Tuesday 31 December 2013

Terbukti, Tanpa PAS, PKR dan DAP Hanya Menyalak Bukit


Demonstrasi TURUN di Dataran Merdeka tengah malam nanti menjelaskan kedudukan sebenar PAS dalam Pakatan Rakyat. Kemeriahan demonstrasi Pakatan Rakyat hanya disebabkan oleh PAS. Tanpa pembabitan PAS, sudah pastilah semua demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat tidak ubah seperti perhimpunan pelajar-pelajar sekolah.

Maka tidak hairanlah mengapa Pakatan Rakyat beria-ia sangat nak PAS terlibat sama. Walaupun pada peringkat awal, PAS kelihatan meminggirkan diri, tetapi akhirnya PAS membuat keputusan untuk turut serta dalam demonstrasi.

Sebetulnya, PAS memang amat penting dalam Pakatan Rakyat dalam menyediakan tenaga peserta. Dan peranan PAS tidak pernah lebih daripada itu.

Yang dipersoalkan sekarang, mengapa fungsi PAS hanya setakat menyediakan para peserta? Adakah PAS hanya berstatus pariah dalam Pakatan Rakyat tetapi apabila membabitkan perkara-perkara lain, PAS biasanya hanya diarahkan untuk mengangguk dan akur dengan sebarang arahan DAP dan PKR.

Amat menyedihkan bagi sebuah parti besar seperti PAS tetapi hanya berfungsi sebagai feeder!

Sama dah taraf PAS dengan negara seperti Bangladesh, Pakistan, India, Vietnam, Selatan Thailand dan negara-negara Afrika dalam perdagangan dadah antarabangsa.

3 comments:

Anonymous said...

Bila ada masalah seperti di PP diletaknya abang adik tutup mulut akar umbi yang sebelum menyalak sehingga dalam muktamar lepas dilantiknya timbalan tak sepatutnya tapi hanya tutup mulut punya pasal apa2 pun jadi.

Lebai Malang said...

Lebih baik PAS keluar dari PR. Betul kata admin, PAS hanya menjadi pariah dalam PR. Sepatutnya di Selangor dan PP PAS lah yang memegang exco agama. Adakah PAS tidak layak menjaga agama?
Malah berdasarkan konsep demokrasi PAS yang mempunyai kerusi paling banyak di Selangor sepatutnya menjadi Menteri Besar Selangor.
Selain perkataan pariah, mungkin istilah kuda tunggangan juga sesuai. Akhirnya habis madu sepah dibuang. Tunggu sahajalah saat-saatnya nanti. Lebih baik PAS meninggalkan PR. Itulah yang diinginkan oleh akar umbi.

Anonymous said...

Walaupun tak ramai anwarinas dalam pas... Berupa pas berhati dap/pkr, tapi golongan inilah yang banyak memegang tampuk ketua timbalan dan naib... Ahli pas sebenar, kebanyakannya tok2 aji, lebai dan yang tidak berkepentingan. Puak2 duri ni bijek mempergunakan platfom dlm pas untuk menjarah pas. Sebab itulah pas tidak lagi dilihat seperti pas dizaman 70-80 an.... Musnah pas kerana puak2 ni.