Tuesday, 4 November 2014

Demonstrasi Buat Anwar Gagal Di Istana Kehakiman, Ada Hati Nak Buat Di Dataran Merdeka?

Ketika artikel ini ditulis, prosiding rayuan Anwar Ibrahim telah ditangguhkan tepat jam 1.00 tengah hari tadi dan akan bersambung semula pada pukul 2.15 petang. Pendakwaraya Tan Sri Shafie Abdullah akan menyambung semula hujahannya bagi hari kedua berturut-turut.

Sosok paling ketara di pekarangan Istana Kehakiman hari ini selain daripada Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR dan Pak Jabit, salah seorang pelakon utama dalam filem Zombie Kampung Pisang adalah Tian Chua.

Berbanding semalam yang jumlah kehadiran meskipun pelbagai kempen telah dijalankan dengan hanya kurang dari 50 orang, hari ini, 14 buah bas dari Pulau Pinang yang disewa khas oleh PKR Pusat, berjaya mengangkat jumlah kehadiran hampir 300 orang.

AMK dengan anggota Timbalan Setia yang diwujudkan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin pada penghujung hayatnya sebagai Ketua AMK, turut kelihatan bersedia untuk melakukan rempuhan. Ramai yang terkeliru antara Timbalan Setia dengan anggota-anggota Unit Amal PAS kerana baju merah.

Dinihari tadi, Anwar Ibrahim (atau sesiapa sahaja yang mengarang bagi pihaknya) telah menviralkan sepucuk surat yang kononnya warkah terakhir Anwar Ibrahim sebelum melangkah dan menginap di penjara. Surat itulah yang dilihat sebagai senjata terakhir untuk menarik seramai mungkin penyokong untuk berkumpul. Dan pada masa yang sama, cuba membuktikan bahawa PAS telah mengkhianati PKR dan Anwar Ibrahim kerana enggan menghantar bala tentera yang meramaikan demonstrasi.

Anwar Ibrahim di dalam surat itu cuba menggambarkan bahawa sekarang ini, perjuangan menegakkan keadilan hanya melibatkan dirinya dan penyokong-penyokongnya sahaja. Manakala PAS yang telah bertahun-tahun bertungkus lumus dan mengorbankan segala-galanya, (termasuklah sebahagian ahli dan pemimpin PAS mengorbankan akidah dan iktikad), tidak lagi betah berjuang bersama-samanya.

Bagaikan tahu, hayat politik Anwar Ibrahim hanya berakhir setakat minggu ini, Tian Chua yang cukup dikenali sebagai provokator hebat, mendendangkan cerita kononnya, akan berlaku demonstrasi besar-besaran di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini sekiranya Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan.

Begitu jugalah janji Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin yang menjanjikan Wanita Keadilan akan bersolidariti, berhujan berpanas dan bersiang bermalam di Dataran Merdeka hujung minggu ini bersama-sama kaum lelaki pendokong Keadilan.

Ada yang lebih menarik di Pulau Pinang. Lim Guan Eng terang-terang menuduh Tuan Guru Presiden sebagai pengkhianat dan orang yang tidak boleh dipercayai. Malahan Guan Eng menggertak kononnya DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya, PAS terus memberikan kuasa kepada Tuan Guru Presiden di dalam PAS.

Motif Guan Eng sebenarnya mudah... dia hanya mahu melihat Tuan Guru Presiden mengerahkan ahli-ahli PAS berdemonstrasi bersama-sama Anwar Ibrahim. Hairan juga, mengapa Guan Eng lebih sibukkan PAS berbanding partinya sendiri. Mengapa Lim Guan Eng tidak kerahkan semua ahli-ahli DAP turun padang, berdemonstrasi bersama-sama penyokong Anwar Ibrahim di hadapan Istana Kehakiman?

Apakah Melayu-Islam bagi Guan Eng sekadar anjing upahan yang melakukan kerja untuk Cina DAP? Manakala Cina-Cina DAP pula bertindak sebagai taukeh yang boleh sesuka hati mengeluarkan arahan?

Kita tidak melihat ahli-ahli DAP pun berdemonstrasi dan setia berdemonstrasi bersama-sama Anwar Ibrahim. Kalau selama ini dikatakan PAS menumpang DAP dan PKR, mengapa sekarang ini terhegeh-hegeh menagih simpati dan bantuan daripada PAS?

Pergilah demonstrasi sendiri!

Cita-cita Tian Chua untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini, hanyalah sekadar satu lagi mainan mimpi untuk mengumpan ahli-ahli PAS buat kerja untuk mereka. Kalau dari hari Khamis lepas sehinggalah ke hari ini, PKR yang kononnya sangat hebat itu, tidak mampu menyediakan lebih dari 1000 orang untuk berdemonstrasi, apakah di Dataran Merdeka pada hujung minggu nanti, demonstrasi itu akan berjaya?

Dosa meliwat itu menyebabkan bala besar menimpa negara ini dan tidak sesiapa pun akan terkecuali ditimpa bala termasuklah mereka yang patuh menyembah Allah Taala. Dosa zina adalah besar, tetapi dosa liwat jauh lebih besar sehinggakan Allah Taala menenggelamkan Sodom dan Gomorrah menjadi Laut Mati yang kisah dan riwayatnya cukup masyhur dalam semua kitab-kitab agama samawi.

5 comments:

Nuurul Basar Mohd Baki said...

Kata hebat.... Mana bukti tiada.
Nak berkampung di dataran merdeka sokong suka sama suka versi peguam bela atau liwat versi pendakwaraya.
Yang penting suka tak suka ialah liwat.
Ate sapa gila nak pi sokong, udah diriwayatkan Rasulullah S.A.W tidak mengaku umat.

Ini kes liwat @ rogol bukan kes zina. Zina 4 saksi adil liwat @ rogol tidak perlu.
Apabila seorang wanita membawa seorang bayi bertemu Umar dan mendakwa beliau di rogol oleh anak umar bukankah dakwaan itu diterima dan diadili.

Dap tak rujuk al quran, PKR kita tak tau rujuk kita apa, tapi Pas rujukan Al Quran, Hadis, Qias, Ijtihad Ulamak.

Jabalnur said...

Pas rujuk Al Quran?

Kalau rujuk Al Quran kenapa PAS pun turut berkecai?

Tolong jangan merendahkan martabat Al Quran sedara - Al Quran tu Kalammullah - Allah telah menjanjikan Kejayaan kepada insan yang berpegang teguh taat kepada kalamnya.

Kalau Pas dah hampir berkecai takkan bolih dikatakan PAS berjaya?

Sebenarnya pada hemat saya PAS sama sekular dengan UMNO. Kalau dulu PAS dah kafirkan UMNO, maka hari ini nampaknya kekafiran itu telah terbukti jatuh pada PAS kembali..

Bertaubatlah saudara - Kalau masih tak pelajari lagi pengajaran yang di tunjuk Allah ini dengan mendabik dada orang PAS lah yang Islam. Bukankah selain dari Pas dan UMNO masih ramai lagi orang yang Islam yang tak berparti partian?



Anonymous said...

Jabalnur,

Selagi bernama manusia ,semuanya membuat kesilapan,tapi yg penting kita kena belajar dari kesilapan tersebut dan berubah.

Kalau nak di kirakan S.Ali dan Muawiyah pun merujuk al Quraan ,tapi peperangan berlaku juga antara mereka.Begitu juga dgn peperangan Jammal, satu peperangan yg terjadi dikalangan tokoh Islam,yg berbeda pendapat.

Cuma kita berharap sebarang kesilapan tidak di ulangi oleh pembuat kesilapan dan yg menjadi mangsa kesilapan tidak terus berdendam.Semuga pisang tidak berbuah dua kali bagi kita,biarlah hanya Anwar yg pisangnya berbuah berkali-kali-sodomi 1,2...dan Cinadoll lagi.Teruk

Anonymous said...

Ya jabalzulmah,

1. Ketum kata hudud xder dlm msia
2. Ketum kata ulamak jumud
3. Ketum kata sister in islam berlainan pendapat je bkn berlainan pegangan
4. Ketum kata nk pegang anjing..so what
5. Ketum kata tski jahat...nipu rakyat
6. Ketum kata nk dedah kejahatan tski
7. Ketum kata langkah kajang bkn nk tukat mb pun

Ini yg kau nak angkat jd pemimpin?

Anonymous said...

Wahai rakyat MALAYSIA... ANWAR IBRAHIM ADALAH MANUSIA YANG MUNAFIK..
KALU IKUT JUGA .. TAK TAHU LAH APA NAK JADI PADA GENERASI AKAN DATANG.. NAUZUBILLAH ..