Pada ketika ini, seluruh perhatian ditumpukan kepada ucapan dan pembentangan bajet yang dibuat oleh Najib Abdul Razak. Awal-awal lagi, telah didendangkan kononnya bajet tersebut adalah bajet rakyat, bajet yang membela rakyat, bajet yang berkebajikan, bajet yang menyeluruh dan bajet yang akan membanggakan rakyat Malaysia.
Cakap-cakap mengampu sedemikian rupa, bukannya baru didengar. Setiap kali sebelum dan selepas pembentangan bajet setiap tahun, maka itulah cakap-cakap yang disajikan kepada kita. Tukang-tukang ampu dan tukang-tukang jilat akan memuji-muji Menteri Kewangan kononnya seorang yang sangat prihatin kepada rakyat.
Sedangkan, rakyat semakin terhimpit dek kenaikan kos secara menyeluruh dalam segenap segi. Kegagalan kerajaan mengawalselia, memantau dan menguatkuasakan ke atas golongan pemborong pula, terus menjadi-jadi selain amalan rasuah bermula dari peringkat tukang pegang pen, sehinggalah tukang pegang senjata dan tukang pemikir di kerusi empuk di Parlimen mahupun DUN.
Baik UBN mahupun PR, semuanya sama sahaja. Mereka mungkin boleh berlakon tetapi keputusan akhirnya ialah, kedua-duanya tidak ada beza dari segi tamak haloba, kaedah politik mahupun aqaid kewangan. Senang cakap, matlamat menghalalkan cara. Taukeh-taukeh besar di sekeliling mereka adalah nadi mereka yang sebenarnya, manakala rakyat pula sekadar menjadi barua dan anjing penjaga pintu yang diperlukan untuk memberi undi ketika pilihanraya.
Benar, ada kemajuan dan pembangunan yang dibawa tetapi jikalau diperhalusi, pembangunan dan kemajuan tersebut diwujudkan agar ada projek untuk mereka dan kroni-kroni mereka. Kemudian sebahagian daripada mereka berlakon seperti memperjuangkan keadilan tetapi pada masa yang sama, mereka yang beria-ia berjuang itu juga mempunyai kepentingan kontrak dan tender seperti yang berlaku kepada Husam Musa, Salahuddin Ayob, Kamaruddin Jaafar dan sebagainya dalam projek-projek besar kerajaan termasuklah KL Sentral.
Rakyat kesudahannya ditipu dan dipermain-mainkan oleh kelompok 222 orang manusia yang dikatakan sebagai penggubal undang-undang. Rakyat dipermain-mainkan oleh kelompok ratusan yang lain, yang berada di DUN di seluruh Malaysia.
Begitu jugalah dengan bajet yang dibentangkan oleh Najib petang ini. Mungkin kedengaran muluk dan mulus tetapi yang akan tetap terkena dan perlu mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk menampung kehidupan yang serba mencerut nanti adalah rakyat.
Pembentangan bajet sekadar memenuhi protokol dan prosedur. Janji-janji yang dibuat dalam pembentangan tersebut sekadar untuk menyedapkan hati dan menggula-gulakan sebilangan besar kakitangan awam tetapi memeritkan sebahagian besar rakyat Malaysia.
Sepuluh ringgit diberikan, tetapi seratus ringgit yang perlu dikeluarkan untuk peningkatan harga. Itu yang berlaku di negara ini dan kerajaan UBN pimpinan Najib begitu lemah, dan begitu tidak tahu bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut. Manakala barisan pembangkang pula sekadar bermain dengan keintelektualan rakyat menerusi pelbagai drama bodoh-bodoh termasuklah demonstrasi dan cubaan membentang bajet sendiri yang kemudian dikatakan, masih tidak lengkap apabila dihentam teruk.
Yang pastinya, pada 2015, bajet persendirian rakyat Malaysia akan meningkat secara drastik. Kocek rakyat Malaysia akan kempis menerusi kenaikan tol, elektrik, bil air, cukai hartanah, harga barangan dan perkhidmatan, bahkan bil Astro, bil telefon dan segala macam bil tanpa dapat ditahan-tahan atau disekat-sekat.
Anehnya, ada pula menteri yang akan kata, rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia masih aman!
14 comments:
Hanya orang yang buta hati, busuk hati, iri hati sahaja yang tidak bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah...INGAT FIRMAN ALLAH, Bila mana kita tidak bersyukur atas rezeki yang diberikan, nescaya rezeki yang sedia dapatpun akan ditarik balik oleh Allah. Tidak percaya??? contoh senang saja...anak sakit, kereta rosak, penyakit, diri jadi panas baran, panas hati, laki bini bermusuhan. Tak caya lagi???Tunggulah musibah pasti menjenguk kamu...
