Islam mengajar kita, kalau ada apa-apa masalah, adulah kepada Allah Taala. Kalau ada apa-apa hajat, hajatilah kepada Allah Taala kerana sesungguhnya Dialah yang memiliki gedung yang sangat luas dan perbendaharaan yang terbanding dek akal dan fikiran.
Sudah banyak kali PAS mengajar jemaahnya agar mendirikan solat dan munajat sesuai dengan firman Allah Taala yang bermaksud:
Mohonlah pertolongan (kepada Allah SWT) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sesungguhnya berat, kecuali bagi orang-orang yang khusuk. (Al Baqarah : 45)
Mungkin ada sebahagian ahli PAS yang tidak faham tentang khusyuk serta penyerahan kepada Allah Taala selain tawakkal kepada-Nya selain keikhlasan dan bergantung sepenuhnya kepada Allah Taala.
Tidak semestinya bantuan yang diberikan oleh Allah Taala itu bersifat serta-merta. Malah tidak juga bantuan itu diberikan dalam bentuk yang kita hajatkan kerana Allah Taala lebih mengetahui apa yang kita perlukan.
Itulah yang berlaku. Disebabkan sebahagian daripada jemaah PAS masih terbawa-bawa alam kejahilan, ada di kalangan mereka yang tidak sabar dan mula mencurigai serta menaruh syak wasangka kepada Allah Taala.
Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan kekacauan dalam PKR, turut berjangkit kepada PAS nampaknya. Sudah semakin ramai parasit-parasit dalam PAS bangkit seolah-olah mereka adalah Yahudi dalam Perang Khandaq yang mengambil sikap mengkhianati perjanjian dan wala' kepada Rasulullah s.a.w hanya kerana berasa sekutu mereka lebih kuat daripada angkatan tentera Islam di Madinah.
Tiada cara lain, melainkan kita kembalikan semula kepada Allah Taala kerana Allah Taala yang memegang tali-tali dan hati-hati kita semua. Hanya Allah Taala yang boleh menyatukan kita, hanya Allah Taala yang boleh mengeluarkan segala penyakit hati dan hanya Allah Taala yang boleh menunjukkan kepada kita siapa musuh sebenar kita.
Justeru, PAS perlu segera menganjurkan solat hajat dan istikharah. Kita perlu pulangkan segala-galanya kepada Allah Taala!
4 comments:
Itulah yg sebaik baik nya...
tapi sebelum buat solat tu...
buang dulu sifat2 syaitan tu...
hasad dengki, riak takbur, maki hamun
bersangka buruk, dendam kesumat...
klw tidak...Allah tak redha dgn hajat dan permintaan kita...lain diminta lain pulak dapatnya...
Betul anon 9:10... buktinya dah banyak, doa jahanam, solat bagi pelingkup dan yasin bagi pecah perut...
Akhirnya jemaah sendiri yang terburai, aib pemimpin sendiri yang terbuka.... insaflah.
Ujudnya parasit dlm pas petanda pas sedang ditimpa musibah/masalah...
Mungkin kita terlalu banyak dosa/kesalahan..
kita org islam yg diajar nabi yg pentingkan penyatuan ummah/ umat islam itu bersaudara ...
Sifir mudah... Kalau bersatu dan seia sekata itu bakal mengundang pahala, maka berpecah dan bertelagah itu bakal mengundang dosa... Jadi penentang UG kena muhasabah diri... jangan asyik nak ikut telunjuk DAP kawan sekongkol kamu saja. Jika dilihat pada lahiriah pun pas ternyata sedang menuruti jalan yang salah dgn bersekongkol dgn DAP serta meninggalkan saudara seagama... WALAU ATAS ALASAN APA SEKALIPUN... ADAKAH ALLAH AKAN TERIMA ALASAN TERSEBUT?
Post a Comment