Thursday, 6 November 2014

Hairan Apa Kalau Khalid Samad, Hanipa Maidin dan Mujahid Yusof Beria-Ia Bela SIS Yang Sesat

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menfatwakan bahawa Sisters In Islam adalah sebuah NGO yang sesat lagi menyesatkan.

Dan sebenarnya ia tidak menghairankan langsung, memandangkan NGO tersebut sebenarnya walaupun menggunakan Islam pada namanya, tetapi hakikatnya mereka hanyalah sebuah kumpulan yang bercita-cita untuk menjadikan umat Islam di negara ini lebih kafir dari orang kafir. Islam bagi mereka hanyalah sebuah agama yang menjadi imej, bukannya iktikad dan iman.

Disebabkan itulah, banyak perkara-perkara mengarut yang diajarkan oleh kumpulan tersebut.

Anehnya, dari PAS, muncul pula nama seperti Khalid Samad, Hanipa Maidin dan Mujahid Yusof yang beria-ia membela serta menyokong SIS. Bahkan mereka kelihatan tersinggung apabila Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menfatwakan bahawa SIS adalah sebuah pertubuhan sesat yang menyesatkan.

Ada yang hairan mengapa ketiga-tiga orang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu begitu kat menyokong SIS. Takkanlah merek atidak tahu tentang SIS yang turut dianggotai oleh anak perempuan Mahathir, Marina dan Zarinah Anwar yang jelas sesat apabila menyatakan bahawa semua manusia adalah 'ANAK ALLAH'.

Ketiga-tiga orang Anwar tetapi menyamar sebagai pemimpin PAS itu sebenarny ahanya mendengar dan mengikut sahaja apa yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan masalah yang diciptanya kini, orang-orangnya berselerak di serata tempat termasuklah dalam PAS.

Kerjasama puak-puak sesat seperti SIS dengan Anwar Ibrahim bukanlah satu perkara asing. Mereka akan saling tolong-menolong dan sokong-menyokong antara satu sama lain.  Antara pendokong kuat Sisters in Islam adalah Marina Mahathir dan Zainah Anwar serta beberapa orang AJK Tertinggi SIS yang pernah bersama-sama Anwar dalam BERSIH. Dengan gabungan bersama-sama Ambiga Sreevanasan yang dijenamakan sebagai peguam hak asasi nombor wahid yang sentiasa membela SIS di mahkamah dan Pengerusi BERSIH, Anwar mengarahkan orang-orangnya termasuklah yang berada dalam PAS untuk menyokong apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Ambiga.

Pengharaman SIS bukannya kerja UMNO. UBN tidak tahu apa-apa tentang SIS. Mereka terlalu takut untuk menyentuh apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan Mahathir. Walaupun Mahathir mungkin tidak berkenan dengan SIS, tetapi kehadiran anak perempuan sulungnya sudah cukup untuk menjadi tanda bahawa semangat dan roh Mahathir ada dalam kumpulan sesat tersebut. Itu tanggapan orang UBN. 

Sedangkan PAS pada Muktamar Ke-55 telah membuat ketetapan bahawa kerajaan seharusnya mengharamkan SIS. PAS sudah lama menigngatkan tentang bahaya dan kesan buruk daripada kelalaian dan kejahilan kerajaan UBN terhadap ancaman SIS. Oleh kerana itu, PAS telah menetapkan, usul yang dibawa oleh PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas. PAS mendesak kerajaan haraman SIS dan ianya adalah sebulat suara. 

Bagaimanapun, dasar penyokong Anwar yang berjubah PAS, mereka tidak peduli dengan ketetapan parti. Yang mereka pedulikan ialah apa perasaan dan arahan Anwar Ibrahim. Yang pasti ialah, mereka meneruskan legasi Anwar Ibrahim walaupun Anwar Ibrahim sudah berada pada kedalaman 6 kaki di bawah tanah.

12 comments:

Anonymous said...

ketua2 pas juga sokong SIS, LGBT, LIBRELISMA maka tak hiranlah walaupon payongkan pas tapi otak munafik.

prinsip pas dikencing dan diberak muka2 syaiton yg mencari popular tapi bukan berjuang bermati2matian kerana islam.

generasi muda pas juga sudah jauh terpesong dengan didikan songsang yg bersandar kuasa dunia dan kemewahan hidup hari ini.

Anonymous said...

Aku dah lama duk tengok parasit dalam PAS ni..macam2 perangai depa duk buat..rasa macam depa ni MP PKR ja..Dr Hasan Ali dah beritau awai2 lagi..parasit mmg ramai dalam PAS.

Anonymous said...

Setuju, sudah sampai masanya Dr Hassan ALi dan Nasa kembali ke dalam PAS, repair apa yang patut...teruk sangat dah PAS ni...parti menjubor la pulak jadinya, sokong penjubor.

Anonymous said...

PasMa adalah parasit. Doa Dr Hasan Ali dah dimakbulkan Allah. Tapi PAS sendiri macam takut2 untuk bertindak. Masa kecil jadi NGO ..sudah besar nanti jadi PKR agaknya...entahlah..

Nuurul Basar Mohd Baki said...

Tak hairan, anjing bila tuanya besuara pastilah menyalak.
Harapakan tulang.

Anonymous said...

