Tuesday 21 October 2014

Program Pegang, Peluk, Belai dan Cium Anjing Merupakan Sebahagian Kecil Ancaman Akidah Umat Islam

Ada yang sudah pun membuat tanggapan mudah bahawa hampir 800 orang yang datang untuk berpesta pora memegang, memeluk, membelai dan mencium anjing merupakan golongan yang sebenarnya sudah murtad dari Islam. Mereka hanya bertudung untuk melindungi perkara sebenar, dan pada masa yang sama, memberikan imej bahawa umat Islam sebenarnya tidak perlu takut-takut untuk menyentuh anjing kerana anjing, seperti kucing, adalah haiwan.

Jarum fitnah ini sudah lama ditusukkan. Dari zaman penjajahan Portugis ke atas Melaka lagi. Dari zaman Raja Chola dan Syiah ke atas Kedah lagi. Dari zaman Belanda dan Inggeris serta Siam di seluruh Tanah Melayu, percubaan untuk menghancurkan Islam melalui pelbagai elemen telah dibuat. Yang paling terkenal, sudah tentulah cubaan Stamford Raffles mengkristiankan orang Melayu menerusi Bible berbahasa Melayu yang diterjemahkan oleh Munsyi Abdullah dan menggantikan istilah 'God' dengan 'Allah' dan pelbagai istilah lain pada tahun 1852.

Tidak seperti di Indonesia di mana mubaligh-mubaligh Kristian dari Belanda lebih agresif, di Tanah Melayu, proses murtad berjalan dengan sangat perlahan dan lebih berhati-hati.

Namun sekarang ini, selain daripada penggunaan Bible berbahasa Melayu yang sangat kuat disokong oleh beberapa orang pemimpin PAS seperti Khalid Samad, serangan turut dilakukan kepada masalah furuq.

Terbaru adalah menyentuh anjing.

Ditokok dengan cerita tambahan daripada bekas mufti seperti MAZA yang diketahui seringkali mengeluarkan pelbagai hukum yang pelik-pelik berdasarkan terbitan kitab-kitab bacaannya tanpa mengambil kira pegangan mazhab Syafie yang merupakan pegangan utama umat Islam di Nusantara.

Dalam kenyataan terbarunya yang mendapat sokongan besar daripada Nga Kor Ming, MAZA menyatakan tidak haram menyentuh anjing. Pandangannya itu adalah berdasarkan kepada pendapat mazhab Maliki yang lebih ringan hukumnya membabitkan anjing. Sedangkan mazhab Syafie yang lebih sesuai diamalkan di kawasan-kawasan berhawa panas lembab seperti Malaysia, menegaskan bahawa anjing adalah najis berat. Sentuhan secara sengaja sepertimana yang ditunjukkan di dalam program yang dianjurkan beberapa hari lepas, merupakan sentuhan yang mencari dosa dan kemudian bertaubat iaitu perbuatan yang memperolok-olokkan agama - suatu perbuatan keji yang dilakukan oleh golongan keji.

PAS secara total (kecuali beberapa orang pemimpin yang sememangnya diketahui sangat pro kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng) menolak perbuatan tersebut sebagai perbuatan biadap, sia-sia dan menghina Islam. PAS juga menegaskan, daripada berkempen memegang anjing, adalah lebih baik sekiranya kempen menyayangi ibu bapa, anak-anak yatim, memegang tangan isteri dan sebagainya yang lebih berfaedah diadakan. Lebih baik lagi kempen mengajak umat Islam mengimarahkan masjid, bukannya bertindak gila untuk memegang anjing.

Melihat kepada gambar-gambar yang disiarkan, sekaligus memberitahu kita bahawa program tersebut sememangnya mempunyai agenda yang sangat jahat. Penganjur, seorang pemuda Melayu-Islam yang mempunyai gelaran Syed, seharusnya perlu disiasat dan dipastikan agamanya selain daripada motif utamanya.

