Thursday 20 November 2014

AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA?


1. Saya menggesa agar mana mana individu yang terlibat dalam agenda ini supaya fahamkan erti sebenar perjuangan PAS yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai kuasa pemutus yang tertinggi. Bukanlah muktamar, mesyuarat AJK PAS Pusat atau sesiapa pun termasuk Presiden PAS sendiri. Apabila Presiden membuat keputusan yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, kita tolak. Sekiranya tidak, wajib bagi kita untuk mematuhinya.

Sabda Nabi SAW
لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق
Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang menjadi maksiat kepada Allah.

2. Maka, persoalan yang saya ingin lontarkan ialah, kenapa terlalu menggilakan jawatan tersebut sehingga merancang untuk menjatuhkan Presiden yang sedia ada, sedangkan kamu juga perlu ikut al Quran dan Sunnah. Inilah bezanya antara wala dalam Islam dan wilayatul faqeh dalam ajaran sesat. Iaitu, pimpinan tertinggi dibenarkan membuat keputusan atau arahan selagimana tidak bercanggah dengan syarak. Konsep wilayatul faqih pula, pimpinan tertinggi wajar membuat keputusan atau arahan, walaupun bercanggah dengan syarak. Yang mana kalian cari? Mengapa perlu gilakan jawatan itu sedangkan kalian juga terikat dengan dasar syarak.

3. Adakah kalian kenal siapakah yang berusaha siang dan malam mengkaderkan ahli PAS di atas kefahaman syarak? Kenalkah kalian ustaz ustaz yang tidak tertonjol di dada akhbar dengan gaya poligam, mereka bersusah payah menghidupkan manhaj Islam di dalam dada kader kader PAS? Merekalah yang cair dengan ilmu agama, membezakan batas iman dan kekufuran, menghidupkan roh roh perjuangan, serta memahamkan ummah tentang pemikiran asing yang bertandang ke gawang gerakan Islam hari ini, seperti liberalisme, syiah, sekularisme, pluralisme dan banyak lagi. Usaha mereka di balik tirai ini tidak pernah diminta untuk disiarkan di dada akhbar bagi meraih populariti murahan.

4. Kalian kenalkah siapa mereka yang menganggotai Majlis Syura Ulamak? Kenalkah mereka dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang sedang mengemudi bahtera ini? Adakah ilmu, kefahaman dan tarbiah yang mereka lalui sekadar sehari dua? atau seminggu dua? Berbekalkan bacaan al Quran yang belum kemas dan kitab arab tak pernah dibuka, tiba tiba kalian pula muncul mengatakan itu salah dan ini salah? Mana sikap profesional yang kamu laung laungkan itu?

5. Saya menasihatkan agar kita sama sama kemaskan akidah pegangan kita, kemaskan fikrah dan aliran pemikiran kita. Jangan tersasar atau terbabas daripada laluan yang lurus ini dek kerana mencari simpang simpang di tepian jalan yang belum berturap. Perjuang dan pertahankan kepimpinan ulamak. Belajarlah untuk belajar, kita akan sentiasa sedar diri itu masih jahil. Bertatihlah untuk bertatih, kita akan sentiasa sedar bahawa kita masih memerlukan. Berlatihlah untuk berlatih, kita akan sedar bahawa kita masih lemah.

Terus beristiqamah

Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
20 November

19 comments:

Anonymous said...

baru sedar ke....bagaimana parasit2 menjahanamkan pas dari dalam ? dato' hasan ali dah beri peringatan....tak mau dengar....sekarang amek kau....bersilat....berkuntau la korang.

Anonymous said...

Hahahaaaaa. Kalau Pas hancur , aku lah orang melayu Islam yang bersyukur sesyukurnya kepada Allah swt. Kenapa ? Lain kali aku ceritakan....

MHD Muslim

Anonymous said...

Org yg bersyukur dgn kejatuhan golongan yg nk menegakkan Islam kene cek dlm hati betul2....nauuzubillahi min zaalik.

Anonymous said...

ini parti.....menegakan islam ke???????????

anti GOLONGAN MUNAFIK said...

Doa yang di Amin kan oleh penyokong PAS selama ini .. ALLAH TAALA TELAH MAKBULKAN .. MAKAN TUAN ..
MAKA TERSERLAH LAH GOLONGAN YANG BERPAKSI KAN ANWAR IBRAHIM DAN AGENDA DAP ..MENUNJUKKAN WAJAH YANG SEBENAR ..
AKIBAT DENDAM KESUMAT .. TERBITNYA ..PASMA ..

Anonymous said...

5 fakta yang menarik tentang hubung-kait DAP dan komunis:

1. Struktur organisasi DAP adalah sama dengan yg digunapakai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Dalam DAP, individu yg paling berkuasa dalam parti adalah yg memegang jawatan Setiausaha Agung (sekarang dipegang oleh Lim Guan Eng), manakala jawatan Pengerusi (dipegang oleh Karpal Singh) hanyalah sebagai boneka saja.

Begitu juga dengan PKM, di mana Chin Peng yg memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung adalah bos besar. Walaupun Musa Ahmad dilantik sebagai Pengerusi, namun peranannya hanyalah untuk menarik sokongan orang Melayu saja.

2. Sama seperti PKM, keanggotaan DAP didominasi hampir sepenuhnya oleh kaum Cina. Walaupun terdapat kaum India dan Melayu yg turut menganggotainya, mereka tidak lebih sebagai kosmetik untuk mencantikkan DAP di mata masyarakat umum.

3. Matlamat PKM adalah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini. Konsep ini diwarisi pula oleh DAP yg mempunyai niat untuk meruntuhkan sistem Raja Berperlembagaan dan menukarkannya kepada sistem republik.

4. DAP meniru kaedah PKM dalam menarik sokongan orang Melayu kepada mereka. Jika PKM menubuhkan Rejimen Ke-10 sebagai pasukan komunis Melayu, DAP pula menubuhkan beberapa cawangan DAP Melayu yg dianggotai sepenuhnya orang Melayu, selain melantik beberapa orang Melayu memegang jawatan penting dalam parti.

Semua ini dilakukan semata-mata untuk memperalatkan org Melayu tersebut bagi mencapai matlamat mereka. Org Melayu tersebut tidak ubah seperti lembu yg dicucuk hidungnya yg tidak mampu berperanan penting untuk membuat keputusan.

5. DAP dan PKM kedua-duanya adalah anti Islam dan Melayu. Jika PKM banyak menjadikan org Melayu Islam sebagai mangsa mereka, DAP pula menjalankan gerakan untuk menghapuskan dasar-dasar yg melindungi kaum Melayu/bumiputera.

Anonymous said...

Ada dua ekoq yang bergelaq ulamak dalam Pas menjadi talibarut DAP. Siapakah mereka ? Siapa boleh teka.....

Anonymous said...

ulama yang ko bayangkan tu aku tak kenal, tapi kalau FOOLarmak dalam PAS yang menjadi talibarut DAP aku boleh senarai 10 orang sekaligus....

Anonymous said...

Cor ko senaraikan.

Anonymous said...

Ulamak Pas talibarut DAP

1. Nik Aziz
2. Hadi Awang

OK kah ?

Anonymous said...

Awas TSUNAMI MEGA PRU14 !!!!!

Hangpa ingat tak macamana perancangan DAP menawan Penang.

Pru 10 - projek tanjung 1 - kantoi
Pru 11 - projek tanjung 2 - kantoi lagi
Pru 12 - projek tanjung 3 - Penang masuk kantong DAP

Tsunami cina ini sebenarnya bermula dari ...

Pru 12 - tsunami mini - DAP dapat Penang
Pru 13 - tsunami maxi - dalam BN Umno saja yang menang.
Pru 14 - tsunami mega - ???????? Watch up.

