Wednesday 17 September 2014

Alhamdulillah, Tuan Guru Haron Din Al-Hafiz Zahirkan Suara Akar Umbi PAS Yang Sayangkan Agama Allah

Sebaik-baik sahaja TGHD mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Syura Ulama PAS perlu mengkaji dan memperhalusi semula Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat, ramai penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng melompat marah. Kata mereka, kenyataan Tuan Guru itu tidak bersesuaian memandangkan PAS sendiri sedang berhadapan dengan PRK di DUN Pengkalan Kubor.

Ada pula yang dengan nada menyindir, menyatakan bahawa kenyataan TGHD itu sebenarnya dibuat untuk menggembirakan UBN memandangkan UBN amat berharap PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Sebenarnya mereka silap besar.

Gerakan dan desakan untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat, bukanlah helah atau usaha UBN. Sebaliknya atas kesedaran bahawa PAS telah dipermain-mainkan, diperlekehkan dan dihina oleh PKR dan DAP.

Sampai tahap mana lagi PAS perlu terus diperbudak-budakkan oleh PKR dan DAP serta konco-konco dan talibarut mereka di dalam PAS? Sampai bila lagi PAS harus bersabar menahan segala kerenah dan gelagat PKR dan DAP yang langsung tidak menghormati PAS?

Walaupun ada yang cuba menggambarkan permasalahan masakini melibatkan PAS dan PKR-DAP sebagai sesuatu yang lumrah dalam sesebuah organisasi yang berkongsi, hakikatnya ia tidak begitu.

PAS bersetuju untuk bertahaluf siyasi dengan PKR-DAP atas satu matlamat sahaja iaitu untuk menggulingkan UBN bukannya meletakkan maruah, harga diri dan martabat umat Islam serta agama Islam di bawah telapak kaki Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Kalau membabitkan UBN, kita boleh bertolak ansur memandangkan ia hanyalah helah dan masalah politik tetapi apabila membabitkan umat Islam dan agama Islam secara keseluruhannya, itu sebenarnya sudah boleh menghalalkan pertumpahan darah selain kesemua penghina tersebut perlu menerima natijah daripada perbuatan mereka itu.

Nabi s.a.w sendiri bertahaluf siyasi tetapi apabila Yahudi mengkhianati tahaluf siyasi yang dibuat, Rasulullah s.a.w. tidak sahaja memerangi mereka, bahkan mengharamkan mereka tinggal di Madinah dan Makkah sehingga akhir dunia.

Itu Nabi s.a.w, para sahabat r.a juga melakukan perbuatan yang sama. Anehnya mengapa pula kita yang merupakan umat pada pangkal kiamat, berlagak kita lebih tahu berbanding Nabi s.a.w dan para sahabat r.a dalam hal tahaluf siyasi.

TGHD hanya menjalankan amanah dan tanggungjawabnya selaku ulama. Yang jahil murakkab di luar sana dan kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng ada hak apa untuk mempertikaikan kenyataan Tuan Guru?

Belajar Sirah Nabawiyyah terlebih dahulu sebelum mula berhujah dan bercakap!

5 comments:

Anonymous said...

Nik aziz dihina krn kuat membela kesilapan anwar a.k.a ketum sampai beliau dihina...
Ramai ulama yg tak sepdpt dgn ketum dan guan eng dipecat dan dituduh tali barut umno sedangkan mrk berada di pihak yg benar.Sapa yg pecat???Golongan anwarinas dan dap dlm pas.
Pas jelas jadi hamba dan pendekar yg ditugaskan agar 'syahid' dlm bersih 2.0 dgn fatwa2 palsu demi nak angkat ketum a.k.a gay tua jadi pm...
Klu taraf ketum tu setaraf nabi mmg layak dijunjung....Ni, dia seorg kaki maksiat nak didukung sbg pemimpin agung.Layak ker?????
Kesilapan tersebut amat memalukan sehingga pas sering diugut itu ini oleh rakan2 pkr dan dap agar 'kemuliaan' ulama pas digadai demi politik peliwat tua.
Sapa kluarkan video stopa ali????
Kalangan ahli2 pkr sendiri yg memerangkap dan jadikan ia sebgai senjata utk mengugut pas....
Bermakna pas mmg balaci dan paria shj dlm pakatan utk meraih undi...
Jika pas ingin dihormati...puak2 ketum hendaklah disepak kluar dari pas agar pas berdiri teguh tanpa macai2 pghasut yg gilakan dunia dpd akhirat....

Anonymous said...

Mcm subky ckp la...pas disanjung selagi mengikt dan menjd pak turut...tp bila melawan jer bkn saja kt luar terkam...kt dlm pun menerkam. Elok sgtla cadangan tghd tu...mudah2an allah bg kemenangan yg lbh baik dr jln yg ada skrg yg menjadi kita hina dan dinista mereka.

Anonymous said...

Elok buat jer undi x percy pd ajk pusat, tim presidap, ketiak lohom pemuda dan lohom2 sekali.

Anonymous said...

korang nie cakap aje pandai, kompang kuat-kuat sampai ke hujung dunia....tapi lepas tu..SPIN, buat u-turn.
Bukan masanya utk bercakap. Masa untuk bertindak. PAS akan lebih "nampak dunia" setelah di pisahkan dari PR.

Yang takut, adalah mereka yang cintakan kuasa dan dunia. langsung x pedulikan agama dan bangsa.

bertaubat lah.

Anonymous said...

Sebenarnya .... Majoriti orang melayu dekat bandar-bandar besar adalah penyokong PAS disebabkan terlalu taksub dengan Ulamak di dalam PAS. Setiap Masjid2 dan surau2 semua majlis ilmu dan ceramah di jalankan oleh ustaz2 PAS. Kalau nak kata penyokong PAS..dari segi keduniaan.. majoriti ada kelulusan dan kedudukan yang tinggi. Setakat Lawyar Burok, Engiener Cabuk dan Doktor Berserabut dalam AJK PAS..apa yang nak heran...YANG PENTING POKET KENA JAGA.. Meraka2 ini dulunya adalah pengemis dalam PAS..Bila ustaz2 PAS bagi laluan..PENGEMIS2 nie lah tak tahu malu..TIKAM DEPAN.Dan TIKAM BELAKANG...takpe, takpe..kami penyokong2 PAS ada ramai di luar sana. Kami pun ada kebolehan, ada modal.RM RM RM RM..ingat2lah kalau ada beribu orang macam kami...saya berani jamin! ustaz2 kami..lah yang akan kami bantu.. sekian.