaja, sudah cukup untuk mendatangkan masalah besar, ini kan pula menempatkan mereka ke jawatan-jawatan utama.

Ingatan telah lama diberikan tentang kewujudan kumpulan berkenaan tetapi oleh kerana pucuk pimpinan dikuasai oleh mereka, suara-suara tersebut dipadamkan pada peringkat Kawasan lagi. Ramai yang telah terkena ulah hanya kerana mendedahkan kewujudan kumpulan PARASIT di dalam PAS. Mereka tidak sahaja menguasai pucuk pimpinan utama, bahkan pimpinan Kawasan dan Markaz turut mereka kuasai. Apa sahaja Lajnah dan Dewan yang ada dalam PAS, kesemuanya berada dalam tapak tangan mereka.

Lebih malang lagi ialah apabila mereka mendapat publisiti yang sangat meluas meskipun prestasi kerja mereka, baik ketika menjawat jawatan pentadbiran Kerajaan Negeri, mahupun di dalam parti, tidaklah seberapa tetapi publisiti yang diberikan seolah-olah merekalah yang paling bijaksana, mampu mengubah segala sistem di dalam dunia dan mampu membawa keseluruhan PAS masuk syurga tanpa perlu berada di hadapan al Mizan.

Kini mereka sudah menunjukkan diri. Bermula dengan usaha Phahrolrazi di Kedah yang cukup terkenal sebagai pencemuh Almarhum Ustaz Azizan dan bercita-cita besar untuk menjadi Menteri Besar selain cukup dikenali sebagai pemuja Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, kini PASMA menempatkan semua pemimpin PAS yang melihat TGHH dan TGNA sebagai musuh utama dan penghalang mereka daripada bersekutu selain menjadikan PAS sebagai selipar jepun kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Pada muktamar yang sudah tidak beberapa hari sahaja lagi, sesuatu harus diperkatakan secara berdepan-depan dengan kumpulan tersebut yang majoriti mereka berada di atas pentas utama di barisan kepimpinan pusat. Mereka ini perlu disedarkan bahawa yang berhadapan dengan mereka, di atas lantai dan tidak mempunyai sebarang jawatan penting, mereka tenaga kerja dan penggerak utama aktiviti PAS. Golongan yang berada di bawah itulah yang selama ini telah menaikkan PAS, yang telah mendakwahkan kepada rakyat Malaysia bahawa PAS adalah wadah terbaik untuk mereka gantungkan harapan dalam bidang politik.

Inilah masanya untuk kita mendesak mereka agar mereka keluar segera dari PAS. Mereka perlu bermufaraqah kerana mereka adalah PARASIT yang telah dikenalpasti. Mereka juga perlu disisihkan dan tidak boleh lagi dikaitkan dengan PAS walau dengan apa cara sekalipun.

Untuk apa mereka mengaitkan diri dengan PAS lagi kerana kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim dan motif mereka adalah kuasa dan kemewahan. Mereka telah terang-terang mencabar agar tindakan diambil ke atas mereka apabila PASMA ditubuhkan.

Justeru, tindakan sahajalah yang perlu diberikan untuk memuaskan hati mereka dan kita tengok apa lagi yang mereka akan lakukan kerana kebanyakan yang bermufaraqah dengan PAS akhirnya akan hilang begitu sahaja seperti HAMIM Datuk Asri, BERJASA Datuk Nasir, ISLAH dan sebagainya... semuanya hilang tanpa batu nesan.

PASMA mungkin kedengaran hebat tetapi mereka juga akan senasib dengan pesalah-pesalah yang ditanam di kubur tak bertanda.

13 comments:

AJAI62 said...

Mereka mana ada pengikut...syok sendiri..semua gila kuasa.. yg lebih2 pemimpinnya akar umbi tak ada apa pun... DAH TAHU PARASIT DAN ANAI2NYA... BASMILAH DENGAN CEPAT..JGN SAMPAI PAS semakin hanyut dlm longkang...

anti HIPOKRIT said...

Cuba tengok dan INGAT ..TRACK REKOD .. PENAJA PENAJA PASMA .. TERUTAMA DATUK PAHROLROZI .. HUSAM ..dll
MEREKA MEREKA INI ADA AGENDA PERIBADI MASING MASING ..
ADAKAH ANDA SANGGUP BERSATU .. DENGAN FAHAMAN LIBERAL SERTA ANTI ISLAM ..
FIKIR FIKIRKAN LAH ..

AsSyabab said...

Assalamualaikum

Apabila aktiviti tarbiyyah digantikan dengan gerak kerja politik berlebihan, akhirnya inilah PAS dapat.

PAS mendoktrinkan sepanjang mana UMNO itu musuh. Sehingga semua kebaikan dikatakan buruk. Apakah kita mahu berdusta dengan Allah?

Bila kita guna nama Islam tp tidak cari redha Allah, maka tiada Hidayah dari Allah, dilekakan dengan ujian kuasa dan didatngkan musuh dr jalan yang tidak disangka.

Musuh menyelinap masuk dengan menyerupai jemaah Islam juga...

IRC jugak pusat pembenihan pemikiran fahaman Wahabi juga terselit bersama. Sebab itulah mereka menolak konsep Al-ulama’ warasatun anbiyya’.

Bg mereka ketaatan hanya pd Allah dan Rasul. Mereka tidak ada adab. Pemikiran logik mereka bercampur degn eleman Wahabiyyah ini cukup jelas dlm IRC.

Bahayanya pemikiran mereka2 ini ialah perkaderan mereka menarik golongan akdemik (pensyarah2 universiti) dan para pelajar yang ada potensi melanjutkan pengajian. Mereka target golongan elit profesional untuk dikaderkan.
Kebanyakkan golongan ini tidak mempelajari asas cabang ilmu syariat Islam, tetapi mereka dahagakan tarbiah Islam, maka gerakan ini akan memerangkap mereka konon menyerapkan pemikiran ‘Islami’ .
Kacau bilau di Selangor ini adalah hasil pembenihan pemikiran ini sekian lama. Golongan yang tk peduli pada konsep tanzim/ organisasi berteraskan ilmuan Islam/ ulama’ sebaliknya cukup sbg profesioanl dlm bidang2 dunia. Cukup dgn menghafal sedikit sebanyak ayat2-Al-Quran dan Hadith.


Ibrahnya-
Itulah terlalu bermusuh dan berperang ketat dengan UMNO tanpa ada sempadan. Sehingga Syaitan memperkuda perjuangan asal menjadi nafsu Ammarah. Akhirnya musuh yng di katakan nyata tidak pula membawa kerosakan sebaliknya 'sahabat' jadi musuh tersembunyi.

Salah satu yang Allah SWT nk beritahu pd PAS ialah jangan angkuh sombong ketika diuji dengan kuasa. Jangan berperang dengan UMNO melampaui syariat. Sehingga melanggar larangan Allah dlm berpolitik, bercerai berai hubungan silaturrahim.

Muhasabahlah sebelum terlewat. Sebelum kehancuran melanda jemaah. Kerap kali saya dicemuh dan dituduh sebagai ejen UMNO dlm Usrah bila saya membangkitkan kewaspadaan dan juga kesederhanaan dlm gerakan Islam ini.

UMNO tidaklah sejahat yang didoktrinkan. Mereka pun mahu pd Islam cuma usaha mentarbiah mereka masih perlu digempur berterusan. Bukan berperang dengan mereka seperti musuh kuffar.

Kita bermusuh dengan UMNO keterlaluan.. Allah tak suka.. apakah dgn kita buat perkara yg Allah tak suka itu akan berjaya. Apakah akan mendapat kemenangan dan pertolongan-NYA. Paling utama apakah Allah redho dengan perjuangan begitu?

Jgn bila minta slow menyerang UMNO siang malam, kita dilabel sebagai ejen atau ini 'ini kerja/fitnah UMNO'.


Muhasabahlah rakan2.
marilah kita pulihkan apa yng dirosakkan.
Insya Allah Islam takkan tumbang.

Anonymous said...

Ulasan terbaik bro..

Anonymous said...

Sebelum nak berikan sesuatu nikmat yg lbh baik...maka allah jk bersihkan dulu kotor2an dlm wadah kita.

Anonymous said...

Setuju dgn tuan AsSyabab.

Anonymous said...

Sudahlaaaa. Boleh pergi jahanam dengan PAS. Muhasabah la sangat. Pirrah mabok. Masa nak bela si penjubur siap buat sembahyang hajat lagi. Doa sampai pecah perut. Ptuih.

Anonymous said...

Mereka tak akan keluar..
Mereka tunggu ditendang keluar..

Mereka mahu tindakan mengeluarkan mereka itu dilakukan oleh PAS kerana mereka tidak mahu dipersalahkan apabila mereka dimufarakahkan dari PAS, sebaliknya mereka boleh terus menerus menyalahkan PAS setelah PAS menendang mereka keluar..

Anonymous said...

Syukurlah, Nik Aziz masih hidup untuk melihat usaha gigihnya selama ini telah membuahkan hasil...

Anonymous said...

UMNO tak rugi apa pun dalam perkara ini. Yang rugi adalah Nik Aziz dan Hadi Awang.

Meraka bukan sahaja rugi Nikmat dunia malah akhirat pun jua.

Mereka terlalu taksub menghina UMNO namun sebenarnya mereka telah dijerat oleh golongan yang membawa mereka menghampiri Jahannam.

Ingat Allah swt hanya akan menerima taubat kedua-dua orang pemimpin ini setelah mereka berdua memohon maaf kepada sesama manusia yang paling utama kepada Umat Islam didalam UMNO.

SEKARANG setelah segalanya terbongkar kamu berdua hanyalah seperti pemimpin2 parti2 politik lain termasuk UMNO dari segi anutan dan akidah.

Kamu bukanlah Ulama sebenar-benar Ulama kamu HANYALAH orang POLITIk.

Anonymous said...

Macam mana kira .. Jika ada penyokong Pas masih BERPAKSI DENGAN AMANAT HJ HADI..?

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
diharap Pas kelantan berhati2 dengan calon prk Pas, yang mana merupakan macai peliwat.

peliwat dan kafir cuba untuk mencaturkan kuasa politik di kelantan dengan cubaan untuk meletakkan calon Pas dari kalangan macai mereka.

bayangkan apa akan jadi di kelantan jika mereka mempunyai majoriti dalam sidang DUN kelantan?
hilang sudah kuasa Ulama di dalam Pas walaupun di kelantan.

Tolong sebarkan supaya Ulama kelantan memandang serius cubaan mereka seperti yang telah dilakukan di selangor. Tolong sekat penguasaan mereka untuk adun.

Terima kasih.

Anonymous said...

POLIS tolong siasat di bawah akta hasutan artikel di bawah

http://tukartiub.blogspot.com/2014/09/hari-malapetaka-untuk-sabah-dan-sarawak.html?