Friday 31 October 2014

Istikharah dan Munajat 16 Tahun Lalu Akhirnya Terungkap Dari Pasukan Pembela Anwar Ibrahim Sendiri... SAH MELIWAT!


Golongan penyembah Anwar Ibrahim di dalam PAS cukup berang jikalau kes liwat Anwar Ibrahim diulangsebut. Sehinggakan ada yang sangup mengkafirkan sesama jemaah jikalau perkara itu dipertegaskan berdasarkan bukti-bukti fizikal, klinikal dan forensik.

Akhirnya ia menjadi perkara 'taboo' dan ahli-ahli PAS tidak boleh menyebutnya secara terbuka keran adianggap melanggar Presiden sekalipun sbenarnya Anwar Ibrahim tiada sebarang kena-mengena dengan Tuan Guru Presiden mahupun Almarhum bekas Tuan Guru Presiden PAS yang lalu.

16 tahun lalu, jemaah PAS mencari kebenaran dengan bermohon kepada Allah Taala untuk menunjukkan kebenaran apabila berita Anwar Ibrahim dipecat dari UBN dan Kabinet Kerajaan Malaysia dilihat sebagai satu penganiayaan daripada rejim zalim yang diketuai oleh Mahathir Mohammad.

Yang tidak sabar-sabar dengan petunjuk dari Allah SWT, telah membuat keputusan berdasarkan logik akal dan nafsu. Namun kebenaran yang ditunggu-tunggu, terungkap dengan sendiri tanpa boleh dinafikan oleh para penyokong Anwar, baik dalam PKR, UBN mahupun PAS.

Kebenaran tersebut adalah menerusi hujah barisan peguambela Anwar Ibrahim sendiri yang mengakui Anwar Ibrahim melakukan perbuatan meliwat walaupun tujuan mereka adalah untuk membuktikan bahawa liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan adalah atas dasar suka sama suka.

16 tahun lalu, serata negara ahli-ahli dan pemimpin PAS termasuklah Imam Besar Masjid Negara pada waktu itu mengadakan solat hajat untuk memohon petunjuk dari Allah SWT tentang kebenaran tuduhan tersebut. Mangsa liwat pada waktu itu adalah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah.

Anwar tidak mengakui perbuatan songsangnya walaupun mahkamah kemudian mendapati dia bersalah dan dia dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun kerana kesalahan meliwat dan 8 tahun kerana rasuah salahguna kuasa yang perlu dijalani secara berasingan. Anwar bagaimanapun, tidak sempat menjalani hukuman penjara bagi kesalahan meliwat apabila dia dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan kerana masalah 'tarikh kejadian'.

Bagaimana agaknya para penyokong Anwar Ibrahim yang bersembunyi di dalam PAS boleh menerima hakikat yang diungkapkan sendiri oleh peguam-peguam Anwar dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh empat hari ini? Adakah mereka masih mahu menyatakan bahawa sesiapa di kalangan ahli-ahli PAS yang percaya Anwar mengamalkan perbuatan liwat, maka mereka adalah ANJING UBN?

10 comments:

Anonymous said...

Isunya Anwar peliwat, tak mungkin peliwat layak jadi PM dengan segala perangai buruk lain lagi.

Anonymous said...

Maaf jika komen saya mengguris hati orang-orang Pas. Bagi saya, individu yg turut bersalah membela kedurjanaan Anwar termasuklah Haji Hadi sendiri. Sewaktu terdedahnya video China Doll yg memperlihatkan aksi zina Anwar, Hj Hadi masih mempertahankan beliau dgn berkata video hanyalah besi, tidak boleh dijadikan bukti!
Kenyataan Hj Hadi ini telah secara tidak sedar memberi gambaran betapa sempitnya sistem pembuktian di dalam Islam. Ya, video tersebut tidak boleh mensabitkan Anwar di bawah hudud. Tetapi video itu boleh dianalisis utk memastikan ketulenannya dan dari situ Pas berpeluang utk menilai siapa Anwar yg sebenarnya.
Saya tidak bersetuju dgn tulisan Santau Berapi bahawa terbongkarnya kejahatan Anwar hari ini adalah hasil.munajat Pas 16 tahun dahulu. Membelek kembali lembaran sejarah, 16 tahun dahulu munajat Pas bukanlah utk Allah menunjuk siapakah yg benar antara Anwar dan Mahathir. Munajat Pas pd waktu itu ialah supaya Allah menyelamatkan Anwar yg Pas yakini telah dizalimi oleh Mahathir.
Tanpa usul periksa yg mencukupi, pimpinan Pas pd waktu itu menelan bulat2 kata-kata Anwar, bahawa dia telah dizalimi. Pas turut memanjangkan lagi fitnah Anwar bahawa dia adalah mangsa konspirasi. Polis, ahli kimia, doktor perubatan, hakim, pendakwa dan entah betapa banyak lagi pihak yg menurut Anwar betkonspirasi dgn Mahathir utk menjatuhkannya.
Kesan dari momokan Anwar itu boleh dilihat sehingga hari ini. Rakyat dgn mudah memperolok2kan mahkamah, polis dan institusi kerajaan pd hari ini. Seolah semua institusi ini terlalu jahat dan yg baik hanyalah Anwar dan Wan Azizah.

Anonymous said...

Cuba cari pemuda yang comel loatel .. berjalan didepan ANWAR IBRAHIM .. LEPAS TU KAT ZIP SELUAR ANWAR .. KALAU NAMPAK TEGANG .. SAH LAH ANWAR KAKI LIWAT .. KE GUANO GU..

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 2 said...

Apa nasib Anwarinas dalam PAS kalau Anwar masuk penjara?

Anonymous said...

Ckup stuju dgn komentar anda...tepat dan padat... Pas ni dr presiden smpai la ke balaci bwh Smuanye bodo..akal ade tp ckup snang di bodokan... Tukar la slogan pas for all... Yg btulnye pas for yg bodo slamanye...

Anonymous said...

Umno brani pecat sape2 pn yg khianat pada parti tnpa mngira ape kedudukan dlm parti.. Timbalan presiden pn umno brani pecat... Pas brani ape..?? Cma brani jual n gadai maruah islam... Haaakktuuiihh... Mampos la ko pas... !!

Anonymous said...

Terima kasih anon 13:10. Izinkan saya menyambung sedikit lagi.
Pada hemat saya, Pas terkhilaf apabila menganggap Umno sebagai musuh yg perlu dihapuskan at all cost. Pas sepatutnya melihat Umno sebagai subjek dakwah yg memerlukan bimbingan dan peringatan.
Seawal tahun 60-an telah ada suara2 ulama Pas yg mengkafirkan Umno. Dosa yg menjatuhkan Umno ke lembah kekufuran, mengikut ulama Pas, ialah kerana bekerjasama dgn parti kafir MCA dan MIC. Dosa yg kemudiannya ditiru oleh Pas apabila berkongsi citra dgn DAP, cuma hukumnya telah berubah daripada kufur menjadi harus kerana Pas baru terjumpa istilah tahaluf siyasi.
Kemuncak takfir berlaku apabila Hj Hadi melalui Amanatnya menghalalkan jihad terhadap Umno kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah. Walhal Hj Hadi juga kemudiannya menandatangani Buku Jingga PR yg antara iltizam terkandung di dalamnya ialah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Semenjak 1993, Pas mencanangkan bahawa terhalangnya pelaksanaan hudud di Kelantan ialah kerana Kerajaan Persekutuan tidak membenarkannya. Apabila Jamil Khir mengumumkan di dalam Parlimen bahawa Kerajaan Pusat tiada halangan utk Pas melaksanakan hudud di Kelantan, terjadi sesuatu yg amat mendukacitakan. Pas rupanya belum bersedia dan baru tergesa2 menubuhkan J/Kuasa Teknikal bagi mengkaji kaedah pelaksanaan hudud! Berpuluh tahun Pas mendakwa sudah boleh melaksanakannya, apabila diizinkan Pas rupanya baru di peringkat menubuhkan j/kuasa teknikal.
Tragedi Al Maunah juga mampu menerangkan kpd kita sikap Pas yg cukup lajak berbicara menyalahkan Umno dlm segenap hal. Presiden Pas pd ketika itu berucap di dlm parlimen bahawa tragedi itu adalah satu sandiwara, dipentaskan oleh pemerintah dgn tujuan memberi imej hitam pd gerakan Islam. Presiden Pas berhujah, tidak menasabah sejumlah senjata M16 yg begitu banyak mampu dimuatkan dlm sebuah Pajero spt yg dilaporkan telah dilakukan oleh geng Al Maunah. Apabila Menteri Pertahanan mengumumkan bahaws akan diadakan satu demonstrasi di Parlimen di mana jumlah M16 yg sama banyak akan dimuatkan ke dalam sebuah Pajero bagi membuktikan hal tersebut boleh dilakukan, tiada dari kalangan YB Pas yg hadir demonstrasi itu, tidak juga almarhum Presiden!
Dan jika benarlah tragedi Al Maunah itu satu sandiwara, dapat dibayangkan betapa hebatnya kemampuan indoktrinisasi Umno hongga mampu memujuk individu2 tertentu utk bersandiwara dgn upahnya tali gantung!
Kesimpulannya, cukup2 lah menghitamkan Umno sehitam2nya dan memutihkan sesiapa jua yg melawan Umno seputih2nya. Setelah bersama dgn Dap di dalam PR, kita lihat betapa melangitnya pujian dan pujaan Pas terhadap pemimpin Dap. Ada yg sanggup mati demi mempertahankan Karpal Singh dan ada juga yg bersetuju bahawa Guan Eng itu meniru model Umar Abdul Aziz. Ya, Umno banyak kekurangan dan kesilapan, tetapi mereka adalah saudara seagama yg sepatutnya dibimbing dgn cara yg lebih berhemah tanpa perlu mendoakan kecelakaan dan pecah perut. Wallahu A'lam.

Anonymous said...

Buangkan taksub, buangkan ego benar sendiri, barulah kebenaran akan terlihat. Selagi ada taksub dan ego benar sendiri, kebenaran depan mata tetap juga tak kelihatan, bahkan Dajjal yg ada tanda jelas kufur di dahinya pun takkan terlihat dan perasan.

Anonymous said...

Saya telah beberapa kali membuat kenyataan ini,saya tidak berbohong:Saya adalah bekas Ketua Cabang PKR,dan AJK negeri,saya juga dulunya penyokong taksub Anwar ,saya mempunyai hubungaan yg agak rapat dgn Anwar.Namun saya bersyukur kerana dengan izin Allah akhirnya terdedah juga siapa Anwar sebenarnya kepada saya.Secara kebetulan saya juga kenal Saiful,Rahimi dan Rashid 3 individu yg dikaitkan dgn kes ini,di tambah lagi dengan hasil penelitian rapi saya sendiri berkaitan dgn video Cinadoll yg di keluarkan oleh Dato SK,dimana oleh kerana saya kenal benar tingkah laku,gerak geri senyum tawa Anwar saya mampu membuat kesimpulan sendiri sama ada video tersebut benar-benar Anwar atau sebaliknya.Tak cukup dgn itu saya juga pernah bersemuka dgn Ummi,utk mendengar secara terus mengenai segala tuduhan beliau selam ini terhadap Anwar.Berdasarkan apa yg saya dengar mengenai Anwar dari 3 individu tersebut di campur dgn bukti video Cinadoll,saya tinggalkan PKR,Anwar ,malah semua kawan dlm PKR yg masih menyokong Anwar .Saya tidak mahu bersubahat dgn peliwat,dan juga penyokong peliwat .

Saya rasa kesilapan Pas selama ini ialah mereka terlalu membenci Umno dan sentisa mendengar penjelasan dari satu pihak ,iaitu pihak Anwar.Pemimpin Pas tidak langsung mahu mendengar penjelasan dari pihak lawan Anwar.Saya difahamkan Rahimi dan Rashid ada menemui pemimpin Pas utk menberi penjelasan,tapi mereka di tempelak begitu saja.Yang agak terbuka hanyalah HD,yg sanggup menunton video berkaitan utk mencari kebenaran.itulah sebabnya selepas dari pada itu beliau tidak lagi mahu bersama Anwar.Walaubagaimanpun sekarang sudah ramai yg mula percaya dan menolak Anwar ,termasuklah HH dan NA.

Anonymous said...

. . .kumpulan yg sesat dipimpin orang yg sesat sehingga peliwat disanjung dan dipertahankan meski mati di tepi jalan. Salah siapa ?