Sunday 29 December 2013

Muhyiddin Yassin Akan Letak Jawatan Sebab Tak Setuju Dengan Kelembikan Najib Razak

Semakin kuat kedengaran cerita bahawa Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat kerana sudah tidak sanggup menjadi timbalan kepada seorang Perdana Menteri yang lembik seperti Najib Razak.

Berita ini aku perolehi daripada salah seorang pegawai Muhyiddin sendiri. Katanya, 'boss' sudah bersedia untuk meletakkan jawatan. Perletakan jawatan Muhyiddin itu akan memberi kesan yang sangat negatif kepada UBN. Malah akan menyebabkan ahli-ahli UBN sendiri akan memberontak terhadap Najib Razak sekaligus memaksanya untuk melepaskan jawatan.

Namun berita yang paling menarik sekali ialah, Menteri Besar Perak, Zambry 'Metallic' akan dipindahkan ke Pusat dan mengambilalih tugas Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran. Pengganti Zambry di Perak berkisar kepada tiga nama dan salah satu nama tersebut adalah Ahmad Husni Hanadzlah.

Ini perkembangan yang sangat menarik.

Ramai orang UBN yang tidak berpuas hati dengan Najib Razak kerana terlalu mengikut nasihat daripada konsultan dan para penasihat di sekelilingnya. Dua nama yang seringkali dikaitkan dengan Najib Razak adalah Omar Ong dan Idris Jala. Kedua-dua nama inilah yang dikatakan mempercepatkan hayat politik Najib Razak, baik sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai ahli politik.

Seorang Timbalan Menteri menceritakan kepada aku bagaimana Idris Jala memberikan penjelasan yang sangat ringkas dan langsung tidak masuk akal kepada Najib Razak dengan menggunakan Power Point. Kesimpulan daripada penjelasan yang dibuat oleh Idris Jala ialah, kerajaan kena menaikkan kadar harga barangan dan servis agar kerajaan boleh pungut lebih banyak cukai dan mengurangkan pembayaran subsidi. Jadi, kerajaan ada duit yang lebih banyak dan akaun negara nampak cantik. Bila dah akaun cantik, ramailah pelabur yang akan datang.

Idris Jala memberikan perincian berdasarkan kepada teori tanpa melihat kepada masalah akar umbi. Rakyat bagi Idris Jala tidak lebih daripada boneka yang tidak ada perasaan dan keperluan.

Tiada sesiapa pun yang dapat mengatasi nasihat Idris Jala dan pengaruhnya kepada Najib Razak. Disebabkan itulah, Muhyiddin berasakan, dia hanya membuang masa untuk terus membantu Najib Razak sedangkan Najib Razak pula lebih pentingkan para penasihat dan kroni-kroninya.

Cuma yang tak sedap dengar ialah, pegawai-pegawai Muhyiddin juga nampaknya sedang bertungkus lumus berbincang dan mencari jalan bagaimana hendak menyakau pada saat-saat akhir sebelum Muhyiddin meletak jawatan.

3 comments:

Anonymous said...

BIAOU BETUL!

Anonymous said...

Alaa auta...mcm tak tau pulak!!!

Anonymous said...

KALAU BETUL GUA TABIK TSMY