Monday 9 December 2013

Sokong Sepenuhnya PAS Disiasat KDN dan Beruk-Beruk Syiah Dikeluarkan


Kenyataan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi bahawa 'orang nombor dua PAS terlibat Syiah', sememangnya tuduhan berat. Walaupun tidak menyatakan dan menyebut nama 'orang nombor dua' itu, semua orang tahu, orang yang dimaksudkan adalah Abang Mat, Timbalan Presiden PAS.

Bagi yang tidak cukup otak, PAS tidak membenarkan pemaham selain Ahlul Sunnah Wal Jamaah berada dalam jemaah PAS. Secara tidak langsung, selain daripada fahaman empat mazhab besar Ahlul Sunnah Wal Jamaah, mereka secara automatik akan tersingkir atau terpecat sebagai ahli tak kiralah sama ada mereka Jaafariyah atau Zaidiyah yang dikatakan lebih hampir dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Cikgu Pa selaku Setiausaha Agung PAS telah pun memberi lampu hijau untuk pihak berkuasa membersihkan PAS. Kata Cikgu Pa, masalah Zahid bukannya dengan PAS sebaliknya dengan Mat Sabu. Jadi, Abang Mat perlu selesaikan masalah itu sendiri tanpa perlu membabitkan PAS.

Perlembagaan Parti Islam Semalaysia (PAS) Pindaan 1993 : fasal 7 (1) menyatakan:

“Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ‘ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata."

Secara tidak langsung, Syiah memang tidak ada tempat dalam PAS. Syiah tidak meletakkan Kitabullah sebagai hukum tertinggi, menolak Sunnah Rasulullah s.a.w apabila sebahagian besar Sahabat r.a dikafirkan, manakala ijma' dan qias tidak pernah dijadikan pegangan kerana sekalian hukum yang tertinggi bagi Syiah adalah AL-IMAMAH sebagaimana yang termaktub dalam Kitab Hayat Al-Kulub karangan imam besar mereka, Al-Alamah Al-Majlisi.

Tuan Guru Datuk Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulama pada tahun 2006 pernah mendedahkan tentang kejahatan Syiah walaupun secara makronya, PAS menerima Syiah sebagai sebahagian daripada mazhab Islam.

PAS tidak boleh dibiarkan menjadi puak berakidah Syiah berkembang biak dan mencari kuasa. Kelicikan mereka bertaqiyyah seringkali membutakan dan mengelirukan ahli-ahli PAS yang kurang berilmu dan sekadar mencari ilmu dalam hal perjuangan politik, bukannya akidah.

PAS gagal sebenarnya membendung puak Syiah daripada hinggap dalam jemaah ini. Abdullah Hassan, Kepala Syiah Rafidhah di Kedah merupakan petunjuk jelas kepada kegagalan tersebut. Oleh kerana itu, tuduhan yang dibuat oleh Zahid Hamidi perlu kita buktikan tidak benar dengan membenarkan pihak berkuasa masuk dan menyiasat keseluruhan PAS.

Maksud aku dari Presiden, Mursyidul Am sehingga ke ahli-ahli biasa. Kita tidak akan mampu berbuat begitu kerana sebahagian besar daripada kita besar dengan ego dan ujub serta takabbur. Biarkan pihak musuh yang melakukan saringan kepada kita memandangkan selama ini kita hanya pandai membuat penafian tetapi tidak pernah pandai menjalankan tanggungjawab sepenuhnya. 

No comments: