Sunday 8 December 2013

Melayu Hanya Boleh Bergantung Kepada UMNO? Ini Ikrar KAFIR!


Salah satu punca yang menyebabkan kita tergelincir dari akidah ialah apabila kita meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya dan disegandingkan dengan Allah Taala.

Presiden Umno mungkin tak berapa nak cukup ilmu sampai dia sanggup mengeluarkan kata-kata kufur sedemikian rupa apabila menyatakan orang Melayu hanya ada Umno sebagai tempat pergantungan. Boleh jadi juga, alim ulama dalam Umno tengah syok dan kagum dengan baju serta songkok hitam yang mereka sarung sampai tak dengar dan tak menegur kata-kata yang terlucut keluar dari mulut Najib.

Aku bukannya nak mengajar tentang kesalahan orang Umno sebab dalam PAS, parti yang aku dah sertai berpuluh-puluh tahun pun, benda yang sama juga berlaku.

Benda paling baik yang diajarkan oleh Islam kepada umatnya ialah muhasabah. Kalau musuh melakukan kesilapan, ia menjadi pengajaran, renungan dan maslahat kepada kita. Kalau musuh buat silap, itu patutnya jadi kelebihan dan kebaikan kepada kita.

Cuma maslahat yang macam mana kita dapat kutip? Adakah dengan menjadikan kesilapan tersebut sebagai jurus untuk kita silat-silatkan Umno sahaja dan kemudian kita berkata, 'itulah buktinya Umno kafir.'?

Dalam parti kita sendiri, jumlah yang terlalu taksub kepada pemimpin atas konsep wala' dan tsiqah cukup ramai. Sehinggakan ada pula yang tidak dapat membezakan antara Islam dengan parti politik. Bukan itu sahaja, ramai pula yang menyamakan PAS dengan Islam dan pemimpin-pemimpin politik sebagai ulama. Lebih memalukan lagi ialah konsep ulama yang dipegang oleh ahli-ahli jemaah kita cukup sempit, sekadar berjubah, berkopiah putih, berserban, berjanggut dan pandai bagi ceramah agama, jemaah-jemaah kita segera membuat kesimpulan bahawa orang itu adalah ulama. Dan kita pun memuji-muji ulama yang kita sendiri angkat tanpa kita tahu bahawa orang itu hanyalah seorang daie, penceramah atau tukang kempen, bukannya ulama.

Bukankah sudah ada sebahagian besar daripada kita melihat dan mengangkat Ustaz Azhar Idrus yang merupakan penceramah bebas penuh glamour dan mempunyai pengikut yang sangat ramai sebagai ulama?

Dalam Islam, perkara utama yang menjadi kewajipan kita adalah mencari ilmu. Ulama-ulama muktabar seringkali mempunyai ratusan guru dalam pelbagai bidang ilmu. Mereka juga mengasah ilmu mereka menerusi penulisan dan perbahasan. Mereka tidak menyibuk dengan urusan dunia seperti politik dan pentadbiran walaupun politik dan pentadbiran merupakan sebahagian daripada agama. Ulama berpegang kepada peristiwa Nabi s.a.w membenarkan kaum guru tidak ke medan perang. 

Sebab itulah aku kata, kita sebagai golongan yang faham agama, kena bersimpati dengan golongan yang kurang faham. Kita kena bagitahu, kita kena terangkan dan kita kena dakwahkan Islam yang sebenar-benarnya kepada golongan ini. Allah Taala tidak menyuruh kita berbangga-bangga dengan ilmu yang dipinjamkan kepada kita, bahkan Allah Taala mewajibkan kita berdakwah agar setiap manusia mendekati-Nya dan mengikut jalan-jalan yang telah diwajibkan-Nya.

Jangan kita pesongkan mereka daripada rahmat-Nya. Jangan kita jauhkan mereka daripada rahmat-Nya. Sebaliknya mari kita dekati mereka, berdakwah dengan penuh hikmah dan lemah lembut sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

No comments: