Sunday, 3 August 2014

PARASIT PAS dan PKR Yang Bersekutu Dengan DAP Tak Perlulah Tuduh UMNO Sebab UBN Tak Pandai Mana

Semalam kecoh tentang sepucuk surat yang menerangkan bahawa keputusan mesyuarat Dewan Ulama PAS Pusat telah memutuskan untuk mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung PAS, Cikgu Pa segera memberikan reaksi dengan menafikan kesahihan surat tersebut dan menyatakan bahawa ia adalah palsu dan sengaja diada-adakan bertujuan untuk menfitnah dan menimbulkan huru-hara dalam PAS.

Serentak dengan itu, banyak pihak dari PR menuding jari menyalahkan UBN dan menuduh unit penerangan di bawah Ahmad Maslan adalah pembuat angkara.

Aku tak bermaksud nak membela UBN tetapi tuduhan yang dilemparkan itu juga sebenarnya adalah fitnah.

Dari tahun 1998, dari zaman aku mula aktif dalam bidang blackops dengan Tripod dan Geocities, sehinggalah sekarang, UBN tidak pernah pandai menggunakan kemudahan media sosial. Kalau dapat masuk ke group-group WhatsApp mereka, kita akan dapat lihat, mereka sendiri mempersoalkan banyak perkara walaupun kalau bagi pihak kita, akan digunakan semaksimum mungkin untuk menyerang UBN.

Dari tahun 1998 juga, yang banyak buat kerja-kerja kotor memalsukan surat, kepala surat mahupun tandatangan adalah golongan yang kuat menyokong Anwar Ibrahim.


Ingat lagi tentang surat penghargaan kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada tahun 1997 daripada Dr. Mahathir yang disebarkan secara meluas, malah dicetak dan diletakkan di surau-surau di seluruh kawasan strategik terutama sekali di kawasan-kawasan seperti Bandar Baru Bangi?

Macam mana surat tersebut boleh terkantoi dan tahu surat tu palsu?

Sebab perkataan 'His Excellency' sedangkan kebiasaannya surat Dr. Mahathir kepada Perdana-Perdana Menteri di seluruh dunia hanyalah menggunakan perkataan 'Your Honourable'.

Begitu jugalah dengan surat Parti Islam Se-Malaysia yang mendakwa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Aku tak nampak surat palsu itu datangnya dari kem UBN sebaliknya yang beria-ia sangat nak PAS keluar dari PR adalah puak-puak PKR dan DAP. Parasit-parasit dalam PAS juga bekerjasama rapat dengan PKR dan DAP untuk menakut-nakutkan pucuk kepimpinan PAS. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja, asalkan hajat mereka untuk berkuasa di Selangor menerusi Wan Azizah, menjadi kenyataan. Ditambah pula, puak UBN bukannya cerdik sangat untuk berfikir sebegitu rupa. Kalau tidak, sudah lama mereka mampu menerangkan tentang putar belit Anwar Ibrahim dan DAP.

Walaupun sebenarnya aku syak ada permainan politik antara Anwar Ibrahim dengan Khalid Ibrahim untuk mengenepikan Azmin Ali dengan perlantikan Wan Azizah, namun perkara pokok sekarang ialah cubaan untuk membodoh-bodohkan PAS itu jauh lebih besar dan penting berbanding masalah Menteri Besar Selangor.

Kalau dari awal lagi puak-puak parasit bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk memperemeh-remehkan bahkan menghina Tok Guru Presiden dan Tok Guru Mursyidl Am, takkan tiba-tiba sahaja mereka boleh menjadi terlalu baik dan mulia serta menyalahkan UBN kerana kemunculan surat palsu semalam?

Terlalu mustahil dan amat mustahil... apatah lagi, mereka memang akan segera menuduh orang lain buat kerja, bagi setiap jenayah yang mereka lakukan!

Lagipun bila melibatkan Anwar Ibrahim, banyak perkara pelik akan dan boleh berlaku...

8 comments:

Anonymous said...

Ini satu kebenaran.... tak banyak blogger dan ahli pr yang nak mengaku kebenaran ya g sb bawa ni.... almaklumlah, mereka sangka bahawa soal kubur, padang mahsyar dan syurga nereka tak terlibatdgn mereka barangkali... mereka bebas dari semua tu.... walau berblog, tapi tidak lupa soal akhirat.... itulah harapan saya agar sb kekalkan... yang benar tetap benar.... kemenangan kecil di dunia jangan digadai dgn nasib diakhirat.... syabas bro..

Anonymous said...

Mudah nya hidup sekarang apa saja yang berlaku kita tuduh orang lain, dan ada pula tanpa usul periksa terus terima

Anonymous said...

Seburuk2 melayu ubn buruk lagi melayu pkr, ingat pkr ingat yahudi.

Anonymous said...

Sebenarnya dalang sebenar amatlah mudah utk diteka..tak lain tak bukan manusia durjana yg merancang semua itu itu adalah si dajjal anwar ibrahim.

Anonymous said...

Anwar ibrahim adalah manusia dajjal lagi munafik tegar.sebaris dgn sidajjal ini adalah perdana menteri israel benjamin setanyahu.

Anonymous said...

Anwar ibrahim adalah manusia dajjal lagi munafik tegar.sebaris dgn sidajjal ini adalah perdana menteri israel benjamin setanyahu.

Anonymous said...

Keberanian utk berkata benar itu bukan dimiliki oleh semua org.Tahniah.

Anonymous said...

Berani berkata benar itu sifat terpuji yg membuatkan seseorang itu amat dihormati oleh kawan dan lawan.