Tuesday, 4 November 2014

Jangan Marah Ku Nan Bila Labelkan PAS Sesat Kerana Kebencian Kita Kepada UMNO Jadi Punca Sebenar


Sekarang ini, rata-rata orang PAS mengutuk Setiausaha Agung UBN, Adnan Mansor apabila Adnan Mansor yang mencadangkan dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama UBN untuk meletakkan al Quran dan As-Sunnah sebagai dasar perjuangan UBN selain bercakap tentang Pengajian Sifat 20 (Usuluddin) yang telah ditinggalkan oleh parti tersebut, melabelkan PAS sebagai SESAT dan MENYELEWENG DARIPADA AJARAN ISLAM.

Tak guna kita marahkan golongan seperti Adnan Mansor mahupun sebahagian besar orang UBN yang masih angkuh dengan kuasa. UBN sendiri pun sudah kacau bilau dan tidak lagi bergerak pada landasan sebenar penubuhan parti tersebut.

Suka atau tidak, hanya pada zaman Mahathir sahajalah, UMNO baru kenal AGAMA ISLAM, baru tahu bahawa Tuhan itu adalah Allah Taala, baru tahu Nabi dan Rasul terakhir adalah Muhammad bin Abdullah s.a.w. Baru tahu bahawa Islam itu bukan sekadar bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan naik haji atau terikat kepada enam perkara dalam rukun Iman. Hanya pada zaman Mahathir sahaja, baru orang UBN tahu bahawa Islam itu mencangkupi setiap bidang kehidupan manusia termasuklah ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Islam tidak sekadar berkisar tentang halal, haram, wajib, sunat, mubah dan makruh. Bahkan Islam lebih daripada itu.

Kerana itu, orang UBN akan menekup telinga dan cuba menafikan yang PAS lahir daripada kejahilan dan kekufuran para pemimpin UBN yang mahu menghalalkan perkara haram seperti loteri dan judi.

Dari tahun 1951 sehinggalah 2014, jemaah PAS diasuh agar membenci amalan dan kepercayaan UBN yang tersasar dan menyeleweng jauh daripada jalan Islam terutama kefahaman sekular yang memisahkan pemerintahan, pentadbiran dengan agama. Malangnya, golongan jahilun dalam PAS pula, mencipta kebencian mengatasi kebencian ke atas amalan UBN. Ada yang membenci UBN kerana UBN adalah UBN sekaligus meletakkan hukum kepada UBN sehingga wujud pula golongan pentakfir yang mengkafirkan orang UBN kerana mereka mereka gagal memahami kaedah pengkafiran dan pengkufuran sebaliknya menganggap sebagai orang PAS, mereka bebas menjatuhkan hukuman kafir dan murtad kepada sesiapa sahaja yang mereka suka.

Akhirnya kerana perbuatan jahilun tersebut, ia terbalik pula kepada PAS. Sekarang, PAS pula yang dilabelkan sebagai kafir, sesat dan menyeleweng. Bezanya dengan PAS, UBN tidak mempunyai Majlis Syura atau Majlis Ulama. Barangkali kalau mereka adalah kedua-dua majlis itu, UBN pun akan mengambil pendekatan pentakfiran kerana kejahilan mereka.

Kenapa perkara sebegini berlaku?

Kerana jahil dan kerana kebencian yang amat keterlaluan sehingga ilmu yang dipelajari, gagal dihayati dan digunakan dengan sebaik-baik mungkin. Sebaliknya nafsu dan logik akal digunakan, ditambah pula dengan hasutan daripada golongan munafik yang sememangnya berharap agar umat Islam terus berpecah kerana khilafiyyah. Ini bukan perkara baru tetapi telah berlaku dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi.

PAS sepatutnya sudah belajar daripada pengalaman pahit yang masih kita rasakan sekarang ini. Kebencian kita kepada UBN telah membutakan pertimbangan dan mata kita sehinggakan kita sanggup menjadi jahil dan lebih teruk lagi, sanggup menjadi anjing yang dipergunakan oleh golongan seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah Taala tidak menjadikan sesuatu secara sia-sia. Jangan pandang buruk dan hina dengan apa yang sedang menimpa sekarang, sebaliknya kita perlu melihat pengajaran yang sedang Allah Taala berikan menerusi kejadian seperti ini.

Cuma, kita perlu bersimpati dengan golongan UBN yang masih taksub dengan fahaman nasionalis mereka tetapi pada masa yang sama, masih tidak faham mengapa kita menyatakan bahawa nasionalisme mereka adalah sesat dan menyesatkan tidak sebagaimana nasionalisme yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

10 comments:

Anonymous said...

Dulu kata Umno kapiaq. Apa salah sekarang giliaq Umno kata Pas kapiaq pulak. Jangaannn maraaahhhhh.

Kami suruh Pas tahaluf dengan Umno tak mahu nak tahaluf dengan DAP kapiaq tu jugak , habis tak kapiaq jadinya.

Kah kah kah .... parti isle cap serban dan jubah.