Kata kata orang yg perasan hatinya bersih wangi dan tahu bersyukur.
Anon 1725 ni salah sorang rakyat yang menyahut seruan menteri ayam agar rakyat perlu bersyukur susulan kenaikan harga petrol 20 sen.. syukurrrrr
UMNO pembela bangsa Melayu.
Artikel yg bagus utk direnungi. Adakah cara yg paling baik utk mengajar kerajaan yg sedia ada dgn memberi peluang pada pembangkang utk mememrintah??? Mungkin depa akan buat negara ini huru hara tapi sekurang2nya pembangkang pada masa itu iaitu kerajaan yg sedia ada skrg ni akan menghargai dan bekerja dgn lebih baik dr skrg????
adakah telah tiba masa rakyat utk tunjuk kuasa mereka melalui undi PRU??
Fikirlah utk kebaikan bersama
Budget macam orang bodoh saja, tak berfikir secara total. One to one punya solution. Ambik GST bagi BR1M. Apa faedah kepada pembangunan negara. PM kena jaga negara bukan takat nam ampu rakyat dapat undi. Rindu bajet Tun M.
Penulis bangang busuk hati nak mampus.
Buat projek tak kan nak bagi kontroktor DAp, PKR pas pulak. Bangang nak mampos ke? Lim Guan Eng ada bagi kontroktor UMNO ke? Bodoh!
Ada orang menjadi kaya hasil habuan berpolitik, itu perkara biasa dalam kehidupan sejak zaman berzaman.. kita tak perlu cemburu dan dengki.. kalau caranya salah dialah yg akan terima bahananya didunia bahkan sudah tentu mendapat azab diakhirat nanti.
Di Klang ada Org asal Indon proses dan jual Tapai dah jadi jutawan, Dimelaka ada Orang buat kilang belacan pun jutawan ditumpat ada toukeh kerupuk ikan pun jadi jutawan. Nasib kita tak berubah selagi kita sendiri tak mengubahnya.. Kalau kita gagal dibumi yg aman dgn berbagai kemudahan ini beerti kita sendiri yg kurang berkemampuan... Bersihkan jiwa kita sendiri.. kalau dengki dan busuk hati alamtlah rezki tambah mahal dan hidup jadi hampas..
Dah diberi joran siap umpan sekali, kalau nak sampan pun dah disediakan pandai2 lah memancing mengikut keriativiti masing2, cari lah sungai atau laut yang sesuai... SAMPAI BILA NAK MAKAN IKAN FREE... ANUAR BIN IBRHIM
2la macam bodoh dok bawah bn skrg.langsung tak pikir nasib rakyat.bagi brim yang tak seberapa.ingat dapat menampung kehidupan seharian gaknya pm kta ni.ibarat zaman dulu bagi duit untuk beli gula2 pastu suruh wat keje macam2.lainla kalo bagi tiap2 bulan baru la dapat menampung hidup.yang dapat advantage orang kerajaan dan felda.orang yang keje sendiri dan bukan kerajaan dapat apa.pm langsung tak pikir ni semua.terserlahla kebodohan pm kta skarang.tak layak pimpin negara.baik2 kita sokong umno.dah naik malas dengan satira politik kotor ni.tunggu aja la pilihan raya nanti.suruh orang kerajaan aja yang sokong kerajaan la.bajet dan gst.ni makin menyusahkan rakyat.barang lagi makin naik harga.patut gst atau bajet.perlu dikenakan pada orang yang berpendapatan tinggi.bukan berpendapatan rendah.mana perginya INFLASI SIFAR.ni zaman mahathir.saya kagum dengan mahatir yang cukup bagus dalam hal pemerintahan negara.barang zaman dulu pun leh maintain dalam 20 tahun di bawah pemerintahan mahathir.tak seperti pm kta skarang.bagi brim.pastu naik harga barang.patut ke berlaku begini.kepada pihak bn.tindakan anda bakal mengubah negara beralih kepda politik lain.sudah ramai yang tidak percaya pada anda wahai bn.sedarlah...
Dgn bajet kerajaan terpedaya jangan,tp kena kencing dgn DAP PKR takpe. Takkkbieeerrr!!!
dengan bn terpedayalah....dengan DAP tak pe. OCTOBERFEST bolih. bolih tumpang sekaki...seteguk dua teguk tak jadi masalah. takebeer!!!!
dapat syer saham nak gi surga. tahaluf siasi katakan.... OCTOBERFEST ni tak ade perkataan arab ke ? bolih macai nanti berguling dan berenang dalam drum arak tu. takebeer!!!!
macam tu laaa....apa yg kerajaan buat semua salah....pembangkang buat semua betul belaka....mg bahalol.
Post a Comment