Persediaan untuk menghasilkan TSUNAMI MEGA telah pun bermula pada tahun 2014 , digerakan oleh DAP , melalui pendaftaran pemilih dikalangan setiap orang cina berumur 21 tahun , pendaftaran akan berjalan sepanjang masa , ibu bapa cina diberi tanggung jawab mempastikan setiap anak mereka yang berumur 21 tahun mendaftar sebagi pemilih , mereka nak sokong DAP atau sokong BN bukan isu , yang penting mereka layak sebagai pemilih. Itu belum diambil kira tentang penemuan segelintir orang cina yang memiliki mykad tetapi langsung tidak faham bahasa melayu. Pelik ????

Bagaimana persediaan di pihak orang melayu. Umno buat apa ? Pas buat apa ? Tidor lagi kah ?

Hulk Hogan

Anonymous said...

Melayu still dengan 'tidak apa' attitude.

Anonymous said...

PAS TIDAK AKAN TINGGALKAN PAKATAN RAKYAT

Pas dihina terok oleh orang melayu dan penyokong Umno. Semua itu kerana Pas enggan keluar dari PR setelah Pas berperang dingin dengan DAP atas beberapa isu. Cabar mencabar diantara kedua-dua pemimpin parti ini berlaku tidak kesudahan. Mungkin sebahagian orang melayu rasa terhina bila Pas seperti dihalau oleh DAP supaya meninggalkan PR.

Sekali fikir memang saya juga rasa Pas tidak ada maruah , hidung tidak mancong pipi tersorong-sorong , bermuka tebal. Yang tajam aqal dapat membaca maksud DAP iaitu DAP lebih suka Pas belah dari PR. Adanya Pas dalam PR memberi masalah kepada DAP dalam menangkis propaganda lawan iaitu MCA dan GERAKAN.

KENAPA PAS ENGGAN KELUAR PR ?

Saya rasa lebih selamat Pas terus bersama PR untuk berlawan dengan Umno. Lawan sebenar Pas ada lah Umno , walau MCA dan GERAKAN juga parti komponen BN tetapi Pas tahu nasibnya bila berlawan dengan MCA dan GERAKAN , Pas akan kecundang walau pun dikawasan melayu. Kerana orang cina bukan seperti orang melayu dalam urusan memilih wakil rakyat. Saya sendiri mahu bangsa saya menjadi jurucakap untuk membela bangsa saya di DUN / Parliament , saya tidak yakin Pas akan membela nasib orang cina PR dalam DUN / Parliment walau Pas itu merupakan komponen dalam PR bersama DAP , walau saya penyokong DAP tetapi dalam keadaan serupa itu naluri saya meminta saya undi calon MCA / GERAKAN kerana mereka adalah cina yang sudah tentu akan memperjuangkan hal-hal berkenaan orang cina. Jika saya undi Pas hanya kerana dianya dalam PR bersama DAP , saya sebenarnya telah tersilap membuat pilihan. Akan bersambung.......

KS Lee

Anonymous said...

Sambungan by KS Lee ......

PAS AKAN RUGI BESAR JIKA KELUAR PAKATAN

Saya percaya para pemimpin Pas nampak risiko hitam yang akan berlaku kepada Pas jika Pas keluar PR samada untuk bergerak sendirian atau bergabung dengan Umno. Umpama mata gergaji tolak kulit terluka tarik juga kulit terluka. Pas dalam serba tidak kena sekarang. Pas tahu untuk berlawan dengan Umno dia perlu sokongan cina , tanpa sokongan cina Pas tidak mampu untuk kalahkan calon Umno , walau dia bertanding di kawasan melayu 70% dan bukan melayu 30%. Kata lah kekuatan Umno dan Pas 50-50 , dalam keadaan ini sokongan bukan malayu menjadi penentu. Jika Pas bukan komponen PR lagi , adakah anda ingat cina khasnya akan sokong Pas ? Tetapi jika Pas itu sebahagian daripda PR maka orang cina walau mereka tidak senang kepada Pas kerana berperang dingin dengan DAP , tidak rugi dalam jangka kehadapan memenangkan Pas. Memenangkan Pas sebenarnya adalah satu bentuk tindakan tidak langsung untuk menghalang Umno menjadi terlalu dominant dalam BN. Sekarang kerana Umno terlalu dominant maka barisan anggota kabinet telah dimonopli oleh Umno , nampak seolah adalah Kerajaan Umno dan bukan Kerajaan BN.

