Antara elemen Syiah yang diperkatakan di dalam PAS, Hanipa Maidin adalah salah seorang daripada mereka. Orang ini memang penganut Syiah sejati. Orang ini jugalah yang kuat memuja, mengkagumi, bahkan mengimani ajaran Khomeini, malangnya orang ini juga menganggap Rasulullah s.a.w sebagai individu yang sangat kecil dan tidak layak diagung-agungkan.
Sebenarnya, banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Hanipa Maidin tidak selayaknya bagi seorang pemimpin atasan PAS. Bagaimanapun, sebelum ini ramai pula yang membelanya dan enggan percaya bahawa kata-kata itu datang dari mulut Hanipa Maidin.
Hanipa Maidin juga orang yang menyatakan Hudud bukan lagi keutamaan perjuangan PAS. Malah dia jugalah yang memberikan gambaran bahawa Hudud tidak penting dan demi menjaga hati DAP dan PKR, maka PAS perlu menggugurkan perjuangan tersebut.
Tetapi yang paling mengejutkan ialah apabila Hanipa Maidin menggesa umat Islam memaafkan dua orang blogger lucah berbangsa Cina, Alvin dan Vivian tetapi pada masa yang sama, kuat pula mengutuk, mengeji, menghina orang lain yang tidak sealiran politik dengannya.
Kenyataannya dalam forum membantai Khalid Ibrahim di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor bersama-sama Rafizi Ramli berbunyi begini:
“Cuma saya nak jawab sikit apa yang dikata oleh Rafizi berkenaan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar yang mengatakan PAS setuju Tengku Razaleigh jadi Perdana Menteri. Saya ingin mengatakan bahawa walaupun saya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, dipilih oleh ahli-ahli PAS daripada Muktamar PAS, secara terus-terang saya sendiri tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rafizi itu, dan saya ingin mengatakan bahawa jika saya tahu dan dibawa dalam mesyuarat, dibincangkan, saya antara orang yang akan menentang habis-habisan benda yang dinyatakan itu. Saya ingin menyatakan bahawa beberapa orang daripada kami di dalam PAS memang kami rasa kami ingin cuba membawa politik baru, termasuk dalam PAS sendiri, bahawa perlunya kita memahami rakyat is voting us dan kita tidak boleh lagi berpolitik seperti dua puluh sepuluh tahun yang lepas. Sebab itu saya sendiri menyatakan bahawa apa yang dibuat oleh PAS itu, kalau benar apa yang dikata oleh Rafizi itu, itu adalah satu perbuatan yang unethical, unIslamic. Bagaimanakah kamu dalam keadaan bersama Pakatan Rakyat kamu boleh mencadangkan orang di luar Pakatan Rakyat untuk menjadi (Perdana Menteri)? Ini unethical. I don’t care, I don’t care whether PAS nak ambil tindakan pada saya, I don’t care, for me saya tidak boleh sama sekali, sama sekali saya tidak boleh menerima PAS kah mana-mana parti Pakatan, dosa yang paling saya tidak boleh terima ialah betrayal, pengkhianatan, pengkhianatan sesama parti, sesama kawan ataupun pengkhianatan kepada rakyat. Sebab itu saya ingin mengatakan saya tak bersetuju dengan itu dan tak pernah dibawa dalam mesyuarat PAS Pusat dan kami tak tahu. Saya tahu kalau saya tahu, kalau Khalid Samad tahu, kalau kawan-kawan yang saudara tahu siapa yang akan menentang, benda itu tidak akan berlaku. Dan saya di sini memohon maaf kepada rakan Pakatan, saya kata itu satu perbuatan yang unethical, dan saya merasa malu, merasa amat dukacita, dan saya ingin meminta maaf.” (SINI)
Orang ini sebenarnya tidak bermaruah. Kalau dia bermaruah, dia tidak akan mengecam pucuk pimpinannya sendiri sebaliknya mempertahankannya. Dan kalau benar dia bermaruah serta ada harga diri, dia akan segera melepaskan keahliannya dalam PAS, menyertai PKR atau DAP, kemudian menjadi penjilat paling setia kepada tuan-tuannya itu.
Bukankah golongan Syiah lebih rapat dan mempertahankan Yahudi sebaliknya memusuhi dan menghapuskan kaum sunnah?
5 comments:
Salam tuan Admin,
terima kasih atas artikel ini. Dari dulu lagi saya pernah sebutkan tentang mereka ini, antara yang sangat lantang mengkritik Ulama dan keputusan Dewan Ulama.
Diharap ahli sedar tentang permainan kotor mereka2 ini yang sentiasa menjilat peliwat dan kafir, serta mengsampahkan Ulama kita.
Apabila mereka terkantoi dengan perbuatan jahat mereka, dengan mudah cci tangan dengan menuduh UBN. Diharap kita lebih berhati2 dengan golongan mereka dan agenda mereka.
Terima kasih.
Yang sebetulnya kenyataan dari Haprak Maidin tu adalah kenyataan peribadi dia sendiri. Presiden, Majlis Syura sebulat suara bersetuju 100% untuk tolak Wan Azizah dan kekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB selangor.
Sekarang anda sudah nampak siapa tali barut-tali barut dan pengkhianat dalam parti PAS. Ni baru seorang dari berpuluh lagi yang ada bersarang dalam parti. Tapi takpe la, PAS ni hanya pilih orang yang pandai bercakap, walaupun terbukti otak orang yang mereka pilih tu hanya sesuai buat span jamban je...
Klw nak selamatkan pas..
beri surat tunjuk sebab..klw salah pecat..
kenapa takot sgt nak tegak kebenaran...
kita di ambang kehancoran umat...
tolongggggg la....
Pas sedang dihancorkan dari dalam...
situasi semakin serius...
ini semua perancangan kafir laknattullah..
Korang sendri yang angkat orang bangang jadi pemimpin korang.. sekarang awat nak kecoh..? Dah korang kan suka jadi bangang..
Pas..bangang for all..
Takbiiirrr...!!
Post a Comment