Bohonglah kalau lelaki tersebut menyatakan program tersebut adalah untuk mendidik masyarakat Islam tentang anjing dan samak, kerana objektif utama dalam program tersebut seperti yang dapat dilihat ialah, mahukan orang Islam, terutama sekali perempuan-perempuan yang bertudung dan mempunyai imej Islam, menyentuh, membelai, memeluk dan mencium anjing.

Selepas ini, apa pula yang akan mereka lakukan? Adakah Kerajaan UBN sekadar mendiamkan diri dan berasa sudah cukup dengan menghantar JAKIM untuk membuat kenyataan media?

11 comments:

Anonymous said...

TAHALUF SIASI BERJAYA MEMBENTUK PUAK KAFIR DAN LIBERAL....

Anonymous said...

Apa yg nik ajis n hadi bawang buat?

Anonymous said...

Saya mencadangkan supaya penganjur membuat Majlis Jamuan Makan Malam untuk meraikan kejayaan mengadakan kempen pegang anjing itu.

Minta Dr. MAZA untuk berucap dan merasmikan majlis itu.

Malahan sebagai cenderahati, berikan baju dari bulu anjing kepada Dr. MAZA dan Pengerusi MAIS untuk dipakai. Serta hadiahkan seekor anjing kepada Dr. MAZA dan Pengerusi MAIS sebagai haiwan kesayangan mereka, minta Dr. MAZA dan Pengerusi MAIS agar memeluk dan mencium anjing berkenaan, kerana mereka begitu riang ria membela kegiatan itu serta kata anjing tak haram, semoga mereka puas hati dapat peluk anjing dan memakai baju dari bulu anjing setiap hari.

Anonymous said...

Pesta arak dan pesta anjing ni sebenarnya difokuskan kepada PAS. Mereka mahu PAS keluar dari PR secepat mungkin. PR sudah mempunyai rancangan besar untuk menyingkirkan PAS dari PR.

jangan PANDANG MUDAH said...

Mungkin satu hari .. akan ada yang BERI PENDAPAT .. BERZINA DI BOLIH KAN DINTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN YANG BUKAN MUHRIM .. JIKA SI PELAKU MEMAKAI KONDOM..

Anonymous said...

Boleh le aku solat pakai songkok kulit anjing lepas ni....
bergayanye akuuuuu...hihihi

Anonymous said...

Bersekedudukan lelaki perempuan juga di bolehkan...cuma haram...tapi bukan najis muqalazah...

Anonymous said...

Setujuuuuu..
bukan sentuh pun pakai kondom kan....harap dr maza bagi komen positif ....best nye islam liberal pakatan rakyat...
ini baru islam sebenar...tak ketinggalan zaman..

Anonymous said...

SETUJU DENGAN TAJUK 100%. JANGAN DIBIARKAN PERKARA YANG MENYALAHI HUKUM DAN BUDAYA.

Anonymous said...

Ini sebenarnya buah tangan dari PAS sendiri. Kerjasama PAS sebelum ini telah banyak mendedahkan Islam untuk di serang oleh Musuh islam. Ini bukan soal PAS dan UMNO, ini adalah berkenaan Islam. Dan inilah masanya bagi PAS dan UMNO berganding bahu memerangi musuh-musuh islam. Jangan salahkan antara satu sama lain. ketepikan perbezaan ideologi politik seketika, ketepikan perasaan marah dan dendam masa lalu, Masanya untuk bersatu demi mempertahankan islam. Kita akan di tanya Allah nanti.

Anonymous said...

Apa yang saya faham dalam Islam kita boleh membela anjing jika ada keperluan (contoh keperluan seperti untuk menjaga ladang dan memburu dan polis). Orang macam tu harus menyentuh anjing.

Orang yang tak ada keperluan tak bolehlah suka-suka nak bela anjing. Islam hanya mengajar kita supaya berbuat baik dengan anjing kerana ia haiwan tetapi terhad tidak melampau. Kempen ini boleh jadi bertujuan untuk memburuk-burukkan Islam macam kempen "satu isteri" tak lama dulu.