Anonymous said...

Senang citer, 3 berhala yang tetap manusia sembah sampai kiamat walaupun tak nak mengaku. Harta, tahta dan wanita. sebahagian ahli PAS, agama hanya jadi alat

Anonymous said...

Umno ditubuhkan oleh golongan berpendidikan sekular. Maka dapatlah difahami mengapa pada awalnya aliran sekularisme terlalu pekat di dalam parti itu. Namun harus juga kita akuri bahawa kefahaman Islam pada tahun-tahun 50 an dan 60 an tidaklah sedalam seperti hari ini. Pada era tersebut kita mrlihat kaum wanita hatta yg berpendidikan agama sekalipun agak bermudah-mudah dgn hukum aurat, cukup sekadar meletakkan selendang nipis di atas kepala mereka. Hal.ini terjadi termasuklah di kalangan ahli Dewan Muslimat Pas sendiri.
Namun hasil tarbiah dan dakwah berterusan dari golongan agama termasuk ulama Pas, berlaku perubahan ke arah yg lebih sempurna. Sepekat mana pun sekularisme dan kekufuran Umno, Pas setidak-tidaknya pernah meredhai parti nasionalis itu apabila bersama di dalam BN dari 1972 hingga 1978.
Kita juga tidak sepatutnya menafikan sumbangan Umno kpd perkembangan syiar Islam samada di dalam atau pun luar negara selama ini. Hal ehwal agama diinstitusikan sebaik mungkin, maka lahirlah Tabung Haji, YADIM, Bank Islam dan pelbagai entiti lagi yg manfaatnya kepada ummat tidak mampu dinafikan sesiapa. Pada masa Pas mencetuskan fenomena sembahyang dua imam, pulau memulau dan berbagai isu perpecahan lagi, kerajaan Malaysia yg ditunjangi Umno giat membantu saudara2 Muslim di Palestin dan Bosnia. Tidak sedikit bantuan yg diberikan kpd ummat Islam di dua negara ini samada yg diketahui umum atau yg dilakukan secara rahsia oleh kerajaan Malaysia. Bantuan kpd muslimin mustad'afin ini tidak terhad kpd dua negara itu shj. Saya boleh berdiri di hadapan Allah di Mahsyar kelak utk menjadi saksi usaha-usaha dan bantuan Kerajaan Malaysia khususnya di era Mahathir kpd minoriti Muslim di Selatan Thailand, Filipina dan Myanmar kerana saya turut terlibat menjayakannya.
Pas hebat dari segi rethoriknya. Para pemidato mereka mampu memenangi hati ribuan manusia yg berhimpun di padang. Namun Pas belum lagi menunjukkan kemampuan mereka mentadbir. Setelah menguasai Kelantan lebih 23 tahun, apa mercu tanda pentadbiran Pas di negeri itu? Beleklah Harakah dari tahun 90 an hingga kini. Kita akan terbaca puluhan janji Pas di Kelantan. Mahu membina itu dan ini. Dan ziarahlah sendiri negeri Cik Siti Wan Kembang itu hari ini. Apa yg Pas bina samada pembangunan material atau modal insan. Jawablah dengan jujur kerana mungkin saya yg tersalah mrnilai. Wallahu a'lam.

Anonymous said...

Bukan nak hina. Tapi mengikut penilaian aku Pas parti politik cap Serban & Jubah ini memang Low Class. Sebab itu DAP berani Gertak, Hina & Halau. Anjing kurap pun ada maruah tau , kalau disakiti dia gigit balik. Tapi Pas menikus kalah kucing .... lebih hina dari anjing.

Sebagai seorang Muslim aku sokong dan setuju dengan apa yang DAP layan Pas.

Anonymous said...

Jika kura-kura akan sentot kepalanya kedalam cengkerang kerana malu setelah dihina sedemikian rupa.

Namun serban putar PAS tak mampu untuk menutup semuanya. Lantas kemaluan itu menjadi tatapan setiap mata yang memandang.

Bak kata Kepala Singh PAS telah melakukan banyak kerosakan maka PAS harus BERTAUBAT.

Anonymous said...

brader..ko cakap macam ko cukup sempurna manjalani kehidupan sebagai muslim dan menuding jari kpd ubn sebagai jahil dsb..ko duduk diam2 dan muhasabah diri ko sendiri dan nilai la diri ko..adakah layak ko melebel org seperti itu..jwp la sendiri dgn sejujur2nya dan seikhlas hati...ramai hati org ubn yg ko perlu mohon ampun bro..tak cukup tanah nanti di akhirah ko nak lari brp

Anonymous said...

"Terajang mana yang patut, puji jangan sekali" - Ini sunnah nabi mana yg admin blog ni ikut? Atau pengikut tuhan Harun ke?

Anonymous said...

Tah ape2 la, kapir sana kapir sini, gila

Anonymous said...

Jelas dan Nyata.. AJARAN SESAT
jugak yg di ambil jadi pedoman...
ISLAM ITU SATU KESEMPURNAAN

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI