Sunday 15 December 2013

UMNO Semakin Hampir Menuju Kemampusan Abadi!!!


Kemarahan rakyat kepada UBN yang merupakn parti utama pemerintah utama dan jantan alfa dalam BN, nampaknya terus memuncak. Para pemimpinnya pula terus berlagak angkuh dan berharap rakyat akan mudah melupakan apa yang dilakukan oleh UBN sekarang, terutama sekali dalam bab menaikkan harga.

Ramai pemimpin UBN yang masih bercerita dengan cerita lama. Masih lagi mengungkit kehebatan dan jasa-jasa mereka kepada negara dan rakyat ini. Malah tanpa rasa malu-malu, mengungkit tentang kejayaan UBN memerdekakan negara. UBN cuba jadikan sejarah sebagai senjata mereka agar rakyat Malaysia terus terhutang budi dan tidak ada cara lain keccuali memilih UBN sebagai pemerintah negara.

Zaman di mana generasi muda menganggap sejarah sebagai sejarah dan bukannya sebagai satu sandaran, nampaknya akan mempercepatkan azab UBN di liang lahad. Pemimpin UBN masih lagi dibuai mimpi-mimpi indah yang mereka masih diperlukan oleh rakyat, walaupun hakikatnya kemarahan rakyat membuak-buak kerana perangai pemimpin-pemimpin UBN yang lebih mementingkan syarikat-syarikat korporat dan syarikat-syarikat konsensi berbanding kepentingan rakyat bawahan.

Agak hairan, bagaimana parti yang begitu berpengalaman, memandang rendah kuasa berfikir rakyat dengan beranggapan, rakyat akan mudah melupakan bahang kenaikan barangan dan perkhidmatan yang dibiarkan oleh kepimpinan negara selepas dua tahun menahannya untuk memastikan kemenangan PRU13.

UBN cuba mengalihkan isu kemarahan rakyat masakini kepada isu Syiah dengan menjadikan Timbalan Presiden PAS sebagai sasaran. UBN juga cuba menjadikan banjir sebagai satu isu walaupun memang saban tahun, yang banyak membantu adalah rakyat adalah UBN sendiri memandangkan mereka adalah parti pemerintah, manakala bantuan yang diberikan daripada PAS pula, hanyalah bantuan tambahan yang dibuat berdasarkan perikemanusiaan dan bukannya mengharapkan kemenangan pada pilihanraya.

Aku nampak, Allah Taala sedang melorong kemenangan besar untuk PAS. Bagaimanapun, PAS perlu melakukan sesuatu yang sangat drastik. Kemarahan orang Melayu dan Bumiputera kepada UBN kerana gagal mengawal harga serta kebajikan Melayu dan Bumiputera yang telah menyokong mereka pada PRU13 lalu, seharusnya diambil peluang secepat dan sebaik-baik mungkin oleh PAS. PAS perlu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh UBN.

PAS juga tidak boleh mengulangi kesilapan-kesilapan bodoh kesan daripada mulut cabul para pemimpin yang sebenarnya tidak layak untuk duduk dalam kepimpinan parti. PAS perlu lebih matang, perlu bertindak berdasarkan kebijaksanaan, bukannya kerana takut dan kecut seperti yang sedang berlaku sekarang.

Inilah masanya untuk PAS membuktikan kepada PKR dan DAP bahawa PAS sebenarnya kalau berdiri sendiri tanpa PKR dan DAP, boleh menjadi sebuah kerajaan majoriti yang dipilih rakyat bagi menggantikan UBN yang lebih berpihak kepada syarikat-syarikat korporat dan konsesi.

Percayalah, kalau PAS berjaya menjatuhkan UBN kali ini, UBN akan pupus buat selama-lamanya. UBN tidak akan mampu muncul lagi. Satu persatu bangunan ibu pejabat mereka akan terjual. Satu persatu aset-aset UBN akan bertukar milik kerana sebahagian besar pemimpin UBN sekarang adalah tokey-tokey korporat yang menggunakan platform Umno untuk hidup kaya raya dan senang lenang dengan menyedut darah rakyat sampai kering.

PAS perlu mengorak langkah sesegera mungkin. PAS tidak perlu takut lagi dengan sokongan bukan Melayu kerana UBN telah buktikan bahawa tanpa sokongan bukan Melayu pun, mereka masih dapat Kerusi majoriti di Parlimen. Gertakan PKR dan DAP perlu dikesampingkan. PAS tidak perlu terus melayan kerenah PKR dan DAP yang begitu gelabah apabila melihat PAS semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda Melayu.

Sekarang adalah masanya untuk PAS. Allah Taala telah membuka jalan untuk jemaah Islam. Jangan sampai peluang ini tertutup dan kemudian terkambus terus kepada PAS. Jangan setakat cakap sahaja PAS GANTI UMNO atau TALKINKAN UMNO sebaliknya buat betul-betul dan bersungguh-sungguh!

Rakyat sedang marah dan kita perlu menyebelahi mereka. UMNO yang sombong dan angkuh perlu dipupuskan dan dimampuskan secepat mungkin!

1 comment:

Anonymous said...

tak tau la.. da byk kali tgk umno akn pupus.. tp akhirnya tetap menguasai kerajaan.. lihat saja la pr yg baru lalu.. hingga org cina dan pemimpin pr terlalu yakin bn akn tumbang.. tp masih bertahan, org melayu dan bumi putra berdiri dibelakang umno.. biar pon hati mereka terluka.. mereka tidak mau maruah bangsa mereka,agama mereka di injak2, di lelong2 mcm takde harga spt yg dibuat oleh org melayu dlm pas,pkr dan dap..
sy percaya.. andai ade pilihan selain dr bn or pr yg lebih baik.. org melayu akn pilih yg ketiga.. kedudukan rangking sekarang masih kekal.. umno pilihan pertama selain dr pas dan pkr.. walaupon pas cuba memanipulasi agama utk meraih sokongan.. tp sikap dgn perkembangan dlm pendidikan yg juga melibatkan didikan agama menyebabkan org melayu tidak menelan bulat2 apa yg dijamu oleh pas, mereka lebih melihat pas sebgai bbyk bersikap ckp tidak serupa bikin.. yg disarankan oleh agama islam sendiri utk ditolak.. rasa kebencian yg tidak boleh disembunyi juga membuat org melayu tidak percaya pas membawa agenda islam.. umpama peniaga minyak wangi yg mahal.. yg dirinya sendiri pon tidak mampu memakai minyak wangi tersebut.. begitu la yg di lihat pas dgn agenda islamnya..