Thursday 12 December 2013

Bukti Yang Ditampilkan oleh KDN dan Zahid Hamidi Tentangnya Syiahnya Mat Sabu, AMAT LAWAK!!!

Seharian suntuk aku menunggu alasan dan bukti yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi berhubung pembabitan Abang Mat dengan amalan Syiah. Akhirnya apabila 10 alasan yang diberikan oleh KDN, aku menarik nafas panjang.

Semuanya berdasarkan cakap-dengar dan tidak langsung dikaitkan dengan sebarang bahan bukti yang lebih kukuh dan kredibel, termasuklah video atau gambar-gambar yang menunjukkan Abang Mat memang seorang penganut Syiah.

Dalam bab, aku percaya Zahid Hamidi sangat tahu bahawa sebarang tuduhan perlu disertakan dengan empat perkara berikut memandangkan tuduhan terhadap Abang Mat itu adalah melibatkan salah satu daripada jenayah hudud iaitu (murtad):

1. Penyaksian
2. Pengakuan
3. Qarinah
4. Maklumat Hakim.

Yang diberikan oleh KDN dan Zahid hanyalah pengakuan dan penyaksian. Saksinya pula adalah Cikgu Non, yang sememangnya diketahui memusuhi Abang Mat gara-gara Tabung Memali yang aku tak rasa dah selesai sampai sekarang.

Ni cerita tentang dendam peribadi saja. Akhirnya dendam itu dikutip oleh Zahid Hamidi tetapi sebenarnya hanya memalukan dirinya sendiri.

Masalah ini takkan selesai dengan pendedahan dangkal yang dilakukan oleh KDN dan Zahid Hamidi. Abang Mat pastinya sudah bersiap sedia dan takkan teragak-agak untuk ambil tindakan terhadap Zahid Hamidi dan KDN.

Aku penyokong PAS tetapi dalam bab Syiah, aku tidak sokong. Kalau betul KDN dan Zahid ada bukti tentang Syiah dalam PAS, dipersilakan bagi segala bukti-bukti sahih. Dan kalau benar Abang Mat atau pun Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang merangkap Peguam PAS itu bukan orang dan pengamal Syiah, mereka juga perlu tampilkan kesemua saksi, pengakuan, qarinah dan maklumat hakim yang berkaitan.

1 comment:

Anonymous said...

Aku penyokong umno.. Apa yang kdn klaim sebagai 10 bukti tu.. Pada aku.. memang ADA UNSUR LAWAK yang ketara.. Kah kah kah