Jika Pas masuk bertanding sendiri-sendiri berlawan dengan Umno , peluang Pas menang sangat tipis , kerana hanya orang Pas saja yang sokong Pas , orang melayu PKR dan bukan melayu bebas buat keputusan sama boikot Pas atau menyokong Umno sebagai tindakan menghukum Pas kerana mengkhianati PR.

Saya hujah Pas akan kalah kerana malayu kini pecah 3 - saya andaikan jika ada 10,000 melayu disatu-satu kawasan - 6000 adalah melayu Umno , 3000 adalah melayu Pas dan 1000 adalah melayu PKR. Sebab itu saya berkata tanpa sokongan bukan melayu Pas can't get thru. Jika bukan melayu boikot pengundian pun peluang menang tetap memihak kepada Umno. Melainkan jika 80% bukan melayu menyokong Pas maka peluang Pas mencerah dikawasan pengundi melayu 70% & bukan melayu 30%.

Atas perkiraan ini lah kita nampak Pas buat bodoh dan muka tebal terus berada dalam PR. Dan saya ramal Pas tidak akan berani tinggalkan PR biar apa pun DAP kata kepadanya.

KS Lee

Anonymous said...

Kami org islam percaya pada hari akhirat hari kebangkitan..bkn mcm kamu wahai ks lee...dikhirat yg akan disoal adalah mengenai perjuangan kami dlm menegakkan dakwah islam bkn tentang apa yg kamu telah menang didunia..akhirat adalh dunia yg hakiki kekal selamanya...tp dunia cuma sekadar singgahan utk semua makhluk dimuka bumi termasuk kamu en. ks lee..semua akan mati dimakn ulat....

Anonymous said...

Woi mamat 1315

Apa punya bengap la ko ni. Aku ingat ko ni orang Pas. Ko cerita macam tu kat cina tu ko ingat dia faham kah. Patut lah dakwah Islam gagal, rupa nya pendakwah bengap dan bengal yang menyampaikan dakwah. Itulah standard orang Pas, tak ada kelas bro.

Anonymous said...

ks lee tu adalah taykar, boleh lihat di blog dr mim. Menghina islam je kerjanya

Anonymous said...

Haiyaaaa. Banyak bodoh lh melayu umno. Anwar liwat lurang tak suka. Najib lurang tak suka lembut dan lembek lagi takut bini. Hadi Awang juga lurang tak suka out of date Malaysia jadi negara mati apa hibburan pun tak boleh banyak orang kudung tangan tak ada kepala kasi pancung sama hudud. So siapa lurang melayu mahu jadi PM.

Kita offer lurang Uncle Ah Siang apa macam. Dia tua boleh panggil datok tapi banyak bersih rasuah tidak ada liwat tidak ada zina bini orang tidak ada main China doll tidak ada. To me Uncle Ah Siang is the most suitable to lead our country. Tsunami 14 is very sure will satisfy every Malaysian and all religions of Malaysian.

Ayuhhh. We initiate the formation of Tsunami 14 from now, let all Malaysian participate. It is not only benifit Chinese, it benefit all Malaysian.

TSUNAMI 14 MOVE TO CHANGES

KS Lee

Anonymous said...

manusia alim mcm mana pun akan sampai satu hari jadi tua dan nyanyuk... sampai tarikh luput dah.... makin tua bukan makin jadi cerdik dah manusia ni....

bukan satu yang pelik tukar pemimpin...