Hoiii melayu. Korang duk sebok fasal benda remeh temeh. Korang tahu tak apa yang DAP tengah buat di Selangor. DAP bertekat nak tawan Selangor pads PRU14. Diorang dah mula gerak kerja dari sekarang.

1. Diorang tengah giat daftar semua anak muda cina umur 21 tahun.

2. Diorang tengah giat memindahkan pengudi cina ke kawasan yang yang DAP kalah tipis pada PRU13 dulu.

3. Diorang juga tengah giat memindahkan pengundi cina ke kawasan yang calon PKR bukan melayu kalah tipis pada PRU13 yang lalu.

Woiiii melayu Umno. Hoiiii melayu Pas. Woiiiii Umno Ngok. Hoiiiii Pas Ngok. Penang dah terlepas kat cina. Selangor dalam senarai next change.

Wahaiiiii Melayu Ngok yang menjadi pemimpin Umno sedar lah diri Umno tidak akan mendapat undi grass root dari parti komponen di Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam PRU14 nanti.

Wooiiiiii melayu. Kalau korang duk perasan Umno masih dapat sokongan undi cina korang tahu lah nasib Umno selepas PRU14.

Najib tak mengaku dia boleh jadi PM kerana undi melayu , selepas dia jadi PM dia hanya duk fikir nak jaga hati cina dn India supaya mereka akan undi Umno/BN dlm PRU14.

BIARKAN SI BUYONG TERJUN DENGAN LABUNYA...

Anonymous said...

Anon 0110. Ini semua umat akhir zaman..Islam berpecah belah..kafirun ambil kesempatan Dari kelemahan umat Islam..yang salah pemimpin2 Islam..tiada seruan dan matlamat perpaduan sesama Islam..yang ada ramai mengapikan permusuhan sesama Islam..pengikut ikut saja..kalau dengan kafirun kita boleh berbaik sangka kenapa takut ubtuk berbaik sangka sesama bangsa dan agama?

Petikan Berita - Sinar Harian

Ketika ditanya pengendali rancangan BBC Hardtalk Stephen Sackur dalam wawancara pada 10 Mei 2005, Anwar menegaskan beliau bukan Islamis tapi boleh bekerjasama dengan parti Islam seperti Pas. Bila ditanya sama ada menyokong pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia, Anwar tersepit. “Mungkin kita boleh laksana aspek-aspek tertentu jika itu yang rakyat mahu,” jawabnya. Apa maksud ‘aspek-aspek tertentu’ dan ‘jika rakyat mahu’? Stephen Sackur kelihatan keliru dengan jawapan kabur ini; saya rasa ulama Pas lagi kebingungan.

Anwar juga diasak mengenai amalan nepotisme dan kronisme dalam PKR, hubungannya dengan perniagaan besar semasa menjadi timbalan perdana menteri serta pengaruhnya terhadap media kerajaan sewaktu berkuasa dalam parti dan kerajaan. Anwar ditempelak apabila cuba mempertahan usahanya mereformasikan kerajaan, memperbetulkan banyak kepincangan dan melawan Tun Dr Mahathir Mohamad: “Anda kata tidak setuju dengan Dr Mahathir dan memprotes. Anda juga mendakwa orang lain rasuah. Tapi sepanjang tempoh 16 tahun dalam kerajaan, anda kerap naik pangkat. Kenapa anda tidak letak jawatan jika tak setuju dengan Dr Mahathir seperti yang pernah dilakukan timbalan perdana menteri lain? Anda ingin saya percaya bahawa selama tempoh itu, tangan anda tidak kotor?”

Dalam wawancara itu, Anwar tidak menafikan cita-citanya mahu menjadi perdana menteri. Tapi Anwar diingatkan oleh Stephen Sackur bahawa beliau gagal memenangi beberapa pilihan raya umum, sokongan terhadapnya semakin menurun dan beliau adalah punca rakyat Malaysia pecah-belah. “You are the most polarising political figure in Malaysia. Why are you continuing to make this mischief?” Hos France24 TV juga membuat kesimpulan yang sama dalam wawancara dengan Anwar pada 2010.

Dalam wawancara BBC pada 2007, Anwar mencadangkan undang-undang yang lapuk dan mendiskriminasi dihapus, serta hak golongan homoseksual dipertahan. “Undang-undang ini tidak relevan lagi, dan kita tidak perlu apologetik.” Namun, apabila didesak oleh penemu ramah dalam wawancara Radio BFM 89.9 sama ada beliau seorang homoseksual, Anwar terkial-kial dan memberi jawapan yang tidak relevan sehingga perlu ditanya berkali-kali. Soalan: Anda seorang homoseksual atau biseksual? Anwar: Mereka cuba mendakwa saya. Tidak ada bukti untuk menyokong. Soalan ini tidak relevan. Soalan: Ya atau tidak? Anwar: Soalan ini sepatutnya tidak ditanya. Ini propaganda Umno. Tidak adil. Apa asasnya? Soalan: Jadi anda bukan seorang biseksual? Anwar: Saya mangsa serangan yang hebat. Sama ada seseorang itu biseksual atau tidak, itu soal peribadi. Untuk mendakwa seseorang perlu mendapatkan bukti. Dalam kes saya, ia pembohongan.

Anonymous said...

Kenapa pas tak berani bincang dan buang mereka daripada Pas. Mereka memang patut dibuang dari pas dan patut berada di dalam pkr. Sesuai sgt pemikiran mereka...

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

pak slemett said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan