Saturday 1 November 2014

Nasruddin Hassan Tantawi Sahkan, PASMA Sememangnya Ditubuhkan Untuk Merampas Kedudukan Tuan Guru Presiden

Nasrudin Hassan melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan PAS yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi mengakui bahawa pentas politik tanahair masa ini semakin menarik dengan lahirnya NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh sekumpulan anggota PAS.

Namun, Nasrudin Hassan juga meragui kewujudan PasMa apabila pertemuan NGO tersebut pada 31 Ogos yang lalu di Pustaka Az Zahra, Kota Bharu tempohari dikatakan jelas membincangkan untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ini mempotraitkan rupa wajah PasMa yang sebenar.
“Pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan PAS iaitu Hadi dan malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Presiden PAS.
“Pertemuan itu juga menangkis pandangan sebelum ini yang mengatakan PasMa diwujudkan bagi merancang strategi dan aktiviti kebajikan sebagaimana tanggapan setengah pihak terhadap NGO ini,” tulisnya di laman Facebooknya.
Tambahnya lagi, pertemuan tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea perlaksanaan konsep 1 Jamaah 2 Parti.
“Satu idea yang membawa maksud menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat (PR) setelah mood pertemuan tersebut dibentuk dengan satu persepsi kononnya PAS yang sedang diterajui oleh Hadi mahu bekerjasama dengan Umno dan dilabel sebagai ‘Geng UG’ sementara mereka pula adalah Pro PR,” katanya.
Katanya, beliau difahamkan oleh seorang saksi yang hadir dalam pertemuan PasMa tersebut menyebut fokus juga dialihkan kepada Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali untuk dijatuhkan.
“Dengan maksud jatuh Mustafa Ali maka lemah dan jatuhlah Hadi. Fokus dialih kerana disebabkan reputasi Hadi yang sedang harum dengan perlantikan sebagai Naib Presiden Persatuan Ulamak Sedunia tempohari.
“Saya melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan PAS yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS sebagaimana sejarah telah merakamkan penubuhan Hamim dan Berjasa,” ujarnya

9 comments:

Anonymous said...

PAS patut bergerak tanpa PKR dan DAP.

PKR dan DAP tidak mahu hokum hudud.

mohd yusop said...

Pas d bawah hadi awang selalu berdolak dalih dlm membuat kputusan pemilihan MB selangor baru2 ini. Inilah yg mencemarkan parti pas itu sendiri.

Anonymous said...

Kita mints Pas tahaluf dengan UBN pulak.

Anonymous said...

Kau nk kena ludah dgn pork Nik najis ker...?

Ularmak trsohor tu...

Haaakkktuuuiihh...ularmak la sgt....

Anonymous said...

Apa nak jadi dengan bangsa melayu. Melayu pecah kepada beberapa kumpulan kecil. Ada kah bangsa lain pecah macam bangsa melayu ? Dalam Islam juga pecah kepada mazhab. Masing2 mazhab perasaan dia saja yang betul , perasaan dia saja yang diterima Allah.

Karut lagi mengarut. Sebab tuhan Islam adalah Allah , tak kan tuhan pun mengamalkan double standard.

Anonymous said...

Lbih baik pas brsndirian. Saya stuju komen mnytakn pres dok brdolk dalik dlm isu mb. Ini mnujkan kta tak istqamh dlm ssuatu kputsan. Bla dymm sultan 3 nma clun mb pres bg 2 nma ahli pas dn yg anennya azmin dr pkr pres nmakn juga. Mrek dh kta mcm2 mmburuk pas dn pres tp pres syng lg kpd pkr dgn nmakn ahli pkr sbgai calun mb. Apa kdua2 ahli pas ni tk brwibawa ka? Tngok apa jd jwtn exco dri pas d krngkn dn d ppinang d pcat ahli bndarn dri pas. Tk malu kah dap n pkr dok buli kita ?

Anonymous said...

komen anon 2nov.12:07 mengarut..macam komen org kafir menyamar jer..
kalau tak tau apa itu mahzab dlm Islam tak usah nak komen..gi belajar dulu.
mahzab dibolehkan dlm Islam..tapi perpecahan tidak dibenarkan.
perpecahan bukan disebabkan mahzab..

Anonymous said...

PAS PERLU BERGERAK SENDIRIAN (KELUAR PKR),TAK DAPAT PERINTAH MALAYSIA PUN TAKPE,JANJI PAS TETAP MEMPERJUANGKAN ISLAM YANG SEBENAR DAN BERANI MENEGAKKAN KEADILAN...TAK PAYAH NAK JOIN DENGAN BN,KAN DR MAHATHIR YANG KATA BAHAWA BN ADALAH SYAITAN YANG DIKENALI,TAKKAN NAK BERSEKONGKOL DENGAN SYAITAN.

Anonymous said...

Pork nik kata bleh kawan gan syaitan. Tak sesat ka?